You are on page 1of 76

AGROMEDIA

ISSN: 1511 - 094X

FOKUS

Bil. 40

1/2013

PERTANIAN NILAI TINGGI

Ayam kampung MARDI


Savanna:

Kambing eksotik untuk


penternakan komersial

Penanaman cili

secara fertigasi terbuka

Produk MARDI
di pasar raya

Industri pertanian bernilai tinggi


sumber pendapatan baru negara

SEMENANJUNG MALAYSIA RM7.00 SABAH/SARAWAK RM8.00 BRUNEI BR$9.00 SINGAPURA S$9.00

BukuMANUAL

Satu lagi terbitan bermutu keluaran MARDI

Hantarkan pesanan anda kepada:


Unit Promosi dan Jualan
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
P. Surat 12301
50774 Kuala Lumpur

ii

Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654


E-mel: booksale@mardi.gov.my

AGROMEDIA

RM7.00
kini
keluaran lama

namun artikelnya masih segar

RM5.00

E-mel: booksale@mardi.gov.my
Hantarkan pesanan anda kepada:
Unit Promosi dan Jualan, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, P. Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur Telefon: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654

i
b
a

i
b
a

Bil 8

Bil 9

Bil 10

Bil 11

Bil 12

Bil 13

Bil 14

Bil 15

Bil 16

Bil 17

Bil 18

Bil 19

Bil 20

Bil 21

Bil 22

Bil 23

Bil 24

Bil 25

Bil 26

Bil 27

Bil 28

Bil 29

Bil 30

Bil 31
ISSN: 1511 - 094X

SEMENANJUNG MALAYSIA RM7.00 SABAH/SARAWAK RM8.00 BRUNEI BR$9.00 SINGAPURA S$9.00

Bil 32

Bil 33

Bil 34

Bil 35

Bil 36

Bil 37

Bil. 37

1/2012

sidang
REDAKSI

dari
KETUA EDITOR

Penasihat:
Dato Dr. Masri Muhamad

Model Ekonomi Baru dilancarkan pada 2010

Pengerusi:
Ramlah Mohd Isa

bagi merealisasikan aspirasi negara untuk

Sidang Pengarang:
Dr. Chua Hun Pin
Ab. Aziz Ibrahim
Rashilah Mohamad
Razali Mustaffa
Siti Shurazizah Sukhur
Faizah Salvana Abdul Rahman
Mirfat A. Hasan Salahuddin
Dr. Tan Geok Hun
Mardhati Mohammad
Umi Kalsum Hussain Zaki
Hanisa Hosni
Zulkafli Ismail
Zainun Che Ahamad

kerajaan telah membangunkan pertanian

AGROMEDIA - Bil. 40

Kumpulan Penerbit MARDI:


Ketua Editor:
Rosiah Hamzah
Editor:
Syahirah Abd. Razak
Noriah Ibrahim

untuk mentransformasikan ekonomi negara


menjadikan Malaysia negara maju. Oleh itu,
bernilai tinggi untuk menjadikan pertanian
sektor yang berdaya maju dan berdaya saing
di pasaran domestik dan antarabangsa. Ini
dicapai dengan memberi fokus kepada tujuh
kluster industri yang berpotensi memberi
pulangan kepada negara dan pendapatan
tinggi kepada petani. Industri tersebut
ialah sarang burung walit, akuakultur, ikan
hiasan, rumpai laut, herba dan rempah-ratus,
florikultur dan cendawan.
Bagi menyokong Dasar Agromakanan
Negara, MARDI sebagai institut penyelidikan
pertanian telah meningkatkan tumpuan
kepada aktiviti R&D&C untuk menjana
teknologi dan inovasi. Rancangan Projek

Pereka:
Tengku Ahmad Fakrul Adli Engku Mat
Muhammad Alif Fahsa Zaini

Mega MARDI disediakan selaras dengan

Fotografi:
Faizuin Abd Hamid

memastikan industri pertanian dan asas

Pengurus Pengeluaran:
Mohd Yusof Mohd Amin

dalam pembangunan ekonomi negara.

Pengurus Pemasaran:
Hazida Syima Hamazah

MARDI juga berjaya menghasilkan pelbagai

keperluan teras strategi dalam agenda


transformasi sektor pertanian dan untuk
tani kekal sebagai salah satu sektor penting

produk dalam bidang pertanian dan industri


makanan. Teknologi MARDI dipindahkan

ISBN 1511 - 094X


Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia
Cetakan pertama 2013

kepada kumpulan sasar dan juga rakan


kongsi yang mengeluarkan dan memasarkan
produk tersebut. Antaranya ialah produk
kesihatan iaitu snek bar tenaga dengan
jenama moola dan jus buah-buahan tropikal

Hak cipta terpelihara. Tidak


dibenarkan mengeluar ulang,
mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau lainlain sebelum mendapat izin
bertulis daripada MARDI.

sparkling dengan jenama S-sotic. Kedua-

Homepej:
http://www.mardi.gov.my

tentang pemeliharaan ayam kampung MARDI

dua produk ini telah memasuki pasar raya


tempatan manakala S-sotic telah memasuki
pasaran UK, Hong Kong, Korea dan China.
Bagi pembaca yang meminati bidang
penternakan, kami paparkan di sini maklumat
dan juga kambing Savanna. Bagi pembaca
yang lain, kami harap dapat memperoleh

Diterbitkan dan dicetak oleh:


Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
Peti Surat 12301
Pejabat Pos Besar
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128
Faks: 03-8948 7630

sedikit sebanyak maklumat dan pengetahuan


dari majalah ini. Selamat membaca. a

AGROMEDIA 40
KANDUNGAN bil

AGROMEDIA - Bil. 40

1/2013

RENCANA KHAS

Industri pertanian bernilai tinggi sumber pendapatan baru negara

RENCANA UMUM
Industri sarang burung walit: Transformasi ekonomi

Khasiat sarang burung walit

Pengenotipan DNA herba di CMDV: Peluang baik kepada penyelidik

dan usahawan herba


Kit pengesan patogen makanan E.coli 0157:H7

10

Projek mega MARDI penjana teknologi dan inovasi

12

Model CQESTR ramal pemanasan global

14

Ayam kampung MARDI

16

Savanna: Kambing eksotik untuk penternakan komersial

18

Kilang khusus padi/beras wangi di MARDI Serdang

20

Varieti padi MARDI - impak pemindahan teknologi di Sarawak

24

69 varieti padi ditanam di Batang Lupar

26

Karah yang semakin parah

28

Bar granola MARDI ke Gulfood 2013, Dubai

30

Produk MARDI di pasar raya

32

Pelbagai produk dabai

34

Penanaman cili secara fertigasi terbuka

36

Kurkumin komponen rebutan dunia

38

Heliconia dan halia hiasan

40

Malaysia - Palestin berkongsi ilmu pemakanan ruminan

44

Generasi ke generasi

46

Superovulasi pada ternakan ruminan

48

Teknologi hijau - pengurusan perosak bersepadu

49

Rebung madu

50

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

U S A H AWA N B E R J AYA

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

Lensa
Kreatif

Lensa
Kreatif

Lensa
Kreatif

Usahawan

Berjaya

Kejayaan usahawan halia Tambunan

52

Perusahaan baja menjana pendapatan lumayan

54

Usahawan

Berjaya

T E K N O L O G I P E R TA N I A N
Usahawan

Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

Teknologi

Teknologi
Pertanian
Pertanian

Berjaya

High Phloretin-G (antioxidant) drink from Citrus microcarpa

56

limau kasturi by-product


Teknologi MARDI untuk IKS

Teknologi MARDI untuk IKS

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

HERBA DAN ULAM-ULAMAN


Herba dan

Lensa
Hobi
Ulam-Ulaman Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40
Kreatif
Herba dan
Ulam-Ulaman
Lensa
Kreatif

Herba dan
Ulam-Ulaman

Usahawan

Berjaya

Usahawan

Berjaya

Hobi aktif tumbuhan sumber makanan kesihatan


Bahan

58

Kaukei herba berkhasiat

60

Mahkota dewa

62

Hobi

TEKNOLOGI MARDI UNTUK IKS


Teknologi
Pertanian

Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

Teknologi MARDI untuk IKS

Sambal tuna berherba

64

HOBI
Herba dan
Ulam-Ulaman

Herba dan
Ulam-Ulaman

Hobi

Hobi

Cili sebagai pokok hiasan

66

AGROMEDIA - Bil. 40

Industri pertanian

bernilai
tinggi
sumber pendapatan
baru negara
Oleh:
Dr. Rozhan Abu Dardak
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi
MARDI Serdang

ektor pertanian adalah


penting kepada ekonomi
negara. Sumbangan
sektor ini kepada KDNK
berjumlah lebih RM560
bilion dalam 2010. Walaupun
sumbangan sektor pertanian
secara relatifnya merosot
daripada 28% dalam tahun
1970-an kepada 7.7% dalam
tahun 2010, nilai mutlak
KDNK sektor pertanian terus
meningkat setiap tahun.
Bagi mengekalkan
sumbangan sektor pertanian
kepada pendapatan negara,
Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani
telah memberi tumpuan
kepada industri pertanian
bernilai tinggi dalam Dasar
Agromakanan Negara (DAN).
Industri pertanian bernilai
tinggi merujuk kepada
komoditi pertanian yang
berkembang pesat selari
dengan permintaan pengguna,
mempunyai potensi memberi
pulangan yang tinggi
kepada petani dan menjana
pendapatan negara.

Tujuh kluster industri pertanian bernilai


tinggi yang berpotensi menyumbang
kepada pembangunan ekonomi negara
ialah:
1. Akuakultur
2. Sarang burung walit
3. Ikan hiasan
4. Florikultur
5. Cendawan
6. Rumpai laut
7. Herba dan rempah-ratus
Nilai keluaran komoditi ini dijangka
meningkat daripada RM4.5 bilion dalam
2010 kepada lebih RM11.5 bilion (2020).
Pengeluaran tujuh komoditi ini dijangka
tumbuh pada kadar 9.7% setahun
menjadikan sektor pertanian kekal sebagai
enjin pertumbuhan ketiga penting kepada
ekonomi negara. Dalam tempoh yang
sama, jumlah eksport produk ketujuh-tujuh
komoditi ini dijangka meningkat daripada
RM4.7 bilion (2010) kepada RM13.6 bilion
(2020).
Bagi memastikan pembangunan
industri pertanian tinggi ini dapat
mencapai sasaran yang ditetapkan, pihak
kerajaan telah menggariskan strategi yang
komprehensif seperti yang dinyatakan
dalam Dasar Agromakanan iaitu:

Akuakultur
Meningkatkan pengeluaran dan
produktiviti spesies terpilih ikan air
tawar, udang laut, kerang-kerangan,
ikan laut dan udang galah
Pembangunan 12,000 hektar kawasan
Zon Industri Akuakultur
Jaminan bekalan benih yang berkualiti
dan konsisten
Memperkukuh pengeluaran makanan
akuakultur yang diterajui sektor swasta
Sarang burung walit
Pembangunan produk untuk pengguna
berpendapatan tinggi
Mewujudkan industri yang tersusun
dan mesra alam
Peningkatan pengeluaran dan
produktiviti melalui pertambahan
premis daripada 60,000 buah (2010)
kepada 70,000 buah (2020)
Pembangunan kawasan pengeluaran
yang mapan dengan menyediakan zon
penternakan burung walit
Pelaksanaan Garis Panduan
Pembangunan Industri Burung
Walit melalui penubuhan Majlis
Perundingan Walit Negara
Pelaksanaan Amalan Pengeluaran yang
Baik melalui pensijilan ladang dan loji
pemprosesan
Memperkukuh penyelidikan dan
pembangunan bagi meningkatkan
kecekapan pengeluaran dan kualiti
sarang burung yang dikeluarkan
Ikan hiasan
Penerokaan pasaran baru ikan hiasan
seperti Asia Barat, China, Australia,
Taiwan, Hong Kong dan Eropah

AGROMEDIA - Bil. 40

2010

2015

2020

Unjuran nilai pengeluaran industri bernilai tinggi, 2010 2020 (RM bilion)

