You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5,

JALAN YUSOF MUAR, 83600 SEMERAH, JOHOR

AKTIVITI :
PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL 1 MALAYSIA)

TEMPAT :
RUANG BELAKANG BANGUNAN PENTADBIRAN, SKPN5

TARIKH :
1 JULAI 2013 HINGGA 26 JULAI 2013

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 2015
1.0 PENGENALAN
Mural merupakan cara menggambar atau melukis di atas permukaan yang
luas seperti dinding, tembok dan permukaan jalan raya. Ia adalah satu bentuk
seni yang semakin digemari pelbagai golongan. Lukisan mural bersifat bebas
dan penggunaan media seperti cat tembok, cat kayu atau sebarang bahan
pewarna seperti kapur tulis dan sebagainya dapat menghasilkan gambar. Karya
lukisan mural yang dihasilkan dapat memberi satu impak dan memberi makna
terhadap lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan lukisan mural di Malaysia terdapat
di

bangunan-bangunan

terutama

pejabat,

sekolah,

tadika,

lorong

dan

sebagainya.
Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan

Kebangsaan

(FPK)

kerana

sekolah

merupakan

agen

sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Selain itu, sekolah


juga merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia
ada.
Sehubungan itu, bagi memupuk minat setiap murid di sekolah
Panitia Pendidikan Seni Visual akan menjalankan projek keceriaan
lukisan mural bertemakan 1 Malaysia.

Projek keceriaan ini merupakan

salah satu projek yang akan dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual.
Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru di samping dapat melihat
komitmen guru dalam menjayakan sesuatu projek.

2.0 RASIONAL
Keceriaan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu,
projek melukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria
dan berseri. Persekitaran yang ceria akan memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif merupakan satu agenda yang
penting dalam rutin seharian di sekolah. Projek keceriaan yang dirancang
bertemakan 1 Malaysia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga
sekolah iaitu murid-murid, guru-guru dan staf sokongan tentang jalinan hubungan
antara semua kaum dapat memupuk perpaduan sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa, agama dan negara.

3.0 MATLAMAT
3.1 Lukisan mural 1 Malaysia dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid
di sekolah.
3.2 Memperindah dan menceriakan dinding ruang bangunan sekolah dengan
lukisan mural.
3.3 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung.
3.4 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
4.2 Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
murid dan warga sekolah.
4.4 Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
dan bakat secara kreatif.

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua guru dan murid SK Datuk Akhir Zaman
6.0 TEMPAT

6.1 Dinding ruang tangga blok D di SK Datuk Akhir Zaman, Rantau.


7.0 TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Anjuran
: Panitia Pendidikan Seni Visual
Tarikh
: 03 -21 Ogos 2015 ( 3 Minggu )
Tempat
: Tangga Blok D SK Datuk Akhir Zaman, Rantau
8.0 TEMA LUKISAN MURAL
8.1 1 Malaysia
9.0 ANJURAN
9.1 Panitia Pendidikan Visual
10.0

JAWATANKUASA INDUK PROJEK

PENASIHAT
Puan Maznah binti Hassan
(Guru Besar)
PENGERUSI
Puan Khadijah binti Masrom
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
NAIB PENGERUSI
Puan Nur Sarah binti Abdullah
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Encik Hishamuddin bin Muda
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS
Puan Nasurah binti Mazlan
SETIAUSAHA
Puan Emelia Diyana binti Kamaruddin

BENDAHARI
Puan Haryani binti Md Jani
AHLI JAWATANKUASA
Encik Alwi bin Suid

Cik Erdawaty binti Ismail


Puan Wan Norizan binti Wan Harun
Puan Norbaiti binti Alias
Puan Jameah binti Mohamed
Puan Noor Aszlin binti Atan

11.0
BIL

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA

HARGA
SEUNIT (RM)

