You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5/ 2013

HBSC2103
KIMIA 1

NO. MATRIKULASI

730123125669001

NO. KAD PENGNEALAN

730123125669

NO. TELEFON

0198419480

E-MEL

apner73@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT SANDAKAN

Isi Kandungan

Halaman

1. Pengenalan

2. Ikatan Kimia

3. Ikatan Ion

4. Ikatan Kovalen

5. Ikatan Logam

6. Daya Tarikan Antara Zarah

Pengenalan
Page 2

Dalam bidang kimia,struktur bahan kimia membawa maksud keadaan jirim yang mempunyai
komposisi kimia,struktur dan ciri-ciri jirim yang tetap.Ia juga melibatkan sama ada perubahan
yang dialami oleh jirim apabila didedahkan kepada jirim lain atau perubahan keadaan fizikal
yang berlaku disekeliling jirim tersebut.

Sesuatu bahan kimia itu boleh dikelaskan kepada sama ada unsur,sebatian ataupun
campuran.Sesuatu bahan kimia merujuk kepada sesuatu jirim yang tidak boleh dibahagikan
atau diubah oleh mana-mana proses pengasingan secara fizikal tanpa memutuskan ikatan
kimianya.Ia boleh menjadi pepejal,cecair,gas ataupun plasma.Jirim ini boleh berubah dari
satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui perubahan suhu dan tekanan. Sebagai contoh
yang paling mudah,gas dan cecair adalah dua keadaan berbeza yang terbentuk daripada satu
sebatian yang sama iaitu air.Oleh itu,struktur bahan kimia ini adalah bersifat tulen. Tindak
balas kimia pula boleh mengubah sesuatu bahan kimia kepada bahan kimia lain

Pada pemahaman dan rujukan yang saya buat,untuk mendekati soalan ini,saya perlu terlebih
dahulu membincangkan perihal jenis bahan kimia organik dan bukan organik.Bahan kimia
boleh dikelaskan kepada bahan kimia organik dan bahan kimia bukan organik.Bahan kimia
organik juga dirujuk sebagai sebatian organik.Ia boleh ditakrifkan sebagai molekul-molekul
yang dibina berasaskan atom-atom karbon.Sebatian organik berasaskan karbon dan
mengandungi ikatan C-H.Secara spesifiknya,ia boleh dikatakan sebagai atom karbon yang
melekat pada atom hidrogen bersama-sama dengan pelbagai unsur dari kumpulan yang
mempunyai fungsi yang sama seperti oksigen,nitrogen,sulfur dan lain-lain lagi.Biasanya
bahan kimia organik mempunyai ikatan kovalen yang bermaksud elektronnya dikongsi antara
atom.Ciri-ciri sebeginilah yang membolehkan bahan kimia organik boleh distrukturkan dalam
pelbagai rantaian panjang dan membentuk ikatan yang sangat stabil.

TNT(trinitrotoluena) iaitu bahan letupan merupakan salah satu contoh bahan kimia organik
yang dibina atas atom-atom Karbon,Hidrogen,Oksigen dan Nitrogen.Gambarajah di bawah
ini menunjukkan struktur 2-Dimensi dan 3-Dimensi TNT. Formula bagi TNT ialah
C7H5N3O6.

Page 3

Rajah 1:Struktur 2-Dimensi TNT


Sumber:Dipetik dari laman web www.ilmukimia.org

atom Karbon

atom Oksigen
atom Hidrogen
atom Nitrogen
Rajah 2:Struktur 3-Dimensi TNT
Sumber:Dipetik dari laman http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.8073.htm

Melalui Rajah 2,dapat dilihat atom yang ditanda dengan warna hitam sebagai atom karbon
iaitu sebanyak 7 atom.atom yang ditanda dengan warna kelabu pula ialah atom hidrogen iaitu
sebanyak 5 atom,atom ditanda dengan warna biru ialah atom Nitrogen sebanyak 3 atom dan
atom yang ditanda dengan warna merah sebagai atom Oksigen sebanyak 6 atom.

