You are on page 1of 69

Penerbit Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Ibu Pejabat MARDI, Serdang


Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur

Cetakan pertama 2013


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2013
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Pereka Grafik: Tengku Ahmad Fakrul Adli b. Engku Mat


Dicetak oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Taman Tropika Kenyir

Taman Tropika
Taman Hutan Buah-Buahan

iv

Taman Tropika Kenyir

KANDUNGAN
PRAKATA

vii

PENGENALAN

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6

: PENENTUAN NAMA DAN KONSEP


: AGROPERHUTANAN
: PERTANIAN BIOLOGI
: PEMILIHAN DAN PEMINDAHAN POKOK
: PENANAMAN POKOK
: SELEPAS SETAHUN

3
11
19
27
35
43

PENUTUP

49

LAMPIRAN I
LAMPIRAN II
LAMPIRAN III

: POKOK YANG DITANAM


: PENYUMBANG FOTO
: AHLI JAWATANKUASA DAN PEGAWAI TERLIBAT

52
56
56

PENGHARGAAN

60

Taman Tropika Kenyir

vi

prakata
Buku ini merupakan buku pertama
berkaitan Taman Tropika Kenyir terbitan
MARDI yang menceritakan sejarah
bagaimana projek ini diilhamkan, konsep
pembangunan yang diterapkan dan
pendekatan lestari yang diguna pakai
dalam penanaman pokok buah-buahan
yang menjadi asas taman ini. Konsep
agroperhutanan dan pertanian biologi
diterangkan dalam bahasa yang mudah,
disertakan ilustrasi dan gambar yang
diambil sepanjang aktiviti pembangunan.
Kaedah pemilihan pokok dan bagaimana
ia diurus untuk ditanam di pulau yang
agak jauh pedalaman yang serba
kekurangan dari segi kemudahan
peralatan moden juga dijelaskan dalam
buku ini. Sejumlah 114 aksesi dan
spesies pokok buah-buahan yang telah
ditanam juga turut disenaraikan.
Selain berkongsi pengalaman dan
jerih perih yang dilalui, buku ini juga
merupakan penghargaan kepada semua
yang terlibat demi menjayakan projek
pembangunan taman ini. Selepas
penerbitan buku ini, insya-Allah akan ada
lagi penerbitan lain seperti jurnal dan
buku berkaitan pelbagai penyelidikan
yang dijalankan di sini dan kawasan
sekitar yang bakal menyusul.
Dr Tosiah Sadi
vii

Taman Tropika Kenyir

Taman Tropika Kenyir

pENGENALAN
Terengganu, sebuah negeri di timur
Semenanjung Malaysia yang terkenal
sebagai pengeluar petroleum juga negeri
yang mempunyai unjuran pantai yang cukup
indah. Pulau-pulau di sekitar perairan
negeri Terengganu menyajikan keindahan
alam yang memukau. Selain pulau-pulau di
perairannya, Terengganu juga mempunyai
340 buah pulau kecil di pedalamannya yang
menyimpan pelbagai khazanah alam yang
luar biasa.

buahan, Pulau Herba, Pulau Orkid, Pulau


Rama-rama dan lain-lain.

Sejak empangan hidroelektrik ini beroperasi


pada tahun 1987, Tasik Kenyir telah menjadi
tarikan pelancong dan pencinta alam sekitar.
Keindahan tasik dengan air yang menghijau
dan tunggul-tunggul kayu mati di dalamnya
membentuk landskap yang memukau
pandangan dan menambah keunikan tasik ini.

Melalui kerjasama Lembaga Kemajuan


Terengganu Tengah (KETENGAH) yang telah
diamanahkan untuk menjayakan projek
Kenyir Island Hopping, Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
telah diberi peluang untuk membangunkan
dua buah pulau sebagai pulau buah-buahan
tropika yang kemudiannya dinamakan sebagai
Taman Tropika Kenyir (TTK). Keupayaan
sebagai sebuah institusi penyelidikan yang
mempunyai peranan besar dalam pelaksanaan
dasar biodiversiti terutama dalam penyelidikan
berkaitan kepelbagaian biodiversiti pertanian
(agrobiodiversiti) merupakan kelebihan MARDI
sebagai peneraju pembangunan Taman Tropika
Kenyir. Penglibatan MARDI dalam penyelidikan
berkaitan agrobiodiversiti bermula pada
tahun 1995 dan sehingga kini telah berjaya
mengumpul lebih 3,000 aksesi daripada
150 spesies buah-buahan nadir bagi tujuan
penyelidikan dan pemuliharaan. Sebahagian
aksesi daripada spesies buah-buahan nadir
inilah yang telah diperkenalkan dan ditanam di
Taman Tropika Kenyir. Sebelum pembangunan
Taman Tropika Kenyir, beberapa siri
pembentangan pelan konsep telah dibuat oleh
MARDI kepada pihak Unit Perancang Ekonomi
Negeri (UPEN) Terengganu yang membiayai
projek ini. Akhirnya konsep pembangunan
telah dimuktamadkan pada akhir tahun 2009.
Kerja-kerja pembangunan secara rasminya
telah dimulakan pada 10 Januari 2010.

Keindahannya telah mencetus idea YAB


Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Hj.
Ahmad bin Said untuk menambah lagi daya
tarikan tasik ini iaitu dengan membangunkan
projek Kenyir Island Hopping (KIH). Kenyir
Island Hopping terdiri daripada 10 buah pulau
yang dibangunkan dengan tema tersendiri,
antaranya ialah Pulau Burung, Pulau Buah-

Projek Pembangunan Taman Tropika Kenyir


adalah termaktub kepada perjanjian usaha
sama yang telah ditandatangani oleh ketigatiga pihak iaitu UPEN Terengganu, KETENGAH
dan MARDI. Projek ini memakan masa selama
2 tahun 8 bulan untuk disiapkan, bermula pada
Januari 2010 sehingga selesai sepenuhnya
pada 31 Ogos 2012.

