You are on page 1of 29

SEKOLAH KURANG

MURID (SKM)

PENGENALAN SKM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengenal pasti jurang pendidikan yang
perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan
kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya
ialah jurang pendidikan antara bandar dan
luar bandar yang merujuk kepada
ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan
guru terutama di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di
pedalaman.

KRITERIA SKM
Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261
(29.7%) sekolah rendah yang
dikategorikan sebagai Sekolah Kurang
Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya
kurang daripada 150 orang
Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid
ini berada dalam keadaan daif dan
menghadapi masalah kekurangan
peruntukan, kemudahan dan guru terlatih

Norma perjawatan sedia ada tidak


bersesuaian dengan keperluan Sekolah
Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan
guru pemulihan.
penempatan guru di Sekolah Kurang Murid
sukar dilakukan kerana kebanyakannya
berada jauh di pedalaman.
mengamalkan pengajaran kelas bercantum.
SKM kurang lengkap dan biasanya
merupakan pondok-pondok kecil sahaja.

mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.


terletak di kawasan-kawasan terpencil
yang bilangan penduduknya tidak ramai

KAEDAH PELAKSANAAN SKM


Kelas bercantum merupakan kelas yang
diwujudkan kerana bilangan murid dalam
tahun persekolahan adalah kurang
daripada 15 orang dan bilangan ini tidak
mencukupi untuk membentuk sebuah
kelas biasa
Perlaksanaan kelas bercantum atau
multigrade teaching iaitu mengajar sebuah
kelas yang terdiri lebih daripada satu
tahun persekolahan

Sesebuah kelas bercantum mungkin


mengandungi murid-murid daripada dua
atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun
1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 )
Seorang guru akan dikehendaki mengajar
lebih daripada satu tahun persekolahan
secara serentak dalam sesebuah kelas
bercantum.

CIRI-CIRI KELAS BERCANTUM


Kelas bercantum merupakan kelas yang
unik yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.
umur murid-murid dalam sesebuah kelas
bercantum berlainan mengikut tahun
persekolahan mereka
Percantuman murid-murid mengikut umur
yang hampir sama ini dilakukan bagi
memudahkan guru melaksanakan proses
pengajaran dan pelajaran di dalam kelas
bercantum.

Bilangan murid dalam satu tahun


persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.
Bilangan kelas bercantum akan ditentukan
dengan membuat pertimbangan
berdasarkan bilangan murid dalam setiap
tahun persekolahan.
jumlah murid dalam tiga tahun
persekolahan tidak melebihi 14 orang
murid, maka tiga tahun persekolahan
dicantumkan dalam sebuah kelas
bercantum.

seorang guru ditugaskan mengajar muridmurid daripada dua atau tiga tahun
persekolahan secara serentak dalam
sebuah kelas yang sama
kriteria percantuman kelas juga
bergantung kepada bilangan tenaga
pengajar yang sedia ada
contoh, sebuah sekolah yang mempunyai
3 orang guru boleh mencantumkan muridmurid daripada tiga tahun persekolahan
bagi membentuk sebuah kelas bercantum.

Manakala, sebuah sekolah yang


mempunyai 4 atau 5 orang guru pula
boleh mencantumkan murid-murid
daripada dua tahun persekolahan dalam
sebuah kelas
Namun, biasanya, bilangan guru dalam
sekolah yang mempunyai kelas bercantum
tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan
guru adalah mengikut nisbah bilangan
kelas yang terdapat disesebuah sekolah
berkenaan.

strategi pengajaran dan pembelajarannya


yang tersendiri dan berbeza daripada kelas
biasa
semasa guru mengajar murid-murid dalam
satu tahun persekolahan, murid-murid dari
tahun persekolahan yang lain akan
ditinggalkan
memastikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan, guru yang terlibat perlu memilih
dan merancang strategi pengajaran yang
sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah

murid-murid Tahun 1 yang baru masuk


sekolah dan memerlukan perhatian dan
layanan perlu diutamakan oleh guru.
murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan penting seperti UPSR.
kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak
dicantumkan dan dijadikan kelas biasa
kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi
oleh sekolah .
bergantung kepada pihak sekolah yang perlu
memikirkan kriteria yang sesuai berdasarkan
keutamaan dan keadaan sekolah itu sendiri

keadaan bangunan dan kemudahankemudahan sekolah yang mempunyai


kelas bercantum biasanya kurang lengkap
dan biasanya merupakan pondok-pondok
kecil sahaja
hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik
darjah.
Jika sekolah itu hanya mempunyai dua
buah bilik darjah, maka kelas
bercantumnya terdiri daripada murid-murid
dari tiga tahun persekolahan.

