You are on page 1of 34

TEKNOLOGI PENGELUARAN

BIJI BENIH KENAF


DIKAWASAN TROPIKA

Masnira Mohammad Yusoff Noor Syahira Nasarudin Mat Daham Mohd Daud

M A N U A L

Teknologi Pengeluaran Biji Benih Kenaf


diKawasan Tropika

ii

M A N U A L

Teknologi Pengeluaran Biji Benih Kenaf


diKawasan Tropika
Masnira Mohammad Yusoff
Noor Syahira Nasarudin
Mat Daham Mohd Daud

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

iii

Diterbitkan oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Cetakan pertama 2015


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2015
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Dicetak oleh:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

iv

KANDUNGAN
Jawatankuasa Pengarang
Penghargaan
Prakata
Pengenalan
Pencirian pokok dan biji benih kenaf
Faktor-faktor kritikal untuk pengeluaran biji benih kenaf
Keperluan asas tanaman
Amalan kultur tanaman kenaf untuk pengeluaran biji benih
Penyediaan tanah
Penanaman biji benih
Pembajaan
Pengurusan perosak dan penyakit
Kawalan rumpai
Pengawalan penyakit dan perosak
Pengendalian dan pemprosesan biji benih kenaf
Penuaian biji benih
Pengeringan
Pembersihan
Rawatan biji benih
Pembungkusan
Penyimpanan
Pengedaran
Kawalan mutu
Kekangan terhadap aktiviti pengeluaran biji benih kenaf
Lampiran
1. Gerak kerja tanaman kenaf untuk pengeluaran biji benih
2. Aliran pengendalian dan pemprosesan biji benih
3. Ekonomi pengeluaran biji benih kenaf (sehektar)
Bibliografi
Alamat perhubungan

vi
vi
vii
1
2
4
7
9
9
9
10
10
10
11
11
11
12
13
13
15
15
15
16
18
19
19
21
22
18
23

JAWATANKUASA PENGARANG
Jamaludin Salim
Mohamad Abd. Manas
Aminuddin Husin
Noor Azizah Ahmad
Siti Nursuha Miswan

Pengerusi
Setiausaha

Pusat Penyelidikan Bioteknologi


Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman
Industri
Dr. Teoh Chin Chuang
Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan
Automasi
Mohammad Hariz Abdul Rahman Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
Tapsir Serin
Bahagian Perancangan Strategik
dan Pengurusan Inovasi
Rosiah Hamzah
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Mohd Nur Hafiz Mat Amin
Unit Pembangunan Perniagaan
Dr. Azizah Amri
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
Mohd Shaib Jaafar
Unit Pengeluaran Bahan Tanaman,
Biji Benih dan Baka Ternakan
Mohd Shukry Neerawan@Nirwan Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat
Yaseer Suhaimi Mohd
Pusat Promosi dan Pembangunan
Teknologi
Zainal Kamarudin Ahmad
Pusat Promosi dan Pembangunan
Teknologi

PENGHARGAAN

Penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penerbitan Pusat Penyelidikan
Padi dan Tanaman Industri, Dr. Arif Omar serta Dr. Martini Mohd. Yusoff yang telah
menyemak dan menyunting penerbitan ini.

Pengarang juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Halimathul Saadiah A. Shafiei
dan En. Nik Ab. Lah N. Mohamed atas sumbangan maklumat yang diberikan. Terima kasih
juga diucapkan kepada Pengurus MARDI Bukit Tangga, Kedah yang telah menyediakan
kemudahan bagi pelaksanaan dan pengujian teknologi. Penghargaan kepada En. Mahadzi
Mohamad Isa, En. Hasbullah Idris, En.Zakry Al-Asyraf Abd. Latiff, En. Mohd Raimi
Abd Kuadi dan En. Othman Omar yang telah menyumbang usaha dan tenaga dalam
pembangunan teknologi ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung, tak langsung
dalam pembangunan aktiviti dan penerbiatan manual ini.

vi

PRAKATA
Tanaman kenaf mula diperkenalkan di negara ini sebagai
sumber pertumbuhan baharu dalam bidang ternakan dan
ditanam di atas tanah jenis aluvium/lanar. Susulan cadangan
penguatkuasaan AFTA (ASEAN Free Trade Area) pada tahun
2010 yang menjangkakan pengeluaran tembakau tempatan tidak
mampu bersaing dengan tembakau import telah menjadikan kenaf
sebagai tanaman alternatif kepada petani tembakau terutamanya
di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sehingga kini,
kawasan penanaman kenaf bukan sahaja tertumpu di kawasan
Pantai Timur, malah telah diperluas lagi ke kawasan baharu
yangbersesuaian.
Buku manual ini bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan
aspek teknologi pengeluaran biji benih kenaf di kawasan tropika
secara amnya dan di Malaysia secara khususnya. Segala
maklumat dalam buku manual ini merupakan hasil penyelidikan
yang dijalankan oleh MARDI terhadap biji benih kenaf semenjak
tanaman ini mula diperkenalkan di negara ini. Pengalaman
personel yang terlibat dalam menguruskan ladang biji benih kenaf
dijadikan rujukan utama. Buku manual ini disusun dalam bentuk
teks yang mudah difahami diikuti dengan gambar rajah dan carta
alir untuk memberi penekanan kepada sesuatu aspek teknologi.
Diharap agar buku ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk
petani, pekebun kecil atau pengusaha besar yang terlibat secara
langsung dalam penghasilan biji benih kenaf.