Pulau-pulau kecil ini terletak di sebuah


tasik buatan manusia yang terbesar di Asia
Tenggara dengan keluasan 260 km. Proses
penadahan air semasa pembinaan Empangan
Hidroelektrik Sultan Mahmud pada tahun
1978 telah membentuk tasik dan pulau-pulau
ini yang pada asalnya merupakan puncak
bukit yang tidak ditenggelami air. Nama
tasik ini bersempena dengan nama salah
sebuah sungai yang telah tenggelam semasa
pembinaan empangan ini. Sebahagian
kawasan tasik ini terletak di dalam kawasan
hutan simpan negara yang dipercayai antara
hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan
kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Taman Tropika Kenyir

Taman Tropika Kenyir

BAB 1

PENENTUAN
NAMA dan
KONSEP

Taman Tropika Kenyir

NAMA DAN KONSEP

aman Tropika Kenyir (TTK) terdiri daripada dua buah


pulau, iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai
Tekak yang telah dipilih untuk dimajukan sebagai
komponen Kenyir Island Hopping. Pulau ini terletak di
bahagian utara Tasik Kenyir dengan jarak lebih kurang
8 km dari Pengkalan Gawi yang merupakan pintu masuk
utama ke Tasik Kenyir. Perjalanan ke sini mengambil
masa 20 30 minit menggunakan bot pelancong. Pulau
Tekak Besar berkeluasan 3.5 ha manakala Pulau
Sungai Tekak 3.0 ha. Keluasan diukur semasa air tasik
berketinggian 145 m dari aras laut.
Pulau Tekak Besar ialah pulau utama Taman Tropika
Kenyir. Pulau ini panjangnya 400 m dari hujung ke hujung
dan lebarnya berbeza-beza mengikut kawasan iaitu 50
200 m. Puncak tertinggi pulau ini ialah 160 m dari aras
laut. Pulau-pulau ini mempunyai tanah bersiri Renggam
yang disifatkan berkesuburan sederhana dan mempunyai
purata suhu antara 24 32 C serta menerima hujan
sepanjang tahun.

Puncak Pulau Tekak Besar pada asalnya dipenuhi


pokok buluh. Selain itu, terdapat pelbagai spesies
pokok daripada kumpulan Dipterokap. Antara spesies
Dipterokap yang mendominasi pulau-pulau ini ialah Kelat,
Nyatoh dan Damar Hitam Katup. Lantai hutan dipenuhi
pelbagai spesies pokok renek. Bahagian berhampiran gigi
air pula dipenuhi resam sementara kawasan pasang surut
kebanyakannya tidak ditumbuhi sebarang pokok atau
kadangkala terdapat tumbuhan daripada jenis paku pakis
dan rumpai.

Nama

Seperti komponen Kenyir Island Hopping yang


lain, kedua-dua buah pulau yang diamanahkan
kepada MARDI juga diberi nama mengikut tema
yang dipertanggungjawabkan. Pada peringkat awal
pelaksanaan pembangunan pulau ini, Jawatankuasa
Teknikal dengan persetujuan Jawatankuasa Pemandu
telah memberi nama komponen ini sebagai Taman

Kedudukan dan laluan bot ke Taman Tropika Kenyir dari Pengkalan Gawi

Penentuan Nama dan Konsep

Tropika Kenyir. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan


lebih idea, satu pertandingan telah dibuka kepada warga
MARDI dan KETENGAH untuk menamakan komponen
ini. Daripada semua nama yang diajukan, Jawatankuasa
Pemandu merasakan nama Taman Tropika Kenyir lebih
sesuai dan menepati konsep pembangunan pulau-pulau
tersebut.

Pembangunan Taman

Pembangunan Taman Tropika Kenyir berdasarkan


hasrat YAB Dato Seri Hj. Ahmad Said yang ingin
menjadikan taman ini sebagai salah satu destinasi
ekopelancongan dalam komponen Kenyir Island Hopping.
Walaupun begitu, sebagai sebuah institusi penyelidikan
yang diamanahkan untuk membangunkan taman ini,
peranan dan tanggungjawab MARDI dalam menjalankan
penyelidikan dan pembangunan tidak diketepikan.

Menteri Besar meninjau aktiviti pembangunan Taman Tropika Kenyir

Rajah keratan rentas Pulau Tekak Besar menunjukkan kepelbagaian tumbuhan di gigi air sehingga ke puncaknya

Taman Tropika Kenyir

Pendekatan ekopendidikan telah diperkenalkan oleh


MARDI bagi menggalakkan pelbagai penyelidikan saintifik
dijalankan di Tasik Kenyir. Projek ini juga merupakan
peluang bagi MARDI dan kerajaan Negeri Terengganu
untuk memupuk kesedaran berkaitan kepentingan
kepelbagaian biologi dalam kalangan masyarakat.
Maka lahirlah satu konsep pembangunan taman
berasas ekopelancongan dan ekopendidikan dengan
memperkenalkan kepelbagaian spesies buah-buahan di
dalam landskap hutan semula jadi, iaitu gabungan hasrat
seorang pemimpin dan tanggungjawab sebuah institusi
penyelidikan.

Kepelbagaian Biologi Taman Tropika Kenyir

Sebelum projek pembangunan dimulakan, beberapa


kajian berkaitan kepelbagaian biologi telah dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan 17 spesies daripada 47 spesies
pokok yang direkodkan di sini boleh dikelaskan sebagai
spesies buah-buahan nadir. Setambun merupakan salah
satu spesies buah nadir yang sangat menarik. Terdapat
juga pelbagai pokok bersaiz kecil yang berpotensi untuk
dijadikan tanaman landskap. Salah satu pokok yang
sangat menarik ialah purple ball (Amischotolype griffithii).
Pokok ini mempunyai bunga komposit berbentuk bulat
dan berwarna ungu. Selain itu, terdapat juga pelbagai
pokok yang mempunyai potensi ubatan. Antara yang
dikenal pasti ialah kacip fatima, tongkat ali, hempedu
beruang, raja berangkat dan banyak lagi. Lebih kurang
100 spesies cendawan pelbagai rupa dan warna
telah direkodkan. Ada antaranya boleh dimakan dan
mempunyai potensi ubatan. Pelbagai spesies serangga
juga telah dijumpai.
6

Penentuan Nama dan Konsep

Pokok setambun (Baccaurea parviflora) yang sangat unik, bunganya dalam


jambak yang banyak di pangkal pokok, halus berwarna kuning muda dan
berbau harum sementara buahnya yang cukup matang berwarna ungu.
Sejumlah 25 batang pokok setambun telah direkodkan di Pulau Tekak Besar

Taman Tropika Kenyir

Antara flora dan


fauna yang telah
direkodkan di Taman
Tropika Kenyir

Kelulut
(Trigona sp.)

