You are on page 1of 1

SITUASI AIR DI MALAYSIA PADA MASA INI

Air merupakan salah satu sumber utama yang digunakan oleh pengguna di
Malaysia untuk memenuhi keperluan harian mereka. Sumber air yang bersih adalah
salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana organisasi
yang memberikan perkhidmatan air kepada pengguna. Penjagaan kualiti air di
Malaysia boleh dilakukan dalam pelbagai cara untuk memastikan tahap kesihatan
setiap pengguna dalam keadaan memuaskan.
Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai sektor ekonomi yang menjadikan air
sebagai sumber utama, seperti sektor perindustrian, agrikultur, dan pelbagai sektor
yang lain. Peningkatan sektor perindustrian di Malaysia akan menyebabkan
keperluan air bersih meningkat dari semasa kesemasa dan memerlukan lebih
banyak kos untuk menghasilkan air bersih di Malaysia.
Musim kemarau yang berpanjangan dan berlarutan pada masa ini
menyebabkan berlakunya kekeringan air dan penurunan paras air empangan.
Keadaan ini merupakan suatu kebiasaan disebabkan peningkatan suhu yang tinggi
dan kering di Malaysia. Keadaan air di empangan yang susut, ditambah pula dengan
masalah sugai yang tercemar, telah menyebabkan loji rawatan air terpaksa
dihentikan.
Kadar pencemaran air yang sudah melepasi kadar piawaian yang telah
ditetapkan akan memberikan impak yang buruk terhadap orang ramai yang
memerlukan air bersih sebagai sumber utama mereka. Selain itu, impak yang buruk
ini bukan hanya diterima oleh penduduk Malaysia, malah ia juga dialami oleh
pelancong asing yang datang di Malaysia. Seterusnya ini akan menyebabkan
ekonomi negara merudum. Perkara ini akan berlarutan sekiranya tidak ada langkahlangkah pengurusan air yang baik yang diambil oleh pihak kerajaan dan syarikat
bekalan air itu sendiri.
Terdapat banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan untuk memastikan
kualiti air dan sumber air memenuhi keperluan orang ramai di Malaysia. Pembaziran
air dan penggunaan air yang tidak berhemat oleh orang ramai, juga boleh
menyebabkan sumber air bersih tidak mencukupi. Jika perkara ini tidak dibendung,
pengguna akan mengalami masalah kekurangan air bersih pada masa akan datang.
Tidak mustahil juga masalah kekurangan air bersih yang berlaku di Selangor
akan turut berlaku di 13 buah negeri yang lain di Malaysia. Jika masalah-masalah ini
tidak dapat diselesaikan, catuan air berjadual adalah jalan terakhir yang terbaik
untuk memastikan sumber air bersih dalam tahap terkawal.
Selain pencatuan air berjaual, penggunaan air hujan untuk aktiviti-aktiviti
harian, seperti mencuci kereta, kegunaan tandas dan penyiraman pokok oleh orang
ramai adalah digalakkan. Nilai-nilai ini perlu dititikberatkan oleh kerajaan ataupun
syarikat bekalan air supaya pengguna menggunakan langkah-langkah tersebut
sebagai jalan penyelesaian yang bijak.

You might also like