You are on page 1of 101

MARDI Sabah

Dua Dekad
1995 2015

MARDI Sabah
Dua Dekad
1995 2015

MARDI Sabah
Dua Dekad
1995 2015

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2015


Cetakan pertama 2015
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Diterbit dan dicetak oleh:


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Kandungan

Perutusan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

vii

Perutusan Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah

viii

Sekapur Sirih Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI

viii

Seulas Pinang Ketua Pengarah MARDI

ix

Prakata x
Sidang Pengarang

xi

Sekilas Era Pembangunan MARDI Sabah

Kedudukan Kompleks MARDI Kota Kinabalu

Visi, Misi, Fungsi

Pengarah MARDI Sabah

Carta Organisasi

Program Utama

10

Perkhidmatan Analisis Kimia

40

Pusat Maklumat Teknologi (TIC)

45

Pengkomersialan Teknologi MARDI

46

Pemindahan Teknologi MARDI Melalui Terbitan MARDI

54

MARDI dalam Media Sosial

56

Keratan Akhbar

58

Pencapaian MARDI Sabah

64

Aktiviti Kebajikan Kakitangan

76

Pelancaran Orkid Hibrid

78

Jasamu Dikenang

83

Harapan dan Cabaran Masa Depan

84

Penghargaan 85

Perutusan Menteri Pertanian &


Industri Asas Tani


Tahniah kepada MARDI yang berjaya menjadi institusi yang dihormati dan diiktiraf
dalam memodenkan sektor pertanian negara. Sejak penubuhannya pada 1969,
MARDI telah mencapai banyak kejayaan melalui penghasilan produk penyelidikan
dan pembangunan (R&D) yang memenuhi keperluan sektor pertanian dan sejajar
dengan dasar negara serta senario pertanian global.

YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek

Projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dirancang dan dilaksanakan


oleh MARDI telah menjana pelbagai penemuan teknologi untuk sektor pertanian
selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Pelbagai teknologi yang berdaya maju
telah membantu meningkatkan pengeluaran hasil, kualiti dan pendapatan
golongan sasar dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
Sektor pertanian yang menyumbang kepada ketahanan ekonomi dan pembekal
makanan negara merupakan sumber penting pertumbuhan ekonomi negara.
Transformasi sektor pertanian amat diperlukan selaras dengan Pertanian Era Baru.
Ini melibatkan penggunaan inovasi, kepakaran dan kemahiran yang merupakan
elemen terpenting.
MARDI mampu merealisasikan agenda utama negara untuk mentransformasikan
sektor pertanian ke arah yang lebih maju melalui proses inovasi. Banyak teknologi
pertanian dan industri asas tani yang dihasilkan berserta usaha promosi dan
pengkomersialan teknologi yang mantap telah memainkan peranan penting
bagi meningkatkan ekonomi negara yang seterusnya menyumbang kepada
kesejahteraan dan kemakmuran hidup rakyat.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada MARDI kerana sumbangan
dan peranannya kepada negara. Semoga prestasi dan matlamat MARDI sentiasa
di landasan yang betul.
Sekian.

vi

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Perutusan Menteri Pertanian &


Industri Makanan Sabah


Pengeluaran hasil pertanian dan makanan adalah penyumbang
penting kepada pembangunan ekonomi negara dan negeri Sabah
secara khususnya. Selaku menteri dalam sektor ini, saya beriltizam
untuk memastikan sektor ini terus berkembang maju, berinovatif
dan berdaya saing supaya pengeluaran hasil dapat ditingkatkan.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) amat
prihatin dalam melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus
kepada peningkatan pendapatan petani di negeri ini.
YB Datuk Seri Panglima
Hj Yahya Hussein

MARDI merupakan antara contoh agensi persekutuan yang begitu


komited dalam memajukan sektor pertanian dan industri makanan
di Sabah. Oleh itu, saya menggesa agar kerjasama antara agensi
persekutuan seperti MARDI dan agensi-agensi bawah kerajaan negeri
dapat dipererat bagi memastikan segala hasil penyelidikan pertanian
dapat dinikmati oleh rakyat Sabah. Ia perlulah fokus dan mengikut
fungsi serta kemampuan masing-masing. Saya percaya bahawa
perkhidmatan setiap jabatan dan agensi termasuk MARDI dapat
disampaikan dengan lebih berkesan dan mencapai sasarannya
dengan tepat.
Akhir sekali, di kesempatan ini, saya bagi pihak kerajaan negeri
Sabah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MARDI
atas sumbangan dan khidmatnya kepada sektor pertanian dan
industri makanan Sabah. Tahniah juga saya ucapkan atas kejayaan
menerbitkan buku ini bersempena dengan Sambutan Dua Dekad
MARDI Sabah (19952015). Semoga terus cemerlang.
Wabillahhitaufik, walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullah
hiwabarakatuh.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

vii

Sekapur Sirih
Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI


Perkembangan dan pencapaian MARDI secara keseluruhannya
membuktikan keberkesanannya memainkan peranan dalam
menyokong usaha kerajaan meningkatkan ekonomi negara dan
kemakmuran hidup rakyat berasaskan inovasi dalam sektor pertanian.

YB Dato Mohd Fadil Osman

Buku ini merupakan bukti kejayaan MARDI Sabah dalam


melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor pertanian dan industri
asas tani. Buku ini pasti menjadi sumber rujukan yang bermanfaat
kepada semua pihak terutamanya kepada penyelidik muda MARDI
dan rakyat Sabah.
Seperti yang dipaparkan dalam buku ini, MARDI Sabah memberi
komitmen yang tinggi dalam pengkomersialan dan promosi teknologi
yang merupakan kekuatan MARDI Sabah. Saya percaya melalui
program, kursus, projek peningkatan skala dan penyelidikan, MARDI
Sabah telah memberi manfaat kepada ramai usahawan dan
petani. Kecemerlangan tersebut berkait rapat dengan keupayaan
pengurusan tertinggi MARDI melaksanakan operasi institusi ini.
Pelbagai kejayaan yang dicapai merupakan petunjuk kepada hasil
pengurusan kualiti yang diterapkan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada MARDI khususnya MARDI
Sabah atas usaha menerbitkan buku ini bersempena Sambutan Dua
Dekad MARDI Sabah. Saya percaya bukan sedikit usaha dan komitmen
yang dikorbankan dalam menerbitkan buku ini. Semoga semua pihak
mendapat manfaat daripada setiap paparan yang diterbitkan dalam
buku ini.
Sekian.

viii

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Seulas Pinang
Ketua Pengarah MARDI


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya, buku MARDI Sabah Dua Dekad (19952015) berjaya diterbitkan
untuk tatapan umum. Sorotan legasi yang dipaparkan merupakan gambaran
ringkas bagi mengimbas pencapaian, kejayaan dan nostalgia MARDI Sabah
dalam tempoh 20 tahun bertapak di Negeri di Bawah Bayu.

YBhg. Dato Dr Sharif Haron

Bulan November 1995 merupakan detik bersejarah bagi MARDI apabila


buat pertama kalinya diberi kuasa oleh kerajaan negeri untuk bertapak di
Sabah. Sejak penubuhannya, perkembangan dan pencapaian MARDI diurus
cemerlang oleh pengarah-pengarah MARDI Sabah yang diamanahkan
untuk menerajui dalam era masing-masing. Kini selepas 20 tahun menggalas
kepercayaan negeri untuk berkhidmat di Sabah, MARDI semakin mantap
dengan penjanaan teknologi terkini, kakitangan yang mahir dan profesional
serta beriltizam tinggi dan pemindahan teknologi yang mantap. Pelaksanaan
program promosi dan pengkomersialan teknologi merupakan nadi utama
MARDI Sabah yang telah melatih lebih daripada 10,000 orang usahawan dan
petani dalam bidang pertanian dan industri makanan di Sabah seterusnya
memenuhi keperluan bidang ini di Sabah.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan
Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan
jabatan serta agensi negeri yang banyak membantu dalam merealisasikan
matlamat MARDI di negeri ini. Semoga pencapaian dan kecemerlangan
ini akan terus melonjakkan semangat dan tekad kita untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada Sabah dan Malaysia secara amnya.
Syabas dan tahniah kepada sidang pengarang atas usaha menerbitkan buku
ini bersempena Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah.
Sekian.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

ix

Prakata
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin-Nya, buku edisi khas ini dapat diterbitkan
bersempena Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah
(19952015). Buku ini memaparkan aktiviti dan
pencapaian utama MARDI Sabah sejak ditubuhkan
pada tahun 1995 sehingga hari ini.
Pengisian buku ini tertumpu pada sejarah
perkembangan MARDI Sabah dari peringkat awal
penubuhan kejayaan khususnya dalam bidang
pemindahan teknologi, program pembangunan
usahawan, perkhidmatan analisis kimia dan
penyelidikan di Sabah.
Diharap buku ini dapat mengimbas kembali sejarah
pembangunan MARDI Sabah bagi tujuan kenangan
kepada kakitangan yang bertungkus lumus dalam
membangunkan kemajuan MARDI Sabah. Justeru, ia
akan diabadikan sebagai rujukan kepada kakitangan
generasi baharu bagi memastikan prestasi dan
kejayaan yang ada setakat ini dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan pada masa akan datang.
Akhir sekali, ribuan terima kasih dan sekalung
penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan
atasan MARDI yang telah banyak memberi sokongan
dan dorongan yang tidak berbelah bagi dalam usaha
menerbitkan edisi khas ini. Ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada semua kakitangan MARDI Sabah
atas kerjasama yang diberikan.