Saddleback carterpiller
(Sibine stimulea)

Cendawan telinga kera


(Auricularia sp.)

Purple ball
(Amischotolype griffithii)

Penentuan Nama dan Konsep

Kepelbagaian peringkat kehidupan flora dan fauna yang boleh


dijumpai di sini menjadi tarikan semula jadi yang memukau

Microporellus sp.

Nephila sp.

Pupa serangga

Kulat mata pelanduk

Pucuk paku pakis

Cendawan bracket

Taman Tropika Kenyir

10

Taman Tropika Kenyir

BAB 2

AGROPERHUTANAN

11

Taman Tropika Kenyir

AGROPERHUTANAN

elalui rekod penyelidikan kepelbagaian biologi


yang telah dijalankan di Taman Tropika Kenyir,
satu pendekatan yang lestari telah diambil untuk
memastikan ekosistem di sini dapat berfungsi secara
semula jadi setelah pembangunan dilakukan. Oleh itu,
sistem agroperhutanan telah dipilih untuk diperkenalkan
di sini. Agroperhutanan didefinisikan sebagai sistem
penggunaan tanah secara bersepadu yang melibatkan
tanaman untuk pengeluaran makanan/ternakan dengan
pokok yang bukan untuk makanan.
Dalam konteks pembangunan di Taman Tropika Kenyir,
sistem agroperhutanan ini melibatkan pokok buahbuahan yang diperkenalkan ditanam secara bersepadu
dengan pokok hutan yang asal. Antara pendekatan yang
digunakan bagi membolehkan pokok buah-buahan ini
hidup dengan baik adalah dengan menebang secara
minimum pokok bersaiz kecil. Walau bagaimanapun,
pematuhan kepada konsep pembangunan yang telah
dipersetujui tetap dilakukan dengan mengambil
langkah-langkah tertentu dan terkawal dalam sistem
agroperhutanan ini.

Pengezonan Kawasan

Pokok buah-buahan yang ditanam di sini diklasifikasikan


kepada:
1)

Pokok buah-buahan utama


Pokok yang ditanam secara meluas, buahnya
digemari ramai dan berpotensi untuk pasaran
tempatan dan antarabangsa. Contoh: rambutan, ciku,
durian, jambu.

2) Pokok buah-buahan nadir



Pokok tidak ditanam secara komersial, tetapi masih
boleh didapati di sekitar kampung dan dusun. Contoh:
berangan, mentega.
3) Pokok buah-buahan eksotik

Pokok yang dibawa masuk dari luar negara dan boleh
beradaptasi dengan persekitaran di Malaysia. Contoh:
pisang kaki, avokado.
4) Pokok buah-buahan ulaman

Pokok buah-buahan yang boleh dimakan terus
sebagai ulam. Contoh: jering, putat.
5) Pokok buah-buahan hiasan

Pokok buah-buahan yang boleh dimakan dan juga
boleh dijadikan tanaman hiasan atau landskap.
Contohnya: ceri terengganu, pokok limau.
Spesies dan aksesi buah-buahan yang ditanam di Taman
Tropika Kenyir dibahagikan mengikut zon-zon iaitu taman
pameran (display garden), zon buah-buahan untuk ubatan,
zon buah-buahan makan segar, zon buah-buahan untuk
proses dan zon pokok hiasan.
Zon display garden terletak di bahagian tertinggi pulau.
Sejumlah 251 pokok buah-buahan telah ditanam di
kawasan ini yang mewakili pokok buah-buahan yang telah
ditanam di sekitar pulau. Pokok-pokok yang ditanam di
zon ini ialah pokok yang telah matang dan sedia untuk
berbuah. Cabaran utama pembangunan Taman Tropika
Kenyir adalah untuk membawa pokok buah-buahan dari
kawasan asal ke pulau yang dipenuhi hutan menggunakan
satu-satunya laluan yang ada iaitu laluan air. Perkara

12

Agroperhutanan

ini merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan


sebelum ini dan kejayaannya tidak dapat dipastikan.
Cabaran bukan sahaja untuk memastikan pokok-pokok
ini boleh terus hidup, tetapi juga sihat dan mampu
mengeluarkan buah dalam tempoh yang singkat.
Antara langkah-langkah yang memerlukan perhatian
secara teknikal dan fizikal ialah:
1) Menyediakan tapak bagi menanam pokok buahbuahan dengan menebang pokok atau tumbuhan asal
secara minimum.
2) Tempoh pengangkutan yang panjang melalui jalan
darat dan seterusnya melalui jalan air ke pulau.
3) Kaedah mengangkat dan mengangkut pokokpokok ke tempat penanaman serta memastikan
pokok-pokok yang dibawa dan tumbuhan asal tidak
mengalami kerosakan dan kemusnahan.
4) Memastikan pokok dapat hidup dengan baik dan
mampu bersaing dengan tumbuhan asal dari segi
keperluan nutrien dan cahaya.

13

Taman Tropika Kenyir

Pembersihan

14

Pembersihan kawasan untuk menanam pokok buahbuahan di zon display garden dibuat secara terpilih. Pokok
buluh, pokok yang bersaiz ukur lilit kurang daripada 10
cm dan pokok renek yang tidak diketahui kegunaannya
ditebang terlebih dahulu. Buluh dan ranting-ranting
kecil dikumpul dan dibiar mereput secara semula jadi.
Penentuan pokok yang boleh ditebang dibuat dengan
menggunakan khidmat nasihat dan bantuan pegawai
dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Selain
itu, pokok yang dipilih perlu dipastikan terlebih dahulu
kesesuaiannya sama ada memerlukan cahaya matahari
yang banyak atau memerlukan teduhan.

