You are on page 1of 2

Jurnal Praktikum

MINGGU 2
Tajuk : Bilangan Pelajar Yang Agak Berlebihan Dalam Satu Bilik Darjah

Peristiwa :
Pada minggu ketiga ini, saya memilih satu isu iaitu bilangan pelajar yang boleh
dikatakan agak berlebihan dalam satu bilik darjah. Ini kerana pada pengajaran dan
pembelajaran kali ini, saya telah mengajar kelas 4 Pintar yang mempunyai murid
seramai 39 orang dalam satu bilik darjah. Bilik darjah mereka menjadi kelihatan sempit
semasa menjalankan sesi P & P. Bilangan mereka yang ramai dan susunan meja yang
kelihatan tidak cantik mempengaruhi suasana dalam bilik darjah mereka.

Analisis :
Masalah ini berlaku kerana mungkin pembahagian murid mengikut kelas
mempengaruhi faktor ini. Ini menyebabkan kawalan bilik darjah kelihatan agak longgar
dan tidak teratur walaupun hasil pembelajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya. Ia
juga menyebabkan tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada murid murid
yang sentiasa memerlukan bantuan daripada guru.

Langkah yang Perlu Diambil :


i)

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang

ii)

akan diajar kepada murid murid.


Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan bilangan

iii)

murid dan juga aktiviti perlu diberi perhatian.


Saya juga akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pensyarah

iv)

pembimbing, guru pembimbing serta guru guru yang lain.


Perbincangan dengan guru pembimbing sebelum merancang untuk membuat
persediaan mengajar harian.

Cadangan :
Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran P & P yang baik adalah perlu bagi memastikan
suasana kelas yang kondusif dapat disediakan dengan baik dan teratur. Sekiranya
masalah ini tidak diatasi dengan segera, sudah tentu hasil pembelajaran yang telah
dirancang tidak akan tercapai sepenuhnya.

You might also like