Sekian.
Sidang Pengarang

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Pengarang
Sim Wei Chung

Rusli Radde

Rina Singkina

Helda Souki
Hj. Sadi Sujang

Penasihat

Hj. Ab Ghani Mohamed


Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti

Pengerusi

Hj. Sadi Sujang


Pengarah MARDI Sabah

Ahli Editor



Rina Singkina
Sim Wei Chung
Helda Souki
Rusli Radde
Nancy James
M A R D I S a b a h D u a D e ka d

xi

xii

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Sekilas

Era Pembangunan

MARDI Sabah
Seawal tahun 1970-an, MARDI telah menyumbang
kepada kemajuan bidang pertanian di Sabah
dengan menjalankan penyelidikan dan
pembangunan teknologi tanaman koko secara
usaha sama dengan Stesen Penyelidikan Pertanian
di Quoin Hill, Tawau. Kerjasama ini berterusan
sehingga tertubuhnya Lembaga Koko Malaysia
yang berpusat di Sabah pada tahun 1986.

Penglibatan aktif MARDI ditumpukan kepada
Program Promosi dan Pembangunan Teknologi
pada November 1995 dengan tertubuhnya sebuah
pejabat di Jalan Mat Salleh, Sembulan, Kota
Kinabalu. Operasi pejabat ini bermula dengan
lima orang kakitangan yang ketika itu telah banyak
bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti termasuklah
latihan, pameran, perwakilan dan telah menyaksikan
peningkatan golongan sasar dalam perusahaan
pemprosesan makanan dan tanaman.

Sumbangan MARDI terus ditingkatkan dengan
pembukaan sebuah kompleks pejabat tetap
bernilai 10 juta di Taman Perindustrian Kota Kinabalu

(KKIP) yang dirasmikan oleh mantan Tuan Yang


Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk
Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah pada 22
Februari 2003.

Pada masa kini, kompleks MARDI Kota Kinabalu
telah dilengkapi dengan pejabat pentadbiran,
dewan seminar, perpustakaan, kafeteria, ladang
contoh, rumah semaian, makmal analisis kimia
berstatus akreditasi MS ISO/IEC 17025 yang lengkap
dengan peralatan saintifik terkini, serta kompleks Test
Bed ikan, hasilan bakeri dan tradisional.

Dalam tempoh dua dekad ini, MARDI Sabah
terus memainkan peranan penting dalam aktiviti
promosi teknologi, pembangunan usahawan dan
penyelidikan dalam bidang pertanian dan industri
asas tani. Sehingga kini, MARDI Sabah telah berjaya
melatih dan memberi khidmat teknikal secara
one-off kepada 11,126 orang peserta termasuk
usahawan, bakal usahawan dan beberapa orang
persendirian dari kalangan penjawat awam dan
swasta seluruh Sabah.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

01

Kedudukan Kompleks MARDI Kota Kinabalu


Koordinat GPS: 6.0769N,116.1545E

02

Makmal Analisis

Blok Beras & Padi

Surau

Kafeteria

Blok Pentadbiran

Pondok Pengawal

Test Bed

Nurseri

Rumah Fertigasi

Plot Penyelidikan

Blok Kuliah

Pejabat Pengurusan

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

03

Dahulu......

04

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

......Sekarang

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

05

06

Visi

Misi

Misi

Menjadi organisasi R&D


tersohor dalam bidang
makanan, pertanian dan
industri berasaskan biologi.

Menjana dan
memindahkan
pengetahuan, teknologi,
kompetensi dan
perkhidmatan teknikal
bagi menyokong
pencapaian
matlamat kerajaan
mentransformasikan
pertanian dan industri
asas tani kepada sektor
yang inovatif, komersial
dan berdaya saing.

Memindahkan teknologi
pertanian dan makanan
komersial terutama
pembangunan industri
kecil pemprosesan
makanan berasaskan
tanaman, ternakan dan
perikanan.
Menawarkan kepakaran
teknikal kepada
industri pertanian dan
makanan.
Membantu
membangunkan industri
pertanian dan makanan
secara bersepadu
bersama agensi
berkaitan di Sabah.
Menjalankan
penyelidikan berkaitan
tanaman, makanan dan
ternakan.
Menawarkan
perkhidmatan teknikal
analisis makanan dan
pertanian.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Kepimpinan MARDI Sabah

Pengarah
MARDI
Sabah

November 1995 Jun 2000


Tuan Haji Abdul Rahman Daud

Julai 2000 Jun 2005


YH Dato Haji Mohamed Haji Yaakob

Julai 2005 Jun 2007


Dr. Haji Abdul Rashid Baba

Jun 2007 Julai 2011


Encik Mohd Mohid Hamzah

Julai 2011 September 2012


Encik Jamaludin Jaya

September 2012 Kini


Tuan Haji Sadi Sujang

08

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Carta Organisasi
Pengarah

Timbalan Pengarah
Pejabat Pengarah

Unit Integriti
Pengurus

Penyelidikan & Perkhidmatan

Pengurusan & Pentadbiran

Promosi & Pembangunan Perniagaan (PB)

Pengurusan
Kewangan & Akaun

Perkhidmatan Teknikal & Makmal (TS)


Penyelidikan Padi & Beras (RI)

Pemb

antu

Awam
(

9)

(7)
Pemb

antu

Peny
e

lidik

(6)
nyeli
dik
Pega
wai P
e

r (5)
Tadb
i
antu
Pemb

(4)
ndu
Pema

Peno
lo
Peny ng Pega
wai
elidik
(3)

Oper
a
Penja tor Loji &
ga El
ektrik
(2)

&
rusan
Pengu
n
dbira
Penta
(23)

Pega
w
Peno ai
long
Tad

n&
lidika
Penye
(14)
atan
m
id
h
k
Per

bir (1

Penyelidikan Sains Ternakan (AS)

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

09

Program Utama

Program
Pembangunan Usahawan

Demonstrasi teknologi hasilan ikan kepada peserta PPK Tawau, 2013

10

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Khidmat bimbingan teknikal yang diberikan


oleh MARDI telah lama menjadi pilihan kepada
usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)
termasuk khidmat dan ceramah teknikal, klinik
usahawan dan pembangunan Test Bed Teknologi
MARDI. Selain itu MARDI turut memberi khidmat
bimbingan usahawan termasuk pencarisilapan
(troubleshooting) dan peningkatan kemahiran, sistem
pengeluaran, susun atur mesin dan peralatan, kualiti
produk, pembungkusan dan pelabelan, pematuhan
perundangan makanan dan pensijilan jaminan kualiti.

Sejak tahun 1996 sehingga Jun 2015 sejumlah
11,126 usahawan telah diberi latihan dan bimbingan
termasuk melalui ceramah teknologi, latihan
sangkut, kursus, demonstrasi teknologi dan khidmat
teknikal secara one-off sama ada di dalam dan di
luar kompleks MARDI di seluruh negeri. Jumlah ini
meningkat dari tahun ke tahun memandangkan
ramai usahawan telah mengetahui kemampuan
MARDI sebagai penjana teknologi dalam bidang
pemprosesan makanan khususnya hasilan ikan,
bakeri, soya, daging, minuman, snek dan sebagainya.
Demonstrasi teknologi hasilan mi kepada peserta DPBS Lahad Datu, 2015

Hasilan Buahbuahan

Lain-lain

1153

Hasilan Bakeri

2014

2013

473

578

473
2011

2012

449
2010

375
2009

390

465
2008

2006

2005

2007

544

790

618
2004

239

340
2002

2003

386
2001

598
2000

1999

567
1998

1996

Hasilan
Tradisional

592

Hasilan Sos

1997

458

Hasilan Mi

650

Hasilan Daging

2015

Hasilan Laut

988

Hasilan Snek
Hasilan Kordial

Sejumlah 11,126 usahawan menerima latihan, khidmat teknikal one-off dan kursus MARDI
sepanjang tahun 19962015

Hasilan Soya

Latihan pembangunan usahawan mengikut


kluster hasilan makanan
M A R D I S a b a h D u a D e ka d

11

Program Utama

Test Bed
Teknologi MARDI
Kini MARDI Sabah mempunyai
satu kompleks Test Bed yang
telah dijadikan sebagai pusat
khidmat bimbingan kepada
pengusaha IKS di seluruh
Sabah. Test Bed ialah makmal
pemprosesan yang dilengkapi
dengan mesin, peralatan dan
kemudahan pengeluaran
berskala kecil bagi jenis produk
makanan terpilih yang terdiri
daripada Test Bed Hasilan Ikan,
Test Bed Hasilan Bakeri dan Test
Bed Hasilan Tradisional. Antara
aktiviti yang sering menjadi
tumpuan di dalam kompleks ini
adalah Kursus dan Latihan Amali
Pemprosesan Makanan, Latihan
Sangkut dan Demonstrasi
Teknologi daripada peserta
pelbagai peringkat umur.

