You are on page 1of 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


SEMESTER 8 | 2015
___________________________________________________________________________

GURU DAN CABARAN SEMASA


EDU 3093
___________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR

NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN


(920720-02-6092)
NORSYAKIRAH BINTI MD NOOR
(911227-07-5304)
SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY
(920221-07-5578)

NAMA KURSUS

GURU DAN CABARAN SEMASA

KOD KURSUS

EDU 3093

PROGRAM

PISMP 2012: PENDIDIKAN KHAS 1

PENSYARAH PEMBIMBING :

TN HJ MOHD SUBERI BIN SALEH

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 1

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

BIODATA GURU PELATIH

PENGENALAN

1.0

TUGASAN 1 : Esei

2.0

TUGASAN 2 : Analisis Graf

RUMUSAN

PENUTUP

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan
tugasan projek guru dan cabaran semasa dengan jayanya. Sesungguhnya tugasan projek ini
memerlukan kami berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengolah perbincangan yang
dilakukan sesama kami dalam penulisan ilmiah.
Kami pelajar PISMP Pendidikan Khas semester 8 ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyelesaikan
segala tugasan yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan. Ucapan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tn Hj Mohd Suberi , Pensyarah Pembimbing EDU diatas segala
bimbingan dan tunjuk ajar melontarkan pandangan dan buah fikiran dalam membimbing
kami melaksanakan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu
yang membantu kami tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda
semua tidak akan kami lupakan.
Semoga sumbangan masa jua keringat tenaga seluruh pihak yang telah banyak
membantu akan mendapat tempat dan balasan daripada Allah ta'ala. Kami juga berharap agar
segala hasil ini dapat menjadi salah satu dari rujukan yang telah sedia ada dan sedikit
sebanyak membantu pihak tertentu dalam membina insan sebagai seorang guru.
Sekian.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 3

BIODATA

NAMA

: NUR IZWANI SALFINAS BINTI AZIZAN

NO. K/P

: 920720-02-6092

ALAMAT RUMAH :F1-1-02 KUARTERS POLIS IPD(SPU), 13200 KEPALA BATAS


PULAU PINANG
NO. TELEFON

: 013-4742216

TARIKH LAHIR

: 20 JULAI 1992

UMUR

: 23 TAHUN

KURSUS

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

BIODATA

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 4

NAMA

: NORSYAKIRAH BINTI MD NOOR

NO. K/P

: 911227-07-5304

ALAMAT RUMAH : 46 SOLOK, KAMPUNG JAWA 5, BAYAN BARU


11950 PULAU PINANG
NO. TELEFON

: 011-36262852

TARIKH LAHIR

: 27 DISEMBER 1991

UMUR

: 24 TAHUN

KURSUS

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

BIODATA

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 5

NAMA

: SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY

NO. K/P

: 920221-07-5578

ALAMAT RUMAH : 121,LORONG KOTA PERMAI 9, TAMAN KOTA PERMAI,


BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
NO. TELEFON

: 013-4046749

TARIKH LAHIR

: 21 FEBRUARI 1992

UMUR

: 23 TAHUN

KURSUS

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS JANUARI 2012

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 6

PENGENALAN

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses
pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak
pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan
antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa
peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat
memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah.Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang
dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada
kalangan graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.Seterusnya,
kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang
menyambung pengajian di negara ini.Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China,
Indonesia, Iran dan Nigeria.Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai
untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program
meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat
dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam
sistem pendidikan negara.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 7

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas
keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya
bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah
kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi
yang dilaksanakan.Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.Di
samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.Ini antara dua
daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan
P&P guru di dalam kelas.Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan
berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam
peperiksaan dengan cemerlang.Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem
pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah
difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi
memperkasa generasi muda pada masa depan.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 8

