You are on page 1of 24

HBEF 2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK:
KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM
MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN DI
KALANGAN MURID TAHUN 5

SEMESTER
MEI 2014

Name & (Mayric Number)

: Apner Bin Siau

Contact / Phone Number

: 019-841 9480

E-Mail

: apner73@gmail.com

Tutor's Name

: En.Shahrul Ikhwan Abdullah

Learning Centre

: Sandakan

Date of Submission

: 5 September 2014

NAMA PENYELIDIK:
APNER BIN SIAU

TAJUK:
KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP
KETANGKASAN DI KALANGAN MURID TAHUN 5

SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT MARY TOWN(M),SANDAKAN

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa mula mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di kalangan murid tahap 2,iaitu
murid tahun 5,saya mendapati majoriti murid mempunyai tahap ketangkasan yang
rendah.Dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 5,ada beberapa aktiviti yang
memfokus kepada tahap ketangkasan murid.Dalam kemahiran permainan badminton
umpamanya,ramai murid yang menghadapi masalah untuk bergerak dan menukar arah
semasa memukul atau mengembalikan bulu tangkis.Memang diakui,ada di kalangan murid
yang baru berjinak-jinak dengan permainan ini.Ini mungkin disebabkan batasan berkaitan
dengan tahap kemahiran mereka dalam permainan ini.Walau bagaimanapun,aspek kemahiran
boleh diasah apabila murid-murid ini mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Selain
itu,sebagai guru Pendidikan Jasmani,saya bukan sahaja memberi fokus kepada sukan
badminton.Saya juga memberi fokus utama dalam permainan popular seperti permainan bola
sepak.Dalam permainan bola sepak juga aspek ketangkasan amatlah penting terutamanya
apabila menyertai pertandingan.Keupayaan mengelecek dan mengubah arah dalam kadar
yang pantas merupakan antara kunci utama dalam kemahiran permainan ini.Para pemain
perlu mampu bergerak pantas mencari ruang kosong apabila melakukan serangan ke arah
pintu gol lawan.Ini sama juga situasinya semasa pasukan bertahan daripada serangan pasukan
lawan,iaitu kembali ke dalam posisi bertahan.Sekali lagi kebolehan ini merujuk kepada tahap
ketangkasan seseorang pemain itu.Situasi ini berdasarkan pengalaman saya sebagai guru
penasihat bola sepak sekolah yang telah membawa murid menyertai pertandingan bola sepak
kategori umur bawah 12 tahun peringkat daerah Sandakan.Hasil daripada pemerhatian yang
saya lakukan ke atas pasukan bola sepak,jelas menunjukkan mereka memerlukan perubahan
dari aspek ketangkasan.
Jikalau diteliti akan masalah berkaitan dengan tahap ketangkasan murid,pengkaji merasakan
bahawa

pengajaran

dan

pembelajaran

Pendidikan

Jasmani

belum

mencapai

matlamatnya.Sebagai guru,sepatutnya pengkaji dapat menerapkan unsur kecergasan dalam


diri murid.Pengkaji juga seharusnya dapat menerapkan sikap mementingkan tahap
kecergasan bukan sahaja semasa di sekolah,malah semasa di manapun mereka berada.Dari
aspek murid,pula pembelajaran yang dilalui murid sepatutnya memberi kesan kepada
keupayaan mereka meningkatkan tahap ketangkasan
1