12

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Ceramah Teknikal

Demonstrasi Teknologi MARDI

Sepanjang penglibatan MARDI selama dua dekad ini,


banyak khidmat ceramah teknikal telah disampaikan
kepada golongan sasar. Ini termasuklah bidang
pertanian, makanan, ternakan dan industri asas tani.
Kebanyakan khidmat ceramah ini adalah mengenai
teknologi baru yang dihasilkan oleh MARDI sendiri
dan disampaikan secara terus oleh pegawai
penyelidik MARDI.

Demonstrasi Teknologi MARDI merupakan salah satu aktiviti


yang mendapat permintaan tertinggi sepanjang dua
dekad di kalangan masyarakat Sabah. Aktiviti sebegini
sering diadakan di Test Bed mahupun di luar kompleks
MARDI Kota Kinabalu. Pelbagai agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan banyak mendapatkan latihan sebegini.
Antara demonstrasi teknologi yang popular adalah
seperti hasilan ikan, bakeri, soya dan industri asas
tani yang lain.

Latihan Sangkut
Sejak tahun 2013, penggunaan Test Bed telah diperluaskan
kepada usahawan dan bakal usahawan di Sabah dengan
memperkenalkan latihan secara persendirian dan amali
dalam pemprosesan makanan. Latihan ini dikenali sebagai
Latihan Sangkut yang berbentuk penerangan secara
teori dan latihan amali sehari. Tenaga pengajar terlatih
yang terdiri daripada pegawai penyelidik MARDI bertindak

sebagai fasilitator sepanjang latihan diadakan. Antara


latihan yang sering menjadi pilihan peserta ialah
hasilan bakeri, minuman, hasil snek, makanan tradisional
seperti lemang dan dodol dan sebagainya. Sehingga
hari ini, permintaan terhadap latihan sangkut semakin
meningkat dan secara purata sepanjang tahun
mencecah seramai 70 orang setahun.
M A R D I S a b a h D u a D e ka d

13

Program Utama

Kejayaan & Pencapaian Utama


Usahawan Bimbingan
Sejak dua dekad yang lalu,
ramai usahawan telah dibimbing
oleh MARDI Sabah sama ada
secara one-off ataupun secara
langsung dan diangkat sebagai
usahawan bimbingan MARDI.
Kebanyakan usahawan yang datang
mendapatkan khidmat nasihat MARDI
adalah dalam bidang pemprosesan

makanan dan pertanian. Seramai


27 orang usahawan telah dan
pernah berdaftar menjadi usahawan
bimbingan dari seluruh negeri Sabah.
Mereka terdiri daripada pelbagai
kluster pengeluaran produk dan
sehingga hari ini, bilangan usahawan
ini masih kekal dibimbing dalam
pelbagai aspek khidmat bimbingan
dan teknikal.

Heera Enterprise

Pn. Noreen Ann (Papar)


Heera Enterprise merupakan usahawan
bimbingan yang menunjukkan kemajuan
sejak awal penglibatannya dalam bidang
perniagaan dan telah dinaik taraf sebagai
usahawan anak angkat MARDI. Beliau
telah dibimbing bermula daripada asas
sehingga mempunyai sebuah kilang untuk
mengeluarkan kuih cincin Sabah. Kejayaan
Heera Enterprise dapat dilihat sepanjang
tempoh bersama MARDI. Sehingga tahun
2015, pengeluaran kuih cincin Heera Enterprise
bukan sahaja dipasarkan di peringkat
domestik seperti Pasar Raya besar CKS,
Milimewah The Store dan KR1M, tetapi telah
menembusi pasaran luar negara termasuk
Brunei dan China. Oleh sebab permintaan
yang terlalu tinggi di pasaran, Heera Enterprise
berkeupayaan mengeluarkan kuih cincin
sebanyak 20,00030,000 biji/hari sekali
gus menjana pendapatan yang lumayan
sepanjang tahun.
Kuih Cincin Sabah
14

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Kebun Rimau Sdn. Bhd.

Pn. Halizah Datuk Haris (Balung, Tawau)


Kebun Rimau telah berjaya mengeluarkan lozenges
yang dikenali sebagai smokers friend dan mengekalkan
produk asal seperti sirap kabung yang dikenali sebagai
sirap arena, teh herba berasaskan tanaman misai
kucing atau dipopularkan sebagai teh java dan lainlain lagi. Kilang Kebun Rimau terletak di Jalan Apas
Balung, Tawau dan pada ketika dahulunya dibimbing
oleh MARDI terutama dalam aspek kualiti pemprosesan
produk mengkudu dan sirap kabung, pengurusan
HACCP, pembungkusan dan pelabelan serta latihan
teknikal. Hasil bimbingan MARDI, beberapa kejayaan
syarikat diperoleh seperti sijil HACCP, perolehan kabinet
pengering sejuk beku (freeze dryer) dan pernah
menjadi pemenang Anugerah Inovasi Usahawan
Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya.

Sajiria Sdn. Bhd.

En. Marcel Micheal (Kota Kinabalu)


Sajiria Sdn. Bhd. telah memulakan operasi pertamanya
dalam bidang bakeri pada 22 November 2002
dengan pelaburan sebanyak RM16 ribu. Diusahakan
sepenuhnya oleh usahawan bumiputra Sabah yang
berjaya iaitu En. Marcel Micheal. Pembangunan
perniagaan bermula sebagai projek PPRT. MARDI telah
banyak memberi bimbingan dan khidmat nasihat
terutamanya susun atur mesin, aliran pemprosesan
serta pembungkusan dan pelabelan. Kejayaan
Sajiria telah dilihat menjadi ikon dalam bidang
perusahaan bakeri di Sabah. Beliau pernah merangkul
anugerah sepanjang penglibatan dalam bidang
keusahawanan. Selain itu,
Sajiria Sdn. Bhd. pernah dilantik
sebagai pembekal roti kepada
Restoran KFC (Sabah). Sehingga
kini, pasaran produknya telah
menembusi beberapa daerah di
Sabah.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

15

Program Utama

Usahawan Bimbingan
sepanjang

dekad

Fieldlink Service Enterprise


Jubai Enterprise
Bismaraya Sdn. Bhd.
Sukai Enterprise
Nurman Bakery
Jos Deli
Akma Food Product
Weston Food Product
Mekar Maju Enterprise
Kak Ejans Pick and Eat
Perusahaan Keropok DUmas
Ariffa Enterprise
SNS Enterprise
Pemborong Mangkab Enterprise
Cahaya Permai Bakery
Nawaitu Bakery
Perusahaan Rumpai Laut Juni
Bengkel Kuih Tradisional Membakut
Ladang Mumpait
Tasek Emas Enterprise
Ladang Konvensional
MS Thoyyiba Sdn. Bhd.
MAMA Food Industries Sdn. Bhd.
Kudat Utama Sdn. Bhd.