Peningkatan pengeluaran melalui


pertambahan kawasan daripada 1,000
hektar (2010) kepada 3,000 hektar
(2020)
Pembangunan kluster dinamik Zon
Industri Ikan Hiasan
Peningkatan eksport melalui
pengurusan kesihatan yang
memenuhi piawaian antarabangsa,
pembangunan pusat pengumpulan,
kuarantin dan promosi ikan hiasan
di luar negara
Pemantapan program pemuliharaan
spesies yang terancam seperti
Arowana, kuda laut dan spesies
eksotik lain
Mempertingkatkan penyelidikan dan
pembangunan industri ikan hiasan
Florikultur
Pembangunan produk untuk industri
estatik
Pembangunan industri berasaskan
biodiversiti tempatan
Peningkatan pengeluaran melalui
pertambahan keluasan daripada
2,400 hektar (2010) kepada 3,500
hektar (2020) dengan tumpuan
kepada tanaman orkid
Peningkatan produktiviti melalui
penggunaan teknologi terkini,
terutamanya dalam aspek
pengendalian lepas tuai
Penggalakan pelaburan oleh sektor
swasta
Pempelbagaian produk bungaan
seperti potpouri dan teknologi
awetan
Peluasan dan pengukuhan

keupayaan pemasaran melalui


rundingan dua hala dengan negara
pengimport
Pengukuhan penyelidikan dan
pembangunan dengan tumpuan
kepada penggunaan bioteknologi
Cendawan
Meningkatkan pengeluaran dan
produktiviti melalui pertambahan
kawasan daripada 78 hektar (2010)
kepada 340 hektar (2020)
Membangunkan kilang pengeluaran
yang mempunyai persekitaran
terkawal dan beroperasi secara
separa automatik
Kawalan kualiti pengeluaran dengan
menggalakkan pengeluar mendapat
pensijilan Skim Organik Malaysia
dan Amalan Pertanian yang Baik
Penglibatan aktif swasta dalam
pengeluaran
Melaksanakan pertanian lestari
dengan menggalakkan pengusaha
mengamalkan pengurusan sisa
buangan sifar
Rumpai laut
Peningkatan pengeluaran dan
produktiviti melalui pertambahan
kawasan dan penggunaan spesies
baru
Pembangunan Zon Industri
Rumpai Laut yang lengkap dengan
infrastruktur asas dan sokongan
industri
Pemantapan penyelidikan rumpai
laut melalui penubuhan Institut
Penyelidikan Rumpai Laut

Herba dan rempah-ratus


Memenuhi cita rasa pengguna
produk herba dan rempah-ratus
di pasaran global
Pembangunan produk bernilai tinggi
seperti farmaseutikal, makanan
fungsian, produk tambahan dan
produk kecantikan
Meningkatkan pengeluaran dan
produktiviti melalui pertambahan
keluasan daripada 1,000 hektar
(2010) kepada 4,000 hektar (2020)
Jaminan bekalan benih yang
konsisten dan berkualiti
Jaminan bekalan bahan mentah yang
konsisten dan berkualiti
Amalan pengilangan yang baik
Meningkatkan pelaburan swasta dan
penglibatan syarikat peneraju
Memperkukuh penyelidikan dan
pembangunan industri herba dan
rempah-ratus
Pembangunan pertanian bernilai
tinggi merupakan satu daripada usaha
mentranformasi sektor pertanian
menjadi sektor yang berdaya maju dan
berdaya saing di pasaran domestik dan
antarabangsa. Strategi yang digariskan
dalam Dasar Agromakanan Negara
adalah dinamik bagi membolehkan
penyelarasan di peringkat pelaksana
dilaksanakan dengan berkesan. Perkara
yang lebih penting adalah dengan
memastikan hala tuju pertanian bernilai
tinggi sentiasa berada di landasan yang
betul. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Industri

Transformasi ekonomi
I

ndustri sarang burung walit ialah industri yang


telah bermula sejak 618 Masihi lagi dan pada
1997 industri ini mula menjadi satu fenomena
yang hangat di Malaysia. Peningkatan penghasilan
produk daripada sarang burung walit untuk dijadikan
minuman khasiat, sup berkhasiat dan sebagainya juga
mendorong meningkatkan potensi sarang burung
walit di pasaran dunia. Pasaran dunia kini dikuasai
oleh Indonesia (70%), diikuti Malaysia (20%) dan
negara-negara lain (10%) dengan pengeluaran
sebanyak 1,450 tan (2010).
Sebanyak 85% hasil industri walit adalah dari
rumah-rumah kedai dua dan tiga tingkat yang
ditinggalkan kosong, yang ditukar kepada rumah
burung walit di sekitar kawasan bandar, 10% dari
gua-gua di Malaysia dan 5% dari rumah burung walit
tunggal. Dianggarkan juga keseluruhan premis burung
walit ini mencecah hampir 50,000 unit dan hanya 3%
sahaja yang berdaftar.
Menjelang 2020, negara menyasarkan untuk
menjadi pengeluar sarang burung walit dengan syer
pasaran sebanyak 30% iaitu kepada 2,900 tan. Antara
langkah yang dicadangkan adalah dengan menambah
bilangan premis di sekitar pantai timur Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan juga meningkatkan
penghasilan sarang burung di premis yang sedia
ada. Dengan peningkatan rumah burung walit ini,
anggaran pendapatan negara boleh mencecah
sebanyak USD3.6 bilion menjelang 2020.
Beberapa halangan yang menjejaskan sasaran
tersebut telah dikenal pasti. Antaranya ialah peraturan
penternakan sarang burung walit yang tidak seragam
antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan
Kerajaan Negeri, persepsi penduduk sekitar yang
melihat rumah sarang burung ini sebagai penyumbang
kepada suasana yang tidak sihat, kebolehan pasaran
kepada negara lain yang terhad iaitu 90% hasil negara
dieksport ke Hong Kong sahaja dan kelangsungan
serta kelestarian kehidupan burung walit dikhuatiri
akan terjejas akibat pengutipan sarang burung yang
tidak terkawal.

Untuk menghadapi cabaran ini, beberapa pendekatan


pantas telah diambil untuk mengatasinya. Antaranya ialah:
Mendaftarkan pengusaha sarang burung walit. Kini
terdapat hampir 4,000 premis berdaftar.
Mewujudkan pusat pengurusan strategik sarang
burung walit untuk melancarkan koordinasi antara
pengumpul, peraih dan pemproses.
Penyelidikan berkaitan sarang burung walit diadakan
dengan lebih teratur dan sistematik di bawah
pemantauan Pusat Kecemerlangan Sarang Burung
Walit Malaysia, di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Melahirkan syarikat usahawan utama (anchor
company) yang akan menyelaras pasaran sarang
burung walit di luar negara.
Menyediakan premis yang berkos rendah untuk
memaksimumkan pendapatan pengusaha.
Dengan perancangan ini, harapan untuk menjadikan
negara sebagai salah satu pengeluar utama sarang burung
walit di dunia mungkin akan tercapai menjelang tahun
2020. Peranan dan kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan untuk memastikan industri sarang burung
walit ini sebagai salah satu industri yang dapat menjana
pendapatan tinggi negara. a
(Petikan daripada kertas pembentangan Edible Bird Nest Industry
Conference (EBNIC) 2012, oleh
Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, PEMANDU)
Oleh:
Ahmad Zairy Zainol Abidin
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi
MARDI Serdang

AGROMEDIA - Bil. 40

Khasiat sarang
burung walit
Oleh:
Mohd Zaffrie Mat Amin
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan
Pengurusan Teknologi
MARDI Serdang

enduduk negara China dan Indonesia telah lama


menjadikan sarang burung walit sebagai makanan
kesihatan. Sarang burung walit dijual dengan harga yang
mahal mengikut gred dan dikenali sebagai makanan berkhasiat
untuk golongan yang berkemampuan dan berada.
Pada zaman dahulu, sarang burung walit menjadi santapan
eksotik dan eksklusif maharaja China. Menurut kajian di
Beijing, sarang burung walit juga merupakan agen pemutihan
kulit, sangat baik untuk kesihatan mata dan untuk memulihkan
sistem pernafasan serta memperkuat paru-paru bagi pengidap
asma. Sarang burung ini juga sebagai pemangkin pertumbuhan
sel dan kulit.
Di Indonesia, sarang burung walit ini dikatakan mampu
mengubati kanser dan hepatitis B. Ini disebabkan sarang
burung walit mengandungi zat pemakanan dan mineral seperti
glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin dan vitamin yang
lebih mudah diserap oleh badan manusia.
(Sumber: Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo)

Hasil penyelidikan terkini sarang burung walit didapati


bermanfaat sebagai:
Zat kolagen yang melancarkan pembuluh darah,
meningkatkan nafsu makan serta memperbaik saluran
pencernaan.
Dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk.
Sarang burung ini juga mempunyai zat pemakanan
yang baik untuk paru-paru dan menguatkan saluran
pernafasan.
Pengambilan semasa hamil dapat mengurangkan rasa
sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi dalam
kandungan dan dapat mempercepat proses penyembuhan
selepas melahirkan anak.
Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat
meningkatkan daya metabolisme, membaiki kulit serta
melambatkan proses penuaan.
Untuk golongan tua, pemakanan secara teratur dapat
menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya
tahan tubuh terhadap penyakit.
Untuk kanak-kanak, dapat memperkuat daya serap
zat pemakanan yang ada pada setiap makanan dan
memperkuat paru-paru. Menggalakkan perkembangan
otak serta menguatkan daya ingatan.
Merupakan makanan yang amat baik kepada para
perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang
ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan
barah.
Mampu menyelesaikan masalah jerawat, resdung, darah
tinggi, kencing manis, parut jerawat, rambut bercabang,
rambut gugur dan payudara kendur. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Centre fo
r Marker
Discovery
& Valida
tion (CM
DV) di Pu
Penyelid
sat
ikan Biote
knologi
MARDI S
erdang m
enyediak
perkhidm
an
atan ana
lisis cap
DNA tana
ja
ri
man herb
a

Oleh:
Rabiatul Adawiah Zainal Abidin,
Hayati Ahmad dan Umi Kalsom Abu Bakar
Pusat Penyelidikan Bioteknologi
MARDI Serdang

anaman herba merupakan


sebahagian daripada khazanah
biodiversiti negara yang perlu
dipelihara kerana pelbagai keistimewaan
dan manfaatnya kepada manusia. Satu
cara untuk melindunginya supaya tidak
dieksploitasi dan disalah guna oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab
adalah melalui penyediaan cap jari
DNA iaitu pengenalan ciri sumber
genetik bagi memelihara tanaman herba
tersebut.
Cap jari DNA ialah ciri pengenalan
unik bagi suatu varieti tanaman atau
klon haiwan untuk mengenal pasti
identiti dan membantu pendaftaran
varieti tanaman baru di bawah Akta
Perlindungan Varieti Tumbuhan/Tanaman
(PVP). Oleh itu, aplikasi cap jari kepada
tanaman herba tempatan seperti misai
kucing, mas cotek, dukung anak,
belimbing tanah dan lain-lain penting
sebagai perlindungan dan identiti
terhadap tanaman herba tersebut.
Maklumat ini juga boleh dikembangkan
untuk kajian biodiversiti dan membantu
dalam program pembiakbakaan spesies
berkaitan, pada masa hadapan.
MARDI menjalankan penyelidikan
bagi mengetahui fungsi dan profil kimia
penting yang terkandung dalam varieti

Pengenotipan
DNA herba di
CMDV:

Peluang baik
kepada penyelidik
dan usahawan
herba
herba yang berbeza. Tanaman herba
yang berbeza varieti akan memberi tahap
fungsi dan profil kimiayang berbeza.
Varieti herba yang baik sahajaakan
diekstrakdan digunakan sebagai bahan
mentah bagi menghasilkan produk
herbaberkualiti.Cap jariDNA dapat
membantu membezakan tanaman
herba yang elit ini dan berguna
untuk pengeluarannya supaya petani
dapat memastikan penanaman dan
pengeluaran bahan mentah yang
homogen.
Centre for Marker Discovery
& Validation (CMDV) berupaya
menjalankan perkhidmatan analisis
cap jari DNA tanaman herba melalui
teknologi Inter Mite Polymorphism
(IMP). Teknologi IMP yang menggunakan
perkakas LICOR merupakan
penyelesaian kepada cap jari DNA bagi
spesies tanaman yang tidak mempunyai
rujukan genom seperti tanaman herba.
CMDV yang terletak di Pusat
Penyelidikan Bioteknologi mula
beroperasi pada Ogos 2011 dan
kini telah menerima pelanggan
yang terdiri daripada penyelidik dan
pengusaha syarikat biji benih. CMDV
telah dilengkapi dengan peralatan
pengenotipan yang terkini.

