You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2015

HBPE 4203

PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN

NO. MATRIKULASI

730123125669001

NO. KAD PENGNEALAN

730123-12-5669

NO. TELEFON

019-8419480

E-MEL

apner73@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SANDAKAN

Isi Kandungan

Halaman

1.Pendahuluan

1-2

2.Model "burnout" dalam sukan


2.1.

Model "Negative - Training Stress"

2.2.

Model "Unidimensional Identity Development

3-4

and External Control"

2.3.

Model "Cognitive-affective stress"

2.4.

Model "Sport Commitment"

5-6

2.5.

Model "Motivational"

3.Langkah Pencegahan "burnout" di kalangan Atlet

4.Kesimpulan

5.Rujukan

Pendahuluan
Tugas sebagai seorang jurulatih sukan atau guru pendidikan jasmani banyak menuntut
komitmen dikalangan guru sekolah.Situasinya tidak sama seperti mana pada masa lalu kerana
pendekatan kejurulatihan pada masa sekarang banyak bergantung kepada penggunaan
pendekatan dan teknologi baru dalam melatih atlit.Keadaan ini memberikan bebanan kepada
jurulatih dalam menyimbangkan penggunaan teknologi dan pendekatan ini dalam kaedah
latihannya.Maka tekanan sebegini menyebabkan berlakunya "Burnout"dikalangan mereka.
"Burnout" adalah keadaan yang merujuk kepada keletihan emosi, mental dan fizikal yang
disebabkan oleh tekanan yang berlebihan dan berterusan. Perkara ini boleh berlaku apabila
seseorang individu berasa terbeban dan tidak dapat memenuhi permintaan yang berterusan
daripada kehendak tugasannya.Semakin meningkatnya tekanan ini secara berterusan,maka
seseorang individu mula kehilangan minat atau motivasi yang sebelum itu uk menjdikan
tugasan seharian sebagai sesuatu yang utama.
Menurut Pines dan Maslach(1993),"Burnout"merupakan sindrom kelelahan iaitu sama ada
secara fizikal dan juga mental.Daripada keadaan ini maka wujudnya situasi yang berkembang
menjadikan diri seseorang individu cenderung kepada sikap diri yang negatif dan kurang
tumpuan terhadap apa yang dilakukannya.Keadaan ini seterusnya menghasilkan suasana
pekerjaannya yang kurang dedikasi,tiada hala tuju dan kurang minat untuk terlibat aktif
dalam aktiviti kelazimannya."Burnout" juga boleh berlaku apabila minda seseorang jurulatih
dipengaruhi oleh perasaan ketidakpuasan dengan apa yang diusahakannya.Dalam erti kata
lain,apa yang diingininya tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Pines dan Aronson (1989),pula menjelaskan "Burnout" sebagai satu bentuk keletihan secara
fizikal,emosi dan mental akibat daripada penglibatan dalam sesuatu aktiviti dalam jangka
masa yang panjang.Ini kerap berlaku dikalangan jurulatih,kerana bagi mencapai
matlamat,komitmen dari segi masa amatlah diperlukan.
Schaufelli (1993) pula mendefinisikan "Burnout" Sebagai sindrom dari segi psikologi yang
kurang sihat.Terdapat tiga aspek yang dinyatakan oleh beliau bagi merujuk keadaan
ini.Pertama ialah kelelahan emosi,kedua ialah tekanan dan ketiga ialah penurunan prestasi.
Pendapat Schaufelli tentang tekanan emosi disokong oleh Luthans(2005),yang menyatakan
bahawa "Burnout"adalah sebahagian daripada tekanan.Menurut Izzo (1987)"Burnout"