16

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

17

Program Utama

Program
Perhubungan Industri

Program ini membantu meningkatkan tahap


kesedaran, penerimaan dan penggunaan
teknologi MARDI oleh kumpulan sasar serta
meningkatkan rangkaian perhubungan MARDI
dengan Jabatan/Agensi/Industri. Ia berperanan
dalam menjayakan proses pemindahan dan
inovasi teknologi melalui aktiviti-aktiviti seperti
promosi teknologi melalui media massa, seminar,
18

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Seminar Teknologi GENKiMO 2013

Program Utama

Kunjungan hormat Pengarah MARDI ke MAFI 2011

Hari Ladang Benoni Papar 2010

Lawatan Ketua Menteri Sabah ke gerai


pameran MARDI sempena HPPNS 2010

Kunjungan hormat ke pejabat MAFI tahun 2010

Pameran Juara Rakyat Sandakan 2010

11

7
2008

7
2007

10
6

4
2000

5
4
1999

2014

2013

2012

2010

2009

2006

2005

2004

2003

2002

2001

1998

3
1997

2
1996

pameran dan pengisytiharan


teknologi MARDI serta
pembangunan dan Pengurusan
Pusat Maklumat Teknologi (TIC).
Selain itu, beberapa forum
industri turut diadakan termasuk
Technology Talk, Hari Mesra
Pelanggan dan Hubungan Dua
Hala MARDI-Agensi. Sepanjang
penubuhannya, MARDI Sabah
telah menyertai sebanyak 113
pameran yang dianjurkan oleh
pelbagai agensi dan jabatan
negeri atau persekutuan yang
telah diadakan di seluruh Sabah.

13

Pameran sempena Hari Ladang UiTM


Sabah 2013

Bilangan pameran yang disertai MARDI Sabah 19962015


M A R D I S a b a h D u a D e ka d

19

Program Utama

Program
Pembangunan & Pemindahan Teknologi

20

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kejayaan proses inovasi teknologi


MARDI, menyokong keperluan pembangunan dan penggunaan teknologi
di kalangan kumpulan sasar serta mempercepatkan proses pemindahan
teknologi hasilan MARDI kepada kumpulan sasar terutamanya sektor awam/
pekebun kecil melalui:

Projek
Projek
Projek
Projek
Projek
Projek
Projek

Peningkatan Skala
Ladang Contoh
Perintis
Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)
MOA Inc.
Inisiatif Kerajaan NBOS
Pembangunan Pertanian Kawasan

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

21

Program Utama

Projek Perintis
Ternakan Kambing Boer
Projek Peningkatan Skala Pengeluaran
Kumpulan Pengganda (Multiplier Herd)
Baka Kambing Boer Secara Komersial
dimulakan pada tahun 20072009
di Kampung Kabang, Papar. Projek
ini berjaya meningkatkan ketulenan
kambing Boer pada anak-anak hasil
pembiakbakaan pejantan Boer tulen
dengan Feral.

22

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Projek Perintis
Penanaman &
Pemprosesan Halia
Projek perintis dengan kerjasama Pertubuhan
Peladang Kawasan Tambunan pada tahun
2008. Projek ini berjaya menghasilkan halwa
halia dan jus halia untuk diperkenalkan
kepada pasaran tempatan.

Halia muda berumur 6 bulan


Halwa halia

Penanaman halia secara konvensional

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

23

Program Utama

Projek Perintis
Padi (Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara)

Projek bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara


ini telah dijalankan dengan jelapang berskala 12 hektar
di Blok 7, Kampung Benoni, Papar selama 2 tahun. Sasaran
projek untuk meningkatkan 1 t/ha daripada hasil semasa
tercapai.

24

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Projek Perintis
Penanaman Ubi Keledek VitAto
Projek perintis penanaman ubi keledek
VitAto dijalankan di Kampung Labak Baru,
Keningau pada Jun 2010.

Ubi keledek VitAto mempunyai kandungan


-karotena dan vitamin C yang lebih tinggi
berbanding ubi keledek yang lain

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

25

Program Utama

Projek Perintis
Penanaman Betik Eksotika II

Projek perintis dijalankan


dengan kerjasama
Pertubuhan Peladang
Kawasan Keningau di
Kampung Labak Baru pada
tahun 2008.

Projek Perintis
Penanaman Nanas Segar Josapine

Projek perintis dijalankan


dengan kerjasama
Pertubuhan Peladang
Kawasan Sipitang pada
tahun 2004.

26

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Projek Perintis
Kacang Tanah Magenta
Kacang Magenta ialah varieti
kacang tanah yang sesuai
ditanam di kawasan tanah bris.
Antara keistimewaan kacang ini
ialah tempoh kematangannya
yang singkat, saiz lenggai yang
lebih besar, hasil yang lebih baik
dan mempunyai kandungan
karbohidrat dan serat diet yang
lebih tinggi daripada varieti lain.
Satu projek perintis kacang
tanah Magenta telah
dilaksanakan pada tahun
Julai 2010Februari 2011
di Kampung Labak Baru,
Keningau. Semenjak projek ini,
kacang tanah Magenta telah
mendapat sambutan yang
tinggi di kalangan masyarakat
tempatan dan Brunei.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

27

Program Utama

Projek Baik Pulih Ladang


Mangga Chokanan, Kota Belud

Proses Baik Pulih

Projek ini telah dimulakan di Kampung Bira-biraan,


Kota Belud pada Mac hingga Oktober 2013 bawah
program Ladang Kontrak MOA dengan aplikasi
penggunaan teknologi GENKiMO Flora. Pada awalnya
petani menghadapi masalah pengeluaran hasil. Maka
dengan itu, pihak FAMA, MARDI dan Jabatan Pertanian
Sabah telah mengambil inisiatif untuk membaik pulih
ladang sedia ada. Secara keseluruhannya, projek
ini telah mencapai objektifnya, aktiviti ladang yang
dilakukan oleh petani juga menunjukkan kesan positif
terhadap perkembangan pemulihan ladang.

28

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Pemangkasan & Rawatan tiram

Penyemburan larutan GENKiMO Flora

Pembajaan secara intensif

Kawalan penyakit & perosak

Pemantauan berkala

Penuaian hasil mangga

Program Utama

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

29

Program Utama

Ladang Contoh
Tanaman Fertigasi
Fertigasi berasal daripada cantuman dua
perkataan bahasa Inggeris iaitu fertilisation
dan irrigation atau pembajaan dan
pengairan. Melalui teknologi ini, proses
pembajaan dan pengairan disalurkan
serentak terus kepada akar tanaman melalui
satu sistem pengairan.

Selain itu, fertigasi juga merujuk kepada
sistem pengeluaran tanaman tanpa
menggunakan tanah seperti pasir, sekam
padi dan sabut kelapa (Cocopeat). Tujuan
asal pembangunan teknologi fertigasi
adalah untuk mengelak tanaman daripada
dijangkiti penyakit bawaan tanah. Terdapat
beberapa keperluan asas teknologi fertigasi
iaitu bekalan elektrik, sistem pengairan, baja
khas fertigasi, medium tanaman, biji benih
berkualiti dan struktur pelindung hujan (SPH).

30

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

Ladang Contoh
Ladang Contoh Fertigasi MARDI Sabah telah bermula
sejak penubuhan seunit Struktur Pelindung Hujan
(SPH) berserta sistem pengairan yang lengkap pada
tahun 2010.

Musim penanaman dimulakan dengan tanaman
cili padi varieti Centil. Sebanyak 500 pokok telah
ditanam dengan hasil 2.02.5 kg/pokok. Musim
seterusnya diteruskan dengan varieti sama dengan
anggaran hasil melebihi daripada musim pertama.

Proses penanaman rockmelon secara fertigasi


M A R D I S a b a h D u a D e ka d

31

Program Utama

Proses pendebungaan berbantu pada


tanaman rockmelon oleh pembantu
penyelidik MARDI.

32

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama


Pada tahun 2012, musim penanaman rockmelon mula diperkenalkan di Ladang
Contoh Fertigasi MARDI Sabah. Varieti Glamour (musim pertama) dan varieti Gordes
(musim kedua) telah menjadi pilihan utama pada tahun tersebut. Sebanyak 450 pokok
rockmelon ditanam dengan hasil 2.02.5 kg/buah.

Sehingga hari ini, impak penanaman secara sistem fertigasi di Ladang Contoh
MARDI masih mendapat perhatian dan kunjungan yang memberangsangkan pihak luar
termasuk agensi kerajaan di bawah MOA, badan berkanun, pelajar IPT dan sekolah serta
orang persendirian yang menceburi bidang pertanian.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

33

Program Utama

Projek Inisiatif Kerajaan NBOS6


(My Kampung My Future)
MARDI Sabah turut terlibat dalam beberapa projek di bawah inisiatif kerajaan seperti Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 6) Program My Kampung, My Future (MKMF). Projek ini terletak di
Kg. Merotai Besar, Tawau, Sabah. Terdapat dua buah projek yang dikendalikan oleh MARDI Sabah
dengan kerjasama beberapa agensi pelaksana iaitu Projek Inovasi Tanaman Secara Fertigasi
rockmelon dan Projek Pengeluaran Produk Amplang.