Dato Dr. Sharif b. Haron


Ketua Pengarah MARDI

vii

viii

PENGENALAN

Hibiscus cannabinus L. atau nama amnya kenaf, ialah tanaman tempoh jangka
pendek (annual) yang merupakan sejenis pokok berserat yang ditanam di kawasan
subtropika dan tropika dunia. Kenaf dipercayai berasal dari Afrika berdasarkan
penemuannya seawal 4000 sebelum Masihi lagi. Kenaf tergolong dalam famili
tumbuhan Malvaceae dan terdapat 300 400 spesies yang lain termasuk tanaman
yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi seperti kapas, bendi dan jut. Serat kenaf
digunakan dalam pelbagai aplikasi biokomposit selain untuk kegunaan tradisinya
dalam pembuatan tali dan guni. Kajian menunjukkan bahawa negara China, India dan
Thailand merangkumi 90% daripada kawasan penanaman kenaf secara global dan
merupakan 95% pengeluar kenaf secara global.
Pada tahun 2009, keluasan penanaman kenaf di Malaysia telah mencecah 343hektar
dengan penyertaan seramai 50 orang penanam bawah kawal selia Lembaga Kenaf
dan Tembakau Negara (LKTN) yang merupakan badan yang telah diberi kuasa bawah
Akta LKTN untuk menjadikan kenaf sebagai satu tanaman baharu di negara ini.
Dianggarkan bahawa kawasan penanaman kenaf pada tahun semasa akan meningkat
kepada 3,000hektar yang melibatkan pekebun kecil dan pengusaha besar dari
Kelantan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak dan Johor. Bagi menampung
keperluan penanaman tersebut, sejumlah 200 hektar kawasan di Kedah dan Perlis
telah diperuntukkan khusus untuk pengeluaran biji benih.
Bagi tujuan pengeluaran serat, pokok kenaf memerlukan jangka masa siang yang
panjang untuk memperoleh hasil yang tinggi. Pengeluaran biji benih kenaf pula
didorong oleh kepekaan kepada jangka masa siang yang pendek. Di kawasan
temperat seperti di latitud utara Amerika Syarikat, kenaf akan kekal dalam
pertumbuhan vegetatif dan tidak berbunga selagi jangka masa siang tidak jatuh bawah
12 12.5 jam (jangka masa siang kritikal). Faktor pengaruh iklim (siang yang panjang)
membolehkan negara temperat menghasilkan titisan kenaf yang lewat berbunga dan
memperoleh hasil serat tinggi berbanding dengan negara tropika seperti Malaysia.
Di negara ini kenaf boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 3 5 m dalam
tempoh 4 5 bulan dan menghasilkan sehingga 15 tan batang kering apabila dituai.
Oleh kerana kenaf mempunyai kepekaan kepada jangka masa siang yang pendek,
kenaf akan mula berbunga jika jangka masa siang kritikalnya tidak tercapai. Di negara
ini, pokok akan mula berbunga seawal bulan ke-2 dan selewatnya pada bulan ke-5
selepas penanaman, bergantung kepada jenis atau titisan kenaf yang ditanam.
Biji benih kebiasaannya matang dalam masa sebulan selepas mula berbunga dan
dituai menggunakan mesin penuai biji benih apabila hampir keseluruhan batang pokok
telah kering. Antara faktor kritikal yang harus diambil kira oleh pengeluar biji benih
kenaf bagi memastikan bekalan yang berkualiti dan mampan ialah bekalan bahan
tanaman, keperluan ladang, penanaman dan penuaian, pengurusan penyakit dan
perosak serta pengendalian dan pemprosesan biji benih.

PENCIRIAN POKOK DAN BIJI BENIH KENAF


Batang
Di negara tropika seperti Malaysia, pokok kenaf boleh mencapai ketinggian 3 5 m
dengan diameter batang secara puratanya berukuran 1.2 2.1 cm. Warna batang
kenaf bergantung kepada jenis titisan yang ditanam dan biasanya berwarna ungu,
merah muda, merah, coklat, hijau muda, hijau, hijau kecoklatan dan juga hijau
dengan tompokan merah. Tekstur permukaan batang juga bergantung kepada genetik
tanaman tersebut. Ada yang berbulu dan berduri.

Bilangan cabang batang kenaf bergantung kepada jarak dan kepadatan tanaman.
Jarak tanaman yang besar menghasilkan kepadatan tanaman yang rendah dan
menyebabkan kehadiran cabang yang banyak pada batang dan sebaliknya bagi
jarak tanaman yang kecil. Pokok yang bercabang banyak menghasilkan fiber pendek
dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber bahan dalam industri tekstil. Oleh itu,
pemilihan jarak tanaman perlu selaras dengan kualiti fiber yang dikehendaki.
Batang kenaf mengandungi dua jenis fiber yang jelas berbeza. Fiber luar yang
berukuran 2.6 mm yang dikenali sebagai bast fibre merupakan 30% daripada berat
kering batang kenaf dan setanding dengan penggunaan fiber kayu lembut dalam
pembuatan kertas. Fiber dalam yang berwarna sedikit keputihan dikenali sebagai core
fibre merupakan 60% daripada berat kering batang kenaf. Fiber dalam berukuran
0.6mm dan setanding dengan fiber kayu keras yang digunakan untuk membuat
produk kertas.

Daun
Daun pokok kenaf mempunya beberapa bentuk, antaranya adalah tidak berjejari
(unlobed), sebahagian berjejari (partially lobed), berjejari (deeply lobed) dan oval
(ovate). Kebiasaannya semua anak pokok kenaf mempunyai daun berbentuk oval
dan daun akan mula terbentuk mengikut varieti tertentu setelah 3 10 daun muncul.
Nisbah daun dengan batang secara puratanya adalah sebanyak 1:7.

Bunga
Morfologi bunga kenaf berbeza mengikut varieti. Kebanyakan varieti mempunyai
bunga berbentuk loceng dengan kelopak berwarna kuning langsat dan bahagian
dalamnya berwarna merah gelap atau ungu.

Bunga kenaf mempunyai garis pusat 9 13 cm dan mempunyai 5 kelopak.


DiMalaysia, bunga kenaf terbuka sebelum matahari terbit dan kekal terbuka 6 8 jam
sebelum tertutup pada sebelah petang (3 4 petang).
Kebiasaannya pokok kenaf akan kekal berbunga sehingga 3 4 minggu atau lebih
dan setiap bunga akan berkembang untuk satu hari sahaja dan gugur. Tempoh
pembungaan kenaf menentukan tempoh pertumbuhan pokok kenaf.
Pokok kenaf yang berbunga antara 0 30 hari selepas menanam (HST)
diklasifikasikan sebagai sangat awal berbunga, 31 60 HST sebagai awal,
6190HST sebagai medium awal dan 91 120 HST sebagai terlalu lewat berbunga.
Masa pembungaan ini memberi kesan kepada hasil biojisim kenaf.