menyebabkan seseorang tidak memiliki objektif dan tidak mampu memenuhi keperluan
dalam pekerjaannya.
Freudenberger(1991) menyatakan "burnout" merupakan kelesuan yang terjadi apabila
seseorang itu bekerja terlalu keras dan pada masa yang sama mengabaikan keperluan peribadi
sendiri.
Leiter & Maslach (1997) m menyatakan bahawa ciri-ciri "Burnout" dapat diperhatikan
melalui keadaan keletihan.Keletihan ini dapat difokuskan kepada kelelelahan berpanjangan
secara fizikal,mental dan emosi.Maka individu yang mengalami keadaan ini lebih cenderung
mempunyai perilaku tidak dapat menyelesaikan masalah.serta kerap menunjukkan sikap
emosional apabila menghadapi cabaran..Secara fizikal,individu ini juga kelihatan kurang
bertenaga dalam melakukan kerja.ditandai Selain itu,individu juga ditandai dengan sifat sinis
dalam bertindak atau berinteraksi dengan orang dipersekitarannya.Ada kalanya,individu yang
mengalami "Burnout"tidak berasa minat untuk terlibat dengan persekitaran kerjanya.Individu
yang mengalami simptom "Burnout" kerap menunjukkan ciri-ciri mula tidak yakin dengan
kebolehan diri sendiri.Mereka akan kehilangan keberkesanan dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab.
Dalam sukan dan perminan,punca "Burnout" boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
permintaan daripada

persekitaran atau situasi dan faktor individu(Smith 1986).Sebab

persekitaran termasuklah faktor fizikal seperti lebih-latihan dan faktor kecederaan,faktor


logistik seperti kekangan masa dalam menjayakan sesuatu program,masalah pentadbiran
dalam organisasi sukan dan faktor sosial-interpersonal dalam sesebuah organisasi.Faktor
individu merangkumi harapan yang tinggi,kekurangan keseronoka, kekurangan kemahiran,
ketegasan,kesempurnaan,kemahiran hubungan antara individu yang lemah,strategi yang
lemah untuk mengatasi tekana,dan kurangnya kawalan diri dalam latihan(Gould et al
.;Henschen; Shank, 1983; Smith).
Berdasarkan beberapa pendapat dan tafsiran di atas,dapat dinyatakan bahawa "BURNOUT"
merupakan lebih kepada keadaan kelelahan psikologi yang secara langsung mempengaruhi
fizikal,emosi dan mental seseorang.Individu yang mengalami "Burnout" sering tidak melihat
apa-apa harapan untuk perubahan positif dalam keadaan mereka Ini sekaligus menjejaskan
produktiviti seseorang jurulatih sukan dalam menghasilkan atlit yang berjaya.

Model "Burnout" Dalam Sukan

Bagi membincangkan masalah "Burnout",beberapa model menjadi sumber rujukan.Model


pertama ialah Negatif - Training Stress Response Model..Menurut Silva(1990),Seseorang
individu baik sebagai jurulatih mahupun sebagai pengamal sukan harus mempunyai
kefahaman tentang tekanan yang dihadapi semasa melakukan latihan terutamanya dalam
sukan kompetetif.Ini sangat penting supaya individu dapat meningkatkan atau memperbaiki
mutu pencapaiannya.Apabila individu tidak peka dengan tekanan yang akan dihadapi,maka
secara mental dia juga tidak bersedia menghadapi tekanan tersebut.Ini seterusnya akan
menjejaskan emosi dan fizikalnya.Tekanan bukan kesemuanya bersifat negatif.Sesetengah
tekanan