Projek Pengeluaran Produk Amplang
dijalankan oleh usahawan muda En.
Kasriadi Sarman. MARDI berperanan
dalam membantu meningkatkan daya
pengeluaran produk menggunakan
aplikasi yang cepat dan mudah di
samping membuka peluang pekerjaan
kepada belia setempat dan membantu
untuk menaik taraf kilang pemprosesan
yang sedia ada.

Projek Inovasi Tanaman Secara
Fertigasi Rockmelon telah dimulakan
pada April 2015 dengan keluasan 2,000
kaki persegi (100 kaki x 20 kaki) dan
memuatkan 500 pokok rockmelon. Projek
ini bertujuan membangunkan usahawan
tani/perladangan dan sumber tenaga
mahir dalam bidang pertanian. Projek
ini bukan sekadar menjalani program
latihan secara amali, tetapi dapat
mengaplikasikan aktiviti pemindahan
teknologi pertanian moden. Selain itu,
projek ini juga memberi peluang kepada
belia kampung mendapatkan kemahiran
secara pembelajaran berterusan
dan membuka peluang terhadap
Agri-Business. Peserta terdiri daripada
belia kampung yang terpilih dan telah
mendapat latihan secara amali sebelum
memulakan musim penanaman.

34

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Program Utama

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

35

Program Utama

Penyelidikan Padi
Pusat Penyelidikan Padi dan Beras (RI)
telah beroperasi di MARDI Sabah sejak
tahun 2006. Antara fokus penyelidikan di
Sabah ialah:
1. pencirian padi tradisional
2. penyelidikan baja
3. penyelidikan pakej interim padi aerob
4. percubaan verifikasi setempat (LVT)
5. projek perintis padi
Selain aktiviti penyelidikan padi, MARDI
juga bekerjasama dengan Jabatan
Pertanian Sabah melancarkan varieti
padi MARDI di Sabah. Sejak tahun 1964,
sebanyak sembilan varieti padi MARDI
telah dilancarkan dan ditanam di Sabah
iaitu Malinja (1964), Mahsuri (1965), Ria
(1966), Bahagia (1968), Jaya (1973),
Sekencang MR 7 (1980), Makmur MR 73
(1992), MR 84 (1994), MR 159 (1996).

Pahu merupakan salah satu varieti padi tradisional


yang didapati memberikan hasil yang tinggi
berbanding dengan varieti-varieti padi tradisional
yang lain.

36

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Padi aerob tidak perlu ditanam di dalam


air bertakung dan sesuai ditanam di
kawasan sawah terbiar ataupun sebagai
tanaman selingan. Padi aerob tahan
dengan keadaan cuaca panas dan
kering dan hanya memerlukan sedikit air
yang dibekalkan secara renjisan ataupun
menggunakan air hujan sahaja. Ia
juga mempunyai kerintangan terhadap
penyakit seperti karah. Potensi hasil padi
aerob adalah sekitar 3.05.5 t/ha.

Penyelidikan padi aerob di Sabah
bermula pada tahun 2011 dan berjaya
membangunkan pakej interim teknologi
penanaman padi aerob untuk petanipetani di Sabah.

Program Utama

Projek Penyelidikan
Padi Aerob MRIA 1

Penyemaian benih padi dengan aeroseeder di plot penyelidikan padi,


MARDI Sabah. Aeroseeder merupakan ciptaan jurutera mekanisasi dan
automasi MARDI bagi memudahkan penanaman padi aerob dengan
6 penanam padi yang disambungkan dengan mini traktor.

Anak pokok padi aerob MRIA 1 yang berumur 20


HLC (hari lepas cambah).

Proses pengambilan sampel padi dengan kaedah Crop Cutting


Test (CCT) di plot penyelidikan padi, MARDI Sabah. CCT boleh
digunakan untuk menentukan komponen hasil seperti tinggi pokok,
panjang tangkai, jumlah biji per tangkai, peratus bernas, indeks
tuaian dan jangkaan hasil.

Projek penyelidikan dan penanaman padi aerob


MRIA1 di Kota Belud.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

37

Program Utama

Projek Penyelidikan
Pemprosesan Tuhau
Tuhau ialah sejenis herba yang berasal
daripada keluarga halia (Zingerberacea) yang
mengeluarkan sejenis bau yang kuat. Tuhau
tumbuh secara meliar di tebing sungai atau
lereng bukit. Terdapat pengusaha di Sabah
yang giat menanam tanaman ini secara kecilkecilan. Umbut tuhau muda merupakan jenis
makanan tradisi etnik Kadazan Dusun dan
Murut.

Bunga tuhau


Penggemar tuhau lazimnya hanya
menjadikan tuhau sebagai jeruk yang
dimakan bersama nasi dan ikan goreng.
Namun pada masa kini, terdapat banyak
produk yang berasaskan tuhau seperti sos,
serunding dan halwa. Memandangkan
tuhau mempunyai potensi yang tinggi untuk
dikomersialkan, MARDI Sabah telah mengambil
inisiatif untuk melakukan kajian pemprosesan
makanan terhadap tumbuhan ini.

Kajian ini berjaya membangunkan satu
formulasi piawai dan prosedur operasi piawai
(SOP) pemprosesan jeruk tuhau dan sos cili
tuhau.

38

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Pokok tuhau

Program Utama

Projek Penyelidikan
Ternakan Kerbau
Populasi kerbau di Sabah telah mengalami
masalah penurunan yang serius. Menurut
statistik Jabatan Perhidmatan Haiwan
dan Perusahaan Ternak (JPHPT), Sabah,
populasi kerbau telah menurun daripada
44,889 pada tahun 2004 kepada 30,287
pada tahun 2007.

Atas kesedaran ini, MARDI Sabah
dengan kerjasama JPHPT, Sabah telah
menjalankan kajian saintifik terhadap
populasi kerbau di Sabah dan Sarawak
untuk mengenal pasti punca berlakunya
pengurangan produktiviti populasi kerbau
yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
Kajian ini telah dijalankan dengan
pencirian sampel DNA darah kerbau
(jenis murah) di kawasan Tambunan, Kota
Marudu, Lahad Datu, Pitas, Sandakan,
Kudat dan Limbang bertujuan untuk
mengetahui status kacukan silang (cross
breeding) kerbau tersebut.

Kajian ini mendapati penurunan
populasi kerbau Sabah dan Sarawak
adalah disebabkan kacukan dalaman
(inbreeding) dalam populasi kerbau
ini. Kacukan dalaman ini juga telah
melahirkan generasi kerbau yang kurang
produktif.

Oleh itu, kumpulan penyelidik MARDI
telah mencadangkan supaya genetik
asing diperkenalkan ke dalam populasi
ini bagi menambah baik pembiakbakaan
dan seterusnya mengelakan kepupusan
populasi kerbau di Sabah dan Sarawak.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

39

Larutan sampel selepas penghadaman asid


sulfurik untuk penentuan kandungan protein

Perkhidmatan
Analisis Kimia
Paparan fakta pemakanan telah menjadi satu
keperluan wajib bagi sesetengah produk makanan
di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, 18B
(2). Produk makanan lain yang tidak tersenarai
juga amat digalakkan untuk memaparkan
maklumat pemakanan pada bungkusan produk
bagi menembusi pasaran yang lebih luas.
Namun, kekurangan makmal analisis berakreditasi
menyebabkan akses kepada perkhidmatan analisis
berkualiti menjadi amat sukar bagi masyarakat

40

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

kawasan Malaysia Timur, terutamanya perkhidmatan


analisis terhadap sampel makanan dan pertanian.

Prihatin dengan situasi tersebut, sebuah
Makmal Analisis telah ditubuhkan di MARDI Kota
Kinabalu pada tahun 2012. Makmal tersebut telah
berjaya ditauliahkan dengan akreditasi MS ISO/
IEC17025 bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia
(SAMM) dengan nombor SAMM 647 pada tahun
2014.

Makmal Analisis Kimia

(Kawalan Kualiti Test Bed)

2002

Makmal Analisis
(Perkhidmatan)

2012


Peraturan-Peraturan Makanan
1985 memerlukan paparan
maklumat kandungan protein,
lemak, karbohidrat, gula dan
tenaga pada pelabelan nutrisi
produk makanan. Makmal Analisis
MARDI Kota Kinabalu menawarkan
perkhidmatan analisis berbayar
bagi analisis-analisis tersebut.
Makmal ini juga dilengkapi
dengan peralatan saintifik bagi
penentuan kandungan nutrien
lain seperti vitamin, profil lemak,
profil karbohidrat, nutrien mineral,
serta bahan asing seperti
kandungan logam berat, sisa
racun dan sebagainya.

Sehingga Ogos 2015,
sebanyak 3,300 ujian analisis
telah dijalankan terhadap 550
sampel makanan dan pertanian
daripada 200 orang pelanggan.
Antara sampel yang diterima ialah
sampel produk makanan (44.5%)
daripada usahawan tempatan
dan sampel penyelidikan
daripada universiti di Sabah
(55.5%).

