You are on page 1of 4

Khutbah : Mati Satu Peringatan

.







.
!

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah
[swt], dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan
setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada mahupun di akhirat
hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah [swt].
Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali Imran :

Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat. Jika ada manusia yang cuba memisahkan antara
kehidupan dunia dan akhirat, maka pastinya dia akan hidup dengan mengikut kehendak hawa
nafsunya, kerana merasakan semua yang ada di tangannya adalah miliknya secara mutlak samada
kuasa, harta, kecantikan dan sebagainya, tanpa dia memikirkan soal balasan di akhirat sana,
sedangkan itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara dari Allah [swt]. Kesemua nikmat itu
akan disoal kembali di akhirat sana. Sebagaimana diberitahu kepada kita oleh Baginda Nabi [saw]
bahawa kita semua pasti akan disoal tentang umur kita di manakah dihabiskan, tentang tubuh badan
kita bagaimanakah dan untuk apakah kita menggunakannya, tentang harta kita, dari mana kita
perolehi dan ke mana pula kita membelanjakannya, dan tentang ilmu kita, adakah kita telah beramal
dengan ilmu yang kita pelajari atau sebaliknya.

Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal, malah pasti akan menemui saat kematian,
maka sepatutnya peringatan ini mengetuk setiap pintu hati kita supaya segera kembali bertaubat
kepada Allah [swt], dan lebih bersungguh-sungguh dalam menambah bekalan pahalan ke akhirat,

disamping kita menjauhi dosa dan maksiat terhadap Allah. Al-Imam Al-Ghazali [rh] membahagikan
manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi kematian, iaitu;

[1] Al-Munhamik [ ] , iaitu orang yang tenggelam di dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia.
Mereka tidak ingat kematian dan enggan untuk diperingatkan mengenai kematian. Golongan seperti
ini tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian, bahkan hidup mereka terus
bergelumang dengan dosa dan maksiat.
[2] At-Tib [ ] , iaitu golongan yang bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah [swt],
dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya untuk beramal dan mempersiapkan
bekalan menuju akhirat.

[3] Al-rif [ ] , iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah [swt].
Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian, kerana kematian
bagi mereka adalah pertemuan dengan Allah [swt] Tuhan yang sangat mereka rindui.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh Allah [swt] kepada kita semua untuk menyedarkan
kita. Di antara bentuk peringatan dan amaran dari Allah ialah kematian yang berlaku di sekeliling kita
daripada kalangan sanak-saudara dan sahabat handai, di mana kita sebagai calon kematian
seterusnya, hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat `Izrail menjalankan tugasnya untuk
mencabut nyawa kita pula. Seandainya kita sentiasa memperingatkan diri kita tentang kematian
yang dijanjikan ini, nescaya kita akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan amal ibadah
menanti saat `Izrail datang menjemput kita. Ditanya akan Rasulallah [saw],

.
:




Yang bermaksud : Yang manakah sekalian orang beriman yang cerdik ya Rasulallah?, lalu
bersabda Nabi [saw], Orang beriman yang cerdik ialah mereka yang banyak mengingati akan
kematian, dan cukup pula persediaan mereka itu untuk menghadpi kehidupan selepas daripada
kematian ( iaitu akhirat ), mereka itulah orang-orang yang cerdik.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Di antara punca manusia mudah dilalaikan oleh kehidupan dunia ialah panjang angan-angannya,
iaitu dia merasakan bahawa dia akan hidup lama lagi di dunia ini. Maka dia tidak berebut-rebut
untuk melakukan amal kebajikan, dan tidak bersegera kembali bertaubat kepada Allah [swt]. Sebagai
contoh panjang angan-angan ialah, apabila masuknya waktu solat sebagai contoh, maka dia tidak
bersegera untuk mendirikan solat tersebut. Bahkan kadang-kadang ditangguhnya solat itu hingga ke
penghujung waktu kerana pada sangkaannya dia akan hidup lebih lama lagi. Sedangkan kematian
boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Akhirnya dia mati dalam keadaan tidak sempat untuk
beramal ibadah, dan bertaubat kepada Allah [swt]. Manakala pendek angan-angan pula adalah satu
kelakuan yang dipuji oleh agama kita, kerana ia menjadi sebab bagi kita untuk sentiasa bersiap sedia
dengan amal untuk dibawa pulang ke akhirat sana. Diceritakan daripada Mu`az bin Jabal [ra] bahawa
berkata ia;

Tidak melangkah aku akan satu langkah, melainkan aku merasakan dan menyangka bahawa itu
adalah langkahku yang terakhir.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita sedarkan diri kita semua, hadirkanlah diri kita ke majlis-majlis ilmu tidak kira
di mana sahaja. Tambahlah ilmu agama di dalam dada kita. Perbetulkan amal ibadah kita yang
selama ini mungkin ada yang tidak betul. Peruntukanlah masa kita untuk hadirkan diri ke masjid dan
surau, bersolat berjamaah, duduk di dalam majlis ilmu. Bukan masanya lagi untuk kita berseronok
dan lalai hingga kadang-kadang ada di kalangan kita yang mati dalam keadaan jahil agama,
.

Firman Allah [swt] pada ayat yang ke 81, dalam surah al-Jumuah;


Yang bermaksud : Katakanlah [wahai Muhammad], Sesungguhnya kematian yang kamu lari
daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu jua, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada [Allah] Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia [Allah]
memberitahu kepada kamu akan apa yang telah kamu kerjakan [ketika hidup kamu di dunia
dahulu].

Khutbah Kedua

.
.
.

.
! .
.
.


AMMAAAAW AAARAA A UA AARAM UAHAA LAAWA UAMAL'AW

HASAAA

.
:
.



.
.

.
.

You might also like