1.0 Tugasan 1 Esei Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan


Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar
Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak
kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan
perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan
berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung
dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, ketidakseimbangan penyediaan
infrastruktur dan kualiti tenaga pengajar. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang
menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran,
peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
1.1 Kelebihan
Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan
berkualiti

kerana

melalui

guru

atau

pendidik

di

peringkat

sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi


dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala
cabaran

yang

tersimpul

dalam

Wawasan

2020

dan

era

seterusnya.Negara kita perlu memerlukan guru yang unggul bagi


membolehkan

menangani

cabaran-cabaran

masa

depan.Bagi

melahirkan guru yang berkualiti dan berketerampilan seseorang


guru perlu bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan
dari masa ke semasa.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada
pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai jati diri yang kukuh,berketerampilan,berkeperibadian
mulia,berpengetahuan
keperluan

negara

dan

berkemahiran

maju.Bagi

berketerampilan,seseorang
mental,emosi,fizikal,sosial

melahirkan

guru
serta

itu

perlu

memiliki

tinggi

bagi

modal

insan

bersedia
peribadi

mengisi

dari
yang

yang
segi
baik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427), keterampilan


Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 9

membawa maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala


terampil adalah cekap dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan
masalah dan sebagainya.
Bagi

melahirkan

berkemahira

guru

tinggi,seseorang

berketerampilan,
guru

itu

perlu

berilmu

dan

menguasai

ilmu

pengetahuan yang luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan ilmu


sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu
guru dari segi persediaan mental dan emosi.Antara perkara penting
dari

segi

aspek

berketerampilan

pengetahuan
adalah

pembelajaran,pengurusan

untuk

guru

yang

pengajaran

dan

pentadbiran,pengukuran

dan

pedagogi
dan

melahirkan
iaitu

penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek


pembaharuan kurikulum.perkara-perkara ini diterapkan sewaktu
peringkat pembentukan bakal-bakal guru siswazah, kursus-kursus
dalaman dan latihan dalam perkhidmatan yang diadakan daripada
semasa ke semasa
Dewasa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
menjadi satu aset dan medium penting bagi guru mencapai
matlamat pengajaran. Sehubungan itu, guru-guru pada hari ini perlu
melengkapi diri mereka dengan keilmuan mutakhir dan minda yang
progresif
2000:

bertepatan dengan keperluan era informasi (Wan Liz

169).

Tuntutan

profesionalisma

perguruan

hari

ini

memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik (Warschauer,


1999), di mana mereka berkemahiran menggunakan ICT untuk
meneroka, mencari serta mengakses maklumat dan seterusnya
memanfaatkan maklumat tersebut untuk tujuan pengajaran dalam
bilik darjah. Guru-guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan
kemahiran menggunakan teknologi berasaskan komputer serta
pelbagai aplikasinya seperti CD ROM, Internet, WWW (World Wide
Web) serta perisian-perisian pendidikan. Selain itu, guru-guru perlu
mempelajari bagaimana untuk mengajar dengan menggunakan
peralatan dan kemudahan teknologi serta mempelajari kemahiranGuru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 10

kemahiran

dan

pendekatan-pendekatan

baru

(Tapscott,

2003;

Pachler, 2001). Secanggih mana pun sesuatu teknologi, teknologi


tersebut akan menjadi tidak berguna seandainya guru-guru tiada
ilmu serta tidak berkeyakinan untuk menggunakannya dalam bilik
darjah. Maksudnya, bagi tujuan membawa impak yang positif
kepada pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengguna dan mengintegrasikan
peralatan dan kemudahan ICT (Davis, 2001) serta berasa selesa dan
yakin menggunakan teknologi tersebut (Ropp, 1999; Norhayati,
1995).

Perkara ini dapat disimpulkan bahawa pada masa ini guruguru mempunyai tugas dan tanggung jawab yang berat dan amat
mencabar kredibiliti mereka sebagai pendidik. Mereka turut dituntut
untuk

meorientasikan

pengajaran

mereka

semula

serta

kaedah

serta

berkeupayaan

amalan-amalan

memegang

pelbagai

peranan terutamanya sebagai fasilitator, perancang dan pengurus


pengajaran dalam bilik darjah bestari. Maka, sebagai al-mualim
(menyampaikan ilmu yang benar), al-murrabbi (menjayakan proses
pendidikan) dan al-mudarris (mengajar pelajaran dan kemahiran),
amat perlu guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran ICT serta bersikap positif terhadap ICT
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Hanya dengan cara ini
guru-guru dapat mendidik para pelajar mereka sebagai persiapan
menghadapi

cabaran-cabaran

yang

mendatang

pada

zaman

maklumat serta menangani kepesatan kemajuan dalam ICT.


Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara
bersendirian.

Ia

merupakan

bidang

yang

melibatkan

dan

memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders).


Kejayaan

sistem

pendidikan

sebagai

perkhidmatan

kepada

masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 11

oleh kumpulan sasaran iaitu para pelajar dan seterusnya untuk


meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa hadapan. Kejayaan
ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar
organisasi

pendidikan.

memanfaatkan

Keupayaan

sepenuhnya

jalinan

mengenal

pasti

dan

kerjasama

menentukan

kejayaan PIPP. Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima


hakikat

bahawa

agenda

pendidikan

perlu

dijayakan

secara

koloborasi atau bersama.


Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan
menjadi

agen

perubahan

masyarakat

seharusnya

mengikut

perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan


masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak
masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai
cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi
pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat
dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat.
Timbulnya isu-isu pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi
oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat dalam bentuk
jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama
dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 12

1.2 Kelemahan

Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar
di Negara maju kerana kualiti pendidikan Malaysia di tangga ke-14 secara
keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Laporan Daya Saing
Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Kelemahan yang terdapat dalam memartabatkan sistem pendidikan Malaysia
adalah dari segi ketidakseimbangan penyediaan infrasturuktur terutama di luar
bandar.Sekolah luar bandar bermaksud sekolah di kawasan luar bandar seperti di
kawasan kampung atau tempat yang lebih mundur dari segi teknologi, infrastruktur
dan tahap kehidupan.Ini bermaksud sekolah luar bandar kurang sempurna berbanding
dengan sekolah di bandar.Ia ditambah pula dengan dengan kesukaran untuk
menyalurkan bantuan ekoran keadaan laluan dan darjah ketersampaian yang jauh.
Adakah disebabkan sekolah ini terletak di luar bandar, maka tidak perlu sediakan
prasarana yang lebih baik?Adakah kerana bilangan pelajar yang sikit, mereka tiada
hak untuk merasa kemudahan pendidikan yang lebih baik?
Pada pendapat saya, persekitaran di luar bandar lebih sesuai untuk
belajar.Namun, pembangunannya harus dititikberatkan agar pembelajaran di luar
bandar tidak ketinggalan.Kita sedia maklum bahawa sekolah di kawasan pedalaman,
terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari pelbagai segi antaranya
dari segi pembangunan, kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dan
sebagainya.Ini disebabkan oleh faktor geografi, di mana ianya berada dalam kawasan
yang terpencil dan tercicir, menyukarkan perhubungan atau komunikasi berlaku,
seterusnya menganggu kemudahan infrastruktur disalurkan. Hal ini memberi impak
yang negatif kepada pelajar dari segi proses pembelajaran dan menyebabkan
timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan peruntukan yang disediakan oleh KPM
tidak seimbang untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai
contoh, kekurangan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang
mempunyai kemudahan asas seperti meja, kerusi dan lain-lain yang amat daif. Selain
itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan
Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 13

buku teks juga masih berkurangan. Masalah kemudahan lain seperti pembekalan
komputer yang tidak seimbang dengan sekolah bandar menyukarkan para pelajar
mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang dipelajari dalam kelas.
Kelemahan kedua adalah martabat profession keguruan dipandang rendah oleh
masyarakat.Masalah ini berhubung perkembangan pendidikan terutama sekali
kekurangan tenaga pengajar yang mahir bagi beberapa mata pelajaran penting di
kawasan pendalaman atau luar bandar.Isu tersebut timbul apabila Timbalan Menteri
Pendidikan Datuk Puad Zakarshi menyatakan mengenai cadangan penghantaran guru
terlatih dari Semenanjung bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak.Namun, beberapa pemimpin menyuarakan agar
GGSTT (Golongan Guru Sandaran Tidak Terlatih) yang berasal di negeri ini diberikan
peluang bagi mengisi kekurangan tersebut kerana secara rasionalnya hanya guru
tempatan sahaja yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar yang serba
kekurangan.
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam
pelaksanaan

pendidikan

yang

berkesan.Keadaan

ini

menyebabkan

berlaku

ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen.Maka


berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi
bidan terjun.Guru yang bukan opsyen atau tidak terlatih (GSTT) terpaksa mengajar
matapelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi
keperluan pelajar.Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek
berkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu mula dipertikaikan
sekaligus merendahkan martabat profession perguruan di mata masyarakat.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 14