dapat

menjadi

motivasi

untuk

individu

lebih

beruasaha

memajukan

pencapaiannya.Maka sewajarnya terdapat bentuk stress yang positif agar ia akan menjadi
penggalak kepada pengamal sukan untuk melipatkgandakan usaha untuk menjadi lebih
berjaya.Menurut model ini juga,kesan tekanan negatif dalam latihan akan menyebabkan
pengalaman melakukan sesuatu latihan menjadi perit dan sangat perlahan untuk mencapai
tahap yang dikehendaki.
Tekanan dalam latihan dapat ditakrifkan sebagai mempunyai kesan tindak balas penyesuaian
yang bersifat positif dan juga negatif.Penyesuaian positif terhadap tekanan latihan yang
wajar dan secara amnya menunjukkan tindak balas yang sesuai untuk keupayaan fizikal dan
psikologi yang dikenakan dapat memulakan kesan latihan yang sangat baik.Penyesuaian
negatif terhadap tekanan latihan secara amnya berlaku apabila wujudnya ketidakseimbangan
antara permintaan latihan dikenakan dan kapasiti untuk memenuhi kehendak latihan
tersebut.Jikalau permintaan untuk latihan sangat tinggi sedangkan keupayaan fizikal belum
mencapai tahap sepatutnya,maka berlakulah keadaan "Burnout".
Menurut Silva,walaupun tekanan akan menghasilkan "Burnout" namun tekanan dalam latihan
masih perlu untuk kepentingan latihan itu mencapai tahap maksimum.Oleh itu tidak semua
tekanan latihan membawa kepada penyesuaian negatif pada tahap tindak balas psikologi atau
fisiologi.Dalam melakukan latihan juga,walaupun latihan fizikal merupakan faktor kepada
peningkatan prestasi,Silva menambah bahawa faktor psikologi tidak boleh diabaikan.Ini
kerana faktor psikologi lebih merupakan faktor pendorong secara dalaman untuk
memotivasikan atlit menjalani latihan yang berterusan.Maka sewajarnya dalam sesuatu
latihan,masalah lebihan bebanan haruslah disingkirkan dalam regim latihan yang
3

dipilih.Dengan penyingkiran faktor lebihan bebanan ini,makan penyuasaian negatif dari


aspek psikologi atlit juga dapat disingkirkan.
Daripada kupasan terhadap model pertama ini,"Burnout" berlaku akibat daripada kesan
lebihan-latihan dan rehat yang tidak mencukupi .Silva dan, kemudian, Kentta dan rakanrakan mencadangkan bahawa apabila jumlah latihan yang terlalu tinggi, terlalu padat, dan
berterusan dalam jangka masa yang panjang, ia boleh membawa kepada kekakuan atau tiada
peningkatan dan akhirnya "Burnout".Walaupun beban latihan adalah perkara biasa dalam
latihan dan boleh membawa kepada peningkatan prestasi jika disusuli rehat yang cukup,
model ini menunjukkan bahawa "Burnout" adalah produk akhir untuk pelbagai proses latihan
fizikal.

Model kedua ialah Unidimensional Identity Development and External Control


Model.Menurut

Coakley(1993),tekanan

terlibat

dalam

kejadian

"Burnout"

dalam

sukan,namun ia hanya dikategorikan sebagai simptom tertentu. Model "Burnout" yang


dikemukakan oleh Jay Coakley pada tahun 1992,menyatakan bahawa walaupun "Burnout"
berlaku di kalangan atlet namun tekanan bukanlah penyebab utamanya.Dalam mana-mana
sukan kompetitif atau sukan berprestasi tinggi,atlet akan dilatih dari peringkat kanak-kanak
sebegai contohnya sukan gimanstik.Dalam institusi latihan tersebut,atlit hanya berada
dikalangan rakan sepelatih mereka sahaja.Mereka hampir tidak mempunyai masa yang
cukup dengan rakan-rakan di luar institusi latihan mereka.Ini menyebabkan atlet muda untuk
memberi tumpuan semata-mata kejayaan sukan.Perkara ini menjadi sesuatu yang sangat tidak
sikat ke atas psikologi atlit ini terutamanya apabila mengalami kegagalan atau
kederaan.Beliau mencadangkan bahawa "Burnout"berlaku kerana cara sukan distrukturkan
oleh masyarakat dengan meminimumkan kawalan peribadi oleh atlet sendiri dalam membuat
keputusan.Ini memberi kesan dari segi keupayaan untuk atlet muda terutamanya membuat
keputusan untuk diri sendiri.Keinginan menentukan keputusan sendiri yang disekat oleh
komuniti sukan akan merencatkan kebolehan atlet muda untuk mencapai motivasi
tertingginya.Atlet muda ini seperti diprogramkan hanya untuk mencapai kedudukan atau
pencapaian yang tinggi sehinggakan keperluan jiwa remaja mereka terabai.Apabila atlet ini
kurang berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh badan sukan tertentu,maka
berlakunya peningkatan tekanan dan akhirnya berlakulah "Burnout".

