You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Sejarah kewujudan McDonald bermula dengan Raymond Albert Kroc. Ray Kroc adalah
pengedar eksklusif air susu kocak dipanggil Multimixer. Seterusnya, adik-beradik, Richard
dan Maurice McDonald memiliki dan menguruskan sebuah restoran yang menjual hamburger
di San Bernadino, California, pada tahun 1950an. Ray Kroc telah mengetahui bagaimana
adik-beradik McDonald menggunakan Multimixers beliau untuk berkhidmat kepada
pelanggan. Kemudian. beliau berasa tertarik lalu bertemu dengan mereka dan mempersetujui
beberapa perjanjian dan akhirnya francais yang terkenal pada masa kini menjadi miliknya dan
bermula perjalanan perniagaan restoran francais McDonald. Kisah kejayaan yang besar ini
berterusan. Pada tahun 1955, Ray Kroc telah menubuhkan McDonald Corporation dan
membuka restoran pertama di Des Plaines, Illinois. Pada tahun 1961, beliau membeli
daripada adik-beradik McDonald. (History of Mcdonald, 2015)

Seterusnya, McDonald telah berkembang dengan pesatnya di serata dunia sebagai


restoran francais dengan mempunyai sebanyak 33,000 restoran di 119 negara. Malaysia
merupakan salah satu negara yang mempunyai cawangan McDonald yang banyak dengan
jumlah sebanyak 250 restoran. Setiap bulan, McDonald di Malaysia melayan pelanggan
seramai 13 juta pelanggan. Hal ini membuktikkan bahawa McDonald bukan sahaja peka
dengan hubungan antara majikan dan pekerja tetapi hubungan antara pekerja dan pelanggan.
Hal ini juga ditambah dengan misi dan janji McDonald kepada pelanggan iaitu untuk
menjadikan McDonald sebagai tempat kesukaan pelanggan menikmati makanan dan untuk
menyediakan perkhidmatan yang mudah, senang dan meyeronokkan kepada pelanggan yang
singgah ke McDonald.

2.0 Pengrekrutan dan Pemilihan

McDonald menyedari bahawa manusia akan berkelakuan dengan baik apabila mereka
berasa baik dalam melakukan tugas mereka. Justeru itu, McDonald melakukan apa sahaja
untuk mewujudkan hak persekitaran kerja untuk semua orang. Itulah sebabnya McDonald
berusaha untuk menyediakan pelbagai ganjaran dan faedah yang sesuai untuk semua jenis
gaya hidup. Dalam mencapai pengalaman kerja yang terbaik untuk rakyat kita, McDonald
berhasrat untuk menyediakan pengalaman restoran terbaik bagi pelanggan yang singgah di
McDonald. (Recruitment and Training at McDonald, 2008)

Sama ada pekerja menyertai sebagai Ahli Krew atau Pelatih Pengurus Perniagaan,
McDonald boleh menyediakan sokongan yang luar biasa, peluang kemajuan sebenar,
pelbagai ganjaran yang sangat baik dan segala potensi yang berkaitan dengan bekerja untuk
jenama yang terkenal di serata dunia. Berdasarkan temubual yang dijalankan, langkah yang
dilakukan McDonald bagi memastikan calon yang dipilih berkualiti ialah dengan mereka
bentuk proses permohonan yang terbahagi kepada dua langkah untuk merekrut Ahli Krew
yang berpotensi. Fasa pertama permohonan itu adalah permohonan dalam talian. Jika berjaya,
calon akan dijemput ke restoran dengan menerusi On Job Evaluation (OJE) dan temuduga.
Tujuan OJE ini dilakukan ialah yang pertama untuk melihat kemampuan calon dari segi
perkhdimatan pelanggan di mana merupakan salah satu skil yang penting sebelum menjadi
pekerja McDonald. Kedua, OJE ini penting kerana untuk melihat sejauh mana pekerja itu
boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran tenga yang tinggi di dalam McDonald.

Berdasarkan temuduga ini juga, dalam pemilihan pekerja, temuduga yang dikendalaikan
untuk memilih calon yang baik ialah berdasarkan panduan temuduga yang telah disediakan.

Hal ini secara tidak langsung dapat meramal atau mengenal pasti tingkah laku lepas
seseorang pekerja mampu mempengaruhi prestasi bekerja di masa hadapan. Seterusnya,
pengrekrutan bekerja dilakukan bedasarkan seseorang itu mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dengan memberikan keputusan yang cepat berdasarkan fakta daripada tindak balas
umum dan teori semata-mata. Erti kata lain, majikan di McDonald melihat seseorang itu
berdasarkan tingkah laku yang baik yang sesuai dengan keperluan pekerjaan.

Seterusnya, temuduga ini juga menyatakan bahawa McDonald telah menjalankan satu
dasar di setiap restorannya iaitu setiap restoran bertanggungjawab dalam pengrekrutan.
Antara langkah yang dilakukan dalam pengrekrutan ini ialah, pengiklanan di restoran itu
sendiri, pusat kerja tempatan, pameran kerjaya, dan kemudahan lain yang membolehkan
proses pengrekrutan itu berlaku. Hal ini telah menyebabkan permohonan untuk bekerja
melebihi tawaran kerja yang disediakan.

Kejayaan McDonald telah dibina di atas kualiti yang tinggi dan bermutu, perkhidmatan
dan kebersihan yang diberikan kepada pelanggan dalam setiap restorannya. Namun, perkara
ini tidak akan terjadi jika tiada penglibatan daripada pekerja dan majikan yang telah di rekrut
dan di latih. (Mcdonalds Recruitment Process and Company Success, 2014)

Rujukan

History of McDonald. (2015). Diakses daripada


http://www.mcdonalds.com.my/about_us/corporate_info/history.aspx
Recruitment and training at Mcdonald. (2008). McDonald Corporation. Pp 1-7

Mcdonalds Recruitment Process and Company Success. (20014). Diakses daripada


https://wethriveindia.wordpress.com/tag/mcdonalds-recruitment-and-selectionprocess/

You might also like