You are on page 1of 7

Kelab merujuk kepada satu kumpulan yang mempunyi struktur tersusun,mempunyai

perlembagaan,ada peraturan dan mempunyai barisan pemimpin yang di ketuai oleh guru serta
di anggotai oleh murid.Biasanya,kelab-kelab ini mengumpulkan murid mengikut
minat,kegemaran,hasrat dan kecenderungan yang sama.
Kelab Doktor Muda walaupun merupakan sebuah kelab yang agak baru namun ia juga
mempunyai matlamat yang sama sepertimana kelab-kelab yang telah lama ditubuhkan.
Kelab Doktor Muda mempunyai keahlian di antara murid tahun 4,5 dan 6 di sekolah
rendah.Mereka ini dipilih di kalangan murid berminat,sihat,kemas,berpersonaliti
menarik,memiliki sifat seorang pemimpin,bertanggungjawab,berpengaruh,suka menolong
dan cemerlang dari segi akademik.Mereka lebih berperanan sebagai pemangkin kepada
rakan-rakan sebaya dalam menerapkan sikap dan amalan kesihatan yang positif.
Serba sedikit tentang sejarah penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah rendah telah
bermula seawal tahun 1989 lagi.Program ini banyak menampakkan impak yang positif dalam
memupuk kesedaran kesihatan asas di kalangan murid sekolah.Pada tahun 2006,Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menerima kelab ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di
sekolah rendah dengan di beri nama rasmi Kelab Doktor Muda.
Namun,bukan semua sekolah menubuhkan kelab ini kerana tiada pekeliling yang
mewajibkan setiap sekolah menubuhkannya.Di sekolah tempat saya bertugas pun,Kelab
Doktor Muda hanya ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah pimpinan guru besar baru
En,Vijayabalan Subramaniam.Ini atas kerjasama dengan SK.St.Mary Convent yang banyak
membantu mempromosikan kelab ini di sekolah tempat saya berrugas,SK.St.Mary Town.
Pada 9 November 2012 iaitu hari Jumaat,bersamaan hari terakhir persekolahan tahun
tersebut,satu program iaitu Program Jom Ronda telah dijalankan di tempat saya bertugas.Satu
rakaman yang berkaitan dengan pemeriksaan mata telah dilakukan di bilik Doktor Muda
SK.St.Mary Town.Menurut penerbit rakaman tersebut,rakaman akan di siarkan di TV3 pada
tahun ini.
Melalui surat bertarikh 23 Mei 2012,dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah
Kementerian Pelajaran Malaysia(Operasi Pendidikan),permohonan Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk mewartakan tarikh 1 hingga 7 julai setiap tahun sebagai Minggu Sihat Doktor
Muda di seluruh Malaysia telah diluluskan.

TUJUAN
1.Kelab doktor Muda di sekolah rendah bertujuan untuk membentuk tingkahlaku kesihatan
yang baik di kalangan murid.Bagi tujuan ini beberapa langkah dilakukan untuk meningkatkan
kemahiran asas murid-murid agar mereka dapat :i.
Mengamalkan cara hidup sihat di kalangan ahli kelab
ii.
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota
keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
iii.
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti
kesihatan di sekolah.
2.Menggalakkan ibu bapa atau penjanga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan
anak-anak.
3.Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan
kesihatan pelajar.
4.Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam
menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

SENARAI AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN


BIL

AKTIVITI

TARIKH

01

Pemeriksaan berkala di kawasan sekolah Setiap hari Isnin


seperti di :sepanjang
tempoh
i.kantin sekolah
persekolahan
ii.longkang/parit sekolah
setahun
iii.pasu atau kolam ikan sekolah

02

Demonstrasi Mencuci Tangan

Februari
(minggu
pertama)

CATATAN
Catatan di rekod
dalam buku catatan
mengikut
giliran
bertugas.

BIL

AKTIVITI/PERTANDINGAN

TARIKH

CATATAN

03

Ceramah Kesihatan

Setiap
Sasaran hanya murid
bulan,minggu
tahap 2.
pertama semasa
perhimpunan

04

Membantu guru kelas merekod berat,tinggi Februari


dan penglihatan di dalam Buku Rekod
Kesihatan.