Keadaan Hutan Asal

Kawasan Menanam

Pokok Buah-buahan

Setelah pokok terpilih ditebang, lebih banyak cahaya


akan sampai ke lantai hutan dan memberi kawasan
yang sesuai untuk menanam pokok buah-buahan yang
memerlukan cahaya yang banyak. Sementara itu, pokok
yang memerlukan kurang cahaya akan ditanam di
kawasan yang lebih terlindung.

Bancian dilakukan untuk mengenal pasti pokok yang


boleh ditebang. Perancangan penebangan secara
terpilih dibuat bagi memastikan pokok buah-buahan
yang diperkenalkan di kawasan ini dapat menerima
cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh dengan baik
sementara pokok hutan yang bernilai dapat dikekalkan.

Pokok buah-buahan ditanam mengikut jarak yang sesuai


berasaskan maklumat saiz pokok matang dan juga kanopi.
Pokok akan membesar mengikut keupayaan masingmasing dan akhirnya hutan akan pulih seperti sediakala.

Agroperhutanan

Buluh dan Bertam

Selain pokok Dipterokap, hutan di kawasan ini juga didominasi oleh pokok
buluh dan bertam. Koloni pokok buluh yang besar terdapat di tengahtengah pulau di kawasan yang lebih tinggi. Pokok bertam pula tumbuh
dan hidup subur di bawah lindungan pokok-pokok hutan yang lain.
15

Taman Tropika Kenyir

Selepas Pembersihan

Penebangan buluh, pokok-pokok kecil dan bertam


membentuk landskap lantai hutan yang bersih untuk
memberi ruang kepada pokok yang akan diperkenalkan
di sini. Terdapat dua peringkat pokok buah-buahan yang
diperkenalkan iaitu pokok yang dikategorikan sebagai
advance material iaitu pokok yang telah lanjut usia tetapi
belum mampu mengeluarkan hasil dan pokok segera
(instant) iaitu pokok matang yang telah mencapai umur
berbuah.

16

Pereputan Semula jadi

Buluh dan ranting kayu yang telah ditebang akan dipotong


kepada bahagian lebih kecil dan dikumpulkan di beberapa
tempat sekitar pulau untuk proses pereputan semula
jadi. Sebahagiannya pula dicincang dan dikumpul untuk
dijadikan kompos dan sebahagian lagi dijadikan arang
biologi (biochar) yang dibuat melalui proses pirolisis iaitu
pembakaran menggunakan suhu tinggi dengan bekalan
oksigen yang minimal.

Chipper digunakan utuk menghancurkan ranting, daun dan buluh


untuk dijadikan kompos

Agroperhutanan

17

Taman Tropika Kenyir

18

Taman Tropika Kenyir

BAB 3

PERTANIAN
BIOLOGI

19

Taman Tropika Kenyir

PERTANIAN BIOLOGI

anggungjawab menjaga kepelbagaian biologi


bagi menjamin kelestarian sesuatu ekosistem
merupakan tanggungjawab awam yang tidak boleh
diambil mudah walau apa jenis pembangunan yang ingin
dibuat. Keseluruhan ekosistem hutan yang menyimpan
pelbagai khazanah perlu diberi perhatian sewajarnya.
Pembangunan hutan tropika ini sebagai kawasan
tanaman buah-buahan serba sedikit akan mengganggu
ekosistem di sini. Selain pendekatan agroperhutanan,
sistem pertanian biologi diperkenalkan bagi memastikan
gangguan berlaku secara minimum.

Pertanian biologi merupakan pendekatan pertanian yang


memastikan tiga komponen utama tanah iaitu kimia,
fizikal dan mikroorganisma dijaga keseimbangannya
bagi menjamin kesihatan tanah. Pendekatan pertanian
biologi mampu mengurangkan penggunaan kimia secara
langsung dan dalam jangka masa panjang tanah akan
menjadi lebih sihat. Tanah yang sihat mempunyai partikel
organik untuk kegunaan tumbuhan yang seimbang
dengan mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan
sebagainya.

Rajah konsep pertanian biologi

Organisma-organisma ini mampu memproses dan


menghancurkan bahan-bahan lengai dan organik yang
kemudiannya boleh digunakan sebagai nutrien oleh
tumbuhan. Tanah yang sihat mempunyai keseimbangan
20

optimum bahan organik, bukan organik dan organisma


hidup serta mampu memegang air untuk memastikan
tindak balas kimia dapat berlaku secara semula jadi di
dalam tanah dan digunakan oleh tumbuhan setepatnya.

Pertanian Biologi

Penyediaan Lubang

Lubang disediakan mengikut saiz dan kedalaman yang


bersesuaian dengan pokok yang hendak ditanam.
Memandangkan kedudukan pulau yang agak terpencil,
maka tiada sebarang kemudahan jentera di pulau
ini. Akar pokok-pokok hutan di kawasan yang digali
merupakan cabaran untuk menggali 1,300 lubang secara
manual.

21

Taman Tropika Kenyir

Kapur

Kawasan ini mempunyai tanah jenis Renggam dengan


pH antara 4.2 4.7. Kapur perlu dicampurkan ke
dalam lubang bagi memastikan keasidan tanah dapat
dikurangkan.

Bahan Organik/Kompos

Bahan organik digunakan sebagai baja untuk


membekalkan nutrien kepada pokok dan juga membantu
mengekalkan lembapan tanah.

Fosfat

Fosfat juga ditambah untuk memberi lebih keseimbangan


pada tanah di samping kapur yang telah dicampur pada
peringkat awal. Selepas fosfat, sedikit top soil dimasukkan
untuk membuat lapisan seterusnya. Proses mengapur,
menambah bahan organik dan fosfat dibuat dalam
beberapa lapisan. Lubang dibiarkan untuk beberapa
hari bagi membolehkan bahan organik yang ditambah
mengurai sedikit sebelum pokok ditanam.

