You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina
sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep
memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah
dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi
kehidupan dan cabaran yang sebenar.
Profesion perguruan atau kerjaya sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan
guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih
tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,
senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas
dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan
sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut
peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,
perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan
dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam
misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting
dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia
pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa
kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod
pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai
penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau
pemudah cara dalam proses.
Untuk menjadi seorang guru yang professional dan mencapai standard yang baik,
program latihan intensif merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal guru menggilap
kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Sepanjang
menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih berpeluag untuk meningkatkan
kecekapan penyampaian pengajaran, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan
dan teori serta amali pengajaran dan pembelajaran kerana program ini mengandungi
beberapa komponen yang dapat membentuk golongan guru yang berkualiti. (Kamaruddin,
1998).

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan


ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan
dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami
serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan
seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah
satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri
seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan
dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu
mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri
atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu
pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya,
akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang
digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan
kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan
keberkesanan

dalam

menggunakan

sumber

pengajaran

secukupnya

yang

turut

mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.


Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim
pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan
usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah
dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana
berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah
pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik
darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai
murni pembelajaran di kalangan pelajar.

2.0

Konsep Kemahiran Profesional


Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang
yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan
tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya
mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidangbidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru.


1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga
perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,
bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

BIBLIOGRAFI
4. Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud,
Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP.
5. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu,
Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.
6. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan
Bahasa, KL., DBP.
7. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and
Philadepia: The Falmer Press.
8. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
9. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid
Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian
Agama Islam.
10. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
11. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala
Lumpur, DBP.
12. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep
Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.
13. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir
Pelajar Kritis, Utusan Melayu.
14. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching,
Journal of Experimental Education, University of Maine.

You might also like