Pada semester Januari tahun 2013,satu tugasan yang diberikan ada mengkehendaki saya
melakukan kajian tentang kecergasan fizikal di kalangan murid tahun 6.Tugasan tersebut
memberi fokus kepada bateri ujian Lompat Kuadran dalam menilai tahap ketangkasan
murid.Melalui tugasan itu saya mendapati ramai murid sama ada yang aktif dalam sukan dan
permainan ataupun tidak,menunjukkan tahap ketangkasan yang kurang memuaskan.Dengan
keadaan sebegini timbul rasa kegusaran kerana sepatutnya mata pelajaran Pendidikan
Jasmani ini antara lainnya dapat membantu murid meningkatkan tahap kecergasan fizikal
mereka.Sehubungan dengan itu,saya terpanggil untuk menjalankan ujian untuk mengetahui di
mana tahap ketangkasan murid-murid yang saya ajar selama ini.Apabila memperolehi
maklumat tentang tahap kecergasan mereka nanti,saya percaya,saya akan mempunyai
panduan untuk membimbing mereka meningkatkan tahap ketangkasan masing-masing.Oleh
yang demikian,saya berpendapat bahawa ujian ini amat sesuai dilakukan untuk mengkaji
tahap ketangkasan murid secara keseluruhan,kerana keputusannya mudah diperolehi melalui
ujian yang mudah dan ringkas.Sedar dengan batasan ini,maka saya mengambil inisiatif
membuat satu kajian yang memberi fokus kepada meningkatkan tahap ketangkasan murid
dengan memilih bateri ujian Lompat Kuadran.Oleh kerana saya hanya memilih satu jenis
bateri ujian sahaja,maka saya telah membuat beberapa pengubahsuian dari aspek prosedur
dan kelengkapan peralatan.Dari aspek prosedur,walaupun melakukan sedikit ubah suai
namun saya masih berpegang kepada prinsip bateri ujian Lompat Kuadran.Dari aspek
kelengkapan peralatan pula,saya menggunakan peralatan yang bertujuan untuk menambah
minat murid dalam melakukan ujian ini selain menambah aras kesukarannya.
Maka,daripada pengalaman yang dilalui,pengkaji ingin melakukan perubahan dalam
meningkatkan tahap ketangkasan melalui aktiviti yang mudah dan menarik.Aktiviti menguji
tahap ketangkasan ini nanti akan diselitkan dengan aktiviti berunsur permainan agar murid
berasa seronok dan tidak bosan sepanjang proses pembelajaran mereka.

1.2

Refleksi Sorotan Literatur

Pada masa ini,belum ada definisi tepat tentang ketangkasan dalam komuniti sains sukan.
Istilah ini digunakan untuk pelbagai konteks sukan, tetapi dengan percanggahan yang begitu
2

besar, ini merumitkan pemahaman kita tentang apa komponen yang perlu dilatih untuk
meningkatkan ketangkasan. Satu takrifan baru ketangkasan adalah dicadangkan: "pergerakan
seluruh badan yang pesat dengan perubahan halaju atau arah sebagai tindak balas kepada
rangsangan". Ketangkasan mempunyai hubungan dengan kualiti fizikal yang mudah dilatih
seperti kekuatan, kuasa dan teknik, serta komponen kognitif seperti teknik visualpengimbasan, kelajuan pengimbasan-visual dan jangkaan. Ujian ketangkasan secara amnya
terhad kepada ujian komponen fizikal seperti perubahan laju arahan, atau komponen kognitif
seperti jangkaan dan pengiktirafan corak. Ujian baru ketangkasan yang menggabungkan
langkah-langkah fizikal dan kognitif adalah digalakkan(Sheppard&Young,2006).(cited)
Menurut Wee Eng Hoe(1996) di dalam Wong Ling Syu(2004),kecergasan fizikal boleh
dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berasaskan perlakuan motor.Ketangkasan terangkum dalam kecergasan fizikal berasaskan
perlakuan motor bersama-sama dengan koordinasi,kuasa,imbangan,masa tindak balas dan
kelajuan.Oleh itu,bagi mencapai kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor yang
cemerlang,kesemua aspek kecergasan fizikal ini perlu dikuasai dengan baik.(cited)
Tahap ketangkasan sesorang individu mampu memberi manfaat bukan sahaja dalam aktiviti
seperti sukan dan permainan.Dalam keadaan kecemasan,ketangkasan juga dapat membantu
individu mengurangkan risiko kecederaan. Menurut Gambetta (2005),tahap kecergasan
fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu
sama yang lain.Ini membuktikan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kuasa,seseorang
individu tersebut perlu mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Dengan lengkapnya elemen
ini maka kecergasan tahap tinggi dapat dicapai oeh individu terbabit.
Tahap prestasi tahap ketangkasan subjek hanya menunjukkan peningkatan yang sedikit. Ini
kerana program latihan tidak tertumpu kepada tahap ketangkasan semata-mata sebaliknya
ianya merangkumi semua aspek kecergasan. Jika program hanya tertumpu kepada latihan
ketangkasan, kemungkinan tahap ketangkasan akan menunjukkan peningkatan yang lebih
tinggi. Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek
yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan.Ini jelas menunjukkan bahawa
bagi mencapai tahap kecergasan fizikal yang khusus,penumpuan perlu diberikan kepada
latihan fizikal yang khusus.Jikalau program latihan yang digunakan tidak memberi tumpuan
yang khusus maka peningkatan tahap ketangkasan tidak akan dapat dilihat dengan

ketara.Maka dengan itu,bagi membantu murid mencapai tahap ketangkasan,hanya ujian


khusus untuk meningkatkan tahap ketangkasan sahaja akan dipilih.
Menurut

Sheppard

dan

Young(2006)

