You are on page 1of 22

MODUL

IKAN 2010
HIASAN
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5
Ikan Hiasan Tahun 5

ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.8 IKAN HIASAN
a) Pengenalan 3-7
Mengenal dan melabel bahagian luar ikan.
Menyenarai spesies ikan hiasan.

a) Pengenalan
Hasil pembelajaran (Aras 2) 8
Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan
a) Pengenalan
Hasil Pembelajaran (Aras 3) 9
Menyatakan beberapa cirri istimewa pada ikan hiasan.
b) Penyediaan bekas
Hasil Pembelajaran 10
Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
b) Penyediaan bekas
Hasil pembelajaran (Aras 2)
Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan
Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium 11 - 14
Memilih akuarium/bekas dan aksesori
Menyedia dan menghias akuarium
Memasukan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas
c) Pengurusan 15 - 20
hasil pembelajaran
Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan
Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan
Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan
Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.
Penjagaan Ikan Hiasan

Latihan 21 - 22

2
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

1.8 IKAN HIASAN

a) Pengenalan
Hasil Pembelajaran

• Mengenal dan melabel bahagian luar ikan.


• Menyenarai spesies ikan hiasan.

Mengenal dan melabelkan bahagian luar ikan

` Sirip Dorsal
Garisan Lateral Sirip Pektoral

Mata

Sirip Kaudal Ekor


Mulut

Penutup Insang

Sirip Pelvik
Sirip Anal

3
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Sisik

a. Meliputi keseluruhan badan .

b. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .

Sirip

a. Membantu ikan bergerak .

b. Terdiri daripada dua jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti sirip ekor , sirip

dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip

pelvik .

c. Sirip Tidak Berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus .

d. Sirip Berpasangan berfungsi untuk kestabilan , berundur , berpusing dan

mengapungkan diri .

Garis Lateral

a. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke

ekor .

b. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .

c. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .

Insang

a. Berfungsi untuk membantu ikan bernafas .

b. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan .

4
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Menyenaraikan spesis ikan hiasan

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

pemakanannya.

• Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali

sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,

mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti

cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar,

dan ikan Arowana.

• Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan

ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.

Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

• Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging

haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah

menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan

Cichlid.

5
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Jenis-jenis Ikan Hiasan

Tinfoil Barb Green Tiger Barb

Kaloi Morning Kises

Lumut Rhino

Tiger Fish Tetra Black

6
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Arowana Flower Horn

Lemon Yellow Elecrtic Blue

Guppy Beta Crown Tail

Neon Tetras Gold Fish

7
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

a) Pengenalan

Hasil pembelajaran (Aras 2)


• Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan

Menyatakan sebab dan tujuan memelihara ikan hiasan

Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seprti akuarium kaca atau
kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara
ikan hiasan dapat member ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

Set akuarium yang lengkap


dengan tumbuhan akuatik,
ikan hiasan, pencahayaan
dan kanbinet.

8
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

a) Pengenalan

Hasil Pembelajaran (Aras 3)


• Menyatakan beberapa cirri istimewa pada ikan hiasan.

Menyatakan beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan.

Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan seperti berikut:

a. Warna sisik badan dan sirip yang menarik.


b. Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau buklat.
c. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.
d. Manja dan dapat mengenali tuannya.
e. Cara pemakananya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

9
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

b) Penyediaan bekas
Hasil Pembelajaran
• Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan
hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium
akan member ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam
akuarium yang ditenam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan
juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau
kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara ai dalam akuarium adalah
seperti berikut:

a. Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
b. Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari
kedai hiasan.
c. Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.
d. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
e. Tahan terhadap perubahan mutu air.
f. Tahan terhadap serangan penyakit.