1.3 Cadangan Penambahbaikan

Cadangan bagi masalah ketidakseimbangan penyediaan infrasturuktur


terutama di luar bandar dimainkan oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sekolah
luar bandar.Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar bandar ialah
menyediakan

peruntukan

yang

besar

untuk

meningkatkan

prasarana

di

sekolah.Contohnya dari segi pembangunan, bekalan elektrik dan kemudahan bilik


darjah. Jabatan Pendidikan turut membina infrastruktur yang lebih selesa untuk
kemudahan para guru mengajar di kawasan luar bandar seperti rumah penginapan,
jalan perhubungan yang baik demi membantu proses perkhidmatan para guru agar
lebih efisien dan sistematik. Kemudahan seperti makmal komputer juga dapat
memberi peluang kepada para guru untuk mengajar dengan berkesan kerana adanya
alat bantu mengajar yang lebih baik. Seterusnya, program sekolah bestari dan latihan
amali juga boleh dilakukan untuk memajukan sekolah luar bandar iaitu melalui
kerjasama Kementerian Pendidikan dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia
(MDEC).
Cadangan mengatasi masalah kedua yang timbul adalah dalam meningkatkan
martabat profesion keguruan, pihak berkenaan perlu membuat pemilihan calon guru
yang benar-benar layak

melalui temuduga dan ujian INSAK. Faktor keupayaan

menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk ujian personaliti dengan
persekitaran juga penting. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan
persekitarannya, maka berlaku punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja
mahupun perkembangannya.(Holland, 1973).
Selain itu, KPM perlu mengurangkan penempatan guru sandaran tidak terlatih
terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kekosongan jawatan guru
samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran
yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di institut perguruan ataupun
universiti. Tidak dinafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas
dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion
keguruan ini akan menjadi lebih pudar apabila ada sesetangah pihak yang
menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 15

masih boleh menjadi seorang guru.Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah


menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara
separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat
sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan ijazah dari institut perguruan.
Sistem pendidikan dan prasarana sekolah adalah dua perkara yang penting
dalam merialisasikan mutu pendidikan dalam sesebuah sekolah atau institusi
pendidikan kerana dalam NKRA pendidikan juga ada di sebut. Sistem yang baik akan
menambahkan kualiti dan tahap pembelajaran seseorang pelajar tetapi jika tahap
prasarana sesebuah sekolah itu yang tidak bagus adalahkah ini akan menyihatkan dan
mencergaskan minda pelajar? Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah
dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.
(1591 patah perkataan)

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 16

2.0 Analisis Graf

Graf 1 :Pencapaian Matematik, Bacaan Dan Sains Dalam PISA 2012


700

600

500

400

China
Kanada
Malaysia

300

Peru

200

100

0
Matematik

Bacaan

Sains

Graf di atas menunjukkan min tahap pencapaian matematik, bacaan dan sains bagi 4
buah negara termasuk negara Malaysia melalui ujian PISA yang dijalankan ke atas kanakkanak berusia 15 tahun.Ujian PISA ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti
kemahiran aplikasi dan juga penaakulan seseorang murid.Purata antarabangsa bagi setiap
aspek turut digariskan bagi mengenal pasti dengan lebih jelas pencapaian setiap negara yang
terlibat.

Malaysia berada pada keddukan lebih baik daripada negara Peru berpunca daripada
faktor geografi dan persekitarannya yang belum membangun dan masih mundur. Kemiskinan
yang berlaku di negara Peru telah memberi kesan kepada perkembangan pendidikan yang
berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sana. Berbanding negara Malaysia yang sedang
Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 17

