You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH

TAJUK 4 : PENTADBIRAN PROGRAM


PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH :
NOR SYAWWIRAH BINTI ADNAN
LAILI AMALIA BINTI MUHAMMAD
8 PISMP PENDIDIKAN KHAS 1
PENSYARAH : PUAN AZIZAH BINTI ZAIN

PENGENALAN
Dimmock
(1999)
Kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk
membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah
Pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di
sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan
Cuban
(1988)
Kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai
hasil akhir yang diinginkan
Pengurusan adalah penyelenggaraan secara cekap dan berkesan
terhadap perjalanan semasa bagi sesuatu organisasi

STRUKTUR ORGANISASI
PENDIDIKAN KHAS DI
SEKOLAH

JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF


PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

JAWATANKUASA DISIPLIN PENDIDIKAN


KHAS DI SEKOLAH

JAWATANKUASA KOKURIKULUM DI
SEKOLAH

CONTOH STRUKTUR ORGANISASI


PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH

a. Bidang tugas penyelaras PK

b. Bidang tugas Guru-guru lain

BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN


GURU
PERANTARA ANTARA GURU DENGAN IBU BAPA

c. Penglibatan Ibu bapa-Guru

MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU


BAPA-GURU (PIBG)
Mesyuarat hendaklah dilaksanakan
sekurang-kurangnya dua kali setahun
Bertujuan :
perkongsian maklumat
menjalinkan hubungan yang baik antara
penjaga-guru

IKLIM SEKOLAH

Definisi Iklim
Pusat Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim
sekolah sebagai suasana yang baik dimana
kawasan persekitarannya dirasakan selesa,
tenteram, mesra dan riang dengan
pembelajaran yang lancar.
Pengetahuan tentang iklim sekolah dan
persepsi guru terhadapnya dapat membantu
pentadbir sekolah merancang dan melaksana
strategi-strategi untuk memajukan sekolah
(Gonder dan Hymes, 1994)

a. Jenis-jenis Populasi Murid


Pendidikan Khas
Sekolah

Sekolah Pendidikan Khas


Dikhususkan bagi murid-murid
berkeperluan khas kategori masalah
penglihatan dan pendengaran sahaja.
Ditadbir terus oleh JPK, KPM.
Sekolah menyediakan prasarana yang
sesuai.
Kewangan : Tenaga Pengajar dan
peralatan khas dibekalkan terus oleh JPK.

Program Pendidikan Khas Integrasi


(Percantuman)
Program yang menempatkan murid pendidikan khas di
sebuah sekolah biasa di bawah pentadbiran sekolah dan
seorang penyelaras program.
Populasi sekolah terdiri daripada murid biasa dan murid
khas.
Terdapat tiga kategori iaitu:
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pendengaran
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran

Program inklusif
Mirip kepada konsep program integrasi.
Dilaksanakan dengan dua cara:
Inklusif Penuh: Murid dengan
berkeperluan khas belajar bersama-sama
dengan murid normal sepenuh masa
dalam kelas yang sama.
Separa Inklusif: Murid berkeperluan khas
belajar bersama-sama murid normal bagi
matapelajaran tertentu sahaja.

b. Ciri dan Saiz Organisasi


Robbins(1998) menjelaskan bahawa organisasi merupakan satu
unit sosial yang dikendalikan oleh dua orang atau lebih, dimana
unit ini secara relatifnya berfungsi secara berterusan untuk
mencapai matlamat tertentu.
Jaafar Mohamad(2000) pula memberi takrifan organisasi sebagai
gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama
secara berkoordisasi bagi mencapai sesuatu hasil atau obejktif.
Mohd Salleh Lebar(1998), daripada ciri-ciri sekolah, boleh
dianggap sebagai sebuah organisasi iaitu mempunyai pentadbiran
bersifat birokratik, bermatlamat, mempunyao organisasi
pembelajaran dan mempunyai peranan.