Bahan kimia bukan organik pula meliputi kesemua sebatian kecuali sebatian organik.Bahan
kimia organik ini dibahagikan kepada dua kategori.Kategori pertama merujuk kepada aspek
asas bahan kimia.Antara lainnya ialah struktur atomnya,pembentukan ikatan kimia dan daya
tarikan zarah-zarahnya,kepelbagaian sifat fizikal yang dirujuk daripada jadual berkala,teori

Page 4

berkaitan asid dan bes.Bahagian kedua pula meliputi semua sifat-sifat kimia dalam setiap
unsur yang dikaji berdasarkan kumpulannya.

Ikatan Kimia

Seterusnya,aspek yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan ikatan kimia.Ikatan kimia
adalah satu proses fizikal yang menentukan interaksi antara dua atom atau molekul yang
menyebakan ikatan diatomik dan poliatomik menjadi stabil.Dalam erti kata mudah,daya
tarikan antara atom atau ion yang memegang atom atau ion bersama-sama dikenali sebagai
ikatan kimia.Semua atom kecuali gas-gas nadir dengan mudahnya terlibat dalam ikatan
kimia.

Bagaimanakah ikatan kimia boleh terbentuk?Apabila berlakunya pemindahan atau


perkongsian elektron antara atom,maka elektron-elektron dalam atom tersebut akan disusun
semula.Penyusunan semula elektron ini akan mewujudkan ikatan kimia antara atom-atom
tersebut.dalam erti kata lain,ikatan kimia adalah tarikan antara dua atau lebih atom.Ikaatan ini
boleh membentuk molekul ataupun ion.Setiap ikatan kimia yang terbentuk bergantung
kepada faktor keelektronegatifan antara atom yang membentuk ikatan tersebut.Jika perbezaan
keelektronegatifannya sangat besar maka ikatan ion akan terbnetuk dan sebaliknya,jika
keelektronegatifannya sangat kecil maka ikatan yang terbentuk adalah sama ada ikatan
kovalen atau ikatan logam.

Berdasarkan pemahaman saya,perkara seterusnya yang perlu diterangkan ialah,"mengapa


ikatan kimia ini terhasil?".Sesetengah atom wujud dalam keadaan yang tidak stabil.Setiap
atom yang tidak stabil ini akan cuba mencapai kestabilannya dengan merendahkan tenaga
keupayaan dalam atom tersebut.Satu sebatian yang lebih stabil terhasil apabila jumlah tenaga
gabungan dua atau lebih atom mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada atom yang
dipisahkan tersebut.Dengan cara membentuk ikatan dengan atom lain,maka sesuatu atom
tersebut akan mencapai kestabilannyaTenaga keupayaan dalam sesuatu atom akan
berkurangan apabila dua atom berlainan menarik antara satu sama lain.Semasa pembentukan
ikatan kimia ini,tenaga akan dibebaskan.Ia dikenali sebagai proses eksotermik.

Pada pendapat saya,bagi memberi contoh yang jelas,saya akan bandingkan antara daya
tarikan antara molekul(Van der Waals) dengan ikatan kimia.Ikatan kimia secara umumnya
Page 5

ialah ikatan yang kuat manakala daya Van der Waals adalah daya tarikan lemah antara
molekul.Dalam kes Van der Waals,tiada berlakunya penyusunan semula elektron antara atom.

Ikatan Ion

Dalam ikatan kimia,sesuatu atom boleh memindahkan atau berkongsi elektron valensnya
dengan atom lain.Sebagai contohnya,apabila satu atau lebih atom kehilangan eletronnya,dan
atom lain memperolehinya untuk membentuk gas nadir,maka ikatan ini dinamakan ikatan
ion.Ikatan ionik juga membawa maksud kewujudan daya elektrostatik antara dua ion yang
mempunyai cas yang berlawanan.Ikatan ionik terbentuk apabila berlaku pemindahan elektron
dari satu atom kepada atom yang lain.Atom yang kehilangan elektron akan membentuk
kation manakala atom yang menerima elektron akan membentuk anion.Cas-cas yang
berlawanan ini akan saling menarik dan membentuk ikatan ionik.

