You are on page 1of 5

SYEIKH HAMZAH AL-FANSURI

Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus pada sekitar abad ke-16 tetapi tarikh lahir
tepat

beliau tidak dapat ditentukan dengan pasti. Tempat kelahiran Hamzah Fansuri

merupakan

sebuah

kampung

yang

terletak

di

antara

Kota

Singkel

dengan

GosongTelaga(Aceh Selatan). Kampung fansur juga dikenali sebagai pusat pendidikan Islam
pada masa pemerintahan kerajaan Aceh
Ibubapa Hamzah telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Kehidupannya yang sempit
ini telah mendorong beliau untuk mengembara dari sebuah negeri ke negeri lain seperti
Banten, Tanah Jawa, Semenanjung sambil berdagang. Sewaktu beliau mengembara, beliau
telah mempelajari pelbagai ilmu pelbagaisumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah alFansuri telah belajar berbagai-bagai ilmudalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di
Aceh, beliau juga telah mengembara kepelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa
Barat).Sumber lain juga menyatakanbahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah
Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah
al-Fansuri sangat mahir dalamilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah,
sastera dan lain-lain.

Syeikh Hamzah Fansuri merupakan seorang pengkarya yang sangat terkenal dan
terkemuka kerana puisi-puisi yang

dihasilkan oleh beliau sangat bermakna dan

mengagumkan. Kebanyakan syair-syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri adalah dalam
bahasa Melayu, antaranya ialah sajak empat baris yang memiliki pola bunyi akhiran pada
setiap baris.
Ciri-ciri sajak Hamzah Fansuri yang menonjol menjadikan kebanyakan sajaknya
menjadi puisi Melayu Klasik. Antara ciri-ciri yang menjadikan karya Hamzah Fansuri
menonjol ialah, penggunaan ayat-ayat suci Al-quran, penggunaan istilah-istilah Arab,
penggunaan pepatah dan sebagainya. Pengalaman Hamzah Fansuri sepanjang pengembaraan
beliau ke serata rantau telah membolehkan beliau untuk menghasilkan karya-karya yang

berintikan pengajaran yang akhirnya tersebar di seluruh Asia tenggara. HamzahFansuri bukan
sahaja seorang ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka tetapi juga seorang perintis dan
pelopor pembaharuan. Sumbangannya sangat besar bagi perkembangan kebudayaan Islam di
Nusantara, khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa, dan sastera.
Hamzah Fansuri merupakan orang pertama yang menghasilkan syair dan puisi empat
baris. Syair-syair yang diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri lebih kepada perpaduan antara
sajak parsi dengan pantun Melayu. Selain itu, Hamzah Fansuri juga, dalam karyanya
memperkenalkan dasar-dasar puitika dimana pengaruhnya masih dapat diamati sehingga ke
hari ini. Hamzah Fansuri Berjaya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa intelektual dan
ekspresi keilmuan yang hebat. Melalui usaha beliau, taraf bahasa Melayu dalam bidang
penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat penting dan mendahului bahasa-bahasa
Nusantara yang lain pada masa tersebut.
Selain itu, Hamzah Fansuri juga memainkan peranan yang penting dalam proses
Islamisasi bahasa Melayu. Melalui proses Islamisasi, syair-syair diperkayakan dengan
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan diintegrasikan dengan konsep-konsep Islam dalam
pelbagai bidang kehidupan. Hamzah telah memperkenalkan suatu dimensi baru untuk
memahami kehidupan dan keindahan. Karya-karyanya memacarkan kesatuan estetika,
perpaduan, keutuhan dan kesejagatan yang membentuk perubahan dan pembangunan dalam
sastera Melayu.

Hamzah Fansuri telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada dunia kesusasteraan
Melayu. Hasil karyanya mengandungi ilmu-ilmu

dan pengajaran yang kemudiaannya

diwarisi oleh pengarang seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan Salleh Perang. Hamzah
Fansuri berjaya menyatukan semua unsur-unsur inovasi dengan indah dan berkesan. Oleh itu,
pembaharuan yang di bawa oleh Hamzah dianggap menjangkau zaman dan generasinya
sehingga unsur pembaharuan dan nilai moden berjaya ditonjolkan. Antara karya Hamzah
Fansuri ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana). Sharab al-Asyikin, Zinat alMuwahidin, Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk dan banyak lagi

TUN SRI LANANG

Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Nama sebenar beliau
ialah Tun Muhammad, anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad. Beliau pernah menjadi
Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615. Dalam pengetahuan orang-orang
Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan
pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat
Abdullah). Bangsa Melayu mengenang Tun Seri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah dan
pujangga Melayu yang agung. Karyanya yang monumental iaitu kitab Sulalatus Salatin atau
nama jolokannya Sejarah Melayu yang menjadi rujukan dan kajian sehingga hari ini telah
memahkotakan Tun Seri Lanang sebagai Pujangga Agung Nusantara.
Keagungan kitab Sejarah Melayu dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka yang pada masa dahulu pernah menonjol sebagai sebuah Negara Melayu yang paling
kuat, agung dan kaya. Lantaran itu karya tersebut seringkali dijadikan sebagai bahan kajian
sebagai sebuah dokumen sejarah yang menggambarkan kelahiran kerajaan Melaka,
perkembangan tamadun Melayu Islam, peluasan kuasa pemerintahnya serta pelbagai aspek
dan kehidupan kesultanan tersebut yang berakhir dengan episod keruntuhannya akibat
serangan Portugis pada tahun 1511. Oleh itu, kitab Sulalatus Salatin menjadi antara sumber
rujukan utama yang bersifat primer tentang sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal.
Dalam hal ini, Tun Seri Lanang bukan sahaja telah menuangkan jasa yang besar
kepada bangsa Melayu sebagai pengarang kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu,
malahan dalam peranannya sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga di Aceh, telah
meninggalkan jejak yang besar dalam memberi sumbangan kepada pemertabatan agama dan
bangsa di sana.
Malahan Tun Seri Lanang juga telah meninggalkan warisan keluarga yang cemerlang
di kedua-dua Tanah Melayu dan Aceh. Sampai hari ini Kesultanan Johor, Pahang, Terengganu
dan Selangor masih dipegang oleh zuriat Tun Seri Lanang. Sedangkan di Aceh pula,
keturunan Tun Seri Lanang dari keluarga dan kaum-kerabat Uleebalang Kenegerian

Samalanga telah bersatu darah dengan bangsawan-bangsawan Aceh yang lainnya sehingga
melahirkan beberapa tokoh Indonesia yang terkenal seperti Pocut Meuligo-Serikandi Aceh,
pejuang bangsa dan negara seperti Amponsyik (Uleebalang) Samalanga Teuku Muda Bugis
Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Mayjend Teuku Hamzah Bendahara, Teuku H.
Zainal Abidin Bendahara dan Teuku H Husen Bendahara.

Kesimpulannya, sebagai seorang tokoh sejarah Melayu tradisional baik dalam bidang
kesusasteraan, politik, mahupun dalam perkembangan serta pendidikan Islam, sejarah dan
riwayat hidup Tun Seri Lanang patut diketengahkan sebagai suri tauladan serta pencetus
semangat bangsa.

You might also like