You are on page 1of 4

Proposal Training

Mendorong Tingkah Laku Positif


Anak-anak dengan Menggunakan
Teknik Nabi

Dikendalikan oleh:
Tim Jurulatih Modul Teknik Nabi, PTS Edu-Consult PLT

Mendorong Tingkah Laku Positif Anak Menggunakan Teknik Nabi

Tajuk Modul
Mendorong Tingkah Laku Positif Anak-anak Menggunakan Teknik Nabi
Pengenalan
Modul latihan Mendorong Tingkah Laku Positif Anak-anak Menggunakan Teknik Nabi
didesain berdasarkan hasil kajian Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Ia mengandungi
teknik-teknik membimbing tingkah laku anak-anak yang boleh dipraktikkan oleh
pendidik dalam kelas dan ibu bapa di rumah.
Dalam kursus ini, latihan-latihan yang bakal diberikan kepada peserta seperti berikut:
1. Mengetahui perkembangan tingkah laku anak-anak;
2. Mempelajari teknik-teknik mendorong tingkah laku anak-anak;
3. Mengaplikasi Teknik Nabi dalam mendorong tingkah laku anak-anak
Metodologi Latihan
Modul latihan ini disampaikan melalui kuliah dan bengkel. Peserta akan menggunakan
lembaran kerja, aktiviti individu, aktiviti berkumpulan, simulasi dan pembentangan hasil
perbincangan. Kaedah self-discovery yang digunakan dalam sesi latihan ini,
membantu

peserta

memahami

dan

mengingat

dengan

mudah,

seterusnya

mengaplikasikan skil-skil ini dalam tugas-tugas harian.


Objektif Umum
Memperkenalkan prinsip dan teknik bagaimana Nabi Muhammad mendorong
perubahan sikap dan tingkah laku seseorang yang digali dari hadith-hadith sahih.
Objektif Teknikal
1. Mengetahui teknik-teknik mendorong tingkah laku anak-anak di Taska, Tadika,
sekolah, rumah dan di mana-mana;
2. Mempelajari langkah demi langkah bagaimana teknik-teknik itu mudah
dipraktikkan;
3. Mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari untuk mendorong anak-anak yang
mempunyai estim diri dan motivasi rendah.

Mendorong Tingkah Laku Positif Anak Menggunakan Teknik Nabi

Tajuk-tajuk Kandungan Kursus


Sesi 1 dan 2:
Psikologi Tingkah Laku Anak-anak
Sesi 3 hingga 12:
Teknik Mendorong Tingkah Laku Anak-anak Gaya Nabi
Faedah-faedah
1.
2.
3.
4.

Melahirkan ibu bapa yang berkesan mendorong perubahan sikap dan tingkah laku
anak-anak.
Mengurangkan beban emosi seperti tekanan, mudah marah dan menanggung
risiko atas tindakan luar kawal.
Meningkatkan suasana harmoni dalam rumah melalui hubungan baik dan saling
dorong-mendorong.
Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai positif, kesan daripada teknik memberi
respon yang betul ke atas tingkah laku mereka.

Kandungan Kursus
Sesi 1: Psikologi Tingkah Laku Anak-anak (1)
Ciri-ciri anak-anak peringkat awal secara umum
Temperaman kanak-kanak
Tahap perkembangan kanak-kanak mengikut Islam (06 tahun)
Sesi 2: Psikologi Tingkah Laku Anak-anak (2)
Perkembangan neuro-sains dan perkaitan dengan perkembangan tingkahlaku
Perkembangan tingkah laku
Bagaimana anak-anak mempelajari tingkah laku
Sesi 3: Mendorong dengan menggunakan ganjaran sosial
Aplikasi hadith Bersin
Sesi 4: Mendorong anak mengekalkan hasil kerja baik
Aplikasi hadith Pintu Langit Terbuka
Sesi 5: Mendorong anak memberhentikan sikap negatif
Aplikasi hadith 12 Malaikat
Sesi 6: Menunjukkan contoh kerja yang betul
Aplikasi hadith Markah untuk salam
Sesi 7: Mendorong anak berakhlak baik
Aplikasi hadith Abu Bakar Masuk Syurga

Mendorong Tingkah Laku Positif Anak Menggunakan Teknik Nabi

Sesi 8: Menegur Anak yang Melanggar Peraturan


Aplikasi hadith Lelaki Kencing di dalam Masjid
Sesi 9: Teknik Menyuruh dan Membimbing Tugas
Aplikasi hadith Unais
Sesi 10: Teknik Menolak Permintaan Anak-anak
Aplikasi hadith Fatimah Meminta Pembantu Rumah

Tarikh dan Tempat


Tarikh dan tempat ditentukan setelah perbincangan dengan pihak penganjur
Jumlah Peserta
Maksimum 40 orang peserta
Tempoh Latihan
Pakej 1 - Latihan dalam tempoh satu hari (6 jam)
Pakej 2 - Seminar
Keperluan Latihan/Alat Bantuan Pembelajaran

Peralatan asas audio dan visual (projektor, skrin, speaker dan PA Sistem)
Papan Putih dan Pen Marker
Bilik/dewan latihan yang memiliki fasiliti meja dan kerusi untuk peserta
(sebaiknya berhawa dingin)

You might also like