You are on page 1of 4

ELEMEN 1

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina
iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan
perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri.
Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji
teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti
Mongol.

Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Tanglung- tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai
dengan pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas itu,
kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.

Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini.Kuih Bulan yang dibuat
bagi hari ini adalah melambangkan kesepakatan, kerana bentuknya yang bulat.Biasanya ia diisi
dengan inti kacang merah, kacang hitam atau kacang soya.Manakala tanglung bagi memeriahkan
perayaan ini terdapat dalam pelbai bentuk, seperti naga, rama-rama, arnab, ketam dan
sebagainya.Bentuk -bentuk ini bagi masyarakat Cina akan memberi tuah kepada mereka. Di
Malaysia, kemeriahan ini dapat dirasai jika kita berkunjung ke Petaling Street pada malam itu.
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran,
di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan
yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".

You might also like