Serat dalam

Serat luar

Pokok kenaf

Oval

Perbezaan daun kenaf mengikut varieti

Batang

Berjejari

Kelopak

Debunga

Ovari

Bunga kenaf

Biji benih
Pod buah kenaf terhasil apabila proses pendebungaan dan persenyawaan berlaku
dan terbahagi kepada lima segmen di mana setiap segmen mengandungi 5 6 biji
benih kenaf. Purata bilangan biji benih yang terdapat di dalam satu pod buah adalah
sebanyak 20 25 biji dan berukuran 5 6 mm.

Varieti V36 mempunyai pod buah berbentuk seperti buah pic (peach-shaped) dan
jenis yang tidak mudah pecah. Lenggai buah yang belum matang berwarna hijau
dan biji benihnya berwarna putih. Apabila matang, lenggai buah bertukar menjadi
warna kecoklatan dan biji benihnya berwarna kelabu dan berbentuk ginjal (reniform).
Kenaf menghasilkan biji benih ortodoks iaitu mempunyai daya tahan terhadap proses
pengeringan dan penyejukan untuk pemeliharaan ex situ.

Pod

Biji benih matang

Biji benih kenaf

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL UNTUK PENGELUARAN


BIJIBENIH KENAF
Faktor jangka masa siang
Pembungaan merupakan peralihan daripada fasa vegetatif kepada fasa pembiakan
dalam satu-satu kitaran hidup tanaman. Pembungaan berlaku kesan gabungan faktor
umur tanaman, kehadiran nutrien dan lembapan serta respons terhadap jangka
masa siang. Kenaf merupakan tanaman jangka siang pendek dan mula berbunga
apabila jangka masa siang kurang daripada 12.5 jam iaitu jangka masa siang kritikal
bagikenaf.

Oleh sebab Malaysia mempunyai jangka masa siang hanya 12 jam, maka pokok kenaf
yang ditanam di sini cepat berbunga dan membolehkan pokok kenaf menghasilkan biji
benih sepanjang tahun. Namun demikian, pembungaan menyebabkan pertumbuhan
vegetatif mula berkurangan seterusnya merendahkan hasil biji benih kenaf. MARDI
sedang giat menjalankan program pengenalan dan penilaian varieti baharu kenaf
untuk mendapatkan varieti yang kurang dan tidak peka terhadap faktor jangka masa
siangini.

Bekalan bahan tanaman


Di Malaysia, kita masih ketiadaan industri biji benih yang khusus untuk pengeluaran
biji benih kenaf. Walau bagaimanapun, terdapat inisiatif daripada pihak MARDI dengan
kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) untuk mengeluarkan biji
benih kenaf secara komersial yang diusahakan oleh petani secara kontrak dengan
LKTN.

Di samping mengeluarkan biji benih, MARDI juga aktif menjalankan program


pembiakbakaan untuk mengeluarkan varieti baharu yang lebih baik dari segi hasil
fiber dan biojisim pokok bagi memastikan bekalan biji benih kenaf yang mampan
bolehdiperoleh.

Keperluan ladang biji benih


Secara idealnya, ladang biji benih harus terletak berdekatan dengan tempat
pemprosesan dan kawasan yang memerlukan biji benih tersebut. Penentuan lokasi
ladang biji benih yang strategik adalah penting kerana dapat mengurangkan kos
pengangkutan serta memudahkan aktiviti pemasaran, sekiranya ada. Bagi menjamin
ketulenan biji benih yang dihasilkan, pemeriksaan ladang perlu dijalankan secara
berkala sepanjang tempoh penanaman.

Faktor pencemaran seperti kehadiran pokok ganjil (off-type) perlu dihapuskan melalui
aktiviti pemisahan (roguing). Berdasarkan pencirian bunga, kenaf diklasifikasikan
sebagai tanaman jenis pendebungaan sendiri. Walaupun begitu, struktur bunga
kenaf juga boleh menyumbang kepada pendebungaan kacuk oleh serangga. Oleh
yang demikian, pemencilan ladang biji benih perlu dilakukan sekiranya penanaman
melibatkan dua atau lebih varieti yang berbeza. Jarak pemencilan minimum bagi
tanaman kenaf ialah 10 m bagi mengekang pencemaran genetik (Maiti dll. 1981).

Penanaman dan penuaian


Pengeluaran biji benih kenaf hanya dapat dijalankan sekali dalam setahun. Antara
kriteria penting yang harus diambil kira dalam aktiviti pengeluaran biji benih kenaf
dinegara ini adalah kewujudan musim kering yang nyata di lokasi penanaman.

Beberapa kawasan telah dikenal mempunyai kriteria tersebut iaitu dibahagian


utara Kedah (Bukit Tangga) dan Perlis (Beseri). Musim kering di Kedah dan Perlis
biasanya bermula pada pertengahan bulan Disember atau Januari dan berakhir pada
pertengahan bulan Mac atau awalApril.
Kawasan ini mengalami musim kering yang nyata selama 2 3 bulan dalam setahun.
Oleh itu, penuaian biji benih perlu dijalankan pada bulan Februari yang merupakan
bulan yang paling kering.
Secara amnya, di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia musim keringnya
lebih panas dan boleh dijangka dengan tepat dan sebaliknya bagi Kelantan
kerana tarikh permulaan musim kering tidak begitu jelas dan tidak dapat dijangka.
Kebiasaannya taburan hujan paling sedikit berlaku dalam bulan April, tetapi
adakalanya bulan Februari merupakan bulan yang paling kering.
Disebabkan faktor iklim tersebut, masa penanaman adalah kritikal untuk memastikan
pod buah kenaf telah matang, seterusnya penuaian biji benih dapat dijalankan semasa
musim kering. Kelewatan menanam akan menyebabkan pertumbuhan pokok yang

masih dalam peringkat vegetatif menjadi terencat apabila musim kering tiba kerana
kekurangan air. Situasi ini akan menjejaskan jumlah hasil biji benih.
Di bahagian utara Kedah dan Perlis, musim penanaman yang paling baik adalah pada
awal bulan September. Penanaman varieti V36 diadakan pada awal bulan September
manakala varieti Tainung 2 dan Khon Kaen 60 hendaklah tidak melewati pertengahan
bulan Oktober.
Biji benih sebaik-baiknya ditanam semasa musim hujan bagi mengurangkan kos
pengeluaran yang melibatkan sistem pengairan. Penuaian pula dijalankan semasa
keadaan cuaca yang sangat kering, panas dan tiada hujan. Ini membolehkan batang
pokok menjadi kering (berwarna kecoklatan), daun gugur dan seterusnya memudahkan
aktiviti menuai serta pemprosesan biji benih dan dapat meningkatkan mutu biji benih
yang terhasil.