Selain perkhidmatan pengenotipan


menggunakan teknologi IMP, CMDV
juga menawarkan perkhidmatan
pengenotipan SNP (Single Nucleotide
Polymorphism) berskala besar melalui
teknologi Sequenom Mass Array dan
Illumina i-Scan. Bagi penanda molekul
SSR (Simple Sequence Repeat), CMDV
mempunyai sistem elektrolisis kapilari
ABI3730x1 yang mampu menganalisis
96 sampel secara serentak.
CMDV berkemampuan menghasilkan
10,000 data point SNP sehari dengan
platform Sequenom manakala platform
SSR mampu menghasilkan 70,000 data
sehari. Platform IMP pula menghasilkan
4,000 data sehari. Keseluruhan
pengendalian sampel, pelaksanaan
eksperimen dan operasi makmal
berhubung kait dan dikawal selia oleh
sistem LIMS (Laboratory Information
Management System).
Oleh itu, usahawan industri herba,
penyelidik herba, institut penyelidikan
dan universiti yang menjalankan
penyelidikan berkaitan dengan herba
dialu-alukan menggunakan khidmat
pengenotipan DNA di CMDV. Sebarang
maklumat sila hubungi cmdv@mardi.
gov.my atau 03-89437305. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Aktiviti perbincangan kerap diadakan antara ahli CMDV


bagi memberikan hasil penyelidikan yang berkualiti

Penggunaan perkakas Licor bagi teknologi Inter Mite


Polymorphism (IMP)

Aktiviti penyelidikan di makmal CMDV

AGROMEDIA - Bil. 40

Kit Pengesan
patogen makanan
E. coli O157:H7
Oleh:
Suria Mohd Saad
Pusat Penyelidikan Bioteknologi
MARDI Serdang

10

. coli (Escherichia coli) ialah


bakteria yang biasa menghuni
usus manusia dan kebanyakannya
tidak berbahaya. Walau bagaimanapun
beberapa strain seperti E. coli
O157:H7 apabila menjangkiti manusia
boleh mengakibatkan keracunan
makanan, muntah-muntah dan
cirit-birit. E. coli O157:H7 ialah
bakteria gram negatif, berbentuk
rod dan patogenik. O merujuk
kepada bilangan antigen dinding
sel (somatik), manakala H merujuk
kepada antigen flagella. Dalam kes
yang serius terutamanya pada kanakkanak, orang tua dan individu yang
berimuniti rendah, jangkitan E. coli
O157:H7 boleh mengakibatkan kolitis
hemoragik dan sindrom hemolitikuraemik (HUS).
Kolitis hemoragik ialah penyakit
akut yang disebabkan oleh E. coli
O157: H7. Penyakit ini dicirikan oleh
kekejangan yang teruk (sakit perut) dan
cirit-birit yang mulanya berair tetapi
menjadi berdarah. Kadang-kadang
disertai dengan muntah-muntah,
demam pada gred rendah atau
tidak demam. Penyakit ini biasanya
bergantung pada tahap imuniti
individu dan berlangsung selama 8
hari (purata). Sesetengah individu
mengalami cirit-birit berair sahaja.
Sindrom hemolitik-uraemik (HUS)
pula ialah penyakit yang dicirikan oleh
anemia hemolitik (anemia disebabkan
oleh kemusnahan sel-sel darah
merah), kegagalan buah pinggang
akut (uremia) dan kiraan platelet yang
rendah (trombositopenia). HUS boleh
menyebabkan komplikasi serius dan
juga boleh mengancam nyawa. Walau
bagaimanapun kebanyakan kanakkanak yang mengalami HUS pulih

tanpa kerosakan kekal kepada kesihatan mereka.


Kebanyakan kes didahului oleh episod berjangkit,
cirit-birit yang kadang-kadang berdarah, disebabkan
oleh E. coli O157: H7 yang diperoleh daripada
makanan atau bekalan air tercemar.
Pada Jun 2011, dunia telah dikejutkan dengan
serangan wabak E. coli di Eropah. Serangan wabak
ini telah mengakibatkan 18 kematian dan lebih
2,000 lagi mengalami jangkitan yang serius. Wabak
ini dipercayai berpunca daripada sayur-sayuran
mentah dari Eropah yang tercemar dengan bakteria
ini. Bagi mengawal wabak ini, negara seperti Russia
menghentikan import sayur-sayuran dari Eropah.
Jangkitan E. coli O157:H7 boleh dicegah dengan
mengelakkan pengambilan makanan, seperti sayursayuran dan daging mentah. Proses penyediaan
dan pembungkusan makanan juga harus dipastikan
kebersihannya. Tangan perlu dibersihkan dan
dibasuh dengan sempurna sebelum menyentuh
makanan. Ini dapat mencegah makanan daripada
dicemari bakteria patogenik ini. Walaupun kes
jangkitan E. coli O157: H7 di Malaysia adalah
rendah kerana amalan pemakanan rakyat Malaysia
yang jarang mengambil daging dan sayur-sayuran
mentah tetapi langkah pencegahan dan sikap
berwaspada haruslah diamalkan setiap masa.
Langkah yang disyorkan sewaktu menyediakan
makanan ialah amalan kebersihan asas dan
memasak dengan sempurna kerana E. coli O157:
H7 sensitif haba. Menurut Kementerian Kesihatan
Malaysia, pada 2008 faktor penyumbang utama
kepada lebih daripada 50% kes keracunan makanan
dikenal pasti berpunca daripada penyediaan
makanan yang tidak bersih. Kebanyakan kes
keracunan makanan yang berlaku di premis
penyediaan makanan di sekolah-sekolah dan
institusi akademik adalah disebabkan oleh amalan
penyediaan dan pengendalian makanan yang
salah, makanan disediakan terlalu awal dan
dibiarkan pada suhu bilik sehingga dihidangkan dan
mengabaikan amalan kebersihan.
MARDI selaku agensi pelaksana penyelidikan,
pembangunan dan inovasi telah menjalankan
penyelidikan yang berguna dalam penghasilan kit

AGROMEDIA - Bil. 40

Kit pengesan pathogen makanan E. coli O157:H7

pengesanan pantas bakteria berbahaya


seperti E. coli O157:H7. Kit yang
menggunakan teknik tindak balas
berantai polymerase (PCR) multipleks ini
berpotensi untuk menggantikan kaedah
konvesional dalam pengenalpastian
bakteria berbahaya ini. Kit hasilan
tempatan ini sudah pasti jauh lebih
murah berbanding dengan kit pengesan
yang diimport.
Kit pengesan pantas E. coli ciptaan
MARDI ini boleh digunakan untuk
mengesan kehadiran serotip E. coli
O157:H7 dan membezakannya
daripada serotip E. coli yang lain di
dalam pelbagai sampel makanan. Teknik
pegesanan yang dibangunkan dalam
kajian ini boleh mengesan sehingga
2.8 x 106 CFU/ml DNA. Keupayaan
mengesan pada kepekatan yang rendah
menunjukkan kit ini adalah sensitif dan
boleh digunakan dalam menjalankan
analisis rutin. a

Bakteria E. coli O157:H7 ialah bakteria gram negatif, berbentuk rod dan patogenik

11

AGROMEDIA - Bil. 40

Projek Mega MARDI


Penjana Teknologi
dan Inovasi
Oleh:
Moahmad Joha Md Palal, Zulkafli Ismail dan Farah Nadiah Mohd Junaidi
Bahagian Urusan Korporat
MARDI Serdang

asar Agromakanan Negara (DAN) 2011 2020


khusus untuk memastikan industri pertanian
dan asas tani kekal signifikan sebagai salah
satu sektor yang penting dalam pembangunan ekonomi
negara. Dasar ini menyasarkan transformasi industri asas
tani kepada industri lebih moden dan dinamik dengan
matlamat untuk menjamin bekalan makanan, menjadikan
industri agromakanan berdaya saing dan mampan serta
meningkatkan tahap pendapatan kumpulan sasar.
Aktiviti Penyelidikan & Pembangunan &
Pengkomersialan (R&D&C) amat diperlukan bagi
memacu transformasi berkenaan. Hal ini selaras dengan
kepentingan untuk menjana teknologi dan inovasi
sebagai aspek utama bagi memastikan trasnformasi sektor
pertanian dan industri asas tani memberi kesan anjakan
positif yang signifikan terhadap produktiviti dan daya
saing sektor pertanian dan industri asas tani.

12

MARDI telah meningkatkan tumpuan kepada aktiviti


R&D&C dalam projek pembangunan RMKe-10 untuk
menjana teknologi dan inovasi yang akan menyokong
transformasi tersebut. Tumpuan kepada R&D&C tersebut
seperti dalam Rancangan PROJEK MEGA MARDI Tahun
2013 dan 2014 selaras dengan peruntukan yang diterima
bagi tahun 2013 dan 2014 untuk menghasilkan output yang
memberi outcome yang tinggi kepada kumpulan sasar.
Rancangan PROJEK MEGA MARDI disediakan selaras
dengan keperluan teras strategik dalam agenda transformasi
sektor pertanian seperti digariskan dalam Pelan Strategik
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Rancangan
PROJEK MEGA MARDI disediakan mengikut 10 tema dan
merangkumi 59 projek utama R&D&C dengan menyasarkan
sejumlah 229 output. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Kaitan output projek dengan outcome MOA dan hala tuju DAN
Output PROJEK MEGA
(Potensi teknologi dan inovasi )
Sasaran output daripada 49 projek merangkumi:
- Varieti baru buah-buahan (nanas, betik berkualiti dan
tahan penyakit, hayat panjang Golden star fruit, klon
rambutan, mangga dan pomelo berkualiti dan hasil
tinggi, nangka, pisang, durian, jambu batu, tembikai)
- Varieti baru padi (padi inbred dan hibrid hasil tinggi
dan rintang penyakit, padi wangi baru, padi istimewa
baru)
- Varieti baru sayur-sayuran dan tanaman hiasan (cili,
tomato, timun mini, peria, orkid, heliconia, nanas
ornamental, pokok berpasu)
- Varieti baru ubi kayu dan keledek untuk industri
makanan dan kanji
- Teknologi pengeluaran secara organik nanas, kubis,
cili, padi, ayam dan kambing
- Teknologi pengeluaran bahan tanaman betik,
jambu batu, manggis, manggis tanpa biji, mesta,
nanomaterial penyalutan biji benih, teknik krioawetan,
loji pemprosesan biji benih asas padi, nurseri dan
ladang mata tunas semi-automatik, makmal kualiti biji
benih ISTA, teknologi propagasi mikro
- Teknologi pengendalian lepas tuai buah nanas,
betik, rambutan, manggis, sayur, bunga keratan
(pembungkusan & penyimpanan), sistem dinamik CA,
bahan pembungkus halal, selamat dan mesra alam,
sistem pembungkus pintar
- Sistem pengeluaran sayur dalam kilang, mekanisasi
pengeluaran padi inbred dan hibrid, ubi kayu dan
keledek
- Pakej agronomi padi
- Pakej pengurusan perosak dan penyakit padi, ubi kayu
dan keledek
- Produk baru ubi kayu dan ubi keledek ungu,
probiotik dan cuka pelbagai guna, ekstrak bioaktif,
makanan antioksidan, ingredien antikolesterol dan
antiinflamatori, dan produk tambah nilai daripada
agrobiodiversiti, mikroorganisma
- Pengeluaran makanan ternakan berasaskan bahan
tempatan
- Teknologi pengurusan baja mineral, baja nano
- Sistem tanaman fungsian kurangkan pencemaran
- Pusat Koleksi Kultur Makanan, Pusat Kecemerlangan
Agroteknologi, Bank Gen Kebangsaan
- Strip nano-sensor pengesan penyakit tanaman, kit
pengesan patogen makanan, penderia fotonik
- Formulasi terapeutik

Antara hala tuju


Dasar Agromakanan Negara(DAN)

Outcome MOA

-
-
-
Peningkatan sumbangan nilai
tambah agromakanan kepada
sektor pertanian
Peningkatan pengeluaran
sektor makanan
Peningkatan SSL bagi
komoditi tertentu
Peningkatan inovasi produk
dan proses

-
-
-
-
-

Kepelbagaian produk baru


-
-
-

Sasaran output daripada 4 projek merangkumi:


- Usahawan IKS agropertanian tembusi pasaran eksport
dan pasar raya besar
- Test bed teknologi dipersijil GMP
- Inkubator teknologi berasaskan ikan
- Ladang contoh teknologi
- Projek perintis teknologi
- Peningkatan skala teknologi
- Agropelancongan bertemakan teknologi/MICE/
agrobiodiversiti

Pembangunan usahawan
agromakanan yang berdaya
saing di peringkat global

Sasaran output daripada satu projek:


- Agen pengembangan frontliners dan kumpulan sasar
utama berpengetahuan

Memperkasa Modal Insan


Pertanian

Sasaran output daripada 5 projek merangkumi:


- Pangkalan data maklumat makanan ternakan ruminan
- Aplikasi mudah alih penanaman padi (platform iOS,
Android dan web mudah alih)
- ICT Padipedia
- Peningkatan pegawai PhD & MSc MARDI

Pewujudan sebuah organisasi


yang dinamik, relevan dan
bermotivasi untuk mencapai
keunggulan dalam sistem
penyampaian

-
-
-
-
-
-

-
-

R&D varieti berkualiti padi baru, varieti/klon


buah-buahan hasil tinggi dan rintang penyakit,
varieti baru tanaman landskap
R&D penggunaan teknologi dan mekanisasi serta
automasi secara meluas untuk meningkatkan
kecekapan pengeluaran dan penuaian
R&D bagi memperluas penggunaan teknologi
pertanian tepat dan amalan baik di kawasan
jelapang dan luar jelapang
R&D inovasi meningkatkan produktiviti dan
kurangkan kos pengeluaran
R&D pembangunan produk bernilai tinggi dan
produk hijau, produk herba yang memenuhi
kehendak pasaran
R&D kaedah awet makanan, pengendalian
pembungkusan dan pengangkutan produk/
ekstrak bahan bioaktif
R&D kaedah pengasingan bulu daripada
sarang burung walit serta teknik pengujian bagi
mengesan pemalsuan
R&D berkaitan pengeluaran makanan ternakan
khususnya penggunaan bahan mentah tempatan
dalam rumusan makanan ternakan yang
berkualiti dengan harga yang kompetitif
R&D bagi mengatasi masalah penyakit, serangga
& perosak utama, antaranya secara biologi dan
organik
R&D penggunaan input yang cekap (tanah
optimum, pengurusan air cekap)
Kaedah mampan dan pematuhan kepada
piawaian antarabangsa