membangun dan menerima pengaruh serta perkongsian daripada negara luar seperti
Singapura dan Thailand, prestasi kanak-kanak lebih baik daripada negara Peru.Kerajaan Peru
tidak dapat memberikan peruntukan yang banyak dalam bidang pendidikan seperti mana
yang diperolehi oleh rakyat Malaysia.
Shanghai China merupakan negara yang mendominasi pencapaian tertinggi bagi
setiap aspek dan jauh mengatasi purata antarabangsa sebanyak 24% dan diikuti oleh negara
Kanada sebanyak 4.8%. Malaysia dan Peru merupakan antara negara yang gagal untuk
mencapai purata antarabangsa apabila masing-masing kedudukannya berada di bawah min
sebanyak 14% dan 25%.Kedudukan Malaysia yang jauh di bawah mungkin kerana faktor
pemikiran murid di Malaysia yang tidak konsisten dan tidak dapat mengekalkan momentum
prestasi yang baik dalam tempoh jangka masa yang lama. Kemahiran kognitif yang baik
akan dapat membantu menghasilkan prestasi yang cemerlang. Namun begitu, murid di
Malaysia yang kurang aktif penggunaan kognitif di aras yang tinggi serta kurang mendapat
rangsangan kognitif yang sesuai menyebabkan perkembangan yang sukar dibentuk dan
akhirnya memberi kesan kepada kemahiran aplikasi dan penaakulan murid.
Min prestasi matematik dan sains bagi negara Malaysia juga tidak begitu
memberangsangkan.Hal ini dapat dilihat dengan jelas di mana murid di Malaysia
kebanyakannya menghadapi masalah dalam mata pelajaran yang berkait penguasaan konsep
asas.Negara maju mempunyai khidmat guru yang lebih berkualiti dan pakar dalam sesuatu
bidang.Faktor sebegini memberi kesan kepada penyampaiannya di dalam kelas dan sekaligus
dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi murid dalam mata pelajaran tersebut.Tenaga
pakar yang bersifat antarabangsa dan terdedah dengan dapatan-dapatan luar yang boleh
menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik bagi negara Malaysia. Berbeza dengan
negara China yang begitu pesat dengan pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh rakyat mereka
yang rata-rata memiliki pengetahuan dan kemahiran pada aras yang tinggi. Perkongsian
pintar antara negara berprestasi tinggi wajar dilakukan supaya kemahiran dan ilmu tersebut
dapat digunakan di negara Malaysia.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 18

Faktor perbelanjaan kerajaan terhadap murid turut memberi kesan kepada prestasi
tersebut. Malaysia merupakan antara negara yang membelanjakan sejumlah wang yang besar
dalam bidang pendidikan melalui buku teks, peralatan makmal, bahan bantu dan sebagainya.
Namun begitu, infrastruktur dan kemudahan di sekolah tidak setanding dengan perbelanjaan
yang dikeluarkan oleh kerajaan. Berbanding dengan negara Kanada yang begitu
menitikberatkan pelbagai kemudahan yang terbaik bagi murid di sana, penyaluran peruntukan
dapat dilihat dengan jelas dari segi fasiliti yang canggih dan seiring dengan perkembangan
dunia. Namun begitu, sebaliknya terjadi di Malaysia apabila murid tidak mendapat pulangan
yang sewajarnya dalam bidang pendidikan dan akhirnya mereka tidak mendapat sistem
pendidikan yang terbaik kerana kekurangan daripada pelbagai aspek yang penting dalam
sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran.Kemudahan yang baik mampu membantu
perkembangan murid dengan baik di samping meningkatkan motivasi mereka untuk lebih
tekun belajar.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 19

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:


PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.(2001). Pembangunan Pendidikan
20012010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bakhtiar Mansor (1993), Perguruan:Satu Perspektif

Perkembangan Kerjaya dalam

Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.


Bernama.

(2015,

April

6).

Kejayaan

sekolah

bergantung

kepada

kewibawaan pengetuanya - Muhyiddin. Retrieved Julai 15, 2015, from


Astro

Awani:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kejayaan-

sekolah-bergantung-kepada-kewibawaan-pengetuanya-muhyiddin-57251
N.S.Rajendran. (2008). Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi. Kesediaan Guru
Mengendali Proses Pengajaran dan Pembelajaran , 13.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia.Teori dan Analisis, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Yahya Don (2005).Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Yazid Abdul Manap (2001), Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab
Bersama, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 33.
Artikel Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju, Mstar, 4 April
2012 diambil dari http://www.beritasemasa.com.my/sistem-pendidikan-di-malaysia )
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989).Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Zanariah Abd Mutalib. (2013). Strategi Lahir Pelajar Berkualiti. Putrajaya:
Berita Harian Online.

Guru dan Cabaran Semasa Semester 8Page 20

You might also like