Kawasan pengeluaran biji benih kenaf di Semenanjung Malaysia

Pengurusan penyakit dan perosak


Amalan kultur yang baik dapat mengurangkan insiden serangan penyakit dan perosak.
Terdapat beberapa jenis penyakit dan perosak utama yang menyerang tanaman
kenaf di Malaysia dan kaedah pengawalannya telah dikenal pasti. Serangan serangga
perosak boleh berlaku sepanjang tempoh penanaman dan mencapai kemuncaknya
apabila pod buah kenaf menjadi matang.

Pod buah yang mengandungi biji benih merupakan sumber nutrien yang digemari oleh
sejenis serangga penghisap iaitu Dysdercus cingulatus atau lebih dikenali sebagai
cotton stainer. Selain itu, serangga lelompat daun (Chlorita biguttata) dan Podagrica

gamella menyebabkan kerosakan di permukaan daun kenaf. Kulat Colletotrichum sp.


juga boleh menyebabkan jangkitan pada daun.
Serangan penyakit pada daun tidak serius, namun boleh menyebabkan pokok
kelihatan tidak sihat kerana kekurangan nutrien. Terdapat juga serangga seperti
Agrilus acutus (spiral borer) dan Eerias sp. (budworm) yang menyerang di bahagian
dalam dan pucuk batang kenaf.
Kes seumpama ini masih dikira terpencil kerana berlaku di lokasi yang spesifik.
Namun demikian, pemerhatian berkala perlu dijalankan di lokasi di mana penanaman
kenaf dijalankan berulang-ulang bagi setiap musim. Kerosakan pada batang kenaf
membantutkan pertumbuhan sekali gus mempengaruhi hasil biji benih.
Selain penggunaan racun serangga, pemilihan varieti yang rintang terhadap penyakit
dan perosak merupakan langkah alternatif paling ekonomik dan mesra alam yang
boleh diambil.

Pengendalian dan pemprosesan


Kaedah pengendalian dan pemprosesan yang teratur merupakan aspek yang sangat
penting untuk menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN


Kesesuaian tanah
Kenaf boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun, tanaman ini
menunjukkan prestasi yang lebih baik di tanah jenis peroi berpasir atau jenis peroilempong berpasir yang bersaliran baik, mempunyai kandungan bahan organik/humus
yang tinggi dan berkemampuan tinggi untuk menyerap air.

Kenaf juga mempunyai toleransi terhadap pH tanah antara 4.4 6.8. Permukaan
tanah mestilah bercerun landai tidak melebihi 8 12% untuk memudahkan
penggunaan jentera di ladang.

Pengairan
Bekalan air melalui pengairan bantuan atau hujan yang mencukupi dan serata semasa
musim penanaman boleh memaksimumkan pertumbuhan vegetatif dan hasil biji
benih. Kenaf memerlukan lebih kurang 7 15 mm air setiap hari semasa puncak
pertumbuhan (2 3 bulan penanaman). Kenaf boleh tahan dalam keadaan kemarau,
tetapi potensi hasil yang diperoleh tidak tinggi.

Bagi mengurangkan kos pengeluaran, kenaf ditanam semasa musim hujan atau
ditanam di atas tanah yang mempunyai keupayaan menyerap air yang baik. Untuk
penanaman dalam skala kecil, penanam hendaklah memastikan tanaman mendapat
keperluan air secukupnya semasa awal musim menanam melalui penggunaan traktor
pengangkut air atau sebagainya.
Untuk kawasan penanaman yang luas dan semasa musim kering, pemancut air
berkuasa tinggi (rain gun) digunakan. Sebagai panduan asas, tanaman kenaf mesti
dibekalkan dengan air yang secukupnya untuk mendapatkan hasil yang optimum
semasa penuaian.
7

Keperluan jentera
Penggunaan jentera penting bagi pengeluaran kenaf dalam skala yang besar untuk
menjimatkan masa dan tenaga kerja sekali gus mengurangkan kos pengeluaran.

Operasi ladang menggunakan jentera sepenuhnya adalah perlu untuk sistem


perladangan manakala operasi secara manual boleh diamalkan bagi sistem pekebun.
Pelbagai jenis jentera diperlukan untuk menjalankan operasi ladang yang khusus iaitu:
penyediaan tanah
pengawalan rumpai
penanaman biji benih
pengurusan penyakit dan perosak
pembajaan
penuaian dan pengendalian

Sistem pengairan menggunakan rain gun

Pembajakan tanah menggunakan traktor yang dipasang


peralatanrotovator

AMALAN KULTUR TANAMAN KENAF UNTUK


PENGELUARAN BIJI BENIH
Penyediaan tanah
Tanah dibajak sedalam 30 50 cm pada musim kering menggunakan pembajak
jenis tiga piring yang dibawa oleh traktor 50 80 kk. Tujuan pembajakan adalah
untuk mendapatkan keadaan yang bebas rumpai serta tanah yang gembur sebelum
penyemaian biji benih.