dalam

Brughelli,Cronin,Levit,at.al(2008),

menggambarkan beberapa faktor yang dianggap penting dalam menentukan keupayaan


"COD"(Change of direction) yang boleh diperhatikan termasuk kemahiran teknikal, kelajuan
dan kualiti otot kaki.Berdasarkan kenyataan ini,pengkaji membuat kesimpulan awal bahawa
bagi mencapai tahap ketangkasan yang baik,maka responden perlu memahami dan menguasai
aspek teknikal lompat kuadran.Selain itu responden juga perlu mempunyai tahap kelajuan
dan kualiti otot kaki.Memandangkan responden didalam lingkungan umur 11 tahun,maka
usaha pengkaji ialah cuba untuk menerapkan kelajuan dan pembinaan otot kaki melalui
pelbagai aktiviti yang berkaitan.
Norlaila Razali(2011),dalam kajian tentang keperluan pemain bola jaring,menyatakan
bahawa kecergasan berasaskan lakuan motor merujuk kepada fungsi dan keupayaan
seseorang itu yang membolehkannya bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih
bertenaga,berdaya kuasa,kekuatan,daya tahan,ketangkasan dan juga koordinasi dengan lebih
cekap.Melalui pernyataan ini,pengkaji berpendapat bahawa komponen ketangkasan
merupakan komponen yang perlu ada dalam setiap sukan kerana tanpa komponen ini,tahap
kecergasan dalam sukan tidak akan dapat dicapai sepenuhnya.

2.0

FOKUS KAJIAN

Sebelum melaksanakan ujian ini beberapa perkara telah saya pertimbangkan mengenai bateri
ujian yang dipilih.Antaranya ialah;
i.Aspek Kebolehtadbiran Ujian.
Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan kerana ia tidak memerlukan peralatan dan
kemahiran pengkaji yang tinggi.Walaupun kawasan sekolah adalah kecil,namun ia tetap
boleh dilaksanakan kerana ujian ini tidak memerlukan kawasan yang luas.Ujian ini nanti akan
dilakukan di kawasan teduh untuk mengelakkan murid tergangu oleh keadaan panas terik.
ii.Kepentingan
Ujian ini,walaupun ringkas,namun ia mempunyai kepentingan untuk memenuhi keperluan
salah satu aspek kecergasan berdasarkan perlakuan motor.Apabila tahap ketangkasan murid
dapat ditingkatkan,sekolah secara tidak langsung boleh mendapat manfaat terutamanya dalam
acara-acara sukan yang diceburi oleh murid seperti Bola Sepak.
iii.Kebolehgunaan
Ujian Lompat kuadran ini nanti boleh diaplikasikan dalam permainan ketangkasan seperti
galah panjang dan Bola Beracun.Permainan ini dapat diterapkan dalam stesen-stesen kecil
semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
iv.Kerjasama
Semasa membuat kajian ini juga,saya akan memohon kebenaran daripada Guru Besar dan
guru mata pelajaran yang saya gunakan waktu mata pelajaran mereka.saya juga akan
memaklumkan kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tentang kepentingan
ujian ini pada masa akan datang.
v.Kesesuaian
Saya berpendapat,kajian ketangkasan menggunakan bateri ujian Lompat Kuadran boleh
menjadi perintis kepada ujian-ujian yang lebih sukar pelaksanaannya.Kajian ini juga dapat
menyediakan garis panduan bagaimana membantu meningkatkan ketangkasan murid untuk
diaplikasikan dalam pelbagai jenis sukan dan permainan.
Dalam kajian ini,pengkaji telah memberi fokus kepada hanya satu bateri ujian ketangkasan
iaitu ujian Lompat Kuadran.Sepanjang tempoh dua tahun lebih mengajar subjek Pendidikan
5

