You are on page 1of 4

Maklumat Ikan Hiasan::.

IKAN HIASAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan
lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring
dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri
di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa
ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat
makan , jantina dan gaya berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN


Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju
ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti
pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori.
Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi
permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan
dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan
pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi,
kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang.
Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza
mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia
juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai
kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam
memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada
pemelihara ikan hiasan.
Jenis-jenis ikan hiasan

a.Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemarpenggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies
ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu


seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
jenis ikan hiasan
bilangan ikan hiasan
saiz ikan hiasan
saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai


digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.
Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu
menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti
berikut :

Alternanthera spp.
Bacopa spp.
Anubias spp.
Lobelia spp.
Sumatra fern spp.
Java fern spp

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan


sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi

adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan
cantik sepanjang masa.

Langkah-langkah menyediakan akuarium

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkahlangkah berikut
perlu di ikuti ;

bersihkan bekas terlebih dahulu


pasangkan penapis
masukkan pasir
masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
masukkan aksesori yang dikehendaki
masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
masukkan ikan hiasan .

Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam


bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya


penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya
lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan
ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling
baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran
tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara
kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan
hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan
memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan


yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori
yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya
kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini
terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu
memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada


minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah
memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

You might also like