You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran menulis karangan berformat


iaitu surat kiriman tidak rasmi dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini
dijalankan terhadap 25 orang murid Tahun 4 Pintar di salah sebuah sekolah di
Hulu Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan Model
Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan
ialah analisis dokumen, soal selidik, ujian dan temu bual.Hasil tinjauan awal
menunjukkan bahawa murid tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi
dengan menggunakan format yang betul.Kajian tindakan yang dijalankan
melibatkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat
kiriman tidak rasmi. Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Analisis
dapatan ujian akhir mendapati seramai 4 orang murid (16%) mendapat
pencapaian cemerlang, 7 orang murid ( 28%) orang murid mendapat pencapaian
tahap baik, dan 14 orang murid (56%) mendapat pencapaian tahap memuaskan.
Pencapaian ini berbeza dengan pencapaian murid dalam ujian awal iaitu
seramai 7 orang murid (28%) mendapat pencapaian tahap minimum dan 18
orang murid (72 %) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Dapatan soal
selidik dan temu bual menunjukkan bahawa pengaplikasian formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi dapat membantu
murid untuk menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang
betul. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pengaplikasian
formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan
kemahiran menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Pengaplikasian Formula
ASIDIBAMBI dan latih tubi model juga dapat digunakan untuk karangan jenis
format yang lain untuk meningkatkan kecekapan kemahiran menulis dengan lebih
baik.

You might also like