You are on page 1of 4

Burung Tiong Batu adalah salah satu daripadahaiwan yang boleh didapati di Malaysia.

Nama
sainsnya ialah Eurystomus orientalis.[1] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang
digambarkan olehWilliam Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [2]

Spesies kecil E. o. solomonensis(hadapan), gambaran oleh John Gerrard Keulemans, 1892

Dua ekor burung Tiong Batu, Rush Creek, SE Queensland, Australia

Isi kandungan
[sorokkan]

1Ciri-ciri

2Makanan

3Pembiakan

4Habitat

5Pelbagai gambar dan pelepah

6Rujukan

7Pautan luar

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Burung Tiong Batu ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam :haiwan,
filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Tiong Batu
adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh
Burung Tiong Batu tidak bergigi.
Burung Tiong Batu termasuk dalam keluarga "roller", dan memiliki tompok biru bulat pada sayapnya.
Ia sepanjang sehingga 30 cm, dan terdapat di timur Asia dari utara Australiasehingga
kepulauan Jepun. Di Malaysia dan Singapura, terdapat dua kategori burung Tiong Batu, iaitu
tempatan dan burung berhijrah dari utara semasa musim sejuk. Semasa musim sejuk, ia boleh
dijumpai bersama burung Tiong Batu berhijrah yang banyak (Wang & Hails 2007).
Burung Tiong Batu lebih biasa dilihat pada bulan November hingga Januari, kemungkinannya
tambahan burung berhijrah musim sejuk, kebanyakannya merupakan burung muda.
Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar dalam koleksi
gambar haiwan di Tanah Melayu. [3]

Makanan[sunting | sunting sumber]


Burung ini merupakan pemakan serangga dan gemar kumbang dan sering menangkap mangsanya
semasa terbang. Burung muda memiliki paruh lebih gelap yang bertukar merah-bata ketika matang.
Ia sering dilihat sebagai burung tunggal dengan bayangan tersendiri pada cabang pokok tinggi di
mana ia memburu serangga, dan kembali bertenggek ketempat yang sama selepas beberapa saat.
Ia makan serangga besar seperti belalang, belalang juta, mentadak, rama-rama, riang-riang,
mengkarung, anai-anai, dan sejumlah besar kumbang, termasuk kumbang busuk ("pentatomid
stinkbugs").

Pembiakan[sunting | sunting sumber]


Burung Tiong Batu membiak dengan bertelur. Telur Burung Tiong Batu bercengkerang keras.
Burung Tiong Batu bersarang dalam lubang semulajadi antara 10 hingga 15 meter tinggi dari aras

tanah, sering kali menggunakan lubang sarang belatuk lama. Ia turut bersarang dalam lopong di
puncak pokok palma/kelapa yang mati (Cheah 2006). Burung Tiong Batu mengamalkan teknik
menarik dan terbang bergaya, terbang menegak keudara sebelum menjunam tajam ke bawah,
berteriak dengan kuat dan berayun ke kiri dan kanan ketika ia terbang berkeliling dan menjunam
selama beberapa minit setiap kali (Ali & Ripley 1970).
Pasangan Tiong Batu cenderung amat agresif semasa musim membiak dan sedia bertempur
dengan spesies lain bagi mendapatkan penguasaan lubang sarang berpotensi (Amar-Singh 2009).
Kedua jantina giat mempertahankan jajahan mereka, terbang berkeliling jauh dari tapak sarang,
sedia untuk menghalau spesies lain (Chan 2006), termasuk burung lebih besar yang menghampiri
tapak sarang mereka.
Sarang Tiong Batu biasanya tidak berlapik, di mana ia bertelur dua hingga tiga telor berkilat dan
agak bulat, bersaiz 34 x 29 mm (Smythies 1968). Kedua keluarga membantu mengeramkan telor,
selama antara 18 hingga 23 hari, dan berkongsi tugas keluarga bagi menjaga anak-anaknya,
memberi makan serangga, yang termasuk kumbang perisai ("Cantau ocellatus") (Wong 2008). Anak
burung Tiong Batu kekal dalam sarang selama tiga hingga empat minggu tetapi bergantung pada ibi
bapanya selama beberapa minggu selepas belajar terbang.
Musim mengawan di Singapura direkodkan antara bulan April dan awal bulan Mei. Di negeri Perak,
satu sarang dijumpai pada bulan February, dalam lubang tiga puluh kaki pada lubang di
puncakpokok Nibong yang mati, dan pada 1 April terdapat dua anak burung dalam lubang
pada pokok Perepat ("Sonneratia alba") (Robinson & Chasen 1939).

Habitat[sunting | sunting sumber]


Burung Tiong Batu pada asasnya merupakan burung pinggir hutan, kawasan hutan terbuka, atau
kawasan terbuka, di mana ia dapat mencapai tempat tinggi untuk memburu serangga. Ia tersebar
luas di kawasan tanah rendah, terdapat kebanyakannya di kawasan hutan terbuka, hutan paya,
ladang dan kebun, sehingga 1,200 m pada sebahagian julat jajahannya. Ia sering dapat dilihat
dengan jelas bertenggek jauh tinggi terdedah pada dahan botak pokok tinggi atau tunggul kayu mati,
dari mana ia akan melayang dan menjunam mengejar serangga, biasanya kembali ke dahan yang
sama selepas memburu. Sungguhpun ia kadang-kala mendarat ke tanah bagi menangkap cicak
atau serangga besar, burung Tiong Batu menghabiskan kebanyak masa mereka di udara,
menangkap kebanyakan mangsa mereka sambil terbang. Ia terbang dengan mudah dan gemalai,
dengan beberapa kibaran sayap dan meluncur jauh, berpaling dan berpusing sambil memburu
mangsanya.
Sungguhpun jarang terdapat di kawasan bandar, ia biasanya bertenggek pada tiang telefon atau
tiang eletrik sepanjang jalan terbuka, biasanya bersendirian, sering kali dengan individu yang lain
berselang sepanjang jalan pada jarak agak sekata. Ia tidak cuba mencari tempat berteduh semasa

tengahari, kekal lembab sambil bertenggek, sekali-sekala terbang memburu mangsa yang
dilihatnya. Ia lebih aktif pada awal pagi, dan lebih aktif pada lewat petang, di mana ia boleh dilihat
terbang melampaui pucuk pokok atau kawasan hutan terbuka, memburu serangga, dan aktiviti ini
berterusan sehingga mahgrib, malah kadang-kala turut terbang bersama pungguk "nightjars".
Sebanyak tiga puluh sehingga empat puluh burung Tiong Batu pernah dilihat berkelompok sekeliling
kawanan anai-anai dan, di Sarawak, bagi memburu serangga yang lari dari amalan pertanian tebas
dan bakar. Ia sering dijauhi oleh burung lebih kecil, kemungkinannya kerana gaya terbangnya yang
pantas dan sayapnya yang lebih panjang menyerupai burung pemangsa.

You might also like