Menurut Smith(1986) dalam Model Tekanan Kognitif-Afektif(Cognitive - Affective Stress


Model),"Burnout"

dikonsepkan

sebagai

satu

proses

yang

melibatkan

empat

peringkat.Peringkat pertama ialah Peringkat Tuntutan Keadaan,Dalam peringkat ini,atlet


akan berhadapan dengan suasana dimana objektif yang ditetapkan jauh melebihi keupayaan
sebenar atlet tersebut.Beliau membuat hipotesis bahawa proses "Burnout" akan ditempuhi
oleh seseorang atlet apabila berhadapan dengan situasi yang dikenali sebagai"Permintaan
keadaan," iatu seperti latihan dengan intensiti tinggi dengan harapan yang tinggi juga untuk
berjaya.Secara psikologinya,atlet tersebut akan menghadapi tekanan yang tinggi juga.
Peringkat kedua ialah "Peringkat Penilaian Kognitif."Pada peringkat ini atlet akan mula
menilai keadaan persekitarannya sama ada dia mempunyai kebolehan untuk memenuhi
peringkat pertama iaitu "Peringkat Tuntutan Keadaan".Jikalau atlet tersebut mendapati
dirinya tidak mampu memenuhi tuntutan,atau permintaan keadaanmelebihi sumber yang
dimilikinya,maka

atlet

tersebut

akan

mengalami

tindak

balas

fisiologi

seperti

ketegangan,keletihan dan kelesuan dan seterusnya mengalami masalah imsonia.Keadaan ini


akan menjejaskan prestasi atlet tersebut.Fasa terakhir dalam model ini ialah "Peringkat
Tindak balasTtingkah laku".Tingkah laku atlet adalab berdasarkan tindakbalasnya terhadap
unsur persekitaranseperti tekanan latihan berterusan.Walau bagaimanapun model ini
mempunyai skop yang sangat luas maka adalah sukar untuk menguji keadaan "Burnout" di
kalangan atlet.
Schmidt dan Stein(1991),dalam Sport Commitment Model,menggariskan tiga faktor utama
penentu komitmen atlet dalam sukan yang diceburi mereka.Faktor pertama ialah, kepuasan
berdasarkan kos lawan dengan faedah yang diperolehi daripada penyertaan dalam sukan yang
diceburi.Sesetengah sukan yang ditawarkan melibatkan kos yang agak tinggi.Umpamanya
sukan golf.Atlet perlu membuat pelaburan dalam bentuk wang ringgit yang agak besar bagi
menyertai sukan sebegini.Jikalau pelaburan ini memberikan pulangan lumayan contohnya
memenangi

kejohanan

tertentu,maka

kepuasan

akan

terasa

di

dalam

diri

atlet.Sebaliknya,jikalau hanya kegagalan yang menyusul,pelaburan yang digunakan dalam


sukan tersebut tidak membawa apa-apa faedah.Keadaan ini akan menyebabkan berlaku
kekecewaan di dalam diri atlet tersebut.Keadaan ini akan menjejaskan fisiologi dan psikologi
atlet.Maka ini dapat menyumbang kepada keadaan "Burnout"yang dapat ditunjukkan melalui
perubahan tingkah laku seperti hilang minat.
5

