You are on page 1of 7

TAJUK

JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA PERBANDINGAN DI


JEPUN…

SENARAI KANDUNGAN

Senarai kandungan

Bil. Perkara Halaman

1. Tajuk

2. Penghargaan

3. Pendahuluan

4. Objektif Kajian

5. Kawasan Kajian

6. Kaedah Kajian

7. Dapatan Kajian

8. Rumusan

9. Lampiran

10. Rujukan

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya
iaitu Puan Dazura Binti Daing kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan
kepada pengetua Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Puan Apidah Binti
Zakaria yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Muhammad
Kheri Bin Yaakub dan ibu saya Puan Rohayah Binti Redzuan yang sentiasa memberi
dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepada
rakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjuk
ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Pekan atas kerjasama
yang telah pihak tuan puan berikan.

PENDAHULUAN

Nama saya Huda Binti Muhammad Kheri. Saya Belajar di tingkatan 3 Syafiyyah di Sekolah
Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang Darul Makmur. Sebagai
Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja
lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 8
minggu.

Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Pekan, Pahang Darul
Makmur. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalah
kerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Pekan
dengan Jepun.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di
Bandar Pekan dan mewujudkan semangat cinta akan negara.

2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di


Bandar Pekan.

3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam


sekitar di Bandar Pekan.

KAWASAN KAJIAN

Kawsan kajian yang saya pilih ialah Bandar Pekan Di Pekan, Pahang Darul Makmur. Pandang
darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, pasaraya, jalanraya dan lain-lain
lagi.Jika dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah ke Bandar Pekan, kira-kira 2
kilometer atau lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki kereta ke sekolah. Jika menaiki bas,
tambangnya hanya 40 sen dan jika berjalan kaki dari sekolah, saya mengambil masa lebih
kurang 15 minit. Bandar Pekan terletek di kawasan Pahang Timur. Sebahagian besar dari
tanahnya merupakan tanah rata yang membolehkan pelbagai banggunan didirikan di
Bandar ini.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah


a) Kaedah Pemerhatian
b) Kaedah Temu Bual

Pemerhatian
- Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat di Bandar Pekan.

Temu Bual
- Semasa menjalankan kajian, saya telah menemu bual 30 orang rsponden yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti yang terdapat di
dalam lampiran.

DAPATAN KAJIAN

JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BANDAR PEKAN, PAHANG……

Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Bandar pekan iaitu jalan raya. Jaringan
jalan raya di Bandar Pekan adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Bandar
Pekan dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah.

Pengangkutan darat

1- Pengangkutan awam

a) Bas
b) Teksi

2- Pengangkutan Persendirian

a) Motorsikal
b) Kereta
c) Basikal

3- Pengangkutan barang

a) Van
b) Lori
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR
PEKAN…

1- Bentuk muka bumi di Bandar Pekan adalah rata dan luas.


2- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Pekan menyebabkan pembinaan jalan raya.

Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan
pembinaan sistem jalan raya.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA JEPUN…

Di Bandar Pekan

1- Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Pekan, ia dapat


memajukan lagi sektor pelancongan.Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya
dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau
antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti Muzium
Tengku Abdul Rahman.
2- Selain itu, sistem pengangkutan di Bandar Pekan juga dapat membantu pergerakan
penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

Di Negara Jepun

1- Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai
bilangan pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang
terdapat di Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan
teknologi pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.
2- Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan
7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan
perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap.

Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem pengangkutan
yang baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan negara kita walaupun
tidak secanggih Jepun.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM


SEKITAR DI BANDAR PEKAN DAN NEGARA JEPUN…

Di Bandar Pekan

KESAN POSITIF

1- Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.


2- Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan
pencemaran udara.

KESAN NEGATIF
1- Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas
karbon dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara.
2- Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat
menghasilkan jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.

Di Negara Jepun

KESAN POSITIF

1- Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sektor


pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan.
2- Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan bahan
mentah dengan penggunaan lori dan kereta api.

KESAN NEGATIF

1- Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan
tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah rutuh.
2- Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu ketenteraman
manusia.

Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka
menggunakan kenderaan awam. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem
jalan raya setaraf dengan negaara maju seperti Negara Jepun.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Di Bandar Pekan dan Di Negara Jepun

1- Penggunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta. Alat ini berupaya menukarkan gas
beracun.
2- Pengurusan trafik yang lebih cekap dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan
awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti penggunaan teksi dan bas.

Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak
sewajarnya.

JADUAL DATA KAJIAN

Bilangan dan jenis-jenis kenderaan dari 8.00 pagi


hingga 8.45 pagi
Masa Bilangan Jenis-Jenis Kenderaan
Kereta Motorsikal Lori Bas Van
8.00-8.15 30 40 20 3 4
8.15-8.30 20 60 40 2 3
8.30-8.45 25 20 60 4 2

GRAFIK

Bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan


Jalan Pekan Di Bandar Pekan dari jam
6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini
mempunyai banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat
setempat. Pengangkutan amat diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan
yang perlu dilakukan diluar tempat.

Daripada kajian yang saya jalankan di Bandar Pekan mengikut usia dengan kerjasama 30
orang responden, saya dapati kebanyakan orang dewasa memiliki pengangkutan
persendirian untuk pergi bekerja di luar tempat selain dari Bandar Pekan seperti ke Kuantan,
Rompin, dan sebagainya. Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan
persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun, pengangkutan awam masih
digunakan dan kebanyakan penggunanya adalah daripada kalangan remaja.

Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan Bandar
Pekan adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan dasar pembanggunan.

Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara
satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan bersatu dalam
satu negara yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah
peringkat pertama bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain
yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah
dibandingkan iaitu Negara Jepun.. Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

LAMPIRAN

RUJUKAN
BUKU RUJUKAN ILMIAH
TAJUK BUKU: Ulang Kaji Total Terkini PMR Geografi
PENGARANG: Tong Siew Kheng
TEMPAT TERBIT: Selangor Darul Ehsan
PENERBIT: Sasbadi Sdn.Bhd
TAHUN TERBIT: 2006

INTERNET
ALAMAT LAMAN WEB:

ORANG SUMBER
NAMA RESPONDEN: Encik Husin Bin Ahmad
UMUR: 42 Tahun
ALAMAT: No.15 Pusat Komersil,
Jalan Sultan Abu Bakar,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

You might also like