Pengurusan bermaksud organisasi yang dibentuk dan


mempunyai hala tuju iaitu visi dan misi yang mahu
dicapai.
Misalnya, sebuah sekolah Pendidikan Khas
merupakan tempat untuk anak-anak khas menimba
ilmu pengetahuan, guru memberi pekhidmatan dan
sumbangan dalam bentuk bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar dan pembelajaran.
Ciri-ciri sebuah organisasi sekolah:
Tugas pengurus sekolah
Perkara yang diurus
Bidang pengurusan
Peranan pengurusan

Tugas pengurus sekolah


Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan
kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur
dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan.
Peranan pengurusan dianggap amat penting
bagi melahirkan generasi yang seimbang dan
harmonis yang bukan saja memiliki keupayaan
intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang
teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki
kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

Perkara yang diurus


Manusia
Ciri yang paling penting dalam organisasi sekolah ialah
pengurusan manusia iaitu guru, pelajar dan staf
sokongan.
Aktiviti
Aktiviti pdp untuk mengembangkan JERIS
Material
Contohnya bangunan, kawasan, perlatan dan
keawangan.

Bidang Pengurusan
Pentadbiran Am
Merujuk kepada pengelolaan sekolah yang
melibatkan hal-hal bukan akademik iaitu
perkhidmatan dan penjawatan, pentadbiran
pejabat, pentadbiran pelajar, pengurusan
kewangan dan lain-lain perkara.
Pengurusan Manusia
Melibatkan guru, kakitangan sokongan dan murid
yang meliputi aspek akademik dan kebajikan

Pelaksanaan Aktiviti
Meliputi aspek kurikulum : penyediaan
RPH, BBM, penilaian dan pelaksanaan
dan kokurikulum
Penyeliaan
Pemerhatian terhadap pdp serta motivasi
guru dan pelajar untuk meningkatkan
kualiti pengajaran

Peranan Pengurusan
Perancangan
Persiapan untuk melaksana matlamat sekolah
Pengelolaan
Pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan
yang telah dibuat.
Penyelarasan
Aktiviti membawa manusia, fikiran, dan teknik kedalam
sesuatu hubungan yang harmonis dan produktif di sekolah.
Perhubungan
Interaksi antara ahli dalam sekolah untuk saling
mempengaruhi dan bekerjasama.

c. Sumber Tenaga
Menurut Kamus Dewan (1997:1318),
sumber bermasud asal, mula, atau punca.
Sonia Blandford (1999) pula menjelaskan
sumber ialah alat pembekalan atau
sokongan yang dapat membantu
pengurus sekolah mencapai matlamatnya.

Sumber tenaga terdiri daripada:


1. Pihak Pentadbir
2. Guru-guru
3. Staf Sokongan
. Guru besar: Ketua pentadbir dalam
memastikan setiap program berjalan
lancar dan semua jawatankuasa
menjalankan tanggungjawab dengan jujur
dan amanah.

Guru Penolong Kanan: Pembantu dan


pemudahcara kepada ketua pentadbir.

Staf Sokongan: Contohnya PPM.


Memastikan kelancaran di sesebuah
organisasi di sekolah.

PENUTUP
Pengurusan dan pentadbiran di sekolah
haruslah telus dan mematuhi etika kerja yang
betul.
Tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan
perlulah dilaksanakan mengikut turutan dan
masa yang secukupnya.
Sebarang kecuaian dan penagguhan tidak
hanya menyukarkan satu pihak untuk
melaksanakan tugas mereka, sebaliknya
mampu melumpuhkan keseluruhan organisasi.

RUJUKAN
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad (2011). Pengantar
Pendidikan Khas. Pulau Pinang: USM
K.A Radziah (2005). Siri Pendidikan Khas : Menjadi Guru
Pendidikan Khas, PTS Profesional
Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat
Pertengahan di Sekolah, Terjemahan Bahariah Yusof,
Institut Terjemahan Negara Malaysia
KPM. (2015, Jun 26). Retrieved from jpnpenang:
http://www.jpnpenang.edu.my/v1/
KPM. (2015, Jun 26). Retrieved from moe:
http://www.moe.gov.my/my/direktori-sekolah-view?id=24
00&

You might also like