22

Pertanian Biologi

Kedudukan Taman Tropika Kenyir yang agak terpencil dengan kemudahan logistik
yang terhad dan milestone yang perlu dicapai dalam tempoh yang ditetapkan,
memerlukan setiap keringat diperah tidak kira sama ada hujan ataupun panas.
Pokok buah-buahan terpilih yang tiba di pulau perlu ditanam dengan segera.
Pemilihan, pengangkutan dan penanaman pokok merupakan satu lagi cabaran
tenaga kerja bagi warga MARDI yang terlibat untuk merealisasikan projek ini.

23

Taman Tropika Kenyir

Hujan atau panas, sokongan tetap diberi oleh


pihak pengurusan tertinggi MARDI

24

Pertanian Biologi

25

Taman Tropika Kenyir

26

Taman Tropika Kenyir

BAB 4

Pemilihan
dan peMINDAHAN
POKOK

27

Taman Tropika Kenyir

PEMILIHAN POKOK DAN PENGANGKUTAN

pendua di Stesen MARDI Jerangau bagi tujuan transit dan


pemulihan sementara lubang-lubang untuk menanam
disiapkan di Taman Tropika Kenyir. Pokok dirawat dan
dijaga sebelum dibawa ke Taman Tropika Kenyir dari masa
ke masa. Dalam keadaan tertentu, polibeg juga ditukar
untuk memastikan pokok hidup dengan baik. Manakala
pokok segera pula diangkut terus ke Pengkalan Gawi
untuk dibawa ke Taman Tropika Kenyir dengan menaiki
tongkang.

Pokok Advance

Sebelum penyediaan kawasan dimulakan, kerja-kerja


mengenal pasti pokok yang akan diperkenalkan di Taman
Tropika Kenyir telah berjalan lebih awal. Pelbagai spesies
pokok advance dari MARDI Serdang dipilih untuk tujuan ini.

erdasarkan konsep pembangunan yang telah


dirancang, pokok yang diperkenal ialah pokok
buah-buahan pelbagai spesies, terutamanya
daripada jenis buah nadir. Selain koleksi pokok yang
terdapat di nurseri Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
MARDI Serdang, beberapa orang pegawai yang arif
berkaitan pokok buah-buahan jenis ini telah meninjau
dan membuat pemilihan pokok dari beberapa buah
nurseri di Semenanjung Malaysia. Bagi mempercepat
projek, pokok segera (instant) yang dipilih merupakan
pokok yang telah sedia ditanam di dalam polibeg bersaiz
besar. Usaha ini adalah untuk mengelakkan kerja
menggali pokok besar yang perlu menjalani proses ball
and burlap iaitu membalut akar dan tanah di sekitarnya
dengan menggunakan kain guni khas untuk membentuk
bebola akar yang berfungsi sebagai polibeg sebelum
dipindahkan. Teknik ball and burlap akan mengambil
masa 1 2 bulan bagi pemulihan akar pokok sebelum
kerja penanaman dilakukan. Kos yang tinggi, kepakaran,
bilangan tenaga kerja dan kerangka masa yang terhad
menghalang teknik ini dilaksanakan. Sebahagian pokok
buah-buahan yang berstatus advance diletakkan di nurseri
28

Pemilihan dan Pemindahan Pokok

Pokok Segera

Kedudukan Taman Tropika Kenyir yang agak jauh


dan ketiadaan kemudahan kejenteraan memerlukan
pemilihan pokok segera dibuat secara lebih realistik.
Faktor seperti jumlah warga yang terlibat, kemampuan
tenaga manusia untuk mengurus sebatang pokok,
pengangkutan, transit, kesihatan pokok dan anggaran
kemampuan pokok berbuah semuanya dipertimbangkan
dengan teliti. Selain spesies, ciri utama pemilihan pokok
ialah saiz dan kematangan pokok, iaitu yang mampu
diurus oleh tenaga manusia tanpa peralatan kejenteraan
dan potensi pokok berbuah segera.

Nurseri Pendua

Nurseri pendua yang dibangunkan di Stesen MARDI


Jerangau dijadikan tempat transit untuk pokok advance
sebelum dihantar ke Taman Tropika Kenyir. Penggantian
polibeg kecil kepada yang lebih besar atau polibeg yang
telah usang juga dilakukan di sini.

29

Taman Tropika Kenyir

Pengangkutan Darat ke Pengkalan Gawi

Kelebihan memilih pokok yang ditanam di dalam


polibeg bersaiz besar ialah ia mempunyai tapak yang
stabil dan lebih mudah dibawa dan boleh dipindah
dengan kebarangkalian kerosakan yang minimum. Bagi
mengelakkan tekanan berlebihan, pokok diangkut pada
waktu malam dan akan sampai ke Pengkalan Gawi pada
awal pagi.

Pengangkutan Air dari Pengkalan Gawi ke


Taman Tasik Kenyir
Tongkang
Di Pengkalan Gawi pokok dipindah dari lori ke tongkang
yang mampu membawa muatan sehingga 10 tan. Pokokpokok diletakkan dalam keadaan condong dan disangga
oleh bumbung tongkang. Ini bagi mengelakkan daun
pokok rosak semasa perjalanan ke Taman Tropika Kenyir
yang mengambil masa selama satu setengah jam.

30

Pemilihan dan Pemindahan Pokok

Rumah Bot
Selain tongkang, rumah bot juga digunakan untuk
mengangkut pokok ke Taman Tropika Kenyir. Pokok yang
diangkut dengan kaedah ini ialah pokok jenis advance
yang bersaiz kecil dan sederhana.

31

Taman Tropika Kenyir

Pengangkutan Darat dan Air


Semasa Proses Penanaman
Kereta Sorong
Kereta sorong ialah alat paling bermanfaat di sini yang
digunakan untuk mengangkut barang, peralatan dan
pokok. Dengan seorang penolak dan pengemudi, seorang
penarik di bahagian hadapan dan seorang penjaga pokok,
ia mampu melalui papan yang diletakkan sebagai pelantar
(platform) untuk mengelak tanah yang lembut di gigi air.
Pokok dikumpulkan di satu kawasan khas yang terlindung
sebelum dibawa ke lubang untuk ditanam.