Makmal Analisis
(Berakreditasi SAMM)

2014

Sumber: Berita Korporat Bil. 1 2009

Alat Kromatografi Gas (GC-FID/ECD) untuk analisis profil lemak, minyak


pati dan sisa racun
M A R D I S a b a h D u a D e ka d

41

Perkhidmatan Analisis Kimia

Format Pelaporan Keputusan


Keputusan analisis nutrisi
makanan daripada Makmal
Analisis kami disediakan dalam
bentuk yang mesra pelanggan.
Data keputusan ini sedia
digunakan pada label produk
dengan penyesuaian yang
minimum. Walaupun peraturan
hanya memerlukan paparan
nutrisi dalam bahasa Melayu,
pelanggan kami diberi pilihan
untuk menambahkan bahasa
Inggeris dan bahasa Cina
supaya produk tempatan lebih
mesra pelancong.

Maklumat Pemakanan / Nutritional Information


100 g

Saiz Hidangan / Serving Size /


Nutrien / Nutrients /
Tenaga / Energy /

setiap 100 g / per 100 g /


897 kcal

100

(3769 kJ

Karbohidrat / Carbohydrate /

)*

0.0 g

Protein / Protein /

0.0 g
99.7 g

Lemak / Fat /

92.8 g

Lemak Tepu / Saturated Fat /


Lemak Mono Tak Tepu /
Monounsaturated Fat /

5.9 g

Lemak Poli Tak Tepu /


Poliunsaturated Fat /

1.0 g

Lemak Trans / Trans Fat /

0.0 g

*1 kcal

= 4.2 kJ

Format pelaporan keputusan untuk tujuan pelabelan


nutrisi yang sedia digunakan

Sijil pentauliahan akreditasi MS ISO/IEC


17025 bawah SAMM

Alat Spektroskopi Pancaran Aton - Plasma Gelombang Mikro (MP-AES)


untuk analisis logam

Alat Kromatografi Cecair Pretasi Ultra Tinggi (UHPLC) untuk pemisahan


dan penentuan nutrien dalam makanan
42

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Perkhidmatan Analisis Kimia

CSR bersama Badan Bukan


Kerajaan (NGO)

Bersama pasukan juruaudit dari Standards Malaysia semasa audit kepatuhan


untuk pentauliahan piawai MS ISO/IEC 17025 pada 2728 Febuari 2014.
(Dari kiri: Cik. Zulizah Md Talip, En. Hadzme Hajan, En. Ho Peng Hee, En. Lam Yong Ching,
En. Lum Kon Woon, En. Sim Wei Chung, Pn. Faridatul Akmar Mohammed Nuri, Cik Helda
Souki dan Dr. Haslina Hassan)

Penyerahan sijil keputusan analisis minyak kelapa


dara (VCO) kepada pengurus Food for the Hungry
International (FHI), Sabah, Pn. Malanie Chu. Minyak
kelapa dara ini adalah hasilan masyarakat di
Kampung Samparita, daerah Kota Marudu di bawah
Vision of Community Development Project dan Child
Development Project.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)


Makmal turut bekerjasama
dengan IPTA dalam program
Latihan Industri (LI) bagi
meningkatkan kompetensi
pelajar sebagai persediaan
awal untuk alam pekerjaan.
Program LI ini biasanya
diadakan untuk tempoh 2
hingga 6 bulan setiap sesi
mengikut keperluan program
IPTA. Antara IPTA tersebut ialah,
Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Putra Malaysia (UPM)
dan Kolej Komuniti Lahad Datu.
CSR bersama Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA)

CSR bersama Agensi Kerajaan tempatan


Penglibatan dalam Kursus Pemprosesan Makanan
anjuran bersama MARDI dan Pertubuhan Peladang
Kawasan Sandakan pada 2627 Jun 2013. Makmal
telah memberi ceramah kesedaran mengenai
kepentingan analisis dalam pengkomersialan produk
makanan. Peserta kursus ini turut diberi perkhidmatan
analisis secara percuma.

Hubungi kami di Facebook


http://www.facebook.com/AnalysisLab.MARDI

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

43

44

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Pusat Maklumat
Teknologi (TIC)
Pusat Maklumat Teknologi (TIC) merupakan satu ruang pameran untuk
pengenalan hasil teknologi MARDI kepada orang ramai.

Pusat Maklumat Teknologi MARDI Sabah mula dibuka pada tahun 2003 dan
dinaiktarafkan pada tahun 2011. Sehingga hari ini lebih daripada 5,000 orang
telah melawat ke TIC yang mempamerkan mesin-mesin pemprosesan makanan
yang dihasilkan oleh MARDI, produk usahawan bimbingan MARDI, terbitan baru
MARDI, dan teknologi yang dihasilkan oleh MARDI.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

45

Pengkomersialan Teknologi MARDI


MARDI Sabah juga terlibat dalam aktiviti pengkomersialan teknologi di Sabah
sepanjang dua dekad ini. Antara teknologi yang pernah diperkenalkan kepada
golongan sasar ialah teknologi GENKiMO, Manual Pakej Penanaman Padi dan
Amalan Agronomi, Green Kit dan Teknologi Penternakan Kelulut. Inisiatif sebegini
mampu mengetengahkan penemuan penyelidikan MARDI dan terus diterima pakai
oleh golongan sasar.

46

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Manual Pakej Penanaman Padi


Pakej Pembajaan padi

MARDI telah memperkenalkan dua manual penanaman


padi iaitu Manual Penanaman Padi Berhasil Tinggi Edisi
1/2002 dan Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari
Tahun 2008 kepada usahawan padi di Sabah.

Manual ini merupakan manual penanaman padi
komprehensif yang merangkumi penyediaan tanah
sehingga penuaian. Manual ini juga diguna pakai oleh
Jabatan Pertanian Sabah sekali gus menjadi rujukan
utama penanaman padi di Sabah.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

47

48

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Teknologi
Penternakan Kelulut
Stingless Bee

Penternakan lebah kelulut ialah salah


satu fenomena baharu di Malaysia.
Ramai beranggapan bahawa lebah
kelulut tidak dapat mengeluarkan
madu dengan banyak. Namun begitu,
teknologi penternakan lebah kelulut
yang diperkenalkan MARDI menunjukkan
lebah kelulut boleh mengeluarkan madu
sehingga 2 kg untuk satu koloni dalam
satu bulan. MARDI juga membuktikan
madu kelulut mempunyai khasiat tinggi
dalam perubatan.

Pada tahun 2013, sempena Hari
Bersama Pelanggan, Technology
Talk Penternakan Lebah Kelulut telah
dianjurkan kepada peserta yang hadir.
Seminar ini telah disampaikan oleh
En. Mohd. Fahimee Jaapar, Pegawai
Penyelidik MARDI dari Pusat Penyelidikan
Agrobiodiversiti dan Persekitaran (BE).
Technology Talk sebegini buat julung
kalinya diadakan di MARDI Sabah dan
sebagai permulaan pengenalan teknologi
kepada penternak di Sabah. Respons
yang amat positif telah diterima dan
diyakini industri ini bakal berkembang di
Sabah.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

49

50

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

GENKiMO

Mikrorganisma Probiotik yang Sihat


GENKiMO merupakan sejenis produk bioteknologi
yang mengandungi mikroorganisma hidup yang
kebanyakannya terdiri daripada bakteria kecil bersel
tunggal seperti lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik.
GENKiMO dihasilkan melalui proses fermentasi dan
pencirian secara semula jadi menggunakan 100% bahan
daripada persekitaran tempatan.

MARDI Sabah telah memperkenalkan Teknologi
GENKiMO melalui penganjuran Seminar Teknologi dan
Demonstrasi Penggunaannya pada 12 Julai 2013. Seramai
70 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang
dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin,
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

51

52

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Green Kit

Pertanian Bandar
Green Kit merupakan sistem penanaman dalam takung
yang boleh membekal air secara sendiri tanpa perlu
penyiraman yang kerap. Green Kit terdiri daripada dua
takungan yang terpisah iaitu takungan air (reservoir)
di bahagian bawah dan takung penanaman yang
mengandungi medium penanaman di bahagian atas.
Prinsip dan kaedah penanaman dengan Green Kit adalah
menyerupai penanaman di kawasan tanah semula jadi,
iaitu air dari dalam tanah naik ke atas dengan tindakan
kapilari.