Jasmani tahap 2,saya mendapati bahawa majoriti murid mempunyai tahap ketangkasan yang
rendah sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani
atau semasa mengikuti aktiviti sukan dan permainan.Murid-murid ini memang amat berminat
dengan aktiviti fizikal yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran,namun oleh
kerana mereka tidak mempunyai ketangkasan yang baik,kadang kala aktiviti tersebut menjadi
membosankan kerana mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran akibat batasan
ketangkasan masing-masing.
Situasi sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada murid-murid sekolah rendah yang sedang
membesar dengan pesat.Jika dilihat kepada aktiviti murid-murid ini,mereka banyak
menghabiskan masa dengan bermain di sebelah petang.Jadi,akan menjadi tanda tanya
mengapa mereka tidak memiliki tahap ketangkasan yang baik?
Sebagai guru Pendidikan Jasmani,saya tidak mahu dilabel gagal dalam usaha meningkatkan
tahap kecergasan fizikal murid.Saya perlu selain menambah minat murid dalam mata
pelajaran ini,juga pada masa yang sama membantu murid meningkatkan kecergasan dari
aspek ketangkasan.
Maka,saya memilih untuk melakukan perubahan yang bukan drastik tetapi dengan harapan
berupaya meningkatkan tahap ketangkasan di kalangan murid agar mereka dalam jangka
masa yang berterusan mampu mencapai tahap kecergasan yang menyeluruh.
Saya juga berpendapat,jenis ujian ini adalah ringkas dan tidak memakan masa yang
lama.Tempat untuk melaksanakan ujian ini juga tidak memerlukan kawasan yang luas.Ini
sangat sesuai dengan infrastruktur yang ada di sekolah tempat saya mengajar sekarang.Selain
itu,ujian ini juga telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain,maka terdapat panduan dari segi
prosedur dan norma yang jelas.
Menurut Hopper(2002) dalam Gallahue (1996),perkembangan motor dan pertumbuhan
fizikal kanak-kanak berlaku dengan pesat semasa mereka dalam lingkungan umur 8 tahun
hingga 12 tahun.Jadi sewajarnya murid-murid ini mampu menyesuaikan kebolehan fizikal
mereka dengan ujian yang akan dilakukan kelak.
Sebagai guru Pendidikan Jasmani yang baru mengajar mata pelajaran ini selama dua tahun
setengah,saya amat berharap apa yang akan saya lakukan ini nanti akan dapat menjadi
panduan untuk mengenalpasti murid yang rendah tahap ketangkasan dan seterusnya
6

mengadakan satu latihan khusus bagi mengurangkan masalah tersebut dan seterusnya
mengatasinya dalam jangka masa panjang.
Saya juga amat berharap ujian Lompat Kuadran ini nanti dapat menentukan tahap
ketangkasan murid.Melalui data yang diperolehi nanti,saya akan cuba merawat masalah ini
dengan membuat latih tubi dengan berfokus kepada ujian yang sama.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik berdasarkan masalah yang telah
dikenalpasti ialah,

3.1

Objektif Umun

3.1.1

Meningkatkan tahap ketangkasan murid tahap 2

3.2.

Objektif Khusus

3.2.1

Membantu murid bergerak dari arah kiri ke kanan dan sebaliknya dengan pantas.

3.2.2

Membantu murid bergerak ke depan dan ke belakang dan sebaliknya dengan pantas.

3.2.3

Membantu murid bergerak secara zig-zag melalui kon dengan pantas

4.0

KUMPULAN SASARAN

Menurut Gay & Airasian(2003),populasi kajian merujuk kepada kumpulan yang menjadi
sasaran

kepada

pengkaji,iaitu

kumpulan

yang

menjadi

hasil

penyelidik

untuk

digeneralisasikan.Pendapat lain menyatakan,persampelan berkaitan dengan proses memilih


sebilangan subjek daripada sesuatu populasi yang dijadikan responden kajian(Chua
8

Y.P,2004).Kumpulan sasaran yang dijadikan persampelan amat penting kerana apabila sampel
yang digunakan tidak sesuai dengan skop kajian maka ia akan memberi kesan kepada
kesahan dan kebolehpercayaan kajian nanti.
Bagi memastikan pemilihan responden kajian yang dijangka memberi hasil yang
memuaskan,maka saya telah memilih kelas tahun 5 Iswara.Pemilihan kelas ini berdasarkan
faktor kehadiran murid-muridnya ke sekolah setiap hari yang sangat memuaskan.Responden
kajian yang menjadi sampel kajian saya ini adalah jenis persampelan mudah atau
conveniance sampling.Ini kerana subjek kajian yang dipilih mudah untuk diperolehi oleh
guru yang membuat kajian.
Saya telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk kelas ini
bermula dari awal tahun lagi.Oleh yang demikian, saya dapat melihat perkembangan mereka
dalam aktiviti fizikal yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid kelas
ini terdiri daripada 27 orang kesemuanya dengan pecahan saiz tubuh badan atau bentuk tubuh
badan,berat,tinggi, bangsa,tahap kecergasan dan kedudukan sosial yang pelbagai.Muridmurid ini juga terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan yang berbeza di sekolah.
Bagi melaksanakan kajian ini,bateri ujian yang digunakan akan diuji di kawasan sekolah,iaitu
di dewan terbuka sekolah.Kemudian,latih tubi dengan menggunakan ujian yang sama akan
turut dilaksanakan di tempat yang sama sepanjang tempoh masa dalam anggaran dari bulan
September hingga awal November.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Perancangan Tindakan