Penyikatan tanah dilakukan 1 2 kali dengan penyikat jenis enam mata dan
pemutaran tanah dilakukan 1 2 kali dengan alat pemutar bergantung kepada
keadaan masalahrumpai.
Pengapuran tanah dilakukan sekiranya perlu. Ini bergantung kepada nilai pH tanah
sebelum menanam. Nilai optimum pH tanah bagi penanaman kenaf ialah 5.5 6.5.
Kira-kira 1 2 t/ha kapur diperlukan untuk menaikkan pH sebanyak satu unit jika tanah
didapati berasid. Kapur dalam bentuk GML (ground magnesium limestone) ditabur
menggunakan penabur vicon 1 2 bulan sebelum menanam.
Sekiranya nilai pH tanah didapati 7.5 ke atas, baja tahi ayam perlu ditabur untuk
mengurangkan tahap kealkalian tanah.

Penanaman biji benih


Jentera penanam biji benih melakukan fungsi-fungsi seperti yang berikut:

Membuka saluran biji benih dengan kedalaman yang diingini

Menabur biji benih dalam kuantiti tertentu

Menjatuhkan biji benih ke dalam saluran

Menimbus biji benih dan memadatkan tanah di sekeliling biji benih

Jentera tersebut terdiri daripada alat penanam biji benih enam baris berserta alat
pembajak yang dipasang pada traktor 75 kk. Pada kelajuan 1.0 m/saat, jentera ini
berupaya menanam sehektar kawasan dalam masa 2 jam.
Dengan andaian operasi dijalankan selama 8 jam sehari, jentera tersebut boleh
menyiapkan kawasan seluas 4 ha sehari. Pada kadar gerak kerja ini, ladang seluas
50ha boleh ditanam dalam masa 12.5 hari.

Penanaman biji benih


menggunakan traktor yang
dipasang peralatan seeder
enamlorong

Biji benih ditanam dengan kedalaman 1 2 cm dengan kadar 20 kg/ha. Kenaf


biasanya ditanam dengan menggunakan jentera penyemai dengan jarak tanaman
70cm x 10 cm pada populasi tanaman sebanyak 250,000 300,000 pokok/ha.

Pembajaan
Jumlah baja yang digunakan bergantung pada tahap kesuburan tanah. Pembajaan
menggunakan sebatian NPK (nitrogen, fosfat dan kalium) adalah disyorkan.
Pembajaan dilakukan sebanyak dua kali sepanjang musim penanaman.

Baja asas NPK (15:15:15) pada kadar 400 kg/ha hendaklah ditabur semasa menanam
dan baja tambahan NPK (12:12:17 + 2 TE) pada kadar 400 kg/ha ditabur 2 bulan
selepas menanam. Jentera penanam biji benih yang telah dipasang dengan alat
pembaja pada traktor 75 kk digunakan untuk tujuan pembajaan.

PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT


Kawalan rumpai
Terdapat empat fasa untuk kawalan rumpai iaitu semasa penyediaan tanah, selepas
menabur biji benih, sebulan selepas penanaman dan sebelum penuaian. Kawalan
rumpai pertama iaitu semasa penyediaan tanah menggunakan racun lepas cambah
yang mengandungi bahan aktif glifosat (contoh: Roundup) digunakan 3 minggu
sebelummenanam.

Kawalan rumpai kedua menggunakan racun jenis pracambah yang mengandungi


bahan aktif flufenacet, metolachlor (contoh: Dual) atau alachlor (contoh: Lasso)
sejurus selepas menanam pada kadar komersial (400 450 liter/ha). Jika masih
terdapat masalah rumpai sebulan selepas penanaman racun lepas cambah yang
mengandungi bahan aktif seperti bentazone sodium atau glifosat disembur.
Racun lepas cambah yang mengandungi bahan aktif fluazifop p-butyl (contoh:
Fusilade) digunakan sebagai kawalan rumpai dan pestisid sebulan sebelum penuaian.
Operasi meracun dijalankan menggunakan tangki penyembur yang bersambung
dengan alat penyembur bum dengan lapan muncung dan ditarik oleh traktor. Alat
tersebut berupaya menyembur seluas 20 m dan boleh mengawal rumpai untuk
tempoh 3 bulan.

Meracun rumpai selepas


menanam menggunakan traktor
yang dipasang alat penyembur
kapasiti 50 liter

10

Pengawalan penyakit dan perosak


Untuk mengurangkan kos pengeluaran, sebarang kaedah untuk mengawal penyakit
dan perosak pada tanaman kenaf hendaklah digunakan hanya apabila tanda-tanda
serangan serangga atau penyakit mula kelihatan. Petani perlu memberi perhatian
secara berkala sepanjang musim penanaman supaya kejadian serangan penyakit dan
perosak tidak menjadi serius.

Kebiasaannya tanaman kenaf mula mengalami serangan perosak pada pertengahan


musim menanam kerana pertumbuhan vegetatif yang pesat menyediakan ruang dan
nutrien kepada serangga untuk membiak. Racun serangga yang mempunyai bahan
aktif imidacloprid (contoh: Confidor) atau deltamethrin berkesan menangani masalah
serangan lelompat daun (Chlorita biguttata) dan serangga Podagrica gamella.
Kejadian serangan penyakit bergantung kepada keadaan cuaca semasa musim
penanaman. Penyakit layu disebabkan oleh Fusarium sp., kesan kehitaman pada
batang oleh Phytophthora parasitica dan reput pangkal oleh Sclerotia rolfsii boleh
dikawal dengan menggunakan racun kulat yang mempunyai bahan aktif mancozeb
(contoh: Mancozan M45, Dithane MT), metalaxyl (contoh: Ridomil), propiconazole
atau fosteyl-aluminium. Racun dengan bahan aktif carbofuran (contoh: Furadan atau
Curater) boleh digunakan untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh nematod.

PENGENDALIAN DAN PEMPROSESAN BIJI BENIH KENAF


Penuaian biji benih
Penggunaan jentera penuai gabungan (combine harvester) bagi menjalankan aktiviti
penuaian berskala besar dapat mengurangkan kos pengeluaran biji benih. Tambahan
pula, keadaan semula jadi biji benih kenaf yang berbulu halus boleh mengakibatkan
kegatalan pada kulit. Jentera ini merupakan penuai gabungan beras (ricecombine
harvester) yang telah diubah suai. Purata hasil yang boleh diperoleh adalah sebanyak
300 500 kg/ha.

