You are on page 1of 18

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan

Muka surat
3

2.0 Ceramah Kepentingan Amalan Kebersihan Dan


Keselamatan Di Sekolah

4-8

3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan Atau Pemeriksaan


Tahap Kebersihan Dan Keselamatan Di Dalam Sekolah

9-11

4.0 Laporan Hasil Pemantauan Atau Pemeriksaan Kebersihan Dan


Keselamatan Di Sekolah

12-16

5.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Menghindar Kemalangan Dan


Penyakit Di Sekolah

17

6.0 Penutup

18

7.0 Rujukan

19

1.0 Pengenalan
Sekolah

merupakan

institusi

formal

terpenting

yang

banyak

mempengaruhi

perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Sekolah selamat membawa erti persekitaran


sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensiterkini dan masa
hadapan. Pada bulan September 2004, Kementerian Pelajaran pernah memaklumkan untuk
menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai
masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian
bumbung dan siling serta masalah anai-anai.
Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharus
terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster
semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan
sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan
Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan
aspek keselamatan dan kesihatan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat
pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas
daripersekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat
menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak.
Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat menyumbang ke arah
pembentukan individu yang sentiasa menggalakkan amalan kesihatan yang positif, produktif dan
aktif. Pelbagai program harus diadakan dan dipandang berat untuk memastikan amalan
kebersihan, keceriaan dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk.

2.0 Ceramah Kepentingan Amalan Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah


2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada PIBG, Guru Besar Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Kundang, Ng Yoke Ping, barisan penolong-penolong kanan , guru-guru, rakan
pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah tentang
kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada PIBG, guru besar, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi melapangkan
masa untuk menghadiri majlis pagi ini. Kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar pada pagi ini
menunjukkan sokongan, semangat dan komitmen dalam isu kebersihan dan keselamatan di
sekolah.
Para hadirin yang dimuliakan,
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran kawasan
sekolah yang kondusif akan mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu
dan menelaah pelajaran. Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas
memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa. Sikap pelajar yang menjalankan
tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan
bilik darjah sifar sampah. Melalui ini, tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan
terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan. Guru-guru juga
kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan
kelas. Secara tidak langsung, sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan
sempurna.

Seterusnya, kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan
nama sekolah. Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan
nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar. Aspek ini juga akan
menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan
sekolahnya mengharumkan namanya. Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih
akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu
perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan. Oleh yang demikian, sama-samalah kita
mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.
Di samping itu, pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika
kawasan sekolah bersih selalu. Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampah yang boleh
bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggi yang dapat membahayakan nyawa anakanak kita. Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala
semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya. Sistem penyaliran
air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancam kesihatan anakanak kita. Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada
sebarang kemungkinan. Oleh itu, usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di
negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.
Tambahan pula, kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak
sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah kebersihan.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan kewujudan kawasan
sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan. Aktiviti perkhemahan dan
penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya
sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan. Melalui ini, pelajar akan lebih aktif dalam
aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

Hadirin yang dihormati,


Keselamatan persekitaran kawasan sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi
perhatian golongan masyarakat. Faktor ini adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian
Kesihatan yang menunjukkan bahawa keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah
besar di Malaysia. Kemalangan masih merupakan sebab utama bagi kemasukan ke hospital
kerajaan dan sebab yang keempat utama bagi kematian di hospital kerajaan (Statistik
Kemalangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bandar Damansara, 2001). Kemalangan
sedemikian merupakan kerugian sumber tenaga manusia yang besar dan amat trajik kerana
kebanyakan daripada kemalangan ini boleh dicegah. Menurut statistik ini juga, kebanyakan
kemalangan melibatkan remaja dan juga kanak-kanak.
Prosedur keselamatan adalah proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu
atau kumpulan individu dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh
mengundang bahaya dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Bagi mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu
dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama semua warga
sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan sesuatu
empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk risalah atau poster. Tatacara ini
termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara penggunaan murid dan tatacara
penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan
mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan
iklim sekolah yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu. Warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, tatacara penggunaan
tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur keselamatan berjalan
dengan lancar.