Pemindahan dan pengkomersialan teknologi dan


inovasi lebih meluas kepada pengusaha tani
Pewujudan usahawan tani minda progresif
Modal insan pertanian bestari dan berinformasi
Guna tenaga berpengetahuan dan terlatih
Memperluas akses kursus teknikal
Mempelbagaikan produk agropelancongan

Perkukuh sistem penyampaian (perkhidmatan


atas talian penggunaan teknologi melalui ICT)
Pangkalan data e-network R&D

13

AGROMEDIA - Bil. 40

MODEL CQESTR

ramal pemanasan global

Interface model CQESTR pada komputer menunjukkan pengolahan aktiviti


pertanian pada sesuatu kawasan

Oleh:
Marshall Kana Samuel
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
MARDI Serdang

Salah satu contoh ramalan oleh CQESTR pada pemendapan karbon


dalam tanaman jenis padi di Malaysia sekiranya mengamalkan amalan
pertanian hijau sehingga 2015

Maklumat:

Teknologi model simulasi CQESTR ini masih belum diadaptasi di


Malaysia mahupun di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, menerusi
Program Global Research Alliance Fellowship 2011 dengan biasiswa
penuh USDA-FAS, penulis telah pun mempelajari penggunaan
teknologi simulasi ini selama 3 bulan di Washington State, Amerika
Syarikat. Buat masa ini teknologi ini masih dalam fasa perkenalan
kepada MARDI dan seterusnya Malaysia.

sunami, gempa bumi, kepupusan


spesies organisma, penularan
penyakit baharu dan pelbagai
bencana yang mengorbankan banyak
harta benda dan nyawa merupakan isu
yang sering mendapat perhatian umum
dan hangat diperkatakan pada ketika ini.
Hal ini sering dikaitkan dengan kesan
perubahan cuaca dunia akibat daripada
aktiviti seharian manusia yang telah
merosakkan alam sekitar. Kemusnahan
tersebut dipercayai mampu dikurangkan
seandainya kita dapat meramal bila
dan di mana malapetaka tersebut akan
berlaku dengan mengambil langkah
persediaan awal. Bagaimanakah caranya
untuk kita membuat ramalan tersebut?
Satu kaedah menggunakan khidmat
model CQESTR yang lebih sistematik
dan saintifik telah berjaya dilaksanakan.
Ia dianggap sebagai pencetus kepada
ramalan terhadap perubahan cuaca
dan sentiasa diberi perhatian oleh
penggunanya sebagai panduan awal
untuk persediaan kepada langkah
keselamatan dalam menghadapi
fenomena perubahan cuaca pada

14

Pensampelan gas
di atas permukaan
salji di Stesen
Penyelidikan
Pendleton, Oregon,
Amerika Syarikat

masa akan datang. Model CQESTR


yang dikenali sebagai C-Q-ESTR atau
sequester dalam bahasa Inggeris ialah
sebuah model simulasi proses yang telah
dibangunkan oleh Jabatan Pertanian,
Amerika Syarikat khusus untuk meramal
pemendapan karbon di dalam tanah
berdasarkan aktiviti pertanian, dengan
mengambil kira jenis tanah dan julat
cuaca di sesuatu kawasan.
Menurut kajian, aktiviti pertanian
merupakan penyumbang utama kepada
potensi pemendapan karbon di dalam
tanah. Pengurusan aktiviti pertanian
secara mapan telah menyumbang nilai
simpanan karbon global sebanyak
1.20 x 106 tan setahun pada 2010 dan
dijangka meningkat kepada 2.60 x 106
tan setahun menjelang 2040. Justeru,
kepentingan pemendapan karbon di
dalam tanah yang menjurus kepada
pengurangan komposisi kandungan
karbon dioksida di atmosfera akan
menjadi satu fenomena dan telah
menjadi satu isu perdebatan para saintis
yang mengaitkan molekul tersebut
dengan perubahan cuaca.

Banyak model lain telah dibangunkan


oleh institut penyelidikan seluruh
dunia, antaranya ialah CENTURY,
DayCent, C-STORE, EPIC, APEX dan
kolaborasi remote sensing. Model
simulasi tersebut mempunyai fungsi dan
tatacara kerja yang berbeza, tetapi tetap
fokus kepada objektif yang sama iaitu
penentuan kandungan karbon dalam
tanah. Namun, apa yang pasti ialah
keberkesanan model CQESTR untuk
meramal pemendapan karbon dalam
tanah tidak dapat disangkal lagi. Ini
kerana penggunaannya yang meluas dan
pengiktirafan oleh para saintis melalui
manuskrip yang dihasilkan daripada
kajian terhadap ketepatan dan kejituan
model simulasi tersebut.
Secara amnya, ramalan yang dibuat
oleh model simulasi CQESTR boleh
diterima pakai sebagai landasan dan
panduan kepada kita dengan mengambil
kira segala aktiviti yang dilakukan
secara mesra alam. Melalui pendekatan
ini, kesan kerosakan akibat daripada
bencana alam dapat dikurangkan pada
masa hadapan. a

AYAM
KAMPUNG
MARDI

(Brosur pelancaran ayam kampung MARDI


sempena MAHA 2012)

KEPERLUAN INDUSTRI
Daging ayam kampung asli semakin
digemari oleh masyarakat pelbagai bangsa
di Malaysia. Permintaan yang semakin
meningkat setiap tahun menyebabkan
bekalan berterusan daging ayam kampung
asli sukar dipenuhi. Kebanyakan ayam
kampung di pasaran ialah ayam kampung
kacukan atau ayam pedaging berbulu
perang yang diimport. Kandungan lemak
ayam kampung kacukan dan ayam
pedaging yang diimport adalah lebih tinggi
daripada ayam kampung asli.

PENGELUARAN ANAK AYAM


KAMPUNG MARDI
Anak-anak ayam kampung MARDI
dihasilkan oleh kumpulan pejantan
dan induk betina terpilih berdasarkan
pertumbuhan dan ciri fizikal yang telah
ditetapkan. Ayam diternak di dalam reban
intensif terbuka dengan nisbah jantan
kepada betina pada 1:10. Induk jantan
dan betina ialah baka tempatan dengan
ciri-ciri fizikal yang diterima sebagai ayam
kampung oleh masyarakat Malaysia.

KELEBIHAN AYAM KAMPUNG


MARDI
Dagingnya lebih pejal berbanding
dengan ayam kacukan apabila diternak
di kawasan separa intensif atau lepas
bebas dan diberi pemakanan yang
seimbang.
Kadar pertumbuhan yang setara
dengan ayam kampung asli (berat 1.5
kg pada 12 minggu)
Kadar peneluran yang lebih baik
iaitu 65% berbanding dengan ayam
kampung asli.
Ciri-ciri fizikal yang mirip kepada ayam
kampung asli di Malaysia tetapi lebih
seragam.
Mengekalkan sifat-sifat asal ayam
kampung asli seperti sifat mengais dan
mengeram.
Sesuai untuk diternak secara separa
intensif atau lepas bebas di bawah

AGROMEDIA - Bil. 40
Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi:

Pengarah
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Tel
: 03-8943 7324
Faks
: 03-8948 5053
E-mel : achan@mardi.gov.my
ladang kelapa sawit, getah atau buahbuahan.

ANGGARAN KOS PENTERNAKAN


AYAM KAMPUNG MARDI
Sistem penternakan:
Separa intensif (reban dan kawasan lepas
berpagar)

Kaedah penternakan dan perumahan


yang mudah dan ringkas berbanding
dengan ayam pedaging.

Keluasan reban:
15 kaki x 20 kaki ( 300 kaki
persegi)

Mampu memberikan hasil pulangan


yang lumayan kerana harga pasaran
bagi ayam kampung asli ialah dua
kali ganda berbanding dengan ayam
kampung kacukan.

Keluasan kawasan lepas:


15 kaki x 20 kaki (300 kaki
persegi)

PEMAKANAN

KOS PENGELUARAN UNTUK SEEKOR


AYAM KAMPUNG

Pemakanan yang seimbang dan


mencukupi adalah penting bagi
pertumbuhan optimum ayam kampung.
Kandungan protein dan tenaga yang
disarankan untuk Ayam Kampung MARDI
adalah seperti yang berikut:

Muatan ayam kampung:


150 ekor (2 kaki persegi/ekor)

Anak ayam kampung

= RM1.80

Makanan ayam
(3.255 kg x RM1.80/kg)

= RM5.90

Upah kerja

= RM0.30

* Peringkat pemula:
Makanan komersial yang mengandungi
20% protein dan 3100 kcal/kg tenaga.

Utiliti dan ubat

= RM0.30

Pengangkutan

= RM0.20

* Peringkat pembesaran:
Makanan komersial yang mengandungi
18% protein dan 3000 kcal/kg tenaga.

Jumlah kos seekor ayam

= RM8.50

JADUAL PEMBERIAN MAKANAN


BERSUKAT
Umur
(minggu)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
JUMLAH

Makanan
harian
(g/ekor)
6
12
18
24
30
36
42
48
54
60
65
70
465

Makanan
mingguan
(g/ekor)
42
84
126
168
210
252
294
336
378
420
455
490
3255

ALIRAN TUNAI PENTERNAKAN AYAM


KAMPUNG
Jumlah ayam permulaan

= 150 ekor

Kadar kematian (8%)

= 12 ekor

Baki jumlah ayam hidup

= 138 ekor

Kos pengeluaran untuk


150 ekor

= RM1275

Hasil jualan ayam untuk


138 ekor

= RM1449

Untung bersih

= RM1449
RM1275
= RM174

Purata untung bersih

= RM174/150

= RM1.16/ekor

* Makanan tambahan seperti nasi, hampas


kelapa atau sagu boleh diberikan untuk
meningkatkan berat badan ayam kampung.

15

AGROMEDIA - Bil. 40

Ayam
kampung

MARDI
Oleh:
Azlina Azma Ismail Affendee
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Muadzam Shah
Noraziah Mokhtar
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Serdang

16

asyarakat Malaysia
mendefinisikan ayam kampung
sebagai ayam tempatan yang
bulunya berwarna keperangan atau
bercampur-campur, berbadan langsing
serta tegap, mempunyai kaki yang
lebih panjang daripada ayam pedaging
komersial selain diternak secara lepas
bebas atau separa intensif.
Secara umumya, pertumbuhan berat
badan ayam kampung agak lambat
(1.5 kg pada umur 1216 minggu)
daripada ayam pedaging (2.5 kg pada
umur 5 minggu). Keadaan ini adalah
kesan daripada penternakan ayam
kampung yang dipelihara secara lepas
bebas serta tidak menitikberatkan
keadaan perumahan atau reban,
kualiti dan kuantiti pemakanan, selain
pembiakbakaan dan pemilihan.
Penternakan yang tidak terurus ini
telah menghasilkan ayam kampung yang
lambat pertumbuhannya serta rendah
pengeluaran telurnya. Keadaan menjadi
semakin kritikal apabila ayam pedaging
mula diternak secara besar-besaran oleh
penternak tempatan berbanding dengan
ayam kampung. Namun ayam kampung
masih lagi mempunyai kelebihan
berbanding dengan ayam pedaging
kerana ayam kampung adalah komponen
penting dalam sistem integrasi pertanian
di kampung-kampung seluruh Malaysia
selain permintaan dagingnya yang tinggi
di restoran masakan Melayu asli.
Penyelidikan dan pembangunan
ayam kampung MARDI telah dimulakan
sejak tahun 2008. Objektif penyelidikan
ini adalah untuk mencirikan pelbagai
strain ayam kampung yang terdapat

di Malaysia, untuk mengenal pasti


strain yang baik dengan trait fenotipik
atau ciri-ciri fizikalnya, membiak baka
dan memilih strain yang terbaik untuk
digunakan sebagai asas stok biak
baka selain untuk membangunkan
pencapjarian DNA dan jarak genetik
antara tiga strain kampung.
Projek penyelidikan ini telah
bermula dengan pencarian sumber
ayam kampung daripada tiga kawasan
Semenanjung Malaysia iaitu selatan,
utara dan tengah yang masing-masing
dinamakan Strain Alfa, Beta dan
Gamma. Ayam kampung daripada
ketiga-tiga sumber ini telah dibawa
masuk ke Kompleks Ayam Kampung di
Stesen MARDI Muadzam Shah, Pahang.
Ayam kampung ini telah dipelihara
dan dibiakkan sesama sendiri dalam
kumpulan masing-masing untuk
menghasilkan anak-anak ayam yang
akan dibesarkan, dipilih mengikut saiz
dan ciri-ciri fizikal yang telah ditetapkan
serta dijadikan sebagai pengganti induk
ayam kampung. Program biak baka ini
berterusan bermula daripada generasi F0
sehingga kini sudah mencapai generasi
F4. Satu strain yang dikenali sebagai
strain Tetta telah hasilkan daripada
pengawanan induk jantan strain Betta
dan induk betina strain Alfa daripada
generasi F0, yang kini telah memasuki
generasi F3.
Kini MARDI mempunyai empat strain
ayam kampung. Dua strain mempunyai
pertumbuhan yang baik manakala dua
strain lagi mempunyai pengeluaran telur
yang tinggi. Ayam kampung MARDI
sesuai diternak secara separa intensif
atau lepas bebas di bawah ladang

AGROMEDIA - Bil. 40

Ayam kampumg MARDI berumur 12 minggu


sedia menjalani proses pemilihan induk
pengganti

Kumpulan induk jantan dan betina dalam program


pembiakbakaan

kelapa sawit, getah atau buah-buahan. Ciri fenotipiknya


mirip kepada ayam kampung asli di Malaysia tetapi lebih
seragam dari segi rupa bentuk fizikalnya.
Ayam kampung MARDI masih mengekalkan sifat asal
ayam kampung asli iaitu sifat mengais dan mengeram.
Kadar pertumbuhan ayam kampung MARDI juga setara
dengan ayam kampung asli (berat 1.5 kg pada 12 minggu).
Kadar peneluran yang rendah di kalangan ayam kampung
telah diperbaik dengan pembangunan strain Alfa dan
Tetta yang masing-masing menghasilkan 65% dan 60%
kadar peneluran. Kaedah penternakan dan perumahan
untuk Ayam Kampung MARDI juga mudah dan ringkas
berbanding dengan ayam pedaging komersial.

