You are on page 1of 4

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA BURUNG MERBUK

Menentukan jantina burung merbuk adalah sesuatu yang sangat sukar. walau bagaimanapun
beberapa petua yang diamalkan oleh orang orang lama bolehlah diambil sebagai pedoman.
1. Kaedah yang pertama
Kaedah yang pertama ialah dengan mendengar suaranya. kebiasaannya suara burung jantan
adalah lebih jelas dan lantang dari burung betina. Kadang-kadang terdapat juga burung betina
yang berbunyi seperti jantan tetapi ianya sangat jarang berlaku. lagi satu.bilangan patah bunyi
burung betina tidaklah sebanyak bunyi burung jantan.
2. Kaedah kedua
Kaedah yang kedua ialah dengan melihat susuk badan. Susuk badan burung betina lebih
pendek dan bulat berbanding dengan burung jantan yang lebih panjang. Leher burung betina
lebih kecil dari burung jantan dan warna putih keabuan pada kepala burung jantan adalah lebih
banyak melebihi separuh keluasan kepala berbanding burung betina.
3. Kaedah ketiga
Kaedah yang ketiga ialah dengan memegang burung secara meletakkan kepala dicelah antara
dua jari dan terbalikkan ia. Burung jantan akan mengembangkan ekor berbanding dengan
burung betina.
4. Kaedah keempat
Kaedah keempat ialah memegang burung, mengangkat dan meletakkannya pada jari pada
sebelah tangan lain. Burung jantan akan cuba mengenggam dengan cepat dan kuat berbanding
burung betina yang agak lambat dan cengkaman yang lemah.
MENJODOHKAN BURUNG MERBUK
Burung merbuk mula matang pada umur 5 hingga 6 bulan. Pada ketika ini kita bolehlah
memasukkannya kedalam kandang ternak. Pada usia sebegini adalah lebih senang untuk
memasangkannya berbanding dengan usia burung yang lebih tua.
Memasngkan burung merbuk bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia boleh melibatkan
kematian pada burung betina kerana dipatuk atau dipukul oleh burung jantan. terdapat
beberapa kaedah yang boleh dilakukan.
1. Kaedah pertama
Burung betina dan jantan yang hendak dipadankan dimasukkan kedalam sangkar berasingan
dan diletakkan berdekatan untuk tempoh beberapa waktu (paling kurang 2 minggu) supaya
mereka saling mengenali.
Apabila dilihat kedua dua burung sudah berbaik dan bersedia untuk mengawan barulah kedua-

duanya dimasukkan kedalam reban atau kandang ternak. Cara ini agak lambat dan memakan
masa dan belum tentu menjamin kejayaan.
2. Kaedah kedua
Burung betina dan jantan yang telah dipilih dimasukkan kedalam kandang, kemudian
dimasukkan tandan kelapa kering disandarkan dalam reban supaya boleh dijadikan tempat
persembunyian oleh burung betina apabila dikejar oleh burung jantan. Cara ini biasanya
diamalkan oleh orang =orang lama.
3. Kaedah ketiga
Sayap burung jantan diikat beberapa helai dengan getah untuk melambatkan pergerakkannya
apabila mengejar burung betina.

Dengan cara ini burung betina dapat menyelamatkan diri apabila dikejar oleh burung jantan.
Ikatan perlulah dibuat dengan betul supaya getah tidak tertanggal. Walau bagaimanapun
pasangan ini perlu dipantau bagi memastikan getah tidak tertanggal. Keburukan cara ini ialah
ianya boleh merosakkan sayap burung jantan tetapi sangat berkesan dan cepat.

4. Kaedah keempat
Kedua-dua sayap burung jantan digunting sedikit dengan tujuan untuk melambatkan
pergerakkannya apabila terbang semasa mengejar burung betina. cara ini jarang digunakan
kerana tuan burung merasa sayang untuk menggunting sayapnya. Cara ini adalah sangat
berkesan dan paling selamat berbanding dengan ikatan getah yang berkemungkinan boleh
tercabut.
Pasangan burung yang baru dijodohkan hendaklah sentiasa dipantau bagi menjamin
keselamatan burung betina. Kematian disebabkan oleh patukan burung jantan boleh berlaku
dalam masa sehari sahaja.

KATEGORI SUARA BURUNG MERBUK TANDING


Suara burung merbuk boleh dikelaskan kepada suara A, B dan C. Suara A melibatkan burung
yang bersuara garau dan kasar (suara base), suara B ialah suara peringkat pertengahan dan
suara C bagi burung yang memiliki suara nyaring. Harga sesekor burung merbuk bukanlah
terletak kepada kategori tetapi kepada mutu suara yang dihasilkannya.

KRITERIA SUARA MERBUK TANDING


Kualiti suara burung merbuk tanding boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
suara depan, suara tengah, suara hujung, air-suara dan irama atau melodi.
Air Suara
Air suara merupakan kelantangan bunyi suara yang dihasilkan. Suara burung yang lantang dan
stabil merupakan yang terbaik.

Suara Hadapan
Suara hadapan yang baik ialah suara depan panjang mengalun atau menjerit seperti melempar
(klauu..uu, wauu..uu ) sebaliknya suara depan yang tarikannya pendek adalah kurang baik.
Suara Tengah
Ketukan suara tengah harus jelas terkesan suara tersebut terpotong-potong antara satu
ketukan dengan ketukan yang lain. Pada masa ini ketukan yang panjang menjadi kesukaan,
minimum 4 ketukan. Tetapi yang paling penting bunyi ketukan mestilah jelas kedengaran.

Suara Hujung/Kung
Surara hujung adalah suara akhir suara burung merbuk. Suara hujung atau kung yang baik
adalah suara yang menggaung panjang mantap dengan nada gema menaik. Trend sekarang
ialah burung yang mempunyai suara hujung yang menggelunsur (Tolak) yang panjang.

Irama
Irama yang di maksudkan adalah keserasian antara suara depan suara tengah dan suara
belakang. Irama boleh diibaratkan sebagai melodi dalam sesebuah lagu. Irama yang indah
menjadikannya sedap di dengar hingga rasanya ingin mendengar berulang kali.

Ciri-Ciri Yang Mesti Ada Pada Burung Merbuk Untuk Pertandingan

Dari segi pengamatan saya, ciri-ciri yang diperlukan adalah berbeza menurut kawasan
pertandingan. Jika dipantai timur, Ciiri-ciri berikut adalah sangat penting untuk di beri
perhatian:
a) Mutu Suara
b) Rajin

Ini adalah kerana disebelah Pantai timur masa pertandingan adalah singkat dan pengadil
mengadili kesemua burung secara serentak. Jika seseekor burung itu bersuara merdu,
walaupun tidak rajin tetapi semua pengadil dapat mendengarnya maka ia berpeluang untuk
menjadi johan.

Ia adalah amat berbeza dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka
dan Johor dimana pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan. Ciri-ciri berikut adalah sangat
penting:

a) Rajin
b) Suara

Keadaan disini adalah amat berbeza kerana sekiranya seseekor burung itu bersuara merdu
tetapi berbunyi tidak cukup pusingan maka ia akan kalah kepada burung yang bersuara kurang
merdu tetapi berbunyi 4 pusingan penuh.
1.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan bapa saudara saya Ahmad 013 6133356

You might also like