Bagi pengeluaran berskala kecil, penuaian dijalankan dengan menggunakan tangan


atau mesin pembanting benih. Purata hasil yang boleh diperoleh adalah sebanyak
800 1,000 kg/ha. Didapati hasil biji benih yang lebih tinggi diperoleh apabila
penuaian dijalankan secara tangan atau pembanting benih berbanding dengan
menggunakan jentera. Walaupun begitu aspek kos tenaga kerja dan tempoh masa
yang diambil apabila menuai dengan tangan perlu diambil kira.
Sebaik-baiknya penuaian dijalankan semasa musim kering dalam keadaan 10%
lenggai biji benih telah terbuka dan batang pokok telah kering. Petani harus
memastikan penuaian dijalankan pada arah yang selari dengan pergerakan angin
bagi mengurangkan kesan kegatalan pada permukaan kulit akibat bulu halus kenaf
yangberterbangan.

11

Pokok kenaf yang berumur


5bulan sedia untuk dituai

Penuaian menggunakan
jentera penuai gabungan untuk
pengeluaran berskala besar

Pengeringan
Di peringkat penuaian, biji benih kenaf mengandungi lembapan yang sangat tinggi
sehingga 60%. Selain cuaca persekitaran, kandungan lemak minyak yang tinggi iaitu
sebanyak 20% di dalam biji benih kenaf turut menyumbang kepada aras lembapan
tinggi tersebut.

12

Seperti kebanyakan biji benih ortodoks yang lain, biji benih kenaf perlu dikeringkan
sehingga kandungan lembapan turun kepada aras 8 12% sebaik sahaja dituai.
Pengeringan yang sekata boleh didapati dengan menggunakan pengering flat-bed.
Pengering jenis mudah alih ini boleh mengeringkan sehingga satu tan biji benih pada
satu-satu masa.
Suhu pengeringan hendaklah tidak melebihi 40 C. Tempoh masa pengeringan
bergantung pada kandungan lembapan asal biji benih dan kandungan lembapan akhir
yang diingini. Pengusaha/petani seharusnya mempunyai alatan yang boleh mengukur
kandungan lembapan serta suhu seperti yang berikut:

Alat mudah alih untuk mengukur suhu


dan kandungan lembapan

Pengering jenis flat-bed mudah alih

Alat untuk mengukur kandungan


lembapan secara digital

Alat mudah alih untuk mengukur suhu dan kandungan lembapan


Alat untuk mengukur kandungan lembapan secara digital
Sekiranya aspek pengeringan yang dinyatakan di atas dititikberatkan, keadaan seperti
pracambah, pertumbuhan kulat dan kualiti biji benih rendah dapat dielakkan.

Pembersihan
Selepas pengeringan, pengasingan biji benih yang baik daripada pelbagai bahan
yang tidak dikehendaki boleh dijalankan dalam dua peringkat dengan menggunakan
pengayak biji benih automatik (seed cleaner) dan pengasing udara (air separator).

Peringkat pertama, iaitu prapembersihan dijalankan untuk mengasingkan kotoran


besar seperti sisa pokok, benih rumpai, lenggai dan serangga. Peringkat kedua
melibatkan pengasingan biji benih daripada kotoran yang lebih halus seperti tanah,
debu dan bulu halus biji benih.
Bagi meningkatkan kualiti biji benih, penyingkiran biji benih yang rosak, kosong dan
berpenyakit harus dilakukan menggunakan pengasing graviti.

13

Pengasingan biji benih daripada benda asing menggunakan


pengayak benih automatik

Jentera pembancuh simen digunakan untuk rawatan bijibenih

Rawatan biji benih


Biji benih kenaf dirawat dengan racun kulat atau racun serangga untuk mencegah
kulat pada biji yang boleh menurunkan kualiti biji benih. Racun kulat dengan bahan
aktif thiram dan racun serangga dengan bahan aktif carbaryl boleh digunakan
mengikut kadar komersial yang disyorkan.

14

Kaedah rawatan yang biasa digunakan adalah menggaul biji benih dengan racun yang
berupa serbuk kering. Kaedah kedua adalah menggaul biji benih dengan racun yang
berkeadaan cecair. Kaedah ketiga dan paling efisien adalah mencampurkan racun
dengan air untuk menjadi ampaian dan kemudian digaul dengan biji benih dan perlu
dikeringkan semula.

Kapasiti biji benih yang boleh dirawat bergantung


kepada saiz jentera penggaul seperti alat
pembancuh simen yang digunakan. Rawatan biji
benih dilakukan sebelumdibungkus.

Pembungkusan
Aktiviti pembungkusan termasuklah menimbang
berat biji benih, memasukkan ke dalam karung
dan menutup dengan ketat sarung tersebut.
Kebiasaannya biji benih kenaf seberat 10
kg ditimbang dan dimasukkan ke dalam beg
polietilena dan kemudiannya divakum. Beg
polietilena merupakan bahan pembungkus
yang sesuai kerana kedap udara, kalis air dan
tahanlama.

Beg biji benih hendaklah dilabelkan butiran


maklumat dengan jelas seperti pusat
Beg polietilena yang digunakan untuk
pengeluaran biji benih, jenis atau varieti, berat
membungkus biji benih kenaf
biji benih (kg), kadar percambahan (%), peratus
kandungan lembapan (%), peratus biji benih tulen (%), rawatan biji benih, nombor
rujukan atau lot dan juga tanda amaran untuk penanaman sahaja. Label ini sangat
penting sebagai rujukan pada masa akan datang.

Penyimpanan
Oleh sebab keadaan iklim di Malaysia yang panas dan mempunyai kelembapan
udara yang tinggi, peratus percambahan biji benih kenaf yang disimpan pada suhu
persekitaran akan mengalami penurunan secara mendadak daripada 80 90%
kepada 40 50% selepas hanya 5 7 bulan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk
menyediakan satu tempat khas seperti bilik sejuk yang dikawal suhu dan kelembapan
udaranya untuk mengekalkan mutu biji benih.