Bot Kecil
Bot kecil juga digunakan
untuk mengangkut pokok
terutama pokok bersaiz
kecil atau sederhana
yang hendak ditanam
berhampiran gigi air.
Jika terdapat keperluan
penanaman pada aras yang
lebih tinggi, pokok terpaksa
diangkat dan dipindahkan
menggunakan tenaga
manusia.
32

Pemilihan dan Pemindahan Pokok

33

Taman Tropika Kenyir

34

Taman Tropika Kenyir

BAB 5

PENANAMAn
POKOK

35

Taman Tropika Kenyir

PENANAMAN POKOK

esetengah spesies pokok sukar diperoleh.


Oleh itu, ketelitian dalam pemilihan pokok,
kerja mengangkat dan mengangkut pokok,
kaedah penanaman dan penyelenggaraan pokok amat
dititikberatkan. Tambahan pula kerja penanaman
dijalankan dalam masa yang terhad. Dalam keadaan
kekurangan peralatan, kos yang tinggi untuk
mendapatkan pokok dan mengangkutnya sehingga
sampai ke Taman Tropika Kenyir serta masa yang
terhad menyebabkan semua yang terlibat perlu akur
dengan setiap langkah yang digariskan. Perancangan
rapi perlu dibuat supaya ia dapat memberi hasil
semaksimum mungkin.

36

Aktiviti Sebelah Malam

Perancangan dan laporan pencapaian aktiviti dibuat


pada sebelah malam. Perancangan aktiviti penanaman
seperti kawasan terlibat, pembahagian kumpulan
kerja dibentangkan dan dibincangkan. Pembentangan
sebarang bentuk inovasi peralatan atau kaedah untuk
penambahbaikan proses kerja penanaman juga
dilaksanakan pada waktu ini.

Penanaman Pokok

Inovasi Peralatan

Inovasi untuk penjimatan tenaga manusia sangat penting.


Salah satu inovasi untuk memindahkan pokok dari
kawasan gigi air ke kawasan tertinggi Taman Tropika
Kenyir adalah dengan menggunakan stretcher yang dibuat
daripada plastik khemah yang dijahit dengan tali lebar.
37

Taman Tropika Kenyir

Aktiviti Sebelah Pagi

Semua perancangan disemak semula oleh ketua projek


dan beberapa orang pegawai sebelum kerja dimulakan.
Sebarang perubahan perancangan akan dimaklumkan
kepada semua kakitangan bagi kesempurnaan dan
kelancaran kerja berkaitan.

38

Sarapan pagi amat dititikberatkan sebelum kerja penanaman pokok dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan semua yang
terlibat mempunyai tenaga yang mencukupi sepanjang menjalankan kerja yang telah dirancang

Penanaman Pokok

Inovasi Peralatan Winching

Pokok diletakkan di dalam stretcher dan diangkut ke puncak


menggunakan kaedah winching

Tenaga manusia digunakan semasa menurunkan pokok


daripada stretcher bagi mengelak kerosakan pada akar pokok

Keadaan pokok semasa proses mengangkut dari kawasan


rendah ke puncak bukit. Kaedah ini menjamin keselamatan dan
kesihatan pokok

Seterusnya pokok diangkut ke tempat menanam

39

Taman Tropika Kenyir

Penanaman Pokok
Kerja-kerja menanam dijalankan oleh mereka yang mahir
dalam bidang tersebut. Pada peringkat awal penanaman,
pokok buah-buahan yang ditanam disokong menggunakan
kayu pancang bagi mengelakkan kejadian tumbang
disebabkan oleh angin atau dilanggar haiwan liar seperti
tapir dan khinzir.

Pokok buluh madu diperkenalkan bagi menggantikan pokok


buluh asal yang telah ditebang. Ia bukan sahaja bertindak
sebagai tumbuhan landskap, tetapi juga mempunyai rebung yang
berkualiti yang boleh dimakan

40

Penanaman Pokok

Pokok melinjau (Gnetum gnenom)


yang ditanam mempunyai ketinggian
lebih 18 kaki

Laluan Pejalan Kaki

Laluan pejalan kaki adalah


salah satu komponen dalam
pembangunan taman ini. Susun
atur pokok pula dirancang
dengan teliti dan mengikut
kesesuaian di sepanjang laluan
yang telah ditetapkan.

41

Taman Tropika Kenyir

42

Taman Tropika Kenyir

BAB 6

SELEPAS
SETAHUN

43

Taman Tropika Kenyir

SELEPAS SETAHUN

okok ceri terengganu yang merupakan ikon Taman


Tropika Kenyir mampu tumbuh dengan baik di sini.
Ia mudah beradaptasi dengan persekitaran pulau
dan telah mula berbunga seawal 5 bulan selepas ditanam.
Walaupun pernah terendam di dalam air hampir 3 bulan
pada musim tengkujuh awal tahun 2012, pokok-pokok ini
masih mampu hidup dengan baik sehingga sekarang.

44

Selepas Setahun

Mahkota dewa

Ciku

Jambu air

Amra/kedondong, ciku, jambu air dan mahkota dewa


antara spesies yang telah mengeluarkan hasil
Amra/kedondong

45

Taman Tropika Kenyir

46

Limau pagar

Selepas Setahun

Kemunting

Pokok kopi

47

Taman Tropika Kenyir

48

Taman Tropika Kenyir

PENUTUP

49

Taman Tropika Kenyir

PENUTUP

Pembangunan Taman Tropika Kenyir bagi fasa pertama


telah pun siap sepenuhnya pada 31 Ogos 2012. Selain
penanaman pokok buah-buahan, pembangunan Taman
Tropika Kenyir juga melibatkan pembangunan beberapa
prasarana seperti jeti, pusat interpretatif, galeri,
makmal penyelidikan, bilik mesyuarat, dewan, bilik
VIP, surau, nurseri dan tandas. Persekitaran prasarana
yang dibina juga telah dihiasi dengan pokok landskap
yang sesetengahnya merupakan pokok asal di sini dan
telah dinilai potensinya. Kini Taman Tropika Kenyir
telah memasuki fasa kedua dan telah mula menerima
pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

50

Penutup

51

Taman Tropika Kenyir

LAMPIRAN I

Senarai nama pokok yang telah ditanam di Taman Tropika Kenyir


Bil.
1

52

Nama saintifik

Nama tempatan

Aglaia sp.