Para Hadirin yang sekalian,


Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas
dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum,
peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan
dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah
selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah
berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan
peranan dengan menjadi sukarelawan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang
tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar
tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Usaha pencegahan
kebakaran juga perlu ditingkatkan. Antaranya sekolah kita telah menyediakan sistem loceng
kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Pengurusan
sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Aspek pengajaran keselamatan merupakan agenda utama pengurusan sesebuah sekolah
untuk mengurangkan berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah. seperti kata pepatah sediakan
payung sebelum hujan. Hal ini adalah penting untuk seorang guru supaya senantiasa mengambil
langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu kemalangan yang tidak diingini
kepada murid mahupun guru sendiri. Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu
menjadikan agenda pengajaran keselamatan sebagai sebahagian daripada )peraturan sekolah
yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, para pekerja dan ibu
bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan penjagaan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara
tegas dan berterusan. "ni meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum,
peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan
dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid.

Warga dewan yang budiman,


Elemen keselamatan sekolah, murid dan guru sangat penting di dalam aspek penjagaan
keselamatan supaya amalannya terlaksana di dalam kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lainlain di mana pihak pengurusan sekolah mengambil kira faktor keselamatan sebagai indikator
piawai keberkesanannya. Contohnya, guru pendidikan jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu
menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak
akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah
menengah di Raub, Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999).
Pihak pengurusan sekolah kita telah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling
berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling
Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian
Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan
Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan,
didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang
terlibat di sekolah.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, kita haruslah bersama-sama membantu dalam
melaksanakan kebersihan dan keselamatan sekolah sempena program Sekolahku Syurgaku. Ini
agar dapat menjadikan murid-murid berasa sihat dan selamat ketika berada di sekolah. Sekian,
terima kasih. Wassalam.

3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan Atau Pemeriksaan Tahap Kebersihan Dan
Keselamatan Di Dalam Sekolah

BORANG MAKLUM BALAS


SJKC PEI YU
Salam sejahtera,
Borang pemantauan ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas pemantauan dan
pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah.
Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan
penyelidik untuk menilai keberkesaan aplikasi tersebut terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Segala maklumbalas yang diberikan akan DIRAHSIAKAN.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bahagian I: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan pada ruangan yang berkaitan.


1. Jantina:

] Lelaki

2. Umur:

__________ tahun

] Perempuan

3. Jawatan:
[

] pihak pentadbiran (sila nyatakan) __________________________

] guru (sila nyatakan) _____________________________________

] pekerja sekolah (sila nyatakan) ____________________________

Bahagian II: Borang Pemantauan


Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.
Penerangan Jawapan
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju

Skala
1
2
3
4
5

Set 1: Persekitaran Sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

Bil

Perkara

Papan penunjuk arah yang jelas.

Padang dan gelanggang selamat untuk diguna.

Tanaman disusun dengan baik.

Kedudukan tong sampah yang strategik.

Skala
2
3
4
2 Skala
3
4
2
3
4
22 33 44
22 33 44
22 33 44

5
5
5
55
55

5
Papan keyataan telah dikemas kini.
Set 2: Kantin

2
2

Skala
3
3

1
1

4
4

5
5

Set 3: Makmal Sains


Bil

Perkara

1Bil

Pakaian pekerja bersih Perkara


dan kemas.

21
32

Tong
sentiasa ditutup
ditutup.dengan rapi.
Pintusampah
almari sentiasa
Makanan
disediakan
bersih
selamat.
Bahan kimia
diletak dengan
di tempat
yangdan
selamat.

1
1
1
11
11

43
54

Dapur
dikemas
baik.
Meja dan
kerusidengan
disusun
dengan baik.
Tisu
sabun dalam
disediakan
di tempat
cuci tangan.
Sinkidan
sentiasa
keadaan
yang berfungsi.

11
11

Kedudukan tong sampah yang strategik.

22

33

44

55
55

Set 4: Bangunan Sekolah

Bil

Perkara

Skala
2
3
2
3

4
4

5
5

Dewan sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

1
1

Bilik stor yang disusun atur.

Papan kenyataan yang dikemas kini.

Bilik guru yang kemas dan bersih.

5
Tandas yang berfungsi dan bersih.
Set 5: Bilik Darjah

4.0 Laporan Hasil Pemantauan Atau Pemeriksaan Kebersihan Dan Keselamatan Di


Skala
Bil
Perkara
1
2
3
4
1
Susun atur meja dan kerusi yang kemas.
1
2
3
4

5
5

Hiasan luaran dan dalaman yang cantik.

Pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

Persekitran bilik darjah yang bersih.

Penggunaan kawasan dengan kreativiti dan inovasi.

5
Sekolah

4.1 Set 1: PERSEKITARAN SEKOLAH

Graf 1: Keputusan Penskoran bagi Bahagian Persekitaran Sekolah.


10

Berdasarkan hasil pemantauan, didapati bahawa soalan 2 dan 3 mendapat permarkahan


yang paling tinggi. Guru-guru berasa puas hati dengan kemudahan dan kelengkapan padang dan
gelanggang sekolah. Tanaman yang berada di sekolah juga terdapat jagaan yang baik serta
disusun dengan cantik dan kemas. Namun guru-guru paling tidak puas hati dengan kedudukan
tong sampah dan diikuti dengan papan tanda dan juga papan kenyataan sekolah. Mereka telah
memberi markah yang rendah kepada ketiga-tiga aspek ini.
Menurut borang pemantauan yang disedia, soalan papan penunjuk arah yang jelas
hanya mendapat puruta skala 2.25 sehaja. Ini menunjukkan bahawa sekolah kekurangan papan
tanda menunjuk arah yang jelas. Soalan keempat, iaitu kedudukan tong sampah yang strategik
memdapat markah yang paling rendah. Ini telah menjelaskan bahawa persediaan tong sampah
bagi pihak sekolah tidak terletak di tempat yang sesuai. Tambahan pula, sekolah ini kekurangan
bilangan tong sampah yang secukupnya.
4.2 Set 2: KANTIN

Graf 2: Keputusan Penskoran bagi Bahagian Kantin.

11

Berdasarkan graf yang ditunjukkan di atas, saya mendapati bahawa pada keseluruhanya
kantin memdapat markah yang tinggi. Kawasan kantin dapati bersih dan kemas, pekerja kantin
juga memberi kerjasama yang baik. Dalam hasil pemantauan, semua bersetuju bahawa pekerja
kantin selalu berpakaian bersih dan kemas, tong sampah yang berada di kawasan kantin sentiasa
ditutup. Makanan yang disediakan oleh pihak kantin adalah bersih dan selamat. Dapur kantin
pula dapat dikemas dengan baik. Kawasan kantin yang bersih menjadikan kantin keihatan ceria
pada bila-bila masa.
Namun kantin masih memerlukan peningkatan bagi aspek tempat cuci tangan. Pihak
kantin harus menyediakan tisu dan sabun kepada murid dan guru. Sesetengah murid tidak dapat
mencuci tangan dengan bersih sebelum atau selepas makan. Walaupun penyediaan tisu dan sabun
memerlukan kos yang lebih tinggi tetapi pihak kantin harus bertanggung dengan kos
perbelanjaan ini sekali. Pihak jawatankuasa kantin amat berharap pengusaha kantin dapat
menguruskan masalah ini secepat mungkin.

4.3 Set 3: MAKMAL SAINS

Graf 3: Keputusan Penskoran bagi Bahagian Makmal Sains.

12

Dalam borang pemantauan bahagian makmal sains, makmal sains telah dapat keputusan
yang baik. Guru-guru telah memberi markah yang tinggi dalam bahagian ini. Pada pendapat
keempat-empat orang guru menyatakan bahawa mereka berasa amat puas hati dengan keadaan
di makmal Sains. Makmal Sains ini telah dikendalikan dengan baik dan sistematik. Bahan kimia
dan terletak di tempat yang selamat. Manakala pintu almari yang menyimpan bahan kimia juga
dapat ditutup dengan rapi. Dengan ini keselamatan murid sentiasa dapat dijaga dengan baik.
Meja dan kerusi di dalam makmal sains juga sentiasa dalam keadaan yang disusun dengan atur.
Sinki untuk membersihkan alatan sains juga berfungsi.
Bahagian ini cuma terdapat satu kekurangan sahaja, iaitu tidak mempunyai tong sampah
yang berasingan untuk membuang bahan kimia. Seluruh makmal sains hanya mempunyai satu
tong sampah. Tong sampah itu juga terletak di tempat yang tidak sesuai iaitu di tepi pintu
makmal sains. Ini akan menjadi penghalang laluan semasa keluar dan masuk ke makmal Sains.

4.4 Set 4: BANGUNAN SEKOLAH

Graf 4: Keputusan Penskoran bagi Bahagian Bangunan Sekolah.

