You are on page 1of 8

INSITITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000, JITRA, KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM FASA III
Nama Pelajar

: Siti Norhidayah Binti Rosly

Kursus & Ambilan : PISMP Pendidikan Khas 1 Ambilan Januari 2012


Tempoh Praktikum: 12 Minggu
Pengkhususan

: Pendidikan Khas ( Bahasa Melayu dan Matematik)

Nama Mentor

: Puan Zaidatul Huda Binti Mohd Sani


Encik Muhammad Jamil Bin Abdullah

Catatan Minggu

: Kedua

Tarikh : 5 Oktober hingga 9 Oktober 2015

Masalah / Isu / Peristiwa yng difokuskan

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk


kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti
latar belakang (seseorang atau sesuatu). Robert M. Gagne (1970) pula
menyatakan di dalam buku Mok Soon Sang (2008) pembelajaran
bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses
pertumbuhan. Menurut Noriati A. Rashid et. al (2009) kondusif membawa
maksud sesuai. Tuntasnya, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah
tempat

murid

dapat

melibatkan

diri,

mengambil

bahagian

dan

menumpukan perhatian dalam pembelajaran.Persekitaran ini mempunyai


keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar.
Persekitaran juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial.Kedua-dua aspek ini
memberi kesan kepada murid sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang
khusus.Kesannya

akan

memberi

masalah

sewaktu

pembelajaran

dijalankan. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting

untuki meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik


darjah.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin
merupakan kawan atau musuh dalam proses P&P. Persekitaran fizikal di
dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang
atau

sudut

pembelajaran,

ruang

pada

dinding,

pencahayaan,

pengudaraan dan perabot serta kebersihan.Persekitaran fizikal kawasan


sekolah

turut

mempengaruhi

keberkesanan

P&P

secara

tidak

langsung. Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan


serta kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan. Bangunan
sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan
pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada
murid.
Psikososial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi
individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang
sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan
mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang
merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan
memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi
kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi
yang guru wujudkan di dalam bilik darjah
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan
pembelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun
pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid.
Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang
paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak
akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah
dalam

pengurusan

bilik

darjah.

Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

(laporan

Pertubuhan

Pendidikan

Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan jika guru


kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, murid akan menjadi lebih sukar
untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah
bolehlah diumpamakan seperti pengorkestraan kehidupan dalam bilik
darjah, merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber,
menyusun

atur

memantau

persekitaran

kemajuan

untuk

pelajar,

memaksimumkan

dan

menjangka

kecekapan,
kemungkinan

masalah.(Lemlech, 1988).
Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya
menurut

Anderson

(1989)

ialah

tingkah

laku

yang

menghasilkan

penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan


meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan
pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.
Analisis Masalah
If you dont have a plan on managing your classroom, then you are
planning to fail
(Harry and Rosemary Wong)
Antara masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini adalah
berkait rapat dengan persekitaran murid yang merangkumi kedua-dua
jenis persekitaran iaitu persekitaran fizikal dan psikososial.Penganalisian
masalah ini telah melibatkan beberapa kaedah mengumpul maklumat
seperti pemerhatian, temubual dan pengujian di dalam bilik darjah sendiri.
Peranan guru adalah begitu rumit.Dia perlu mewujudkan suasana yang
penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah.Seorang
murid memerlukan kasih sayang.Seseorang guru yang cekap
pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih
sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.
(Ee Ah Meng , 1995)

Mengikut temubual yang dijalankan ke atas murid di aliran perdana,


saya mendapati bahawa murid sering berasa bosan belajar di dalam kelas
semata-mata

kerana

susun

atur

dan

persekitaran

yang

tidak

menarik.Murid juga sering mengantuk dan tidak berminat untuk mengikuti


pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.Ruang fizikal yang tidak
distruktur dengan baik memberi impak yang besar kepada murid.Begitu
juga halnya dalam temubual bersama murid pendidikan khas yang lebih
selesa pembelajaran yang dijalankan di persekitaran yang lebih kondusif
dan selesa.
Saya juga menjalankan pemerhatian secara langsung dan tidak
langsung dari semasa ke semasa.Perkara yang paling penting adalah
hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridmuridnya.Kesukarelaan murid-murid juga perlu untuk menerima aspirasi
dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Selain itu, perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guruguru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia sangat penting
bagi menjamin penerimaan murid dalam apa jua aktiviti yang dijalankan
di dalam bilik darjah.Guru juga perlu mewujudkan satu keadaan yang
setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap
kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan
sesuai. Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka
dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid
dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan
mesra dan sempurna.
Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah
yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur
susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat,
kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya
untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.Di dalam bilik darjah,
berbagai-bagai

jenis

interaksi

boleh

diwujudkan

oleh

guru

untuk

menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Jenis interaksi

ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran,


pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.
Supporting and developing orderly and productive classroom
environments is the foundation of good classroom management
(Dr Caroline Advertson, Vanderbilt University)
Pengurusan persekitaran bilik darjah yang baik juga memberi kesan
kepada keberkesanan pengurusan tingkah laku yang berlaku di dalam bilik
darjah.Murid juga menjadi lebih aktif dan mudah mengikuti pembelajaran
dengan keadaan bilik darjah yang kondusif.

Tempoh penyelesaian
12 Oktober hingga 16 Oktober 2015 (Seminggu)

Cadangan Penyelesaian
Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar
bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa
sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee
Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan
suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik
darjah.Seorang murid memerlukan kasih sayang.Seseorang guru yang
cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan
kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.

a)

Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid

yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama


muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang
muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan
memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang
dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
b)

Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi

tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal


bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal
lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan
mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga
dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan
lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai
kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Dengan
adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan
dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan
proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
c)

Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di

dalam bilik darjah, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta


aktiviti

pengajaran

hendaklah

dan

memikirkan

pembelajaran.
objektif

Guru,

satu-satu

sebagai

pelajaran

perancang

serta

kaedah

pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira


kebolehan

dan

minat

murid-murid

ketika

membuat

perancangan

pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai


muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.
d)

Guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa

di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga


murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak
mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai
pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak
mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.

e)

Guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran

yang telah merekajalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan


dipertingkatkan lagi supaya hasilnya dapat menepati objektif yang telah
ditetapkan.

Tindakan susulan :
Tindakan susulan yang dapat dilakukan adalah dengan mengambil
perhatian yang lebih tentang aspek persekitaran yang sering dipandang
enteng oleh setiap guru dalam pelaksanaan pembelajaran di dalam
kelas.Selain itu, perhubungan antara murid dan guru juga merupakan
perkara penting dalam tindakan susulan ini. Selain menjadi seorang guru
yang tegas, guru juga perlu mesra dan rapat dengan murid. Melalui ini,
murid dapat berasa lebih bersemangat dan mudah untuk memberi
perhatian terhadap apa yang dipelajari.

Kesimpulan :
Setiap situasi yang dihadapi memerlukan kaedah penguatkuasaan
yang tertentu dalam penyelesaian terhadap situasi tersebut. Guru perlu
mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid dengan menggunakan
pendekatan-pendekatan yang tertentu kerana setiap murid mempunyai
tahap pemikiran yang berbeza dan pelbagai.
Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati, minat
murid terhadap pembelajarannya mempengaruhi pencapaiannya di dalam
bilik darjah. Walaupun murid mungkin tidak cemerlang terhadap suatu
tarikan di dalam bilik darjah, nemun sekiranya terdapat suatu tarikan di
dalam bilik darjah, pasti murid tersebut akan bersemangat untuk terus
belajar.

Pandangan / Komen guru pembimbing

Tarikh:. Tandatangan
Nama

:.

:.

You might also like