Secara umumnya ikatan ionik berlaku dalam kumpulan logam 1,2 dan 13 dan bukan logam
dalam kumpulan 15,16 dan 17 dalam jadual berkala seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Rajah 3:Jadual Berkala


Sumber: http://oxford-labs.com/x-ray-fluorescence/the-periodic-table/

Sebatian yang terbentuk daripada ikatan ion ini dikenali sebagai sebatian ion yang antara
lainnya

boleh larut dalam pelarut berkutub tetapi tidak larut dalam pelarut

Page 6

organik,mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi,membentuk kristal,dapat


mengkonduksikan elektrik dalam keadaan larutan akueus.

Bagi menerangkan lebih lanjut tentang ikatan ionik,saya mengambil contoh bagaimana ikatan
ionik dalam magnesium klorida terbantuk.sepertimana yang telah dijelaskan,sebatian ionik
boleh terbentuk daripada interaksi antara logam dan bukan logam.Dalam contoh
ini,Magnesium ialah dalam kumpulan logam,manakala klorin berada dalam kumpulan bukan
logam atau lebih tepat dalam kumpulan gas.

Atom magnesium mempunyai nombor proton 12.Bagi mencapai kestabilan,atom magnesium


akan mendermakan elektron pada petala paling luar.Ia boleh ditunjukkan dalam rajah di
bawah ini.

Cl

Mg

Mg 2.8.2

Cl

Cl 2.8.7
Rajah 4:Sebelum pembentukan ikatan ionik dalam magnesium klorida
Dalam rajah di atas,atom magnesium akan cenderung mendermakan elektron daripada petala
yang paling luar iaitu sebanyak dua elektron.Apabila ia mendermakan dua elektron,atom
magnesium akan mempunyai dua cas positif,Mg+,kerana ia telah kehilangan dua elektron
yang bercas negatif.Manakala,untuk klorin mencapai kestabilannya,petala luarnya yang
Page 7

mempunyai tujuh elektron akan menerima satu elektron.Untuk tujuan itu,dua atom klorin
akan bergabung dengan satu atom magnesium.

Mg

Cl

Cl

Mg 2.8
kation Magnesium

Cl 2.8.8

Cl 2.8.8

anion klorida
Rajah 5: Selepas pembentukan ikatan ionik.

Memandangkan setiap satu atom klorin menerima satu elektron daripada magnesium,maka
setiap atom klorin tersebut menjadi anion,Cliaitu atom yang bercas negatif.Oleh kerana
kedua-dua atom ini mempunyai cas yang berlawanan,maka setiap atom itu akan tertarik
antara satu sama lain.Tarikan ini ialah ikatan ionik.Ia akan membentuk sebatian ionik
Magnesium Klorida,MgCl2.
Pembentukan ikatan ionik juga boleh diterangkan dengan menggunakan "Lewis
Diagram".Satu sontoh yang paling biasa ialah Sodium Klorida,atau garam dapur yang
digunakan untuk memasak.Dalam "Lewis Diagram",hanya petala luar yang ditandakan
disekeliling simbol unsur tersebut.Ia boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.

Na

+ 1 Cl

Na+

Cl

Rajah 6 : Pembentukan ikatan ionik dalam unsur natrium klorida.


Natrium akan mendermakan satu elektron dari petala luarnya.Maka ia akan menjadi kation
natrium,Na+.Klorin pula akan menerima satu elektron dan menjadi anion klorin,Cl.Cas yang
nertentangan ini akan menghasilkan tarikan antara atom natrium dan klorin seterusnya
membentuk ikatan ionik.
Page 8

Ikatan Kovalen

Ikatan kovalen ialah ikatan yang dibentuk apabila atom-atom berkongsi elektron untuk
mencapai kestabilan konfigurasi elektron dengan.Bukan seperti ikatan ionik yang melibatkan
pemindahan elektron antara atom.Ia terbentuk antara dua atom yang mana perbezaan
keelektronegatifannya kurang daripada 1.7 pada skala Pauling.Secara umumnnya dua atom
bukan logam membentuk ikatan kovalen.

Rujukan

http://www.adichemistry.com/general/chemicalbond/introduction/chemical-bonding.html

http://lischer.wordpress.com/2009/08/21/jenis-jenis-ikatan-kimia/

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/chemical/bond.html

http://oxford-labs.com/x-ray-fluorescence/the-periodic-table/

Page 9

You might also like