10
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

a) Penyediaan bekas
Hasil pembelajaran (Aras 2)

• Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan


• Menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium
• Memilih akuarium/bekas dan aksesori
• Menyedia dan menghias akuarium
• Memasukan ikan hiasan kedalam akuarium/bekas

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air
dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan


toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis
dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam
sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis.
Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang
menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

11
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

POKOK BATU HIASAN


AQUATIK FILTER PAM

TERMOMETER
LAMPU
KAKI AKUARIUM

MOTOR PAM AIR AKUARIUM

Alatan Asas Set Peliharaan Ikan Hiasan.

12
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Menyediakan dan menghias akuarium

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih
kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip.
Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di
atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Ikan akar
tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk
mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai
akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh
dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu
direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di
atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan
satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum
memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

13
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Masukan ikan hiasan ke dalam akuarium/bekas.

Langkah 1
Letakkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan kke
e dalam akuarium selama 20
hingga 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas pelastik
dan air di dalam akuarium.

Langkah 2
Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama air
ke dalam akuarium.

Langkah 3
Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik tersebut.

Pemandanagn dalam akuarium yang mengandungi ikan kecil dan


tumbuhan akuatik.
14
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

c). Pengurusan

hasil pembelajaran

• mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan


• mengenal pasti jenis makanan yang sesuia mengikut spesies ikan.
• Menyatakan kekerapan dan member makanan ikan hiasan
• Mengenal pasti kandungan mutu air
• Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air dan mencuci penapis.
• Mengenal pasti simptomp penyakit biasa pada ikan hiasan
• Mencegah dan merawat penyakit ikan hiasan.

Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan

Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada
ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau
Loach.

a. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung
kepada jenis ikan yang pelihara.

15
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga
perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan
yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam
sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan
hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan
sedang kelaparan.

b. Makanan hidup

Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air),
cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

Monia,daging atau
hati yang dibekukan.

c. Makanan basah

Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang
digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti
isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam)

Blood worm

16
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

d. Makanan rumusan

Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh
kilang membuat makanan haiwan.

Emping dan Pelet

Menyatakan kekerapan dan memberi makanan ikan hiasan

Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang.
Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang
diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk
terhadap hidupan ikan.

17
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan

Beberapa contoh penyakit ikan hisan yang biasa:


Penyakit Simptom Punca Rawatan Catatan
Sirip Sirip koyak & Air dalam Ubat fungus Sistem penapisan air
berfaungus Hujung Berjeli akuarium kotor mesti berfungsi
dengan baik.
Columnaris Kapas putih Bacteria - Ubat fungus Boleh berjangkit
bercambah dari flexobacter melalui percikan air/
sirip atau badan kongsi net
Costiasis Gentian kelabu Parasit luar Ubat parasit Boleh berjangkit
sebahagian/ melalui percikan air/
seluruh badan kongsi net
Dactylogyrus Insang sentiasa Parasit insang Ubat parasit Boleh berjangkit
separuh terbuka melalui percikan air/
kongsi net
Fin rot Sirip rosak & Fungus Ubat fungus Boleh berjangkit
mengelupur Saprolrgnia melalui percikan air/
kongsi net
Flavor Ikan berenang Bacteria Parasit Boleh berjangkit
bacteria tanpa tujuan & dalaman dalaman melalui percikan air/
mengelupur kongsi net
Sirip Jalur merah pada Gyrodactylus Ubat parasit Boleh berjangkit
berdarah sirip parasite melalui percikan air/
kongsi net
Fungus Kapas putih Bakteria Ubat parasit Boleh berjangkit
mulut menyaluti mulut melalui percikan air/
kongsi net
Pop eye Mata menjojol Bakteria Asingkan ikan
keluar
White spot Bintik putih seperti Parasit protozoa Ubat parasit Boleh berjangkit
(bintik putih) gula pada badan & melalui percikan air/
sirip kongsi net

18
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

a. Baja
baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.

b. Cahaya
cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti sipasang
lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Hygrophila sp Vallisneria sp Echinodorus sp Rotala sp

c. Bekalan karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses


fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan
yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon
dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak
dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di
dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

19
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Penjagaan Ikan Hiasan

Penjagaan harian
a. Penjagaan akuarium yang menggandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan
akuatik sebagai hiasan adalah mudah.
b. Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila
dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
c. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya terdapat tanda-tanda ikan tidak normal atau
sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat
kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu
diasingkan dan diberi rawatan
d. Ikan yang mati perlu dibuang
e. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan
baik.
f. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang boleh dibeli di kedai akuarium.