Dalam bahagian ini,saya akan memperincikan tindakan yang saya akan lakukan untuk
melaksanakan kajian terhadap ketangkasan dengan menggunakan bateri ujian Lompat
9

Kuadran.Oleh itu saya memilih model yang yang telah diketengahkan oleh Kurt Lewin(1984)
dalam Rosinah Edinin(2011).
Dalam model ini,saya cuba untuk memecahkannya kepada beberapa kitaran berdasarkan
model di atas semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan uga semasa menjalankan kajian ini.
5.1.1

Perancangan

Dalam fasa perancangan ini,saya cuba memastikan agar perancangan dilakukan dengan
sistematik supaya ujian dapat dijalankan dengan lancar.Saya bercadang untuk melakukan
ujian

rintis

terlebih

dahulu

dengan

menyasarkan

seramai

orang

responden

sahaja.Kemudian,saya akan menjalankan ujian pra pada minggu hadapan selama dua hari
berturut-turut.Setiap sesi ujian pra nanti akan memakan masa selama 50 minit.Oleh kerana
saya hanya mengajar kelas ini selama sejam bagi satu sesi Pengajaran dan
Pembelajaran,maka berdasarkan pengalaman lalu semasa melakukan ujian ini,masa
merupakan kekangan utama lebih-lebih lagi untuk responden yang ramai.Oleh itu,masa
selama 50 minit untuk setiap satu sesi ujian pra ini nanti pasti akan mencukupi untuk
bilangan murid seramai 27 orang.Ujian pra ini juga saya akan jadikan landasan bagi murid
untuk memahirkan diri dengan prosedur Lompat Kuadran supaya,mereka dapat
melakukannya bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja mereka berada untuk
meningkatkan tahap ketangkasan masing-masing.Selain itu,ujian pra ini juga akan dapat
menentukan di mana tahap ketangkasan responden ini berada.Selepas itu,saya akan
meneruskan dengan intervensi.Untuk tujuan ini juga,saya akan meminta kebenaran secara
rasmi daripada pihak pengurusan sekolah dan memaklumkan secara lisan kepada guru mata
pelajaran lain yang terlibat untuk menggunakan masa mata pelajaran lain selama 50 minit.
Sebelum melakukan ujian ini,saya membimbing murid melakukan aktiviti regangan dan
pemanasan badan yang memfokus kepada bahagian kaki.Ujian pra ini nanti akan
mengkehendaki setiap responden melakukan dua kali percubaan dengan selang masa rehat
selama 2 hingga 3 minit.Melalui ujian pra ini nanti,mana-mana murid yang mencapai tahap
baik dalam ketangkasan akan dikecualikan daripada latih tubi meningkatkan tahap
ketangkasan.Murid-murid ini nanti akan membantu saya mentadbir latih tubi dan ujian
seterusnya.
Bagi memastikan ujian psikomotor ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan skor
ujian yang sah,beberapa langkah telah dikenalpasti.
10

Langkah pertama ialah membuat analisis tentang kualiti kecergasan motor atau fizikal yang
hendak diukur.Dalam konteks ini,kecergasan yang hendak diukur ialah ketangkasan.
Langkah kedua ialah memilih jenis bateri ujian yang hendak digunakan.Pemilihan bateri
ujian ini haruslah mengambil kia beberapa kriteria.Menurut Burton & Miller(1998) dalam
Ahmad Hashim(2004),antaranya ialah ia haruslah bersifat realistik dan munasabah,mudah
untuk dilakukan,ekonomik,tidak memakan masa yang lama unuk ditadbir,mempunyai
prosedur yang lengkap serta releven dengan pelbagai jenis sukan dan permainan dan
pertandingan.
Langkah ketiga ialah memperkenalkan prosedur ujian kepada murid yang akan membantu
guru.Dalam

ujian

ini

nanti,penyelidik

memerlukan

sekurang-kurangnya

orang

pembantu,iaitu dua orang sebagai pencatat lakuaan lompatan dan seorang pencatat
masa.Dalam langkah ini nanti,ujian Lompat Kuadran akan diuji dari satu fasa ke fasa lain dan
disemak sama ada ia menepati prosedur.
Langkah keempat ialah menentukan kebolehpercayaan ujian ini.Bagi tujuan ini pengkaji akan
melakukan kaedah uji dan ulang uji.Responden yang dipilih dalam ujian rintis nanti adalah
sebahagian daripada populasi sebenar.Menurut Ahmad Hashim(2004),sesuatu ujian yang baik
mestilah mempunyai nilai kebolehpercayaan antara .85 dan keatas.Walaubagaimanapun,nilai
yang tinggi ini tidak memberi kesan positif kepada penguji jikalau pentadbiran ujiannya tidak
cekap.
Langkah kelima ialah menyemak semula semua prosedur ujian,arahan,kaedah pentadbiran
dan skor setiap item
Langkah keenam ialah melaksanakan ujian sebenar,mengumpul data dan membuat analisis
untuk penilaian.Skor mentah yang diperolehi akan ditukarkan kepada skor piawai.