Sekiat/cekiat

Anacardium occidentale

Gajus

Andisa elliptica

Penar

Annona glabra

Nona

Annona muricata

Durian belanda

Annona reticulata

Nona kapri

Anona squmosa

Nona siam

Antidesma bunius

Buni/Guchil

Archidendron confertum

Kerdas

10

Archidendron jiringa

Jering

11

Artocarpus camansi

Kulor

12

Artocarpus champeded

Cempedak

13

Artocarpus elasticus

Terap nasi

14

Artocarpus heterophyllus

Nangka

15

Artocarpus intilis

Sukon

16

Artocarpus odoratissimus

Terap

17

Artocarpus rigidus

Tempunik

18

Artocarpus sericicarpus

Terap bulu

19

Averrhoa bilimbi

Belimbing buluh

20

Averrhoa carambola

Belimbing

21

Baccaurea lanceolata

Asam pahong

22

Baccaurea macrocarpa

Tampoi

23

Baccaurea motleyana

Rambai

24

Baccaurea polyneura

Jentik-jentik

25

Baccaurea ramiflora

Pupor

26

Baccaurea brevipes

Rambai tikus

27

Barringtonia racemosa

Putat

Lampiran I

28

Bouea marcophylla

Kundang

29

Cassia grandis

Kacang mamak

30

Castanopsis inermis

Berangan

31

Chrysophyllum cainito

Kameto

32

Citrus aurantifolia

Limau nipis

33

Citrus grandis

Limau bali/tambun

34

Citrus grandis cv. Melomas

Limau Bali Masmelo

35

Citrus hysrix

Limau purut

36

Citrus medica

Limau tangan

37

Citrus microcarpa

Limau kasturi

38

Citrus reticulata

Limau manis madu

39

Cocos nucifera

Kelapa (Kuning/pandan)

40

Coffea sp.

Kopi

41

Cynometia cauliflora

Nam-nam avenue

42

Dialium cochinchinensis

Keranji

43

Dimocarpus longan

Longan ketok

44

Dimocarpus longan subsp longan

Longan popo

45

Dimocarpus longan subsp malasianus

Mata kucing

46

Diosphyros discolor

Mentega

47

Dracontomelon dao

Sengkuang

48

Durio graveolens

Durian kuning

49

Durio kutejensis

Durian nyekak

50

Durio lowianus

Durian sangka (D Low)

51

Durio testudinarum

Durian kura-kura

52

Durio zibethinus

Durian

53

Elatariospermum tapos

Perah

54

Ficus carica

Buah tin

55

Flacomtia jangomas

Kerkup berduri
53

Taman Tropika Kenyir

54

56

Flacourtia inermis

Rukam masam

57

Fortunella poligandra

Limau fortunella

58

Garcinia atroviridis

Beruas

59

Garcinia cambogiana

Asam gelugor merah

60

Garcinia combogia

Malabar tamarind

61

Garcinia cowa

Kandis

62

Garcinia dulcis

Mundu

63

Garcinia mangostana

Manggis

64

Garcinia prainiana

Cerapu

65

Gnetum gnemon

Malinjau

66

Lansium domesticum

Dokong

67

Lapisanthes rubigirnosa

Mertajam

68

Lepisanthes fruticosa

Ceri terengganu

69

Limonia acidissima

Gelinggai

70

Litchi chinensis

Laici

71

Mangifera caesia

Binjai

72

Mangifera foetida

Bacang

73

Mangifera indica

Mangga/mempelam/pauh

74

Mangifera odorata

Kuini

75

Manilkara zapota

Ciku (raja/subang/kampung)

76

Mimusops elengi

Tanjung

77

Muntingia calabura

Ceri kampong

78

Nephelium cuspidatum var. robustum

Rambutan gergasi

79

Nephelium lappaceum

Rambutan

80

Nephelium maingayi

Redan

81

Nephelium mutabile

Pulasan

82

Oroxylum indicum

Beka/bonglai kayu

83

Parkia speciosa

Petai

84

Persea americana

Avokado

85

Phyllanthus acidus

Cermai

Lampiran I

86

Phyllanthus emblica

Melaka

87

Pometia pinnata

Kasai

88

Pouteria caimito

Abiu

89

Pouteria champechiana

Kuning telur

90

Psidium guajava

Jambu batu

91

Psidium littorale

Ceri guava merah

92

Psidium littorale

Ceri guava kuning

93

Punica granatum

Delima

94

Rheedia madrono

Rhedia

95

Rhodomyrtus tomentosa

Kemunting

96

Salacca glabrescens

Salak

97

Sandoricum koetjape

Sentol

99

Scrodocarpus borneensis

Kulim

100

Spondias cytherea

Kedondong

101

Sterculia nobilis

Kelumpang kecil

102

Synsepalum dulcificum

Buah ajaib

103

Syzium gratum

kelat putih

104

Syzygm aquem

Jambu air (madu/vietnam/taiwan)

105

Syzygium aromatica

Cengkih

106

Syzygium claviflorum

Jambu arang

107

Syzygium cumini

Kerian

108

Syzygium jambos

Jambu mawar

109

Syzygium malaccense

Jambu bol

110

Syzygium polyanthum

Salam (serai kayu)

111

Syzygium samarangense

Jambu air Indonesia

112

Syzygium uniflora

Cermai Belanda hiasan

113

Tamarindus indica

Asam jawa

114

Theobroma cocao

Koko

115

Zizyphus mauritiana

Bidara (siam/kampung)
55

Taman Tropika Kenyir

LAMPIRAN II
PENYUMBANG FOTO
Mohd Shahid Shahrun
Muhamad Radzali Mispan
Tosiah Sadi
Maya Izar Khaidizar
Nor Asiah Ismail

LAMPIRAN III
Nama-nama di sebalik kejayaan pelaksanaan projek Taman Tropika Kenyir fasa pertama
JAWATANKUASA PEMANDU
Bil.