Biji benih kenaf yang disimpan pada suhu 5 C dengan kelembapan udara kurang
daripada 60% dapat mengekalkan peratus percambahan yang tinggi walaupun
selepas 18 bulan. Bilik sejuk dilengkapkan dengan unit penyahlembapan mudah alih
bagi mengekalkan aras kelembapan udara yang rendah.
Selain itu, bilik sejuk juga perlu dibersihkan secara berkala daripada kotoran dan
tumpahan biji benih untuk mengelak kehadiran perosak (kulat, serangga dan tikus)
yang boleh merosakkan kualiti biji benih dalam simpanan. Ciri-ciri keselamatan
pada bilik sejuk seperti memasang kunci adalah perlu untuk menjamin keselamatan
bijibenih di dalamnya.

Pengedaran
Ketika ini biji benih kenaf yang dihasilkan adalah untuk memenuhi permintaan
didalam negara sahaja dan lebih bertumpu kepada negeri di bahagian utara dan timur
Semenanjung Malaysia. Apabila terdapat peningkatan permintaan, faktor semasa
pengedaran biji benih seperti jarak dan jangka masa perjalanan, jenis pengangkutan
dan keadaan yang dialami oleh biji benih semasa perjalanan perlu diberi perhatian.

15

Bagi perjalanan yang jauh, biji benih kenaf hendaklah dihantar pada waktu
malam dengan menggunakan kenderaan yang bertutup dan berhawa dingin bagi
mengelak daripada terdedah kepada suhu yang tinggi yang akan merendahkan
mutubijibenihtersebut.

Kawalan mutu
Ujian biji benih merupakan kaedah yang sangat penting kerana ia merupakan tanda
aras penentuan kualiti biji benih yang telah dihasilkan. Terdapat enam jenis ujian
biji benih iaitu ujian ketulenan fizikal, kandungan lembapan, percambahan, kualiti
kesihatan (tetrozoliam), kecergasan dan ketulenan varieti. Namun begitu, hanya
tiga ujian yang penting dan perlu dijalankan iaitu ujian ketulenan fizikal, kandungan
lembapan dan percambahan.

Bilik sejuk tempat penyimpanan biji benih kenaf

Biji benih yang sedia untuk diedarkan

16

Jadual 1. Ujian yang dilakukan untuk mengawal mutu biji benih


Jenis ujian

Objektif

Kaedah

Waktu ujian

Ujian ketulenan
fizikal

Dijalankan untuk
menentukan isi kandungan
lot biji benih dan mengenal
pasti pelbagai spesies dan
bahan lain yang terdapat
di dalam lot biji benih
berkenaan

Sebanyak 70 g sampel biji benih


diambil

Dijalankan selepas
pemprosesan iaitu sebelum
penyimpanan

Kandungan sampel biji benih


diasingkan kepada 4 kumpulan
berikut:
i. Biji benih tulen
ii. Biji benih lain
iii. Biji benih rumpai
iv. Bahan lenggai
Setiap komponen ditimbang dan
hasil ujian perlu dilapor dalam
bentuk peratus (%) dengan satu
angka perpuluhan
Peratus ketulenan biji benih kenaf
melebihi 90% dikira sangatbaik

Ujian kandungan
lembapan

Menentukan kandungan
air dalam biji benih

Dua kaedah yang biasa digunakan


adalah dengan menggunakan
ketuhar dan penyukat lembapan

Ujian kandungan lembapan


dijalankan sebaik sahaja
selepas biji benih dituai atau
selepas penerimaan biji
benih daripada penanam
kontrak.
Selain itu, ujian juga
dijalankan semasa dan
selepas pengeringan,
sebelum pembungkusan
atau penyimpanan dan
akhir sekali semasa dalam
penyimpanan

Ujian
percambahan

Menentukan keupayaan
percambahan biji benih
dalam keadaan yang
optimum

Medium percambahan yang biasa


digunakan ialah tanah, pasir (steril),
kertas (tiada bahan kimia yang
toksik)

Dijalankan sebelum biji benih


ditanam, selepas biji benih
dituai, selepas penerimaan
biji benih daripada penanam
kontrak dan juga selepas
pemprosesan iaitu sebelum
penyimpanan dan juga
semasa penyimpanan

Alatan yang diperlukan ialah forseps,


kaca pembesar, pengira vakum
automatik, bekas plastik/kaca dan
penyiram air
Bagi biji benih kenaf saiz sampel
yang bersesuaian ialah 400 biji
dalam 4 atau 8 rep
Pengiraan dijalankan sebanyak dua
kali iaitu selepas 4 hari dan selepas
8 hari
Bagi pengiraan pertama anak benih
yang berpenyakit perlu dikeluarkan
supaya tidak berjangkit, tetapi
bilangannya perlu diambil kira

Semasa penyimpanan, ujian


hendaklah dijalankan secara
berkala dan ujian yang lebih
kerap hendaklah dijalankan
apabila percambahan biji
benih kurang daripada 80%
Keputusan ujian
percambahan perlu
dicatatkan pada label plastik
biji benih

17

KEKANGAN TERHADAP AKTIVITI PENGELUARAN


BIJIBENIH KENAF
Faktor iklim
Berlainan daripada tanaman bijirin seperti jagung atau padi, pokok kenaf tidak
kering dengan sendirinya apabila lenggai buah matang. Malahan pokok akan mula
mengeluarkan tunas baharu dan terus tumbuh apabila hujan.

Keadaan lembap dan basah selepas peringkat pembentukan dan kematangan pod
buah dan biji benih memberi kesan yang negatif pada proses penuaian, pengeringan
sekali gus terhadap kualiti biji benih.
Defolisasi (pembuangan daun) menggunakan bahan kimia merupakan kaedah
alternatif bagi mengurangkan lembapan sebelum penuaian dijalankan.

Kesediaan jentera pengeluaran yang efektif


Jentera yang digunakan dalam pengeluaran biji benih kenaf disediakan kepada
pengusaha/petani atas dasar ketersediaan jentera tersebut semasa musim
penanaman mahupun penuaian.

