You are on page 1of 1

LA/SKTU/RPH/KH2/M9 2010

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


SK TABUAN ULU
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kelas : 2 Syukur
(Akal 2, ADHD 2, Autisme 2, Cerebral Palsy 1)
Jumlah Murid : 6 orang
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tarikh : 02 Mac / 04 Mac 2010 Hari : Selasa-Khamis
Masa : 10.30 am-11.30 am / 09.00 am-10.00 am
Tajuk : Masakan

Kemahiran : 1.4 Mengamalkan Kebersihan

1.4.1 Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:


Mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas makan.

Penerapan Nilai : Kebersihan diri dan kerajinan.


Terapi : Terapi cara kerja.
Aktiviti : Mengamalkan langkah-langkah keselamatan
a. Guru memperkenalkan alatan yang digunakan untuk
membasuh tangan.
b. Guru menunjukkan cara membasuh tangan dengan
betul.
c. Guru membimbing murid secara individu dan
berkumpulan.
d. Murid mencuci tangan tanpa bantuan guru.

BBM : Lagu mencuci tangan, air paip, sabun dan kain.

Rujukan : Huraian SP- KH Pend. Khas

Refleksi

Murid diberi latihan mencuci tangan secara individu. Evelyn Ho Xin sukar untuk diberi
bimbingan kerana kerap bergerak tanpa tujuan. Jason masih tidak datang ke sekolah pada
hari ini. Matlamat tercapai 90 peratus kerana hanya seorang murid tidak dapat diberi latihan.

You might also like