56

Nama

Catatan

Dato Hamzah bin Ngah

Pengurus Besar, KETENGAH (Pengerusi)


(Sehingga 25 Ogos 2010)

Dato Dr. Sharif bin Haron

TKP R&D MARDI (Pengerusi Bersama)


(Sehingga 10 Julai 2013)

Tn. Hj. Wan Mat Amin bin Wan Daud

Timbalan Pengurus Besar

Dr. Mohd Yusoff bin Abdullah

Pengarah Pusat Penyelidikan Sumber Strategik


(Sehingga Mei 2011)

YM Haji Tengku Ab. Malik bin Tengku Maamun

Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur

Tn. Hj. Hassan bin Said

Pengarah MARDI Terengganu

Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu

Wakil UPEN

Tn. Hj. Omar bin Ismail

Urus Setia

Lampiran II & III

JAWATAN KUASA TEKNIKAL


BIL

Nama

Catatan

Tn. Hj. Wan Mat Amin bin Wan Daud

Pengerusi

Dr. Mohd Yusoff bin Abdullah

Pengerusi Bersama

YM Haji Tengku Ab. Malik bin Tengku Maamun

Tn. Hj. Omar bin Ismail

Dr. Muhamad Radzali bin Mispan

Tn. Hj. Hassan bin Said

Tn. Hj. Aziz bin Deraman

Dr. Abd. Razak bin Hamzah

Pengurus Tanah dan Kuasa Tempatan KETENGAH

10

Pengurus Perkhidmatan Teknik KETENGAH

11

Pengurus Unit Pengurusan Projek KETENGAH

12

En. Ab. Kahar Sandrang

13

Dr. Abd. Jamil bin Zakaria

14

Puan Rushidah Wan Zain

15

En. Zulhazmi bin Sayuti (cuti belajar)

(Sehingga Sept. 2010)

16

Dr Hanim Ahmad

(Bermula Okt. 2010)

17

En. Adnan bin Awang Sulong

Urus Setia

18

Dr. Tosiah binti Sadi

Urus Setia Bersama

57

Taman Tropika Kenyir

PEGAWAI TERLIBAT
PEGAWAI PENYELIDIK
Dr. Muhammad Radzali Mispan

Rosniza Kasim

Dr. Abdul Jamil Zakaria

Mohamad Hariz Abd Rahman

Dr. Tosiah Sadi

Eddy Herman Sharu

Dr. Hanim Ahmad

Zulhazmi Sayuti

Dr. Muhamud Cik Hussain

Mohd Kahar Sandrang

Dr. Rosliza Jajuli

Wan Rushidah Wan Zain

Miswan Joyo

Nor Ayshah Alia Ali Hassan

Nor Asiah Ismail

Khadijah Awang

Wira Abu Bakar

Sakinah Idris

Mohamad Shahid Shahrun

Mohd Norfaizal Ghazali

Marshall Kana Samuel

Faridah Manaf

Mohd Fahimee Jaafar

Mohd Fairuz Mat Suptian

Mohd Zamir Rashid

Mohd Zafrul Arif Radhi

Norziana Zin Zawawi

Harun Rais

Nor Zalina Mat Saad


PEGAWAI PELAKSANA
Azrizal Ahmad Rashdi

Mohd Ghazali Rusli

Abd Rahim Jais

Mohd Hoszaini Rosman

Czahari @ Czarhari Mohamad

Rosnah Hasan

Mahadzi Mohammad Isa

Omar Yahyer

Mohammad Samiudin Ismail

Masrom Hasran

Abu Zarim Ujang

Mazlina Ramli

Mohd Apandi Sidek

Mohd Saifuddin Ismail

Zainal Mohd Ali

Nor Azhar Alias

Norzaimawati Aman Nejis

Mohd Shahrol Fahmey Asari

Nuradni Hashim
58

Lampiran II & III

59

Taman Tropika Kenyir

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar


Terengganu, Dato Seri Hj. Ahmad bin Said yang telah
memberi kepercayaan kepada MARDI untuk menjayakan
projek ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada mantan Ketua Pengarah MARDI, YBhg
Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman, Pengarah UPEN
Terengganu, YBhg Dato Haji Mat Razali Kassim,
Pengurus Besar KETENGAH, Tn. Hj. Wan Mat Amin Wan
Daud, Bekas Pengurus Besar KETENGAH, YH Dato
Hamzah Ngah, Ketua Pengarah MARDI, YBhg Dato Dr.
Sharif Haron, Timbalan Ketua Pengarah Pemindahan
dan Pengkomersialan Teknologi MARDI, YH Dato Dr.
Masri Muhammad, Pengarah Pusat Penyelidikan Sumber
Strategik, Dr. Mohd Norowi Hamid, Pengarah Pusat
Penyelidikan Hortikultur YM Tengku Ab. Malik Tengku
Maamun, Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi
Makanan, Pn. Normah Omar, Mantan Pengarah Pusat
Penyelidikan Sumber Strategik, Dr. Mohd Yusoff Abdullah,
Pengarah MARDI Negeri Terengganu, Tn. Hj Hassan
Said, Pengarah Pengurusan Kewangan, En. Mahamad
Hasri Lebai Mustafa, Pengarah Bahagian Pengurusan
Kejuruteraan, En. Mohd Fariza Mat Noor, Pengurus
Stesen MARDI Serdang, En. Ahmad Hashim, Pengurus
Stesen MARDI Jerangau, Pn. Rushidah Wan Zain,
Timbalan Pengarah Program SR1, Dr. Mohd Shukri Mat
Ali @ Ibrahim, Timbalan Pengarah Program SR2, Dr.
Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Timbalan Pengarah
Program SR3, Dr. Abdul Razak Hamzah.
Tidak dilupakan semua kakitangan MARDI yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan
kelancaran perjalanan projek ini. Penglibatan mereka
secara teknikal, di lapangan, di makmal atau di mana
jua bagi menjayakan projek ini serta semangat setia
kawan yang disuntik melalui projek ini harus diberi
pujian. Terima kasih juga kepada keluarga, suami, isteri,
anak-anak serta teman-teman yang turut mendoakan
keselamatan semua yang terlibat dalam projek ini
sepanjang ia berjalan.

60

Penghargaan

61

You might also like