Anak ayam kampung MARDI yang baru


menetas

Ayam kampung MARDI mampu memberikan pulangan yang


tinggi kerana harga pasaran bagi ayam kampung adalah dua
kali ganda berbanding dengan ayam kampung kacukan selain
harganya yang tidak dipantau oleh kerajaan sebagaimana ayam
pedaging. Dagingnya juga lebih pejal hasil daripada aktiviti
pergerakan dalam kawasan separa intensif atau lepas bebas
disertai dengan pemakanan yang seimbang. Keempat-empat
strain ayam kampung ini dibangunkan dengan harapan mampu
memenuhi keperluan terhadap permintaan anak ayam kampung
asli yang sentiasa meningkat. a

Ciri-ciri fenotipik terpilih ayam kampung MARDI


Ciri fizikal
Warna bulu
Kaki

Ciri-ciri
Merah-hitam untuk jantan; perang-kelabu untuk betina
Warna kuning atau krim (80%); kaki yang panjang: jantan 10 cm, betina 8 cm

Balung

Berbalung tunggal dan tegak/berdiri tidak melendur ke sisi untuk jantan, berbalung tunggal untuk betina

Paruh

Sedikit melengkung ke bawah, tidak seperti burung kakak tua; 60% daripada paruh berwarna kuning

Bentuk badan

Dada tidak terlalu luas atau lebar, tirus, kira-kira100o

Cuping telinga

Merah bukan putih

Pial
Warna kulit
Ekor

Sudut berdiri
Berat pada 12 minggu

Merah
Dari krim kekuning
Untuk jantan ekor berbentuk sabit dan berwarna hitam kehijauan, untuk betina ekor berbentuk V dan dihujungnya
berwarna hitam
Sudut berdiri tegak dada ialah 45o bukan 90o seperti ayam serama
Min 1.5 kg untuk jantan dan 1.2 kg untuk betina

17

AGROMEDIA - Bil. 40

Savanna:

Kambing eksotik
untuk penternakan
komersial
Oleh:
Mohamad Hifzan Rosali
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Kluang
Dr. Musaddin Kamaruddin
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Serdang

Pejantan Savanna yang digunakan dalam program pembiakbakaan di MARDI Kluang

18

AGROMEDIA - Bil. 40

Induk betina sedang menyusu anak kembar yang


baru dilahirkan

Kambing betina Savanna meragut rumput di dalam padok

aka kambing eksotik sering diimport ke negara ini


bagi menambah populasi kambing negara di samping
meningkatkan kualiti ternakan kambing di Malaysia.
Sehingga kini, Malaysia masih bergantung pada kambing
import bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan.
Pada 2004, MARDI telah membawa masuk kambing
Boer. Pada 2009 pula, 80 ekor kambing Savanna dibawa
masuk dan ditempatkan di Stesen MARDI Kluang. Savanna
dikenali sebagai Boer putih dalam kalangan masyarakat
Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, Savanna dan Boer tidak
mempunyai persamaan dari segi genetiknya. Selain kambing
Boer dan Kalahari Merah, Savanna ialah satu daripada tiga
baka kambing komersial yang menguasai industri daging
kambing di Afrika Selatan.
Secara amnya, bulu kambing Savanna berwarna putih.
Mukanya pula berbentuk bujur dengan telinga di sisi
kepalanya. Telinga kambing Savanna yang panjang dan lebar
serta mempunyai pigmen, berfungsi untuk melindunginya
daripada kutu, agas dan parasit lain. Kambing Savanna
mempunyai kebolehan mengibu yang baik dan amat
menyayangi anak-anaknya. Pengeluaran susunya juga cukup
tanpa perlu dibekalkan dengan susu gantian, keadaan ini dapat
mengurangkan risiko kematian anak sebelum disapih pada
umur 3 bulan.
Hasil penyelidikan MARDI selama 3 tahun mendapati
kambing Savanna sesuai untuk pengeluaran daging dalam
sistem pengeluaran secara intensif dan separa intensif dengan
kadar pertumbuhan yang tinggi. Berat badan kambing jantan
mencapai 55 kg seawal umurnya 10 bulan pengeluaran secara

intensif. Kambing Savanna boleh melahirkan sehingga 52%


anak kembar pada setiap musim kelahiran dengan kadar
kebuntingan 90%. Berdasarkan keupayaan pembiakan ini
kambing Savanna terbukti mempunyai nilai ekonomi yang
tinggi untuk diternak secara komersial di Malaysia.
Para penternak dan usahawan pasti memilih kambing
ini kerana boleh mendatangkan keuntungan bersih yang
lebih tinggi dan kos penyelenggaraannya rendah. Dengan
kaedah pemeliharaan yang mudah, kambing Savanna dapat
dibiakkan sepanjang tahun tanpa masalah. Kambing Savanna
tidak cerewet dari segi sumber pemakanan, daripada pokok
renek sehinggalah rumput terpilih dan mempunyai keperluan
aras pemakanan yang sederhana.
Selain itu, kambing Savanna berupaya membiak dalam
persekitaran yang mungkin sukar bagi baka kambing yang
lain. Kambing Savanna mempunyai kebolehan penyesuaian
diri yang tinggi kerana ia berasal dari persekitaran yang teruk
di Afrika Selatan iaitu keadaan cuaca yang panas, sejuk,
lembap dan taburan hujannya rendah, sekitar 100 150
mm setahun. Bukan itu sahaja, kambing Savanna juga dapat
menempuhi perjalanan yang jauh bagi mencari makanan
dan air.
Kehadiran kambing Savanna di Malaysia diharap
dapat menjadi baka alternatif kepada industri ternakan
kambing negara. Penternakan kambing Savanna berupaya
meningkatkan hasil pendapatan penternak sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai pemacu
dalam mencipta kekayaan dalam kalangan penternak di
samping menambahkan hasil keluaran daging negara. a

Prestasi kambing Katjang tempatan berbanding dengan kambing Savanna

Berat lahir (kg)


Berat sapih (kg)
Berat matang jantan (1 tahun)
Berat matang betina (1 tahun)
Peratus pemotongan/dressing (%)

Katjang

Savanna

1.2 2.5
8.0 11.5
25 35
15 25

2.5 4.0
16.7 25
60 70
38 45

47 49

52 55

19

AGROMEDIA - Bil. 40

Kilang khusus

padi/beras wangi
di MARDI Serdang

Oleh:
Mohsin Yusof dan
Dr. Marzukhi Hashim
Pusat Penyelidikan Padi
dan Tanaman Industri
MARDI Serdang

Majlis pelancaran kilang oleh YAB Perdana Menteri

ermintaan beras wangi di Malaysia semakin


meningkat manakala jumlah import beras
wangi melebihi RM500 juta setiap tahun. Bagi
mengurangkan pengaliran keluar wang negara, kerajaan
melalui NKEA Pertanian di bawah Program Transformasi
Ekonomi telah memberi mandat kepada MARDI untuk
mengetuai Entry Point Project 9 (EPP 9).
Objektif EPP 9 adalah untuk menanam, mengilang serta
memasarkan beras wangi tempatan. MARDI sebelum ini
telah mengisytiharkan dua jenis padi wangi iaitu MRQ 74
atau Maswangi yang menyerupai beras basmathi dan MRQ
76 yang menyerupai beras jasmine Thai.
Di bawah EPP 9, MARDI telah melantik empat buah
syarikat peneraju untuk menanam, mengilang dan
memasarkan padi wangi yang telah diisytiharkan oleh
MARDI. Dua buah syarikat untuk menanam MRQ 74 di
Melaka dan Pahang, manakala dua syarikat lagi untuk
menanam MRQ 76 di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Pemprosesan, pengilangan dan pembungkusan padi/
beras wangi tersebut tidak boleh bercampur dengan beras
putih biasa. Bagi memastikan kualiti tidak tercemar, kilang

20

khusus untuk memproses padi/beras adalah satu keperluan.


Oleh itu, bagi membantu syarikat peneraju memproses dan
mengilang padi wangi dalam tempoh 24 jam selepas dituai,
MARDI telah menambah baik dan menaik taraf kilang beras
di MARDI Seberang Perai dan MARDI Serdang/MAEPS.
Kilang padi di MARDI Serdang telah dinaik taraf daripada
status uji kaji dan demonstrasi kepada status mini komersial.
Kilang ini telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2012 dan
dikhususkan untuk padi wangi sahaja. Ia telah dibina dengan
kos keseluruhan berjumlah RM515,000 dan berupaya
memproses padi pada kapasiti 6 8 tan sehari.
Pembinaan kilang ini dibiayai sepenuhnya daripada
peruntukan EPP 9 NKEA Pertanian dan menjadi hak milik
MARDI. Kilang khusus ini akan memberi perkhidmatan
memproses padi wangi kepada Syarikat Peneraju yang
menanam padi di zon tengah seperti di Pahang, Selangor,
Negeri Sembilan dan Melaka. Di samping itu, kilang ini akan
digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari
semasa ke semasa. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Carta alir pemprosesan padi


Saluran masuk (Intake Hopper)

Ruang padi mula dimasukkan (padi kering dengan


kandungan lembapan 10 14%)

Pembersih bersepadu (Combined cleaner)

Ruang mengasing benda asing bersepadu (batu,


tangkai padi, jerami) dan padi hampa

Pengupas kulit (Dehusker)

Pengasing padi (Paddy separator)

Sekam padi yang terhasil (20%) daripada


jumlah padi yang diproses akan disedut
ke dalam rumah sekam melalui sistem
cyclone dust extraction menjadikan
pemprosesan lebih mesra alam

Ruang
mengumpul
dedak

Alat mengasing padi kepada beras, temukut, dedak dan kulit

21

AGROMEDIA - Bil. 40

Pemutih beras (Rice whitener)

Pengilat beras (Rice polisher)

Ruang mengumpul dedak

Penggred (Grader)

Bahagian menggred beras pelbagai saiz


kepada beras penuh dan temukut

Pembungkus separa auto (Semi auto packer)

Ruang membungkus beras

Pembungkus kedap udara (Vacuum packer)

22

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

AGROMEDIA - Bil. 40

Lensa
Kreatif

Usahawan

Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam Ulaman

Berjaya

Teknologi MARDI untuk IKS

Hobi

Foto: Helda Souki


Lokasi: Stesen MARDI Kota Kinabalu

23

AGROMEDIA - Bil. 40

Menuai padi menggunakan jentera penuai


di Tg. Purun, Sarawak

Varieti padi
MARDI

impak pemindahan
teknologi di Sarawak
Oleh:
Hassan Saji, Long Sidi, Mohd Noor Adros Yahya dan Abdul Raub Maulud
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
MARDI Kuching

24

AGROMEDIA - Bil. 40

i Sarawak, majoriti petani masih


mengamalkan penanaman padi
secara tradisional dan masih
menggunakan varieti padi tradisional
yang mempunyai tempoh matang yang
panjang antara 145165 hari. Oleh itu,
musim penanaman padi terhad kepada
sekali setahun sahaja. Pada 2010,
purata pengeluaran padi sawah dengan
keluasan 60,964 ha ialah 3.03 tan/ha.
Jumlah ini rendah berbanding dengan
negeri lain di Malaysia.
Masalah utama untuk meningkatkan
hasil pengeluaran padi di Sarawak ialah
pengairan dan saliran serta infrastruktur
ladang yang serba kekurangan. Selain
itu, keluasan tanah sawah yang terhad
serta bersaiz kecil dan kekurangan
teknologi pengurusan tanaman padi
juga menjadi penghalang kepada
pengeluaran hasil yang tinggi.
Masalah ini disebabkan oleh sistem
penanaman padi sekali setahun,
pergantungan kepada air hujan untuk
pengairan sawah dan penggunaan
varieti padi jangka panjang (6 bulan).
Varieti padi jangka pendek (kurang dari
4 bulan) kurang popular di Sarawak.
MARDI Sarawak telah mengambil
inisiatif dengan memperkenalkan varieti
padi moden yang mempunyai tempoh
matang yang lebih singkat seperti MR
219 melalui Projek Perintis Pengeluaran