MARDI Sabah turut memperkenalkan teknologi ini
sempena Hari Bersama Pelanggan pada tahun 2013.
Penjana Teknologi En. Abd. Kahar Sandrang, Pengawai
Penyelidik Prinsipal MARDI turut hadir menyampaikan
maklumat mengenainya kepada peserta yang terlibat.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

53

Pemindahan Teknologi
Melalui Terbitan MARDI
Penerbitan buku ilmiah adalah antara media yang penting bagi perkongsian dan
pemindahan teknologi yang dijana daripada aktiviti penyelidikan MARDI.

Buku MARDI ini dijual di MARDI Sabah sejak 2005 dan telah mendapat sambutan yang
tinggi. Setakat ini, lebih kurang 300 judul pernah dijual di MARDI Sabah iaitu sebanyak 8,879
naskhah. Antara terbitan yang popular ialah Manual Teknologi Fertigasi Penanaman Cili,
Rockmelon & Tomato, Koleksi Bergambar Herba Malaysia dan Koleksi Spesies Landskap Edible,
Tanaman, Makanan, Herba & Hiasan.

54

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Laporan Khas
(3%)

Agromedia
(13%)

Statistik Pilihan
Buku Terbitan MARDI
oleh
Masyarakat Sabah

Manual & Panduan


Teknologi MARDI
(51%)
Koleksi Buku
Pertanian (33%)

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

55

MARDI dalam Media Sosial

Masyarakat tempatan boleh berkomunikasi dengan MARDI Kota Kinabalu


menerusi saluran media social.
facebook: www.facebook.com/MARDI.KK
twitter: www.twitter.com/MARDISabah
56

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

57

Keratan Akhbar

58

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

59

Keratan Akhbar

60

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

61

Keratan Akhbar

62

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

63

Pencapaian

MARDI Sabah
Selain kerja perkhidmatan dan penyelidikan pertanian, MARDI
Sabah turut mengambil bahagian dalam beberapa acara dan
pertandingan kebangsaan seperti pertandingan Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK).

Penulisan
Saintifik (7)
Penulisan Separa
Popular (21)

Poster Persidangan (78)

Statistik Penulisan
yang Diterbitkan
sejak 1995

Penulisan
Popular (89)

64

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Memperkenalkan tanaman Betik Eksotika dan Nanas Josapine kepada petani di


Beaufort, Lahad Datu, Babgon sejak tahun 2000

Telah berjaya melatih lebih 3000 orang peserta PPRT menerusi beberapa program
latihan seawal tahun 20022003

Telah berjaya membangunkan 20 pusat pemprosesan makanan bertujuan


mengeluarkan produk daripada soya, beras, ikan, buah-buahan, kupang dan kuih
tradisional untuk pasaran tempatan

Terlibat dalam membantu industri perikanan menembusi pasaran eksport hasil laut
sejuk beku melalui kursus HACCP dan sanitasi yang dijalankan dari masa ke masa

Berjaya membimbing seramai 11,126 orang usahawan sejak 1996 sehinga kini
Anugerah Gerai Pameran Terbaik Sempena Sambutan MaaL Hijrah Peringkat Negeri
Sabah 2011

Anugerah Penganjuran Program MSM Paling Aktif Peringkat MARDI 2011


Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Kali ke-3 Peringkat MARDI 2013:
(Johan: Kumpulan Sutera Bayu) (Naib Johan: Kumpulan Borneo Perkasa)

KIK Taiwan Peringkat Antaranbangsa 2014, Anugerah Emas (Kump. IKRAM - Tn. Hj. Sadi
merupakan ahli)

Regional Convention On Team Excellence 2014 : (Sutera Bayu - Anugerah Emas),


(Borneo Perkasa - Anugerah Emas)

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2014 Peringkat Kementerian


Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) : (Kumpulan Sutera Bayu - Naib Johan),
(Borneo Perkasa - Tempat Ke-3), (Anugerah Fasilitator Terbaik)

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan 2014 : (Sutera Bayu - Anugerah


Emas), (Borneo Perkasa - Anugerah Emas)

Anugerah Peningkatan Hasil Stesen Tertinggi 2014 (Tempat ke-3)


Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Kali ke-3 Peringkat MARDI 2013:
(Johan: Kumpulan Sutera Bayu), (Naib Johan: Kumpulan Borneo Perkasa)

Aktif dalam prosiding konferens sebagai pembentang poster, penerbitan dalam


majalah, penerbitan separa teknikal dan penulisan teknikal/berwasit

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

65

Nanas Josapine

Rumpai Laut

Petani terlibat dengan penanaman padi

Kursus usahawan PPRT

66

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

67

Peristiwa Penting

Majlis Perasmian Pejabat MARDI Sabah oleh


Tuan yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji
Ahmadshah Abdullah S.P.D.K., P.G.D.K., A.S.D.K.,
K.M.N., J.P. pada 22 Februari 2003

Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Gerai MARDI


Sabah Sempena Tamu Besar Tuaran Pada 30 Disember 2007

68

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Hari Bersama Pelanggan MARDI Sabah dirasmikan


oleh Datuk Haji Musbah Haji Jambi, Pembantu
Menteri, Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan Sabah pada 21 Mac 2013.

Rombongan ke Istana
Negeri Yang di-Pertua Tun
Datuk Seri Panglima Haji
Juhar Haji Mahiruddin
pada 21 April 2015

Lawatan Kerja YBhg. Datuk


Hjh. Hasnah Bt. Hj. Salam (Ahli
Lembaga Pengelola MARDI) pada
28 September 2012

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

69

Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan


Industri Makanan Sabah ke Test Bed
MARDI pada 05 Ogos 2008

70

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Lawatan Kerja Ketua Pengarah MARDI


Dato Dr. Sharif Haron tahun 2013

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

71

Lawatan Pengarah UPEN Sabah


pada 24 Januari 2008

Lawatan Kerja YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian & Industri
Asas Tani Malaysia Ke MARDI Sabah pada 13 Februari 2012.

72

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Perasmian Makmal Analisis MARDI Kota Kinabalu oleh Timbalan


Ketua Menteri Sabah pada 1 September 2015

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

73

Aktiviti CSR
Program Kemasyarakatan Ahli Kor Tani MOA (MARDI Sabah) 20
Disember 2013 Masjid Al-Mujahiddin Kg. Gudon, Sepanggar

Lawatan Datuk Hasnah ke Premis Usahawan Bimbingan MARDI


(Sajiria, Heera & Rumpai Laut Juni) 2013

Demonstrasi Hasilan Mi Kuning (Kg. Pengalat Besar, Ranau) 2012


Demonstrasi Pembuatan Mi Kuning (Kg. Merakau Ranau) 2013
Demonstrasi Pembuatan Hasilan Ikan (Kg. Merakau Ranau) 2013
Demonstrasi Hasilan Ikan & Sos (DPBS Sandakan) 2015
Demonstrasi Hasilan Ikan & Sos (Parlimen Beluran) 2015
Demonstrasi Hasilan Bakeri (DPBS Sandakan) 2015
Demonstrasi Hasilan Ikan & Mi (DPBS Lahad Datu) 2015
Ceramah Penanaman Cili 1 Azam (Keningau) 2012
Demonstrasi Hasilan Ikan (PPK Tawau) 2012
Amali Pembuatan Hasilan Pisang (Kerepek Pisang & Kerepek Ubi
Bersira) (Kg. Singgaron Ranau) 2014

Demonstrasi Pembuatan Kordial & Jus Minuman Limau Kasturi (Demo


& Amali) Pusat Pemprosesan Limau Kasturi, KPD Sipitang 2014

Rumah Terbuka Raya MARDI 2013


Rumah Terbuka Raya MARDI 2014
Demonstrasi Penanaman Rockmelon NBOS6 2015

74

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

75

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi


MARDI Kota Kinabalu (KRMKK)
ditubuhkan sejak tahun 2007.

76

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Sambutan Hari
Raya Aidilfitri

Sumbangan
Ramadan

Aktiviti gotong-royong
Hari
keluarga

Sambutan
hari jadi

Pemberian hadiah perkahwinan

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

77

Pelancaran Orkid Hibrid

Hibrid orkid pertama yang dikhaskan kepada


Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sabah

78

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Pengenalan
Perreiraara Tun Dr. Juhar adalah kacukan intergenera
hibrid antara Aerides lawrenceae dan Vandachostylis
Five Friendships. Aerides lawrenceae ialah orkid liar yang
mempunyai haruman yang unik manakala Vandachostylis
Five Friendship merupakan hibrid orkid-orkid daripada genera
Vanda & Rhynchostylis. Hasil hibrid perreiraara ini mempunyai
ciri-ciri yang istimewa seperti keharuman yang sederhana,

Aerides lawrenceae

cepat berbunga, berbunga tanpa musim dan bunga yang


tahan lama (sehingga sebulan).
Hibrid perreiraara ini telah didaftarkan dengan Royal
Horticultural Society, United Kingdom (nombor pendaftaran:
P25059) dengan nama Perreiraara Tun Dr Juhar pada 24 April
2015 dan dilancarkan pada 30 September 2015 di MARDI
Sabah.