5.1.2

Tindakan

Oleh kerana saya hanya memfokus kepada penggunaan bateri ujian Lompat Kuadran dalam
kajian ini,maka saya akan menyediakan peralatan yang akan saya ubahsuai supaya ia bersifat
mudah alih dan mesra pengguna selain mudah untuk dipasang dan ditanggalkan.Semua bahan
yang diperlukan dalam menghasilkan peralatan akan saya lampirkan dalam bahagian kos
kajian.Oleh kerana sebelum ini saya sudah pernah melakukan ujian ini,maka saya akan
11

memperuntukan masa selama 20 minit untuk membuat tayangan slaid gambar Lompat
Kuadran.Saya kemudiannya akan melakukan demonstrasi dan selepas itu meminta murid
melakukannya bergilir-gilir bagi membiasakan diri dengan ujian ini.Ini amat penting
kerana,kekurangan kemahiran dalam ujian ini boleh menjejaskan keputusan yang saya
perolehi nanti.

5.1.3

Pemerhatian

Sebelum melakukan ujian pra nanti,saya akan menyediakan semua peralatan lengkap yang
akan digunakan sepanjang ujian dan latih tubi meningkatkan ketangkasan menggunakan ujian
Lompat Kuadran ini.Saya juga akan memberi taklimat kepada setiap murid tentang tujuan
ujian ini dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Ini merupakan aspek
yang sangat kritikal kerana saya ingin memperolehi keputusan yang betul-betul mempunya
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Semasa murid mencuba ujian ini nanti,saya akan merakam pergerakan mereka agar sebarang
kesilapan boleh di lihat oleh murid sendiri dengan jelas,dan mereka akan berusaha
membetulkannya nanti sebelum ujian sebenar diadakan.

5.1.4

Refleksi

Apabila selepas ketiga-tiga tindakan di atas telah saya lakukan nanti,saya akan cuba mencari
apakah kelemahan dalam pelaksanaan ujian,sama ada dari aspek kemahiran pentadbiran
ujian,kelengkapan,peralatan,masa dan kesungguhan responden.Saya juga berpandukan
kepada Cissik(2004),yang mengatakan bahawa jangka masa yang paling sesuai meningkatkan
kecergasan ialah selama empat hingga lapan minggu.Tempoh masa September hingga Awal
November hanya sebagai cadangan bagi mengelakkan sebarang kekangan yang dijangka
berlaku terutamanya cuti menjelang peperiksaan UPSR,ujian bulanan pada September dan
cuti pertengahan semester pada September.

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data


12

5.2.1

Perancangan Mengumpul Data

Kajian tindakan memerlukan beberapa cara bagi mengumpul data atau maklumat.Jenis data
yang dikumpulkan dalam sesuatu kajian biasanya

dalam bentuk kuantatif dan

kualitatif(Othman Lebar,2011).Dalam kajian ini,saya akan pertama sekali melakukan ujian


rintis.Ujian ini pada pendapat saya amat penting kerana ia akan menguji kesesuaian
instrumen yang diguna pakai nanti.Selain itu ia juga berguna untuk mengukur sejauh mana
keberkesanan ujian yang dijalankan agar dapat digunakan pada kajian masa akan datang.
Bagi melaksanakan ujian rintis ini nanti,saya akan memilih secara rawak 20 orang murid dari
kelas tahun 5.Ujian rintis ini nanti sama dengan ujian sebenar,iaitu saya akan melakukan
ujian pra diikuti oleh ujian pasca.Jikalau ujian ini memang berkesan dalam menguji
ketangkasan dan sekaligus meningkatkan ketangkasan,kesemua responden yang dipilih akan
melalui ujian sebenar,iaitu ujian pra dan kemudian ujian pasca.
Dalam ujian pra dan ujian pasca nanti,kaedah kuantatif yang digunakan adalah berdasarkan
data numerik yang akan dikumpul daripada kesemua 27 orang responden dengan
menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik.Ini sesuai seperti apa
yang dikatakan oleh Ary,Jacobs dan Razavieh(2002).Menurut sabitha Marican(2005),kaedah
kuantatif perlu digunakan sekiranya kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk
numerik.Kajian berbentuk kuantatif ini sering berkait dengan pengiraan yang meliputi
nombor dan formula tertentu.Hasil kajian nanti boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual dan
perkiraan

