You are on page 1of 6

HBEF 2803

Professional Development

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


____________________________________________________________
HBEF 2803
PROFESSIONAL DEVELOPMENT
TUGASAN TIA 3
_____________________________________________________________
NAMA

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

NO MATRIK

791206135060001

NO KAD PENGENALAN

791206-13-5060

NO TELEFON

019-8915001

E-MEL

noridah612@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER

SEPTEMBER 2014

JURNAL REFLEKTIF
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

HBEF 2803
Professional Development

PROGRAM KITAR SEMULA SJK CHUNG HUA NO 2


OBJEKTIF:
1) Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula.
2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah.
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar.
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula.
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk
menjalankan aktiviti kitar semula.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada
semua murid semasa perhimpunan pagi.
2) Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalahrisalah tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3) Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul
bahan-bahan kitar semula terbanyak dan berkesan.
4) Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat
secara aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini.
5) Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.
6) Dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut kumpulan yang betul
misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7) Menghubungi agensi-agensi swasta berkaitan untuk mengumpul semua bahan
kitar semula yang berjaya dikumpul oleh murid-murid di setiap kelas.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

HBEF 2803
Professional Development

KATEGORI PENGASINGAN:
Tong warna BIRU

- untuk menyimpan kertas

Tong warna COKLAT

- untuk menyimpan kaca

Tong warna JINGGA

- untuk menyimpan tin aluminium & plastik

JURNAL REFLEKTIF :
1)Kekuatan Projek/ Aktiviti:
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Program Kitar
Semula dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran murid-muridtentang kepentingan
mengekalkan keindahan alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Program Kitar Semula
kali ini berpeluang mengurangkan bahan-bahan buangan pepejal (solid waste), mendidik
murid-murid tentang cara yang betul untuk membuang sampah dan menanamkan sikap
kepimpinan dan tanggungjawab antara murid murid. Melalui taklimat ringkas yang
diberi kepada murid-murid dapat membantu mereka memahami dengan lebih jelas
berkaitandengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan mengenali bahanbahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu,kami
menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untuk membezakan kumpulan
bahan-bahan kitar semula misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium. Murid-murid
juga sedar akan kepentingan kitar semula seperti mengurangkan pencemaran, menambah
pendapatan dan memupuk sikap jimat-cermat.melalui risalah yang diberikan kepada
setiap kelas. Mereka juga menggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam
pertandingan rekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitiktolak daripada manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahami tujuan
Program Kitar Semula yang diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk
menjayakannya.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

HBEF 2803
Professional Development

Seperti yang diketahui, tajuk kitar semula memang dimasukkan dalamsukatan


matapelajaran Sains Tahun Empat. Dengan melaksanakan program kitar semula, sekolah
mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif ataupun dikenali sebagai hands-on
learning environment di mana murid dapat melatih dan meningkatkan sikap
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga menjadi rakyat yang mempunyai
perilaku mulia dengan mengurangkan penggunaan sumber. Sementara itu, kami juga
menganjurkan pertandingan Pengumpulan Bahan-bahan Kitar Semula antara kelas
dengan menyediakan ganjaran kepada kelas yang berjaya mengumpul bahan kitar semula
terbanyak. Pertandingan ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kepimpinan
dankerjasama murid-murid dimana ketua kelas akan membahagikan kerja kepada murid
lain supaya mengumpul bahan-bahan terpakai yang berlainan kategori untuk kelas
masing-masing. Melalui pemerhatian saya selama 2 minggu ini, penglibatan murid dalam
program ini adalah sangat aktif kerana mereka sanggup mengumpul semua botol-botol
plastik atau tin-tin aluminium walaupun di luar kawasan sekolah. Hal ini menunjukkan
murid-murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah
merata-rata tempat sesuka hati dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi
untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan
menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.

2)Kelemahan Projek/ Aktiviti:


Apa yang difahami oleh murid dalam dua minggu ini adalah bahan-bahan yang boleh
dikitar semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka menang dalam
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

HBEF 2803
Professional Development

pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula. Oleh itu, murid-murid telah membawa
semua suratkhabar lama,kertas-kertas bercetak, botol plastik dan sebagainya ke kelas
masing masing untuk memenuhkan plastik kitar semula yang diberi kepada setiap kelas.
Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh
semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini kami hanya sempat menyampaikan
maklumat asas tentang kitar semula kepada murid-murid dimana aktiviti ini sebenarnya
perlu diteruskan pada jangka masa yang panjang dan dimana-mana jua anda berada.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang Berjaya
menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara
berkesan. Pertandingan yang diadakan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan
bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar. Kini sudah tiba
masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan
usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti
kupon diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang
banyak menyumbang demi menjayakan program kitar semula. Aktiviti pengumpulan
bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat setiap warga sekolah dengan
menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat
membuang sampah mengikut kategori yang sesuai dan mengurangkan pencemaran di
sekitar sekolah. Selain itu, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kantin sekolah agar
mengelakkan penggunaan plastik atau polisterin dan menyeru murid-murid membawa
bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air. Maklumat berkaitan dengan kitar
semula seperti pengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan sebagainya
harus ditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah dari
semasa ke semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai oleh semua warga
sekolah bersama-sama agar mendapat sambutan yang baik dan berjaya.
KESIMPULAN:

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

HBEF 2803
Professional Development

Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar


semula dan diguna semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkan kitar semula
merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar,sebagai menyahut seruan
kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada
orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan muridmurid sekolah ini, Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah untuk
memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat.
Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia
menjadi sebahagian hidup anda.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

You might also like