You are on page 1of 2

Cream of Mushroom Soup

Bahan-Bahan :200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris
nipis
90gm butter / margarine
1 biji bawang besar Holland- dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih diketuk
1.2 lliter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) didihkan air dan
masukkan kiub tadi kemudian ketepikan.
1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)
3 sudu besar tepung gandum.
1 ranting Parsli sekiranya ada
Lada hitam dan garam secukup rasa.

Penyediaannya
1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan
bawang besar dan bawang putih tadi. Goreng seketika sampai bawang layu
dan jangan sampai bawang bertukar warna.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yg dihiris nipis tadi dan kacau
selama 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan stok ayam tadi kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas mendidih ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.

7. Dengan menggunakan food processor atau blender hancurkan (blend)


sup tadi sehingga sebati.
8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu
dan biarkan mendidih.
9. Selepas mendidih matikan api dan hidangkan ketika panas.
10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup. Sesuai dihidang bersama roti
bawang putih (garlic bread)

You might also like