statistik.Oleh

kerana

kaedah

kuantatif

ini

melibatkan

nombor

dan

pengiraan,pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini akan dioperasikan sebelum


diukur.Dalam kaedah kuantatif juga,kesahan dan kebolehpercayaan diutamakan.
Melalui kaedah kuantatif ini nanti,ujian Lompat Kuadran yang dijalankan akan direkodkan
menggunakan borang skor yang mudah dan ringkas.Ini bertujuan memudahkan murid yang
melepasi tahap ketangkasan tertentu untuk membantu penyelidik melakukan perekodan data
ujian.Borang yang digunakan akan disertakan dalam bahagian lampiran.

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

13

Dalam kajian ini nanti,pengkaji akan menjalankan ujian Lompat Kuadran.Semasa proses
pelaksanaan kajian ini,ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan akan direkodkan datanya
mengikut setiap responden.Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid tahun 5 pada
tahun ini.
Bagi

memudahkan

pengiraan

data

yang

agak

banyak

daripada

kesemua

27

responden,pengkaji akan menggunakan SPSS(Statistical Package for Social Science) versi


19.SPSS merupakan perisian statistik berasaskan windows.Perisian ini amat berguna kepada
pengkaji untuk menganalisis kemasukan data yang besar,tanpa perlu membuat pengiraan
secara manual,atau membina formula seperti dalam excel.Dengan menggunakan SPSS,data
yang dimasukkan boleh dianalisis dan menukar kepada bentuk jadual atau graf.
Bagi ujian pra nanti,pengkaji akan memperolehi data yang menunjukkan sejauh mana tahap
ketangkasan murid tahun 5.Seterusnya latih tubi akan dilakukan untuk meningkatkan tahap
ketangkasan melalui latih tubi berbentuk permainan ketingting yang diubahsuai.Selepas
melalui tempoh latih tubi,satu ujian pasca akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklum
balas tahap ketangkasan murid yang terkini.
Dalam kajian yang dilakukan nanti,pengkaji akan meminta setiap responden melakukan dua
kali cubaan.Daripada dua percubaan ini nanti,min atau purata lakuan lompatan akan
dikira.Min ini perlu dikira bagi menentukan kecenderungan memusat dalam sesuatu
pencerapan.
Dalam aktiviti kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor,kaedah uji dan ulang uji akan
memberikan dua data,iaitu set data pertama untuk ujian pertama dan set data kedua untuk
ujian kedua.Pengkaji beranggapan bahawa pada ujian pertama nanti,pengetahuan responden
tentang ujian masih kurang.Manakala pada ujian kedua,selain pengetahuan,tahap ketangkasan
responden juga dijangka bertambah baik.Oleh yang demikian,pengkaji menjangkakan set
data yang diperolehi tidak sama.
Kedua-dua

set

data

ini

nanti

boleh

dikorelasikan

untuk

mendapatkan

nilai

kebolehpercayaan.Oleh itu,pengkaji akan menggunakan SPSS untuk mengira pekali korelasi


Pearson.Menurut

Safrit

dan

Wood(1995),dan

Miller(1998),dalam

Ahmad

Hashim(2004),mencadangkan nilai pekali korelasi atau pekali kebolehpercayaan antara .80


hingga 1.00 adalah tinggi,.60 hingga.79 adalah sederhana tinggi,.40 hingga .59 sederhana,
.20 hingga .39 rendah dan .00 hingga .19 menunjukkan tiada perkaitan.
14

Pengkaji juga akan menggunakan graf bar untuk menunjukkan data yang diperolehi oleh
setiap responden dalam setiap percubaan yang dilakukan.Selain itu pengkaji akan
menggunakan graf garis untuk menunjukkan perbezaan pencapaian responden dalam ujian
pra dan ujian pasca.Selain itu,pengkaji turut merekodkan data responden seperti tinggi dan
berat badan kerana pembolehubah ini nanti boleh digunakan dalam kajian hadapan.