Faktor kedua ialah daya tarikan pilihan alternatif.Ada sesetengah atlet yang mempunyai
beberapa bakat dalam jenis sukan yang berlainan.Kekecewaan dalam sejenis sukan tidak
menghalang atlet ini untuk berjaya dalam sukan lain.Dengan adanya pilihan ini maka
kejadiaan "Burnout"adalah lebih minimum di kalangan atlet sebegini.
Faktor ke tiga ialah sumber yang atlet telah laburkan dalam sukan.Setiap ahli sukan
mengharapkan

pulangan

daripada

pelaburan

mereka.Atlet

profesional

terutamanya

memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam sukan yang mereka ceburi.Jikalau pelaburan
ini membuahkan hassil maka,atlet akan menikmati kejayaan dalam kerjaya mereka.Namun
apabila prestasi mereka tidak meningkat,maka kereka akan kecewa dan seterusnya membawa
kepada

kecenderungan

untuk

mengambil

bahan

terlarang

bagi

meningkatkan

prestasi.Kekecewaan kerana menaruh harapan yang tinggi akan menyebabkan "Burnout" di


kalangan atlet sebegini.
Dalam Motivational Model,digariskan tiga model yang memberi penjelasan tentang kejadian
Burnout".Pertama ialah atlet

berpendapat bahawa mereka mempunyai tiga sebab untuk

bersukan.Pertama ialah kerana ingin melakukannya kerana itulah apa yang mereka percaya
mereka mahu lakukan.Kedua, mereka percaya bahawa mereka perlu terlibat dalam sukan itu
dan ketiga ialah, atau gabungan antara kedua-duanya.Apabila atlet mempunyai pandangan
sebegini dalam sukan,maka pada suatu tahap mereka akan rasa terperangkap dan
menyesal.Golongan atlet sebegini yang cenderung untuk mengalami keadaan "Burnout.
Teori Penentuan-Kendiri berpendapat bahawa individu mempunyai tiga keperluan asas
psikologi iaitu autonomi, kecekapan, dan rasa keberkaitan.Jikalau kesemua keperluan ini
dapat dipenuhi,motivasi dapat dioptimumkan. Oleh itu, atlet yang merasakan mereka
mempunyai autonomi dalam sukan,mempunyai tahap kecekapan yang tinggi,dan berasa
mempunyai kepentingan kepada orang lain,maka kadar berlakunya "Burnout" adalah lebih
rendah.

Langkah Pencegahan "Burnout" di Kalangan Atlet

"Burnout"

dikalangan

merudum.Malah

ada

atlet
di

sukan

kalangan

biasanya
atlet

akan

akan

menyebabkan

hilang

minat

prestasi

dalam

mereka

sukan

yang

diceburi.Berdasarkan model yang dibincangkan,sebagai seorang jurulatih beberapa langkah


boleh dilakukan bagi mencegah gejala "Burnout" ini.Langkah pertama ialah dengan cara
mengambil masa rehat dalam tempoh latihan.Menurut Brenner(2007),tempoh masa latihan
yang panjang bagi mencapai matlamat jangka panjang akan mendedahkan atlet kepada risiko
kecederaan dan kebosanan.Maka sewajarnya walaupun latihan tersebut mempunyai intensiti
yang tinggi,masa rehat yang diambil dapat memulihkan semula otot yang lesu.Ini akan
memberi peluang kepada atlet untuk berehat dan melupakan seketika regim latihan yang
dilaluinya.Selepas tempoh rehat yang cukup,atlet akan berasa bertenagan dan bersemangat
untuk meneruskan latihan.
Langkah kedua ialah melaui komunikasi yang berkesan.Hubungan antara jurulatih dan atlet
biasanya hanya berlaku di kawasan latihan sahaja.Selepas latihan,atlet akan melakukan rutin
lain.Sebagai contohnya,atlet kanak-kanak akan meneruskan sesi pembelajaran akademik
selepas melakukan aktiviti latihan.Maka sebagai jurulati,hubungan komunikasi dua hala yang
rapat perlu diwujudkan.Melaluinya,jurulatih akan dapat menyelami permasalahan yang
dihadapi oleh atlet semasa latihan atau di luar masa latihan.Jurulatih boleh berperanan
sebagai memberi khidmat nasihat kepada atletnya.Dalam sesetengah kes,masalah atlet tidak
dapat di atasi oleh jurulatih.Maka,penglibatan kaunselor adalah amat penting.kaunselor dapat
mendekati atlet ini mengikut keperluan dan kepakaran yang tidak dimiliki oleh jurulatih.
Menurut Fender(1989),seseorang atlet tersebut harus tahu bagaimana mengenalpasti simptom
masalah "Burnout" yang dialaminya.Maka sepatutnya jurulatih juga mempunyai pengetahuan
tentang hal ini dan memberi penerangan kepada atletnya.Setelah berjaya mengesan simptom
atlet harus digalakkan berkomunikasi dan berkongsi masalah dengan individu paling rapat
dan lebih tua daripada mereka.Bagi atlet yangtinggal di luar, ibubapa ahli keluarg dan rakan
boleh menjadi tempat mengadu.Pembahagian masa antara masa latihan,belajar dan rekreasi
harus lah dibuat dengan bijak.Sebagai manusia biasa atlet juga mempunyai kecenderungan
diluar minat terhadap sukannya.Maka seharusnya masa terluang digunakan untuk melakukan
hobi selain berlatih sukan.Masa rehat yang berkualii juga amat penting.Rehat dapat
memulihkan fizikal dan jasmani manusia.
7