STRATEGI PELAKSANAAN SKM


membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan luar bandar
menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke
sekolah pedalaman
merintis penggunaan solar hybrid
merintis penggunaan empangan mini
menyediakan bekalan air ke sekolah,

menambah baik Sekolah Kurang Murid


menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi
tujuan peluasan
mewujudkan norma baru untuk guru di
Sekolah Kurang Murid.

PENDEKATAN DAN STRATEGI


PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

STRATEGI PERTAMA
penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan
penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu
sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.
Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum
bagi murid-murid Tahun 1 dan 2, muridmurid Tahun 1 disusun secara
berkumpulan, manakala murid-murid
Tahun 2 duduk secara formal.

PENDEKATAN DAN STRATEGI


PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

Dua papan hitam digunakan dan keduaduanya terletak di tempat pengadang


yang diletakkan ditengah-tengah kelas
sebagai pembahagi kelas.
Tempat duduk guru pula diletakkan di
tempat yang membolehkan guru
mengawasi kedua-dua tahun
persekolahan itu.

PENDEKATAN DAN STRATEGI


PENGAJARAN KELAS BERCANTUM
penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang
disusun berdasarkan peruntukan masa yang
ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.
Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar
Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus
disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang
sama.
pengurusan alat bantu mengajar adalah penting
bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

PENDEKATAN DAN STRATEGI


PENGAJARAN KELAS BERCANTUM
guru mestilah memastikan setiap murid
mematuhi semua peraturan yang telah
ditetapkan.
percantuman kemahiran-kemahiran untuk
diajarkan dalam waktu pelajaran yang sama
perlu dititikberatkan.
Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam
sebuah kelas bercantum di mana murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut kebolehan murid dan guru
menyampaikan pelajaran secara bergilir-gilir,
kumpulan demi kumpulan.

PENDEKATAN DAN STRATEGI


PENGAJARAN KELAS BERCANTUM

kaedah individu juga kadangkala harus


digunakan sebagai strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam sesebuah kelas
bercantum.
Strategi penggabungjalinan, penyerapan
dan pemulihan juga boleh diubahsuai
untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kelas bercantum.

PROGRAM GEMILANG 7(G7)


Program Gemilang 7 merupakan salah
satu cara untuk mengatasi kekurangan
SKM dalam aspek-aspek antara lain
sumber manusia, kemudahan asas, buku
dan sumber rujukan. Program ini
merupakan perkongsian pintar tujuh buah
sekolah yang dikategorikan sebagai
kurang murid di zon kurikulum 1, daerah
Segamat.

SKM yang terlibat adalah:

SK Spang Loi, Batu Anam,


SK Balai Badang, Batu Anam,
SK Tambang, Batu Anam,
SK Mensudut Pindah, Batu Anam,
SK Mensudut Lama, Batu Anam,
SK Kampung Awat, Batu Anam,
SK Kemedak, Batu Anam.

Objektif g7
Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di
kalangan G7;
Menjadikan G7 sebagai penyumbang
kepada peningkatan prestasi UPSR;
Menjadikan G7 sekolah yang gemilang
dan berkesan;
Mewujudkan budaya kerja yang gemilang
dan terfokus melalui kepakaran dalaman
dan luaran;

Memupuk semangat kerjasama antara


sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya;
Melahirkan insane yang gemilang dan
seimbang daripada masyarakat luar bandar;
Mewujudkan persaingan yang sihat di
kalangan G7 di samping dapat memupuk
dan meningkatkan keupayaan jati diri di
semua peringkat G7.

Empat perkara utama yang menjadi teras


kepada pembentukan program G7

perkongsian dalam aspek kemudahan


fizikal, sumber manusia, bahan dan
peralatan, dan bahan rujukan. Keempatempat perkara ini merupakan perkara
yang asas kepada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Perkongsian
yang terstruktur membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih
sempurna

kesimpulan
Menurut Hedges, Laine, Greenwalds
(1994) dan Tribus (1996), sumber-sumber
sesebuah organisasi seperti sumber
kewangan, peralatan komputer dan
kemudahan-kemudahan lain mempunyai
pertalian yang rapat dalam menentukan
standard dan pencapaian sesebuah
sekolah dalam akademik mahupun
kokurikulum .

Kebanyakan SJK(T) dikategorikan sebagai


sekolah bantuan modal atau bantuan
kerajaan, namun sekolah masih
mempunyai kemudahan seperti
kemudahan komputer, alat bantu mengajar
dan perpustakaan sekolah bagi membantu
para murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.

Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat


penting yang perlu ada pada seseorang guru
ialah menimbulkan minat pelajar terhadap
pengajarannya. Manakala Crow and Crow
(1980), menyatakan guru sepatutnya dapat
membimbing untuk menggerakkan
pelajarnya untuk belajar, membantu pelajar
membina sikap yang positif, memperbaiki
teknik mengajar dan memperbaiki diri
terhadap mutu pengajaran mereka.

You might also like