Penjagaan mingguan
a. Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½
atau 1/3 bahagian dari isi padu tangki.
b. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi.
c. Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
d. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
e. Bungkan kotoran yang terdapat di dasar tangki dengan kaedah siphon.
f. Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
g. Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal.
h. Perlu diingat supaya tidak member makanan secara berlebihan sebelum bercuti
pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan
selama beberapa hari. Sebaliknya makanan yang berlebihan akan lebih
membahayakan ikan.

20
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

Latihan

1. Padankan anggota bahagian ikan pada kotak A dengan fungsi bahagian yang
dinyatakan di dalam kotak B.

Kotak A Kotak B

1. Sirip berpasangan pelvik dan A. Mengesan pergerakan objek di


pektoral. dalam air.
2. Garisan lateral. B. Menyerap oksigen ke dalam aliran
3. Sirip tunggal kaudal, dorsal darah.
dan anal. C. Perlindungan terhadap penyakit
4. Insang. D. Membantu pergerakan ikan dan
5. Sisik. sebagai kemudi.
E. Untuk kestabilan mengapung dan

2. Pilih antara kenyataan berikut ciri-ciri yang tidak sesuai untuk ikan hiasan di dalam
akuarium.

A. Ikan yang dibeli dari kedai akuarium.


B. Ikan yang dibiakkan sendiri di dalam akuarium
C. Ikan yang baharu di tangkap dari habitat semula jadi.
D. Ikan yang mempunyai warna yang cantik dan menarik.

3. Mengapakah makanan rumusan lebih baik jika dibandingkan dengan makanan


hidup yang diambil dari kawasan tercemar.?

A. Ikan hiasan lebih suka kepada makanan rumusan.


B. Mengandungi perotien dan mineral yang lebih tinggi.
C. Mudah diperolehi dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
D. Bebas dari bahan pencemaran dan penyakit yang boleh menjangkiti ikan
peliharaan kita.

21
Kemahiran Hidup Tahun 5
Ikan Hiasan Tahun 5

4. Antara berikut manakah penyataan yang tidak benar terhadap fungsi tumbuhan
akuatik di dalam akuarium

A. Menyerap bahan toksik di dalam air.


B. Mencantikkan suasana di dalam akuarium.
C. Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium.
D. Sebagai tempat ikan berlindung, bermain dan membiak..

5. Antara berikut manakah penyataan yang tidak benar terhadap penyakit ikan?

A. Ikan boleh mendapatkan jangkitan penyakit apabila air terlalu kotor dan lama
tidak diganti.
B. Kebanyakan penyakit ikan boleh dirawat dengan cara merendam ikan di dalam
larutan garam biasa.
C. Ikan yang berpenyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh apabila dirawat
atau dihapuskan.
D. Ikan yang sakit perlu dirawat di dalam tangki yang sama bersama-sama ikan lain
yang sihat untuk mengelakkan ikan akan cedera apabila dipindahkan.

6. Apakah tujuan meletakkan bungksan ikan yang mengandungi ikan di dalam


akuarium selama 20 hingga 30 minit sebelum melepaskannya ke dalam akuarium?

A. Mengelakkan ikan melompat keluar.


B. Untuk mengelakkan ikan daripada terperanjat dengan suasana baru.
C. Memberi peluang ikan berehat sebelum berada di tempat dan suasana baru.
D. Untuk menyamakan suhu air di dalam beg plastik dengan air di dalam akuarium.

22
Kemahiran Hidup Tahun 5

You might also like