You are on page 1of 1

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Pendaftaran Tingkatan Satu dan Peralihan SMK Convent, Muar Tahun 2016 pada
hari yang berbahagia ini.
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami
akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada
dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar
yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah
kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan
prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang
wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar
yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

You might also like