Semua ahli terlibat

05

Pertandingan Melukis Poster Kesihatan

Mac

Terbuka
kepada
semua murid tahap 2

06

Minggu Sihat Doktor Muda

Julai

KELEBIHAN/MANFAAT AKTIVITI
BIL
01

AKTIVITI
Pemeriksaan kawasan sekolah

KELEBIHAN/MANFAAT
-menjamin bahawa kawasan sekolah
bebas daripada tempat pembiakan
nyamuk
memandangkan
kawasan
bandar merupakan kawasan berisiko.
-memberi pengalaman kepada murid
untuk menjalankan sendiri pemeriksaan
agar mereka boleh menerapkan
kesedaran di kalangan masyarakat
terutamanya di rumah.

02

Demonstrasi Mencuci Tangan

-mendidik murid cara yang betul


membasuh tangan terutamanya sebelum
mengambil makanan.

BIL
03

AKTIVITI
Ceramah Kesihatan

KELEBIHAN/MANFAAT
-memberi peluang kepada murid
menunjukkan keupayaan berkomunikasi
di
khalayak
ramai
dalam
menyampaikan maklumat
-membina keyakinan diri

04

Mengisi Buku Rekod Kesihatan

-meringankan beban tugas guru kelas

05

Pertandingan Melukis Poster

-memberi peluang murid meluahkan


kreativiti mereka dalam memupuk
kesedaran kesihatan

06

Minggu Sihat Doktor Muda

-menerapkan amalan kesihatan asas di


kalangan murid dan juga isi-isu semasa
tentang kesihatan
-memberi peluang kepada murid
melaksanakan program yang melibatkan
ramai peserta.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


Peraturan
1.Lukisan mesti berkaitan dengan isu berikut:i.Masalah Kegemukan di kalangan murid sekolah

Murid Tahun 6

i.Kesan Buruk Merokok

Murid Tahun 5

iii.Kesedaran tentang penyakit Denggi/Malaria

Murid Tahun 4

2.Warna yang boleh digunakan ialah:i.Krayon

ii.Pensel Warna
iii.Warna Air
3.Masa yang diperuntukan ialah 2 jam sahaja.
4.Pemarkahan berdasarkan kriteria berikut :i.Kekemasan
ii.keaslian Idea/Ubahsuai Idea
iii.Mesej yang disampaikan

CABARAN PELAKSANAAN AKTIVITI


1.Masa
Pelaksanaan aktiviti yang dirancang perlu mengambil kira aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab,persatuan dan unit beruniform di sekolah.Setakat ini Kelab Rukun Negara,Kelab
Kebudayaan,Kelab Seni Visual,Persatuan Matematik,Sains,Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris,Agama Islam,Unit Beruniform Pengakap,PBSM,TKRS,masing-masing mempunyai
perancangan sepanjang tahun.
Saya perlu mencari masa yang sesuai agar aktiviti yang dilaksanakan dapat memenuhi
objektif pertandingan.Pada masa yang sama juga,sekolah tempat saya bertugas melaksanakan
pelbagai aktiviti lain sepaerti aktiviti Persatuan IbuBapa dan Guru seperti jogathon dan
sukaneka.Ini tidak termasuk dengan ujian wajib setiap bulan yang perlu dilaksanakan
2.Sumber Kewangan
Sekolah tempat saya bertugas iaitu sekolah mubaligh.Kami kurang sumber kewangan dalam
menjalankan aktiviti kelab.Kekangan sumber kewangan sedikit sebanyak menghadkan
pelaksanaan aktiviti berbentuk pertandingan yang memerlukan penggunaan wang dalam
menyediakan bahan dan hadiah.
3.Penglibatan
Penglibatan murid adalah terbahagi mengikut kelab dan persatuan lain.Bilangan ahli Kelab
Doktor Muda seramai 40 orang kurang sesuai dalam menyokong aktiviti berbentuk
pertandingan.Kemeriahan merupakan satu aspek yang penting dalam menjayakan sesuatu
pertandingan supaya peserta berasa seronok bersaing sesama mereka.
Pada masa yang sama juga hanya 2 orang guru yang mengendalikan Kelab Doktor
Muda.Bilangan ini agak kurang efektif dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan ramai
peserta.
4.Kelengkapan

Semua ahli kelab belum memiliki "white coat" doktor muda.Bagi menyiapkan kelengkapan
pakaian tersebut kos sebanyak RM54.00 bagi baju dan RM15.00 lagi megi menyulam logo
dan nama.Majoriti murid di sekolah ini mempunyai latar belakang dengan pendapatan
keluarga yang rendah.Semasa rakaman Program Jom Ronda Doktor Muda tahun lalu pihak
sekolah menyediakan sendiri kelengkapan kepada hanya 10 orang murid.

GAMBAR AKTIVITI RAKAMAN PROGRAM JOM RONDA DOKTOR MUDA 2012

Sekian

You might also like