Padi di Tg. Purun pada 2008. Sehingga


kini, hampir 90% kawasan Tg. Purun
telah ditanam dengan padi MR 219.
Oleh sebab penerimaan yang amat
memberangsangkan serta peningkatan
hasil yang lebih tinggi, varieti ini
juga telah diperkenalkan ke kawasan
penanaman padi di NKEA Batang Lupar.
Projek perintis padi di Kg. Melayu
Skait yang dimulakan pada 2009 juga
menggunakan varieti padi MR 219.
Peningkatan hasil padi MR 219 di
Tg. Purun amat ketara. Purata hasil
pada musim 1/2008 ialah 4.4 tan/
ha berbanding dengan 2.02 tan/ha
bagi padi Pandan iaitu sejenis padi
tempatan. Peningkatan ini ialah 2.38
tan/ha (117.8%). Bagi musim 2/2009,
peningkatan 0.27 tan/ha (4.67 tan/ha)
berbanding dengan musim 1/2008.
Jabatan Pertanian Bahagian
Samarahan juga telah mengagihkan 20
tan benih padi MR 219 kepada petani
di sekitarnya. Melalui BERNAS, varieti
padi MR 219 mula ditanam di kawasan
Projek Penggerak Ekonomi, Batang
Lupar pada musim 2011/2012 seluas
15 ha. Bagi musim 2012/2013, BERNAS
menanam varieti padi MR 219 dan MR
253.
Memandangkan varieti MR 219
telah diisytihar lebih daripada 10 tahun,
maka MARDI Sarawak telah mula

memperkenalkan varieti padi MR 263


kepada peserta Projek Perintis di Tg.
Purun dan Sg. Pasir, Batang Lupar bagi
musim 2011/2012. Pencapaian hasil
padi MR 263 musim 2011/2012
di Tg. Purun ialah 5.7 tan/ha berbanding
dengan 4.67 tan/ha bagi MR 219.
Manakala di Sg. Pasir hasil MR 263 ialah
4.65 tan/ha berbanding dengan 4.11
tan/ha bagi MR 219. Varieti padi MARDI
dengan penambahbaikan mengikut
keadaan setempat telah meningkatkan
hasil padi di bawah pelaksanaan projek
perintis teknologi padi di Sarawak.
Varieti padi yang digunakan
seperti MR 219 dan MR 263 telah
terbukti merupakan varieti padi
hasil tinggi berbanding dengan padi
tempatan seperti Padi Pandan, Acheh
Merah dan Acheh Hitam yang masih
mengamalkan sistem pengurusan
padi secara tradisional. Peningkatan
hasil padi ini berikutan peningkatan
amalan pengurusan yang sistematik,
pemindahan teknologi melalui varieti
padi MARDI dan kesan inovasi
dalam pakej teknologi mengikut
keadaan setempat. Seterusnya diharap
peningkatan hasil padi ini dapat
menyumbang ke arah peningkatan
tahap sara diri (SSL) di Sarawak. a

Varieti padi MR 219 di Tg. Purun, Sarawak

Padi MR 219 di projek padi Kg. Melayu


Skait, Batang Lupar, Sarawak

Petani di Tg. Purun dengan padi MR 219


yang hendak dituai

25

AGROMEDIA - Bil. 40

69 varieti
padi ditanam
di Batang Lupar
Oleh:
Jilum Makup dan Mohd Albar Saili
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
MARDI Kuching
Rosnani Harun
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan
Pengurusan Teknologi
MARDI Serdang
Mohammad Noor Adros Yahya
MARDI Sarawak
Awang Haniff Awang Ahmad
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
MARDI Sessang

atang Lupar bukan sahaja dikenali dengan buaya pemangsa Bujang


Senang dan fenomena air pasang besar Benak, tetapi ia juga
merupakan kawasan utama penanaman padi di Sarawak. Muka bumi
yang rata, hujan sepanjang tahun dan majoriti penduduk terlibat dengan
pertanian menjadikan Batang Lupar berpotensi sebagai Jelapang Padi
Sarawak.
Isu sekuriti makanan dan kenaikan harga beras import, menagih
pengeluaran makanan yang mencukupi dan ini menjadikan Batang Lupar
dimasukkan dalam pelaksanaan Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara
(NKEA) di bawah EPP 11 yang menjanjikan perubahan amalan penanam
padi dan sosioekonomi penduduk Batang Lupar.
Kajian survei telah mengenal pasti 69 varieti padi yang dikategorikan
mengikut warna, asas usul benih dan jangka masa penanaman.
Kepelbagaian varieti ini memberikan pelbagai pilihan kepada penanam
dan juga pengguna, namun demikian ia menimbulkan masalah dari segi
kualiti, pengurusan tanaman, kawalan serangga dan perosak, penggunaan
mekanisasi ladang, pengendalian lepas tuai dan juga pemprosesan. Dengan
terlaksananya EPP 11 dalam NKEA kerajaan, langkah terbaik pasti diambil
untuk menangani masalah ini. a

Melerai padi daripada tangkai

Penjemuran biji padi

26

Penuaian padi cara tradisional

Hanya AGROMEDIA - Bil. 40

Padi merah (perang)

Padi hitam (chelum)

Padi merah ditanam untuk makanan


sendiri yang disebut padi pakai. Padi
ini diproses menjadi beras terlebih
dahulu, dan dijual dengan harga
RM6.007.00 sekilogram. Varieti padi
merah ialah Sabak Merah dan Acheh
Merah.

Padi hitam (chelum) pula lebih ringan


dan dipercayai baik untuk kesihatan
terutama bagi pesakit kencing
manis dan kolesterol tinggi serta ibu
mengandung. Namun padi ini tidak
digemari oleh golongan muda kerana
keras dan berserat tinggi. Harga beras
padi hitam ialah RM5.00 6.00
sekilogram. Varieti padi hitam ialah
Mamut, Bali, Kurau dan Bajong.

RM45.00

BORANG PESANAN /
ORDER FORM
Nama:
Name

Alamat:

Address

Padi putih
Varieti padi putih mempunyai
kepadatan isi yang tinggi dan berat.
Oleh itu ia dijual dalam bentuk
padi dengan harga RM1.00 1.20
sekilogram kecuali beras Bario, Bubuk
dan Rotan (lebih ringan dan lebih
mahal). Varieti padi putih termasuklah
Rotan, Bubuk, Lulut, Belak Putih dan
Padi Pandak.

Padi pun
Padi pun ialah padi yang benihnya diperoleh secara turun-temurun (padi asal).
Oleh itu, petani tidak mahu menukar jenis padi yang ditanam kepada jenis
atau varieti lain. Terdapat padi yang telah melangkaui tiga generasi khususnya
padi Acheh, Rembai dan Meleka.

Padi moden
Benih yang diperoleh daripada pihak kerajaan, swasta atau daripada rakan
petani kawasan lain digelar padi moden. Penanaman padi jenis ini masih
tidak menyeluruh dan terhad kepada percubaan. Contohnya, Padi Mujong,
Padi Pandan, Padi Wee dan Padi Kemboja.

Padi mar
Padi mar (padi taun) ialah varieti padi yang ditanam dalam jangka masa yang
panjang sehingga 6 bulan. Ia biasa ditanam pada awal musim dan hanya
dituai pada akhir musim padi. Contoh padi jenis ini ialah Padi Acheh, Padi
Meleka dan Acheh Merah.

Padi mudah
Padi mudah ialah varieti padi yang hanya ditanam dalam masa 34 bulan.
Kebanyakan padi ini ditanam di peringkat pertengahan musim menanam dan
dituai pada awal musim menuai. Antaranya ialah Padi Bajong, Padi Mamut dan
Padi Biris.

Poskod:

Bandar:

Town

Postcode

Negeri:

State

Tel:
E-mel:
E-mail

Sila hantarkan
Please send me

naskhah buku

copy/copies of

Pengurusan Perosak
Bersepadu Tanaman Padi
ke Arah Pengeluaran
Berlestari
Disertakan bersama ini
I enclose herewith

RM

melalui Kiriman wang/Draf bank atas nama


DANA PENERBITAN MARDI.
in the form of Money order/Bank draft made payable to
DANA PENERBITAN MARDI.

Cek persendirian tidak diterima.


Personal cheques will not be accepted.
Sila tambah RM10.50 bagi setiap naskhah.
Please add RM10.50 for every copy.

Hantarkan kepada Please send to:


Unit Promosi dan Jualan
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
P. Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128
Faks: 03-8943 1654
E-mel: booksale@mardi.gov.my

27

AGROMEDIA - Bil. 40

Oleh:
Siti Norsuha Misman
Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri
MARDI Serdang

enyakit karah cukup sinonim


dalam kalangan petani dan
merupakan antara penyakit utama
yang menyerang tanaman padi di
Malaysia. Dengan penggunaan racun
kulat yang intensif, insiden penyakit
karah sentiasa meningkat dari tahun
ke tahun sehingga menyebabkan
berlakunya wabak penyakit ini pada
2004 dan 2005. Kehilangan hasil yang
diakibatkan oleh penyakit karah ini
sangat tinggi iaitu 50 70%. Selain
kehilangan hasil, serangan yang
serius boleh mengakibatkan biji padi
berkapur disebabkan oleh pengisian
biji yang tidak sempurna. Keadaan ini
menjejaskan kualiti beras. Serangan
penyakit ini menjejaskan pendapatan
petani seterusnya boleh menjejaskan
pengeluaran padi negara.

Pengisytiharan varieti MR 219 dan


MR 220, masing-masing pada 2001 dan
2003 telah mengubah senario industri
padi negara apabila penanaman keduadua varieti ini sehingga kini melebihi
90% daripada kawasan penanaman
di Semenanjung Malaysia. Varieti yang
mempunyai potensi hasil 10 t/ha ini
mempunyai kerintangan terhadap
penyakit karah semasa diisytiharkan.
Namun, amalan penanaman
monovarieti atau varieti tunggal meliputi
kawasan yang luas dalam tempoh yang
terlalu lama juga telah mengakibatkan
berlakunya wabak serangan penyakit
karah pada 2004 dan 2005. Kawasan
yang terlibat dalam insiden serangan
penyakit ini ialah sekitar 4,000 6,000
hektar meliputi kawasan di Projek Barat

Simptom penyakit karah

Simptom penyakit karah daun

28

Penyakit karah disebabkan oleh patogen


kulat Pyricularia oryzae yang disebarkan
melalui angin dan biji benih. Patogen
ini boleh menyerang semasa peringkat
semaian, peringkat padi beranak dan
peringkat padi masak. Patogen ini
menghasilkan lesi kerosakan pada daun,
buku batang, tangkai dan buah. Bagi
karah daun, lesi berbentuk bujur atau
gelendung, berwarna kelabu kehijauan
yang akan bertukar kepada warna kelabu
dan membesar dengan sisi berwarna
perang. Daun yang dijangkiti akan mati,
seterusnya merencatkan pertumbuhan
pokok padi.
Bagi karah tangkai, simptom serangan
ialah lesi kehitaman pada buku batang
dan tangkai yang menyebabkan tangkai
mudah patah. Kerosakan juga boleh
merebak ke cabang-cabang tangkai dan
buah. Serangan awal akan menyebabkan
biji padi tidak berisi dan menunjukkan
gejala bulu ayam.

Serangan karah tangkai yang serius di petak


sawah menyebabkan gejala bulu ayam atau
padi hampa

AGROMEDIA - Bil. 40

Laut Selangor, MADA, Utara Pulau


Pinang, KADA, KETARA, Chuichak dan
FELCRA Seberang Perak.
Terkini, MARDI telah mengisytiharkan
varieti MR 253 pada 2010 yang
dihasilkan melalui kaedah kacukan
balik. Varieti ini mempunyai kerintangan
yang baik terhadap penyakit karah.
Ciri istimewanya, ia sesuai ditanam
di kawasan marginal dan pokoknya
rendah menyebabkan ia tahan rebah.
MR 263 yang diisytiharkan pada tahun
yang sama juga mempunyai kelebihan
tersendiri dari segi hasil yang boleh
menyaingi MR 219.

Pengurusan penyakit karah

Aktiviti pengawasan dan pemantauan


terhadap kehadiran simptom penyakit
karah oleh petani menjadi kunci
utama dalam mengawal penyakit ini.
Kekerapan pemantauan dan pengesanan
awal membolehkan tindakan diambil
untuk mengurus serta mengawal
penyakit ini daripada merebak. Petani
seharusnya menanam varieti MARDI
yang rintang terhadap penyakit karah
serta menggunakan biji benih yang sihat
dan bebas penyakit bawaan benih.

