You are on page 1of 20

TERAPI SENI

Pengenalan
Terapi seni direka berlandaskan
kepercayaan bahawa proses
melahirkan kreativiti boleh
mententeramkan jiwa seseorang.
Kebanyakan orang yang mengalami
trauma psikologi biasanya sukar
meluahkan perasaan melalui kata-kata.
Ia lebih mudah diluahkan melalui
lakaran atau lukisan.

Kanak-kanak,tidak pandai
menunjukkan perasaan dengan katakata dan biasanya mereka
menzahirkan gangguan emosi melalui
kelakuan.
Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh
meluahkan perasaan dan emosi
dengan lebih baik serta mudah.

Maksud Terapi Seni


Terapi seni adalah satu kaedah untuk
menggalakkan pesakit meluahkan
perasaan dan pemikiran mereka yang
tidak boleh dilahirkan dengan perkataan
melalui seni, terutamanya lukisan.
Lukisan boleh menjadi cara untuk
pesakit berinteraksi dengan orang lain.

Pandangan Tokoh
Proses melukis boleh dipersepsikan sebagai
kesempatan untuk ekspresi kendiri secara
imaginatif, autentik dan spontan, sesuatu
pengalaman dalam tempoh masa yang
membawa pemulihan emosi, transformasi
dan aktualisasi kendiri. Proses kreatif ini
bertujuan membawa penambahbaikan
kesihatan dan perkembangan pengalaman.
Malchiodi (2006)

Bahan atau media seni yang diperlukan


krayon

Cat jari

Cat
tempura

Pen
marker

Tanah
liat

kertas

Gam

gunting

Kaedah pelaksanaan
Terapi seni ini adalah berdasarkan pada
keyakinan bahawa proses-proses kreatif
seperti menggambar dan melukis boleh
menjadi medium luahan perasaan.
Bagi kanak-kanak khususnya, trauma
ataupun perasaan yang dialami adalah
sangat sukar untuk diungkapkan melalui
kata-kata.

Oleh itu, terapi seni adalah sangat


berkesan untuk menggambarkan emosi
dan perasaan yang amat menyakitkan
jika diungkapkan melalui kata-kata.
Dengan mengikuti terapi seni ini, kanakkanak akan diminta menggambarkan
dan mengeluarkan fikiran dan emosi
mereka melalui karya seni.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk


lukisan, gambar, seni pahat ataupun
bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun
kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang
dihasilkan.

Melalui proses ini, klien akan diminta


supaya bersikap terbuka dalam
meluahkan dan bercakap tentang segala
emosi dan perasaan-perasaan terpendam
yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien
merungkai kegusaran yang dihadapi oleh
klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui
hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Klien berupaya meneroka perasaan


serta menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan cara yang berkesan
dan tidak menyakitkan dengan bantuan
daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus
pandai mengawal situasi terapi ini agar
klien tidak merasa tertekan atau merasa
didesak untuk meluahkan perasaan.

3 jenis lukisan yang biasa


digunakan dalam terapi seni

Potret diri

Lukisan
bebas /
spontan

Lukisan
keluarga

BERIKUT MERUPAKAN ILUSTRASI EMOSI


DARIPADA LUKISAN KANAK-KANAK

Sumber:

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kanak-kanak meluahkan perasaan


melalui ekspresi seni

Sumber:

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kelebihan Terapi Seni


Penyembuhan peribadi dan meredakan
stress.
Membantu kanak-kanak memahami perasaan
peribadi mereka dengan mengenali dan mengatasi
kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain.
Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma
yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang
dahsyat dan sebagainya.
Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali
semangat kanak-kanak.

Menguatkan perasaan dalaman.


Mengekpresi apa yang berada dalam diri
dan fikiran mereka yang selama ini tidak
mampu diluahkan melalui kata-kata atau
difahami oleh orang lain.
Melalui cara ini, kanak-kanak boleh
mengawal perasaan mereka dengan lebih
baik sekiranya berhadapan dengan situasi
yang serupa.

Kelemahan Terapi Seni


Kaedah terapi seni ini memerlukan
kerjasama yang padu daripada klien
atau kanak-kanak kerana sekiranya
mereka malu atau enggan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui
hasil seni, sesi terapi tidak dapat
dijalankan dengan berkesan.

Salah tanggapan atau salah


interpretasi daripada kaunselor
mengenai lukisan atau hasil seni
kanak-kanak akan membawa kepada
kegagalan untuk menyelesaikan
masalah sebenar yang dihadapi oleh
kanak-kanak.

Proses terapi seni ini perlu berterusan


dan mengambil masa yang lama
untuk menghasilkan penyembuhan
yang kekal. Sekiranya tiada komitmen
yang konsisten daripada klien
sepanjang tempoh terapi tersebut,
sesi terapi yang dirancang tidak akan
berjaya.

Terima kasih

You might also like