Peningkatan jumlah kawasan penanaman kenaf dan pengurusan ladang yang


tidak cekap boleh menyebabkan penangguhan aktiviti ladang yang kritikal pada
satu-satumasa.

Penyakit dan perosak


Perhatian serius perlu diberi sekiranya serangan penyakit dan perosak memberi kesan
secara langsung terhadap hasil biji benih. Bagi tanaman kenaf, serangga perosak
yang amat berbahaya ialah cotton stainer (Dysdercus cingulatus).

18

Serangga ini mula menyerang semasa peringkat berbunga dan mengakibatkan


kerosakan biji benih. Oleh itu, kawalan awal menggunakan Decis adalah disarankan.
Penuaian pada luar musim kering menyebabkan kerosakan biji benih manakala biji
benih yang dituai pada musim hujan mengandungi aras lembapan yang tinggi lantas
menggalakkan pembiakan dan pertumbuhan penyakit.

Lampiran 1. Gerak kerja tanaman kenaf untuk pengeluaran biji benih


Hari selepas Aktiviti
menanam

Huraian

Nota

28

Kapur GML ditabur


menggunakan penabur
vicon.
Menggunakan racun
jenis lepas cambah
dengan bahan aktif
glifosat. Contoh:
Roundup

Boleh ditabur 1 2 bulan


sebelum menanam.

Pengapuran tanah
(jika perlu)
Pengawalan rumpai I

14

Bajak piring
Penyikatan tanah I
Pemutaran tanah I

Penyikatan tanah I
Pemutaran tanah I

Dibiarkan selama 2
minggu.

Menggunakan pembajak
jenis tiga piring yang
dibawa oleh traktor.
Menggunakan penyikat
jenis enam mata.
Menggunakan alat
pemutar.
Menggunakan penyikat
jenis enam mata.
Menggunakan alat
pemutar.

Penanaman bijibenih Menggunakan jentera


penabur biji benih enam
baris berserta alat
pembaja yang dipasang
lekat pada traktor.
Jarak tanaman
37.5 cm di antara baris
dan 5.8 cm di antara
pokok
(460,000 pokok/ha).
Kadar biji benih
10 15 kg/ha.
Pembajaan asas
NPK 15:15:15 pada
kadar 400 kg/ha

Pengawalan
rumpaiII

25 30

Pengawalanan
rumpai III

Menggunakan racun
Pada kadar yang
jenis pracambah dengan disyorkan pengeluar.
bahan aktif flufenacet,
metolachlor atau
alachlor. Contoh: Dual,
Lasso
Menggunakan racun
jenis lepas cambah
dengan bahan aktif
bentazone sodium atau
glifosat.
(samb)

19

Lampiran 1. (samb.)
Hari selepas Aktiviti
menanam

Huraian

42 60

Baja
penyelenggaraan

NPK 12:12:17 + 2 TE
pada kadar 400 kg/ha.

60 ke
hadapan

Pemisahan (roguing)

Mencabut pokok yang


ganjil (off-type)
Pengawalan penyakit Menggunakan racun
dan perosak
penyakit dan perosak
komersial yang sedia
ada. Contoh: Decis

112 126

Kawalan rumpai IV

140 160

Penuaian biji benih

20

Menggunakan racun
jenis lepas cambah
dengan bahan aktif
fluzifop p-butyl.
Contoh: Fusilade

Menggunakan jentera
penuai kombin.

Nota

Pemeriksaan dijalankan
secara berkala.
Serangan serangga
perosak berlaku ketika
pod buah menjadi
matang.

Mesti dijalankan semasa


musim kering.

Lampiran 2. Aliran pengendalian dan pemprosesan biji benih

a
1) Penerimaan hasil tuaian

2) Pengeringan

a
3) Pembersihan

4) Rawatan kimia

a
6) Penyimpanan/pengedaran

5) Pembungkusan

21

Lampiran 3. Ekonomi pengeluaran biji benih kenaf (sehektar)


Perkara
A
B
C

Anggaran hasil benih (kg/ha)


Anggaran harga benih (RM/kg)
Pendapatan kasar (RM)

I.

Kos tetap
Sewa tanah

RM
500
25

III.
V.

VI.

VII.

22

Kos berubah
Benih (20 kg)
Kontrak (jentera)
Baja (800 kg)
Kimia pencegah rumpai
Kimia pencegah serangga
Buruh (1 orang)
Kapur (2 tan)

12,500

500

Jumlah kos tetap

II.

RM

500
500
1,000
1,360
200
100
2,000
960

Jumlah kos berubah

6,120

Jumlah kos (I + II)

6,620

Kos (RM/kg kenaf) (I + II)/A


Margin keuntungan (RM/ha) [C (I + II)]

Jumlah keuntungan (RM/ha/tahun)

Pulangan tenaga buruh (RM/tahun)


[C (Jumlah Kos Kos Buruh)]

13.24
5,880

5,880

6,380

BIBLIOGRAFI
Halimathul Saadiah, A.S., Abdul Wahab, N., Abu Hasan, D. dan Ahmad Hajazi, M. (2006). Faktor iklim
dan kesesuaian pengeluaran biji benih di Malaysia. Teknol. Tanaman 3: 21 22
Halimathul Saadiah, A.S., Abdul Wahab, N., Abu Hasan, D. dan Ahmad Hajazi, M. (2006). Kenaf seed
production: commercial kenaf seed production to meet market demand for the kenaf industry.
Proceedings of the fourth technical review meeting on research and development of kenaf
production for animal feed and fibre, 24 25 Januari 2006, Genting Highlands (Mat Daham, M.D.,
Abdullah, O. dan Wong, C.C., ed.), Serdang: MARDI
Halimathul Saadiah, A.S. (1995). Asas teknologi biji benih, 110 hlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
danPustaka
Maiti, S.N., Datta, A.N. dan Basak, S.L. (1981). Outcrossing and isolation requirement in kenaf
(Hibiscuscannabinus L.). Euphytica 30: 739 745

23

ALAMAT PERHUBUNGAN
Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan khidmat perunding, sila hubungi:
Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301
50774 KUALA LUMPUR
www.mardi.gov.my

24

Penerbit MARDI

You might also like