Petani juga harus memastikan


kawasan sekitaran sawah padi bersih
dengan memusnahkan kawasan atau
tanaman yang boleh menjadi perumah
alternatif bagi patogen penyakit seperti
rumpai dan padi batat. Para petani
juga disarankan agar menggunakan
kadar benih dan baja yang optimum
serta pembajaan yang seragam di petak
sawah. Kadar benih dan baja yang
berlebihan akan menggalakkan populasi
patogen yang tinggi di petak sawah
seterusnya mengakibatkan insiden
penyakit karah berlaku. Sekiranya
simptom penyakit ini telah dikenal pasti
selepas pemantauan dibuat, kawalan
menggunakan racun kimia seperti
azoxystrobin dan isoprothiolane adalah
disyorkan.

Bagi penyakit karah daun,


semburan dilakukan apabila
simptom kelihatan, manakala
bagi karah tangkai semburan
dilakukan pada peringkat 25%
keluar tangkai dan diulangi dengan
racun daripada kumpulan yang
lain pada 3 7 hari kemudian jika
serangan teruk. Rawatan terhadap
biji benih menggunakan racun
kulat juga boleh dilakukan sebagai
pencegahan memandangkan
penyakit karah adalah penyakit
bawaan biji benih. Namun,
kawalan di peringkat ladang tidak
boleh diabaikan terutamanya
di kawasan yang mempunyai
inokulum penyakit ini di
persekitaran sawah padi. a

Simptom penyakit karah tangkai; Tangkai patah

29

AGROMEDIA - Bil. 40

Bar granola
MARDI ke Gulfood
2013, Dubai

Oleh:
Sharifah Samsiah Mohamad
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
MARDI Serdang
Rashilah Mohamad dan Nur Fazliana Mohd Noh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan PengurusanTeknologi
MARDI Serdang

ar granola ialah snek pemberi


tenaga atau pengganti makanan
utama yang ringkas, sesuai untuk
mereka yang sibuk bekerja ataupun ahli
sukan. Produk yang dibangunkan oleh
MARDI ini diperbuat berasaskan bahan
asli tanpa bahan perisa dan pewarna
tiruan. Bar granola ini dikeluarkan oleh
rakan industri MARDI iaitu Syarikat
Agro Jerneh Sdn. Bhd. dan diberi nama
Moola.
Untuk meluaskan pasarannya ke luar
negara, bar granola telah dipamerkan
di Gulfood 2013 yang telah diadakan
pada 25 28 Februari 2013 di Dubai
World Trade Centre. Pameran ini
merupakan acara terbesar tahunan
dunia bagi pertunjukan pameran
makanan dan hospitaliti. Dengan
disertai oleh 4,200 pempamer yang
terdiri daripada pengeluar, pembuat
dan pengedar makanan dari 101 buah
negara, lebih 5,000 jenama produk dari

30

industri makanan dan minuman telah


dipamerkan.
Selain Agro Jerneh Sdn. Bhd. yang
membawa produk hasil inovasi MARDI,
terdapat 53 syarikat dari Malaysia yang
terdiri daripada pengilang makanan
terproses, separa proses dan segar
yang mengambil bahagian dalam
misi perdagangan MATRADE kali ini.
MATRADE ialah agensi prinsipal yang
bertanggungjawab mempromosikan
eksport bagi barang-barangan
terproses serta separa proses dan juga
mempromosikan perkhidmatan. Antara
perkhidmatan yang dihulurkan oleh
MATRADE termasuklah membekalkan
maklumat tentang barangan buatan
Malaysia dan perkhidmatan yang
terdapat untuk tujuan pengeksportan,
menganjurkan business matching
antara pembeli luar negara atau
pengimport dengan pengeskport
Malaysia dan memberi kemudahan

AGROMEDIA - Bil. 40

Sumber: http://www.dubaicalendar.ae/en/event/
events/gulfood-2013.html

lawatan kepada pembeli luar negara


kepada misi-misi MATRADE mahupun
individu.
Kajian penerimaan produk Moola
telah dilakukan terhadap pengunjung
yang kebanyakannya terdiri daripada
peniaga antarabangsa, tempatan
atau klien berpotensi yang berminat
dengan perniagaan antarabangsa dan
pengeluar produk yang lain. Kesukaan
mereka terhadap produk granola bar ini
melebihi 91.5%.
Selain penerimaan keseluruhan
produk tersebut, 72% adalah menyukai
dan sangat menyukai atribut yang
dinilaikan. Warna asli daripada pes
buah-buahan, kelopak rosel dan kelapa
serta badam memberi impak besar
kepada penerimaan warna produk. a

31

AGROMEDIA - Bil. 40

Oleh:
Noruzaini Ilias
Sekretariat TechnoFund, MARDI Serdang

Produk
MARDI

di pasar raya
Moola Easy Meal Snek bar tenaga

Maklumat lanjut:
www.facebook.com/moolasnackbar

32

Produk makanan kesihatan yang kebanyakannya diimport telah


menembusi pasaran tempatan dari tahun ke tahun dan menjadi pilihan
dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat. Ini telah membuka ruang
kepada usahawan tempatan menghasilkan makanan berunsur kesihatan
yang berkualiti setanding dengan produk luar negara malah dijamin
halal. Menyedari potensi yang luas, MARDI telah berkolaborasi bersama
syarikat tempatan Agro Jerneh Sdn. Bhd. dengan mengambil peluang
menghasilkan snek bar tenaga bagi memenuhi keperluan masyarakat
setempat.
Granola bar tempatan yang dikomersial sebagai Moola Easy Meal ini,
dibiayai oleh Dana TechnoFund di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA). Hasil daripada formulasi dan teknologi MARDI,
produk ini telah berjaya membolosi beberapa rangkaian pasar raya seperti
Kedai Mesra Petronas, Kedai Petron, kedai buku 1Malaysia, gedung
peralatan sukan serta di beberapa buah farmasi terpilih dan sedang dalam
usaha memasuki pasaran yang lebih besar seperti pasar raya TESCO.
Syarikat Agro Jerneh giat mempromosikan produk menerusi penglibatan
syarikat menaja aktiviti berkaitan sukan serta menghadiri beberapa
pameran di luar negara bagi memperkenalkan Moola ke peringkat
antarabangsa.
Terdapat 2 perisa yang telah berada di pasaran iaitu rosel dan kurma
serta 4 lagi perisa bakal dihasilkan iaitu nanas, kelapa, pisang dan beri
campuran. Setiap gigitan snek
mengandungi kacang badam
yang kaya dengan protein,
vitamin serta mineral, sesuai
dimakan oleh pelbagai peringkat
usia. Kandungan kalori yang
rendah serta serat yang tinggi
dapat menurunkan kadar
kolestrol, mengurangkan risiko
penyakit jantung dan dapat
mencegah kanser usus. Snek
Bar Moola dijual dengan harga
RM2.00 RM2.50/bar.

AGROMEDIA - Bil. 40

Sparkling Tropical Fruit Juice

Kerjasama syarikat tempatan, Madura Industries Sdn. Bhd.


dan Pusat Teknologi Makanan MARDI berjaya menghasilkan
Sparkling Juice daripada buah-buahan tempatan. Produk ini
mempunyai potensi yang cukup baik di pasaran tempatan
mahupun luar negara berdasarkan permintaan yang semakin
meningkat terhadap minuman jus sparkling semula jadi tanpa
bahan pengawet serta tanpa alkohol. Penemuan teknologi
oleh MARDI dalam menghasilkan jus sparkling daripada
buah-buahan tempatan, mendapat perhatian dan dibiayai oleh
TechnoFund.
Produk Sparkling Tropical Fruit Juice atau dikenali dengan
jenama S-sotic ini mampu bersaing dengan jus sparkling
yang diimport dan sebelum ini didominasi oleh syarikat
antarabangsa. Produk minuman ini
mempunyai 4 variasi rasa iaitu salak, delima,
jambu batu dan epal. Boleh didapati dalam
botol bersaiz 275 ml dengan harga RM3.00
RM4.00/botol dan 750 ml dengan harga
RM8.00 RM10.00/botol. Ia telah dipasarkan
di beberapa pasar raya utama seperti Mydin,
Giant, Carrefour, TESCO di dalam negara,
TESCO di luar negara iaitu di UK, Hong
Kong, Korea dan beberapa buah pasar raya
di China. a

33

AGROMEDIA - Bil. 40

Oleh:
Dr. Chua Hun Pin
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
MARDI Kuching

Pelbagai

abai (Canarium odontophyllum)


ialah spesies nadir daripada
famili Burseraceae yang hanya
terdapat di Borneo khususnya bahagian
Sibu dan Kapit di negeri Sarawak. Ia
juga dikenali sebagai zaitun Sarawak
berdasarkan bentuk luarannya walaupun
ia berlainan famili dengan buah zaitun.
Buah dabai dimakan setelah direndam
di dalam air suam. Isinya lembut,
berwarna kuning dan mempunyai rasa
lemak seperti avokado.
Dengan jangka hayat produktif sekitar
40 tahun, pokok dabai yang matang
berupaya menghasilkan sehingga 300 kg
buah setiap musim. Dabai telah dikenal
pasti sebagai produk Petunjuk Geografi
(Geographical Indication) dan prospek
untuk menjadi tanaman ekonomi masa
depan untuk Sarawak.
Buah dabai berkhasiat dan kaya
dengan tenaga, protein, lemak, kalium,
fosforus, kalsium, magnesium, vitamin
E dan juga aktiviti antipengoksidaan.
Komposisi asid lemak buah dabai
mempunyai nisbah asid lemak poli tak
tepu dan asid lemak tepu (PUFA:SFA)
yang tinggi. Nisbah ini lebih tinggi
berbanding dengan nisbah piawai
pencegahan penyakit kardiovaskular
iaitu 1.0. Kandungan asid lemak isi
dabai hampir menyerupai minyak
kelapa sawit dengan komposisi utama
asid palmitik (42%), asid linoleik (35%)

dan asid linolenik (11%). Minyak isi


buah dabai juga mempunyai aktiviti
antihiperkolesterol.

Pencapaian MARDI

Nilai pemakanan yang tinggi,


ditambah dengan kandungan asid
lemak dan kapasiti antipengoksidaan
menunjukkan bahawa buah dabai
amat berpotensi untuk kegunaan yang
lebih meluas. Bagaimanapun, potensi
dabai belum diterokai sepenuhnya
selain dimakan segar.
Dalam usaha untuk memanfaatkan
sepenuhnya potensi dabai, MARDI
Kuching telah menjalankan kajian
penilaian fiziko-kimia terhadap
beberapa jenis genotip dabai, serta
pembangunan produk dan kajian
penyimpanan sebagai langkah
penyelesaian untuk meningkatkan
penggunaan dabai. Produk nilai
tambah yang berjaya dibangunkan
termasuk pes jeruk, jeruk, pulpa sejuk
beku, sos pencecah, pes perencah,
mayonis dan minuman.
Penggunaan buah dabai dalam
pembangunan produk makanan baru
ini dapat mempelbagaikan kegunaan
di samping memastikan bekalan buah
dabai pada luar musim. Ini sekali
gus akan membangunkan industri
pemprosesan buah-buahan tempatan.

Pes jeruk dabai

Jeruk dabai

AGROMEDIA - Bil. 40

Dua produk asas iaitu jeruk dabai dan pulpa sejuk


beku dabai dibangunkan bagi memastikan bekalan dabai
pada luar musim. Produk asas ini akan membolehkan
pemprosesan produk dabai dijalankan sepanjang tahun.
Jeruk dabai yang diawet menggunakan garam boleh
disimpan selama setahun pada suhu bilik. Pulpa sejuk beku
dabai pula dapat mengekalkan rasa segar melebihi setahun.
Dua makanan perasa iaitu sos pencecah dabai dan pes
perencah dabai dibangunkan menggunakan jeruk dabai
sebagai ramuan utama. Sos pencecah dabai ialah penyedap
rasa dalam bentuk cecair yang boleh digunakan seperti
sos cili dan sos lada hitam. Pes perencah dabai pula ialah
perencah pekat jenis sedia guna untuk penyediaan pelbagai
jenis masakan misalnya nasi goreng dabai yang sangat
popular di Sarawak.