5.4

Perancangan Pelaksanaan Kajian

(a) Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil
01

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

Membuat tinjauan awal tentang Pengajaran dan PJK 23 Jun 2014


murid tahun 5

02

Mengenalpasti masalah kajian berdasarkan situasi 26 Jun 2014


Pengajaran dan Pembelajaran PJK tahun 5

03

Mengumpul data awal berkenaan masalah yang dikaji

10 Julai 2014

04

Berbincang dengan penyelia tentang tajuk kajian

13 Julai 2014

15

05

Membuat rujukan dari pelbagai sumber tentang 14-17 Julai 2014


kesesuaian masalah yang akan dikaji

06

Mula menulis kertas cadangan

20 Julai 2014

07

Mencari sumber sorotan literatur berkaitan tajuk yang 20 Julai 2014


dipilih

08

Membina instrumen kajian

29 Julai 2014

09

Mendapatkan maklumat tentang penggunaan SPSS

2 Ogos 2014

10

Menghantar draf proposal kajian kepada penyelia

27 Ogos 2014

11

Membuat penambahbaikan proposal kajian tindakan

29 Ogos 2014

12

Memohon

kepada

melaksanakan

pentadbir

kajian

semasa

sekolah
Pengajaran

untuk 4 September 2014


dan

Pembelajaran dan memohon perlantikan guru


13

Menghantar Proposal Kajian Tindakan yang telah 5 September 2014


ditambahbaik kepada Penyelia

(b)
Bil

Kos Kajian
Jenis Bahan

Kuantiti

Harga

Jumlah

(RM)

(RM)

2 unit

14.00

28.00

12 meter

2.00

24.00

01

Hand Tally Counter

02

Paip PVC

03

Sambungan Siku 90 sama

4 unit

1.00

4.00

04

Sambungan TEE sama

4 unit

1.00

4.00

05

Gelang Getah

1 plastik

4.00

4.00

06

Laminating film

7 keping

0.70

4.90

07

Kad manila

4 keping

1.20

4.80

JUMLAH(RM)

73.70

16

6.0

BIBLIOGRAFI

Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor (p. 83).Tanjung Malim,Perak:


Quantum Books
Brown, l. (2005). Training for Speed, Agility and Quickness, (2nd ed.) Champaign, IL :
Human Kinetics
Brughelli, M., Cronin, J., Levin, G., & Chaouachi, A. (2008). Understanding change of
direction ability in sport. Sports Medicine, 38(12), 1045-1063.
Cissik,J.(2004).Sport Speed and Agility Training.Monterey,CA:Coaches Choice Publications.
Gambeta,H.(2005).Fitness Exercise in Sport.London.Harcourt Brace Jovanovich,Inc.
Hopper, T. (2002). Teaching games for understanding: The importance of student emphasis
over content emphasis. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 73(7), 44-48.
Razali, N. (2011). Pencapaian tahap ketangkasan pemain bola jaring pelbagai posisi melalui
latihan ketangkasan di daerah Kinta Utara (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan
Sultan Idris).
17

Sheppard, J. M., & Young, W. B. (2006). Agility literature review: classifications, training
and testing. Journal of sports sciences, 24(9), 919-932.
Wee,Eng Hoe.(1996).Gerak kerja kokurikulum(sukan).Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti

LAMPIRAN

KAD SKOR UJIAN LOMPATAN


NAMA PENCATAT

:..................................................................

NAMA PESERTA

:..................................................................

JANTINA

:Lelaki

PERCUBAAN

: 1/2

JUMLAH KESALAHAN LOMPATAN ( Y )

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah kesalahan lompatan

JUMLAH LAKUAN Y

:...........

TANDATANGAN PENCATAT :...........................................................

18

TANDATANGAN PESERTA :...........................................................

NAMA GURU

:...........................................................

TANDATANGAN GURU

:..........................................................

KAD SKOR UJIAN LOMPATAN


NAMA PENCATAT

:..................................................................

NAMA PESERTA

:..................................................................

JANTINA

:Lelaki

PERCUBAAN

:1/2
JUMLAH LAKUAN LOMPATAN ( X )

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah lakuan lompatan

JUMLAH LAKUAN X

:...........

TANDATANGAN PENCATAT :...........................................................

TANDATANGAN PESERTA :...........................................................


19

NAMA GURU

:...........................................................

TANDATANGAN GURU

:..........................................................

Berat

Jumlah
Lakuan

( kg )

Tinggi
( cm )

Responden

Jantina

Borang Analisis Ujian Lompat Kuadran

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
20

Jumlah
Kesalahan

Skor Sebenar
Ujian lompat

Lompatan

Lompatan

Kuadran

(X)

(Y)

[X-Y]

Borang Skor

Bil

Responden

Skor

Tahap

Klasifikasi Skor

Lelaki

Tahap

Perempuan

31 lompatan

Cemerlang

33 lompatan

23 - 30

Amat baik

27 - 32

21

13 - 22

Baik

14 - 26

7 - 12

Sederhana

8 - 13

0-6

Lemah

0-7

22

You might also like