KUANTITI

JUMLAH

Cat Pelaka

Biru
Hitam
Kuning
Putih
Hijau
Unggu
Merah Jambu

RM18.00

6 X 18.00

RM 108.00

RM 28.00

2 x 28.00

RM 56.00

RM 8.50

4 x RM 8.50

RM 42.00

RM 2.00

4 x RM 2.00

Berus Cat

Berus besar
Berus kecil

RM 216.00

JUMLAH

12.0

IMPLIKASI KEWANGAN
12.1

Peruntukan

PCG

Panitia

Pendidikan

Seni

Visual

dan

sumbangan sekolah.
13.0

PENUTUP
13.1

Program Keceriaan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan

matlamat Panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, ianya adalah untuk
merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha
melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani,
mental, emosi dan sosialnya. Melalui program keceriaan ini juga
diharap objektif penganjur dapat memupuk nilai murni dalam kalangan
murid dan warga sekolah di sekolah. Sekaligus

mewujudkan

persekitaran sekolah yang ceria dan menarik akan dapat dicapai


dengan kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh ,

..............................................
(NASURAH BINTI MAZLAN)
Penyelaras,
Program Keceriaan,

Ketua Panitia
SK Datuk Akhir Zaman,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.

SK Datuk Akhir Zaman,


71200 Rantau,
Negeri Sembilan.

Disahkan oleh :

Disemak oleh,

........................................................
( PUAN MAZNAH BINTI HASSAN)
Guru Besar,

.................................................................
(PN EMELIA DIYANA BT KAMARUDDIN)

SK Datuk Akhir Zaman,


71200 Rantau,
Negeri Sembilan.

PELAN TINDAKAN
Carta Gantt
CARTA GANTT PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
SK DATUK AKHIR ZAMAN, RANTAU
TAHUN 2015
BULAN
BIL

PERKARA

TINDAKAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

4.0 LAPORAN PELAKSANAAN


4.1 Objektif Impak
a) Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
b) Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
c) Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
murid dan warga sekolah.
d) Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
dan bakat secara kreatif.

Pada ..............., Panitia Pendidikan Seni Visual SK Datuk Akhir Zaman,


Rantau telah menganjurkan program keceriaan lukisan mural bertemakan 1
Malaysia di tangga blok D bagi memenuhi perancangan aktiviti panitia bagi tahun
2015. Program ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan mengikut tempoh
pelaksanaan yang telah dirancangkan. Semua guru Panitia Pendidikan Seni Visual
telah mengambil bahagian dalam menyiapkan lukisan mural. Projek ini juga telah
mendapat kerjasama daripada murid Tahun 4 dan 5 serta AJK PIBG di sekolah.
Projek ini juga merupakan aktiviti yang melibatkan AJK Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG). Ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan setiap bagi
meningkatkan keceriaan sekolah mengikut Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia
Pendidikan

Seni

Visual.

Proses

membuat

lukisan

mural

ini

memerlukan

perancangan yang teliti agar dapat dijalankan dengan baik seperti yang
dirancangkan.
Sebelum Pelaksanaan
Program Keceriaan ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang
oleh Panitia Pendidikan Seni Visual berpandukan kepada perancangan aktiviti
tahunan panitia bagi tahun 2015. Projek keceriaan yang dipilih untuk dijalankan
adalah dengan menghasilkan lukisan mural di dinding sekolah yang masih kosong.
Sebelum pelaksanaan aktiviti tersebut, Panitia Pendidikan Seni Visual bersamasama Unit 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan) telah mengadakan
Mensyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama bagi membincangkan
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi meningkatkan keceriaan sekolah. Barisan

pentadbir sekolah yang terdiri daripada Puan Maznah binti Hassan (Guru Besar),
Puan Khadijah binti Masrom (GPK 1) dan Puan Nur Sarah binti Abdullah (GPK HEM)
juga turut hadir semasa mesyuarat kali pertama dijalankan. Semua guru yang
terlibat dalam mensyuarat ini telah diberikan surat panggilan mesyuarat secara
individu.
Hasil dapatan mesyuarat kali pertama ini, Ahli Jawatankuasa Program dan
Ahli Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan. Dalam mesyuarat ini juga, ahli
jawatankuasa telah menetapkan matlamat, rasional, objektif, kumpulan sasaran,
tarikh, tempat dan masa program yang hendak dilaksanakan. Pada peringkat
seterusnya, ahli jawatankuasa berkenaan akan menyediakan kertas cadangan dan
anggaran perbelanjaan.

LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL BLOK TULISAN

HARI

2 Julai Jun 2013

PERKARA

Mengambil gambar sebelum dan


membuat cat asas di dinding

8 Julai 2013 12 Julai 2013

Melukis dan mewarna dinding

15 Julai 2013 19 Julai 2013

Melakukan

kemasan

serta mengambil gambar

terakhir

You might also like