Vandachostylis
Five Friendships

Morfologi Bunga
Kelopak
Warna :
Saiz

Putih keungguan diwarisi daripada


Arides lawrenceae
: Besar (5 cm x 5 cm) diwarisi daripada
Vandachostylis Five Friendships.

Bibir (Lips)
Warna : Margenta
Bentuk : Hibrid daripada Arides lawrenceae dan
Vandachostylis Five Friendships.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

79

Kenapa Perreiraara
Hibrid Perreiraara ini terpilih sebagai
cenderahati kepada Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri
Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji
Mahiruddin sempena Hari Jadi Rasmi TYT
ke-62 berdasarkan ciri-ciri unik perreiraara
yang menggambarkan keperibadian dan
kepimpinan Tun. Genus Perreiraara adalah
hibrid tiga genera yang membawa maksud
seperti berikut: Genus Aerides yang melambangkan
sifat-sifat tabah dan bersemangat tinggi;
Genus Vanda. Perkataan Vanda
berasal daripada bahasa Sanskrit yang
bermaksud indah dan pujian; dan
Genus Rhynchostylis yang
menggambarkan sifat-sifat yang mudah
beradaptasi dengan persekitaran.
Manakala warna Perreiraara juga sesuai
dengan kedudukan Tun Dr Juhar yang
merupakan pemimpin tertinggi di Sabah.
Warna putih mewakili sifat yang melindungi
dan lambang keikhlasan sementara
warna margenta-ungu melambangakan
kekaguman dan kehormatan.

80

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri
Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk
Haji Mahiruddin

Pendaftaran RHS

Sijil pengesahan pendaftaran hibrid orkid Perreiraara Tun Dr Juhar.


M A R D I S a b a h D u a D e ka d

81

Jasamu dikenang

82

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Abdul Aziz bin Bakar 2002-2004


Abdul Rashid Bin Baba (Dr.) 2005-2007
Abu Samah bin Osman 1997-2005
Afni binti Ali 2011-kini
Ahmad Rusli Bin Ahmad 2002-2010
Aslinah @Lee Nyuk Fong Bt Mohd Rizal Lee 2006-2011
Asmawaty @ Siti Asmah Bt. Hj. Ahmad 2000-2003
Azlan bin Loso 2010-kini
Cornelis Poulus 2009-kini
Dusuki Bin Abdul Rahman 1997-kini
Eddie Edwin William 2009-kini
Effandy Bin Masalleh 2003-2009
Erwinda binti Jamlis 2014-kini
Evans Dian Balu 2012-kini
Fahmy bin Danil 2015-kini
Hadzme bin Hajan 2013-2014
Hamilah binti Hairan 2002-2006
Harizan bin Abd. Rahman 2010-kini
Helda Souki 2006-kini
Jackson Bin Bonior 2004-2011
Jamaluddin bin Jaya 2011-2012
Jonina Tompin 2010-2012
Marjima binti Talib 1997-kini
Mat Arup bin Jusoh 1999-2012
Md Rasli Bin Hasan 2008-2012
Mohamad Azizi bin Berahim 2010-kini
Mohamed bin Haji Yaakob (Dato) 2000-2005
Mohd Azmi Bin Nasip 2002-kini
Mohd Mohid Bin Hamzah 2007-2011
Mohd Nazip bin Amirkasan 2014-2015
Mohd Yunus Bin Majis 2002-kini
Mohd. Azmal bin Mohd. Yasin 2011-kini
Mohd. Azree bin Abdul Majid 2012-kini
Mohd. Nor bin Seman 2002-2004
Mohd. Sapwan bin Abdul Razak 2012-kini

Nancy James 2003-kini


Nik Siti Mariani Bt W. Hamat 2006-2011
Nolim @ Kanini Jalintan 2004-kini
Noor Ainie Bt. Nurajim 2002-2003
Nor Amni bin Mohammad Shukri 2014-2015
Nor Majiya Bt Rasitin 2007-kini
Noranisah Binti Omong 2012-kini
Norhayati Bt Zaini 2007-kini
Nurhaziyah binti Abd. Jalil 2013-kini
Rina Binti Hj. Singkina 2011-kini
Robiah Bt Raskan 2002-2010
Rosaidah binti Hussin 2002-kini
Rosley B Jumat 2009-kini
Rosli Bin Mohed @ Ahmad 2003-kini
Rukine Same 2012-kini
Rusli Bin Radde 2009-kini
Rusyiduddin bin Latip 2013-kini
Ruzainu Bin Rostan 2007-kini
Sabturiah Bt Ibrahim 1997-kini
Sadi Sujang 2012-kini
Salahuddin bin Tambi 1995-2011
Saleh Bin Asah 2004-kini
Sauhal Ahmad bin Now 2000-2010
Sharipa Bt Kanda 2004-kini
Sim Wei Chung 2011-kini
Syirazi bin Marzuki 2015-kini
Taufik bin Ibrahim 2013-kini
Wasli Bin Jaiman 2002-2012
Yahaya Bin Abd Hamid 2007-2010
Yusmizawati binti Mohd. Yusob 2000-2011
Zakiah Kadir 2010-2013
Zulizah binti Md. Talip 2012-2014
Zulkeply B. Shamsudin 2006-2011

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

83

Harapan & Cabaran


Masa Depan

Pejabat MARDI di Sepanggar, Kota Kinabalu merupakan satu-satunya
pejabat MARDI yang beroperasi untuk seluruh masyarakat Sabah pada
masa kini. Tanah Sabah yang seluas 73,902km persegi merupakan satu
cabaran untuk MARDI memberi perkhidmatan yang menyeluruh kepada
masyarakat tempatan. MARDI Sabah berharap dan sedang berusaha
untuk mendapatkan lebih banyak kakitangan yang mempunyai
kompetensi dan kepakaran yang bersesuaian. MARDI Sabah memerlukan
sekurang-kurangnya 18 orang pegawai penyelidik dalam pelbagai
bidang untuk memastikan perancangan dan objektif yang disasarkan
melalui promosi dan pengkomersialan teknologi, perkhidmatan dan
penyelidikan dapat dijalankan dengan mantap.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran
Industri Pertanian dan Asas Tani, MARDI Sabah telah menetapkan sasaran
untuk menjadi Pusat Kecemerlangan (CoE) menjelang 2018 bagi:
a) R&D dalam bidang teknologi makanan,

b) Promosi dan pembangunan Teknologi,

c) Latihan dan Pembangunan Usahawan dan

d) Jalinan kerjasama BIMP-EAGA.
Pada masa ini, MARDI Sabah telah mengorak langkah awal ke arah CoE
dengan adanya kemudahan seperti test bed makanan, inkubator untuk
usahawan dan makmal berakreditasi MS ISO/IEC 17025. Kompleks Latihan
MARDI yang telah dicadang akan dilengkapi dengan hostel, kiosk dan
dewan latihan. Ini menunjukkan bahawa usaha dan gagasan MARDI
Sabah untuk mencapai CoE adalah di landasan yang benar.

Adalah menjadi harapan MARDI Sabah sebagai agensi persekutuan
untuk terus maju dan bekerjasama dengan MAFI, jabatan dan agensi
negeri dan persekutuan yang lain secara berpasukan dan spesifik bagi
memastikan pengeluaran makanan dan aktiviti ekonomi yang menjana
pendapatan negeri mampu ditingkatkan.

84

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

Penghargaan
Anak itik terenang-renang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit bilakan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Dato Dr. Sharif Haron (Ketua Pengarah MARDI)
Ahli Jawatankuasa Induk (MARDI) Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah
Ahli Jawatankuasa Induk (MARDI Sabah) Sambutan Dua Dekad MARDI Sabah
Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi
Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan
Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal dan Makmal
Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta
Pengarah Pusat Pengurusan Kewangan
Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti
Pengarah Pusat Pengurusan Maklumat
Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras
Pengarah Pusat Penyelidikan Sains Ternakan
Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan
Pengarah Bank Gen dan Biji benih
Pengarah dan Warga MARDI Sabah
yang sama-sama menyumbang tenaga gigih mereka dalam mendapatkan gambar,
maklumat, buah fikiran dan apa jua bentuk bantuan demi merealisasikan buku ini.
Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Sabah dan semua Warga MARDI serta pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang
padu bagi menjayakan penerbitan buku ini.

M A R D I S a b a h D u a D e ka d

85

Penerbit MARDI 2015

You might also like