Bagi tekanan yang disebabkan oleh faktor fizikal,atlet harus mengamalkan makanan yang
kaya dengan khasiat serta memastikan tubuh badan sentiasa tidak terhidrat.Memakanan
makanan yang kaya dengan karbohidrat jyga mempu mengurangkan tekanan akibat faktor
fizikal.Manakala bagi tekanan yang disebabkan oleh faktor sosial atau psikologi,pula kaedah
seperti betafakur dan mengamalkan senaman yoga dapat mengurangkan tekanan.
Dale & Weinberg(1989),Gould et al(1996) dan Henschen.(1998),mencadangkan agar
hubungan persaudaraan antara atlet dipupuk dengan lebih erat.Selepasa sesuatu
pertandingan,ada di antara atlet ini yang berjaya dan sebaliknya.Dengan berkumpul bersama
atlet berjaya boleh berkongsi rahsia bagaimana mereka berjaya.Ini dapat memotivasikan atlet
yang kurang berjaya.Atlet juga harus diberi peluang untuk membuat keputusan melalui
perbincangan dengan jurulatih>jurulatih tidak boleh bersikap autokratik dalam membuat
keputusan kerana ni akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan atlet.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya "burnout" dikalangan atlet dapat dikenalpasti melalu perubahan


fizikal,psikologi dan fisiologi atlet.Keupayaana seorang jurulatih mengesan simptom ini dari
awal amatlah berguna kerana langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal.Jika kita imbas
fenomena sukan di dunia,ramai atlet telah dilatih dengan regim latihan yang sangat
berdisiplin.Sebagai contoh di negara China,atlet gimnastik dipisahkan dari keluarga sejak dari
umur seawal 8 tahun dan menjalani latihan diinstitut sukan dalam jangka masa yang
lama.Persaingan sengit antara atlet ini menyebabkan individu yang gagal mengawal tekanan
akan mengalami gejala "burnout".Apabila ini berlaku,ramai atlet yang berpotensi dalam
sukan akan tercicir dan seterusnya menyebabkan berlaku masalah ketandusan bakat.

2336 patah perkataan.

Rujukan

Brenner, J. S. (2007). Overuse injuries, overtraining, and burnout in child and adolescent
athletes. Pediatrics, 119(6), 1242-1245.

Coakley, J. (1993). Sport and socialization. Exercise and sport sciences reviews, 21(1), 169200.

Dale, J., & Weinberg, R. (1990). Burnout in sport: A review and critique. Journal of Applied
Sport Psychology, 2(1), 67-83.

Fender, L. K. (1989). Athlete burnout: Potential for research and intervention strategies. The
Sport Psychologist, 3(1), 63-71.

Silva III, J. M. (1990). An analysis of the training stress syndrome in competitive


athletics. Journal of Applied Sport Psychology, 2(1), 5-20.

Smith, R. E. (1986). Toward a cognitive-affective model of athletic burnout.Journal of sport


psychology.

You might also like