13

Berdasarkan maklumat di atas, didapati bahawa pada keseluruhan bangunan sekolah


mendapat purata markah yang tinggi, kecuali soalan 4 yang mengenai keadaan bilik guru.
Menurut hasil pemantauan, bilik guru kelihatan tidak kemas. Selepas bertemu bual dengan guruguru di sekolah, saya dapati guru-guru tidak puas hati dengan kelengkapan bilik guru. Guru
mengalami masalah kekurangan tempat untuk menyimpan buku-buku rujukan dan bahan bantu
mengajar. Ini telah menyebabkan keadaan bilik guru nampaknya berselerak dan tidak kemas.
Guru-guru amat berharap pihak sekolah dapat membuat perubahan secepat mungkin. Namun,
dewan sekolah yang kemas dan bersih, bilik darjah dan bilik-bilik khas, tandas murid ataupun
tandas guru juga didapati berada dalam keadaan yang bersih dan diurus dengan baik.

4.5 Set 5: BILIK DARJAH

Graf 5: Keputusan Penskoran bagi Bahagian Bilik Darjah.

14

Bahagian bilik darjah dinilai dengan aspek susun atur meja dan kerusi yang kemas,
hiasan luaran dan dalaman yang indah, pencahayaan dan pengudaraan yang baik, sekeliling bilik
darjah yang bersih serta penggunaan kawasan dengan kreativiti dan inovasi. Kelima-lima aspek
ini telah dapat markah yang tinggi.
Guru-guru berpendapat bahawa bilik darjah sentiasa dalam keadaan ceria merupakan
kerjasama daripada semua anggota sekolah. Murid-muird sentiasa menjalankan tugas harian
mereka untuk membersihkan bilik darjah. Guru-guru juga sentiasa mengemaskinikan info papan
kenyataan serta penghiasan bilik darjah juga direka dengan kreatif. Pekerja-pekerja sekolah pula
sentiasa menjalankan tugas mereka seperti mengelap tingkap dan membersih sekeliling bilik
dajah. Kelengkapan bilik darjah seperti lampu dan kipas telah disedia dengan bilangan yang
mencukupi untuk setiap bilik darjah.

5.0 Cadangan Penambahbaikan Untuk Menghindar Kemalangan Dan Penyakit Di


Sekolah.
Menurut kajian Banks dan Stephanie (2000), yang mendapati bahawa pihak sekolah
berjaya membentuk persekitaran yang selamat dengan menyediakan program-program serta
polisi-polisi yang positif melalui kerjasama yang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan
masyarakat. Untuk membentukkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat,
pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya seperti berikut:
i.

Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan

ii.

selamat.
Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan
sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan,
termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan

iii.

yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih.


Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk
makmal sains, bengkel kemahiran hidup, stor sukan dan sebagainya yang perlu
15

dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya
iv.

peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari.


Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau

v.

kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia.
Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid
dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan

vi.

atau surat-surat siaran.


Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat

vii.

dikawal.
Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat

viii.

mengenai keselamatan di sekolah.


Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab
merancang

serta

mengawasi

pelaksanaan

langkah-langkah

sebagaimana

dinyatakan di atas.
6.0 Kesimpulan
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan kebersihan
diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional
untuk menjamin suasana pembelajaran yang baik dan selamat dapat berfungsi dengan baik.
Walaubagaimanapun, keselamatan murid-murid semasa di sekolah merupakan tanggungjawab
bersama antara semua anggota sekolah. Jika terjadi sesuatu kejadian kepada murid-murid
ataupun guru-guru semasa berada di sekolah adalah perlu dipertanggungjawabkan kepada semua
pihak.
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga
seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian
Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi
perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira
elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

16

7.0 Rujukan
Akhbar Utusan (Edisi Online). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan
Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my. [28 Oktober 2014]
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan.
http://www.utusan online .com.my. [28 Oktober 2014]
Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.
[28 Oktober 2014]
Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pendidikan di Malaysia. Memartabat Pendidikan
Negara. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000.

17

Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999.


Konsep Dan Manual Sekolah Selamat, Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah,
Komuniti dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besa. Pahang: PTS
Publications & Distributions Sdn.Bhd.
Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin (2011). HBHE 3203
Kebersihan dan Keselamatan persekitaran. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd

18

You might also like