Mayonis dabai dan minuman jus dabai ialah dua produk


nilai tambah yang boleh dihasilkan daripada pulpa sejuk
beku dabai. Kedua produk ini boleh memberi pilihan
alternatif kepada peminat mayonis dan minuman buah. a

Pes perencah dabai

Mayonis dabai

Pulpa sejuk beku dabai

Minuman dabai

Sos pencecah dabai

35

AGROMEDIA - Bil. 40
Oleh:
Yaseer Suhaimi Mohd dan
Mohamad Abd Manas
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
MARDI Serdang

Penanaman cili secara

fertigasi terbuka
P

Penanaman cili padi secara fertigasi terbuka tanpa struktur pelindung hujan

36

engeluaran hasil cili, melon


wangi dan tomato secara fertigasi
telah meningkat sebanyak 35
kali ganda berbanding dengan cara
penanaman secara konvensional.
Permintaan petani dan usahawan
untuk menggunakan sistem fertigasi
semakin meningkat, terutama untuk
penanaman cili. Kos pembinaan struktur
pelindung hujan (SPH) yang tinggi telah
membantutkan penggunaan teknologi ini
di kalangan pengusaha cili.
Penanaman cili secara fertigasi
terbuka tanpa menggunakan struktur
pelindung hujan adalah satu kaedah
alternatif kepada pengusaha yang ingin
menggunakan teknologi fertigasi tetapi
mempunyai modal atau peruntukan yang
terhad. Pengeluaran hasil yang setara
dengan penanaman secara fertigasi
di bawah struktur pelindung hujan
menyebabkan penanaman fertigasi
secara terbuka menjadi pilihan utama
kepada pengusaha tanaman cili.
Penanaman cili fertigasi terbuka
bermula dengan proses penyediaan
kawasan penanaman, pemasangan
sistem pengairan fertigasi, penyediaan
beg tanaman, penyediaan anak benih,
pemindahan anak benih ke dalam
polibeg dan seterusnya pengurusan
tanaman yang melibatkan kerja-kerja
rutin seperti pembajaan, membuat
pancang sokongan, membuang tunas air,
kawalan penyakit dan serangga perosak,
penuaian hasil dan membuang sisa
tanaman.
Kawasan yang rata merupakan
salah satu syarat utama penanaman
cili fertigasi supaya pembahagian
larutan baja kepada pokok cili adalah
sama rata. Keluasan tanah 1 ekar
mampu memuatkan 3,0004,000

AGROMEDIA - Bil. 40

Anak benih cili yang berusia 1821 hari yang


sedia dipindahkan ke polibeg

polibeg, bergantung pada susun atur


ladang. Seterusnya pemasangan sistem
pengairan fertigasi yang meliputi
alatan seperti tangki air, pam air,
paip utama, paip pembahagi, tiub
mikro dan penitis perlu dilakukan.
Selepas kerja-kerja pemasangan sistem
pengairan dilakukan, pengusaha akan
menyediakan beg tanaman dengan
mengisi medium tanaman ke dalam
polibeg.
Medium tanaman yang disyorkan
MARDI ialah 100% sabut kelapa proses
(coco peat) kerana mudah diperoleh,
murah dan lebih mesra alam. Walau
bagaimanapun, bagi pengusaha fertigasi
di sebelah utara semenanjung seperti
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sekam
padi bakar menjadi pilihan sebagai
medium kerana mudah diperoleh
di negeri tersebut dengan harga yang
berpatutan.
Proses seterusnya ialah penyediaan
anak benih cili. Pengusaha perlu
mengenal pasti varieti yang sesuai
dan mudah dipasarkan. Varieti cili
yang dipilih hendaklah sesuai dengan
kehendak pengguna bagi memudahkan
aktiviti pemasaran. Varieti cili besar
atau merah yang disyorkan ialah hibrid
F1 seperti Kulai 469, Kulai 568, Kulai
151, Kulai 223 dan Kulai 3000 (abang
pedas). Manakala bagi cili padi, varieti
yang disyorkan ialah cili padi centel dan
bara.
Biji benih cili disemai di dalam
dulang semaian dengan 104 lubang
plug. Peat moss digunakan sebagai
medium percambahan. Percambahan
anak pokok yang seragam akan
diperoleh selepas 57 hari. Anak
benih yang berusia 1821 hari sedia
dipindahkan ke dalam polibeg. Pada

Alat yang digunakan untuk mengukur


kepekatan baja

peringkat ini, ketinggian anak benih


ialah 1020 cm dengan 710 helai
daun. Kerja-kerja memindahkan anak
benih dilakukan pada lewat petang
bagi mengurangkan tekanan pada anak
benih akibat kesan pindah, sekali gus
mempercepat proses pemulihan anak
benih.
Tanaman cili memerlukan larutan
nutrien pada kepekatan yang tertentu
di beberapa peringkat pembesaran.
Kepekatan larutan nutrien diukur
menggunakan meter konduktiviti
elektrik (EC).
Pengurusan tanaman cili fertigasi
terbuka adalah termasuk kerja-kerja
membuat pacang sokongan, membuang
tunas air, pembajaan dan kawalan
penyakit dan serangga perosak. Fungsi
pancang sokongan ialah memberikan
sokongan kepada pokok daripada
terbalik terutama pada peringkat buah.
Kerja-kerja cantasan atau membuang
tunas air dilakukan selepas 23 minggu
penanaman.
Tunas air ialah tunas yang muncul
selepas cabang utama cili. Bagi pokok
cili merah, semua tunas air dibuang bagi
memastikan nutrien yang dibekalkan
dapat digunakan oleh pokok untuk
pembesaran dan penghasilan buah.
Manakala bagi cili padi, 35 tunas air
disimpan bagi meningkatkan hasil cili
padi.
Tuaian pertama bagi cili merah ialah
75 hari selepas mengubah manakala
bagi cili padi pula 90 hari selepas
mengubah. Hasil dikutip selang 3 hari
di peringkat awal dan setiap hari pada
peringkat puncak. Hasil minimum yang
perlu dicapai oleh pengusaha ialah 2.5
kg sepokok bagi cili merah dan 1.5 kg
sepokok bagi cili padi. Hasil minimum

Cili merah yang telah digredkan sebelum


dipasarkan

ini perlu dicapai bagi memastikan


pengusaha mendapat modal pelaburan
dalam masa yang singkat.
Jangka hayat ekonomi bagi tanaman
cili fertigasi secara terbuka ialah 180
hari. Keputusan untuk menamatkan
hayat pokok perlu mengambil kira
faktor seperti varieti cili, harga semasa
cili di pasaran, tahap kesuburan pokok
dan tahap jangkitan penyakit. Langkah
penamatan pokok ialah memetik buah
cili yang masak termasuklah hijau
dan seterusnya, pokok bersama-sama
akar dicabut keluar dari polibeg dan
dimusnahkan kesemuanya.
Penanaman cili secara fertigasi
terbuka menghadapi risiko kerosakan
yang tinggi akibat serangan penyakit
dan serangga perosak. Walau
bagaimanapun, kawalan penyakit dan
serangga perosak yang dilakukan secara
bersepadu menggunakan racun dan
kaedah yang betul dapat meningkatkan
kadar kejayaan. Dengan pengurusan
tanaman yang berkesan, sistem fertigasi
terbuka ini dapat menjamin pengeluaran
hasil cili yang tinggi serta memperoleh
hasil yang setara dengan penanaman
secara fertigasi di bawah struktur
pelindung hujan. a

37

AGROMEDIA - Bil. 40

Pengeringan kunyit di dalam pengering solar

Oleh:
Hanisa Hosni dan
Rosalizan Md. Saleh
Pusat Penyelidikan Padi dan
Tanaman Industri
MARDI Serdang
Pokok kunyit (Curcuma longa L.)

Pengekstrakan kunyit untuk penghasilan


kurkumin dan analisis antioksida

Kurkumin
komponen
rebutan dunia

38

AGROMEDIA - Bil. 40

ahan aktif utama kunyit yang


memberi kesan positif kepada
kesihatan ialah kurkuminoids.
Ia merupakan pigmen kuning yang
terdiri daripada 3 komponen iaitu
kurkumin, demetoksikurkumin (DMC)
dan bisdemetoksikurkumin (BDMC).
Komponen ini menunjukkan aktiviti
yang setaraf dengan antioksidan lain
seperti vitamin C, E dan beta-karotena.
Oleh itu, tidak hairanlah kurkumin
menjadi rebutan pelbagai pihak kerana
kemujarabannya yang amat luar biasa.
Ini menyebabkan banyak paten telah
difailkan. Bagaimanapun paten terhadap
kunyit telah dianugerahkan kepada
University of Mississipi Medical Centre
pada 1995. Namun, selepas mendapat
bantahan daripada kumpulan pertanian
di India, paten tersebut telah dilucutkan.
Bantahan tersebut dibuat atas alasan
bahawa kunyit ialah bahan ubatan yang
telah digunakan oleh masyarakat Asia
sejak berkurun lamanya dan ia bukanlah
sesuatu yang baru. Perlindungan paten
adalah bagi bahan atau perkara yang
aneh ataupun baru (novelty).
Pelbagai paten kegunaan dan
keberkesanan kurkumin dalam
rawatan penyakit, industri makanan
dan kesihatan (drug coating) telah
difailkan dari seluruh dunia seperti
China, Eropah, New Zealand, Korea,

Singapura, Hong Kong, Australia dan


Amerika Syarikat. Akhirnya, pada 13
Jun 2012, paten terhadap kurkumin
telah dianugerahkan kepada University
of Rochester Medical Centre (URMC),
Amerika Syarikat. Sejumlah 24 paten
berkenaan kurkumin telah difailkan
oleh URMC sejak 2004.
URMC giat menjalankan kajian
terhadap kurkumin bagi merawat
penyakit barah berkaitan hormon
lelaki seperti barah prostat, termasuk
juga penyakit seperti kebotakan,
pertumbuhan bulu badan tidak
terkawal, pembesaran kelenjar prostat
dan jerawat.
Tidak ketinggalan MARDI juga
menjalankan beberapa kajian teknik
pengeringan kunyit bagi mengekalkan
warna dan kandungan kurkuminoids di
dalamnya. Proses pengeringan sangat
penting dalam penghasilan serbuk
kunyit. Proses pengeringan yang kurang
sempurna menyebabkan pertumbuhan
bakteria dan kulat. Proses pengeringan
yang terlalu lama dengan suhu
pengeringan yang terlalu tinggi pula,
menyebabkan kehilangan kandungan
fitokimia dan penurunan kualiti fizikal.
Teknik pengeringan yang berbeza
dengan menggunakan pelbagai jenis
alat pengering didapati mempengaruhi
kandungan fitokimia kunyit. Beberapa

alat pengering seperti rumah pengering


suria, fluidized bed dryer (FBD)
dan low temperature, low humidity
dryer (LTLH) telah diuji dalam proses
pengeringan kunyit. Kebanyakan
syarikat besar menggunakan pengering
jenis mekanikal untuk mengeringkan
kunyit. Pengeringan jenis ini
memerlukan kos yang agak tinggi kerana
melibatkan penggunaan tenaga elektrik.
Kaedah pengeringan alternatif
yang lebih murah seperti penggunaan
rumah pengering suria telah dikenal
pasti mampu menghasilkan serbuk
kunyit yang berkualiti, setanding
dengan pengering jenis mekanikal.
Pengeringan di dalam rumah pengering
suria menggunakan 100% tenaga
suria daripada matahari dan ini dapat
menjimatkan kos operasi sehingga
30%. Kandungan fitokimia seperti
kurkuminoids, kandungan fenolik,
kandungan flavonoids dan aktiviti
antioksidan didapati dapat dikekalkan
dan setanding dengan mutu serbuk
kunyit yang dikeringkan secara
mekanikal. a

Kegunaan kunyit
Kunyit telah disenaraikan dalam World Of Health
Organizations (WHO) sebagai pokok yang paling banyak
digunakan dalam bidang perubatan.
Masyarakat India telah menggunakan kunyit, sejak
600 tahun sebelum Masihi sebagai salah satu bahan
utama perubatan Ayurveda dan telah tersenarai
dalam herba Assyrian. Kunyit juga dianggap sebagai
herba penyucian untuk seluruh badan. Dalam bidang
perubatan, kunyit telah digunakan untuk merawat
sakit perut, demam, sebagai tonik, pembersih darah,
merawat hati, jaundis dan penyakit berkaitan dengan hati.
Masyarakat Cina menggunakan kunyit untuk merawat
penyakit hati dan juga dipercayai mampu merawat
masalah batu karang, menghentikan pendarahan,
merawat sesak nafas dan haid yang tidak teratur.
Masyarakat Melayu banyak menggunakan kunyit
dalam masakan dan dipercayai boleh merawat ciritbirit, ketiadaan haid dan rawatan selepas bersalin.
Masyarakat Machang di Kelantan menggunakan

kunyit bagi merawat sakit perut dan perut bengkak.


Golongan remaja pula menggunakan kunyit untuk
mencantikkan wajah.
Di Indonesia, kunyit ialah bahan utama dalam produk
jamu bagi rawatan wanita selepas bersalin dan masalah
kitaran haid yang terganggu.
Di India dan China, kunyit juga banyak digunakan untuk
merawat kebotakan pada lelaki dan arthritis (radang sendi).
Di Hawaii, Amerika Syarikat pula serbuk kunyit banyak
digunakan untuk merawat jangkitan telinga dan hidung.
Hasil penyelidikan terkini telah menemui keberkesanan
kunyit sebagai bahan ubatan utama bagi menghentikan
radang, barah, membunuh mikrob berjangkit dan
meningkatkan tahap kesihatan jantung.
Di sebalik semua kebaikan dan keberkesanannya dalam
menyembuhkan penyakit, kunyit tidak memberi kesan buruk
dan toksik selepas pengambilannya.

39

AGROMEDIA - Bil. 40

Oleh:
Dr. Zainudin Hj. Meon
Pusat Penyelidikan Hortikultur
MARDI Serdang

anaman heliconia yang berasal


dari hutan tropika Amerika, Asia
dan Kepulauan Pasifik mempunyai
rupa bentuk tersendiri yang menawan.
Daripada 500 spesies di seluruh dunia,
150 spesies terdapat di Asia Tenggara
serta Kepulauan Polinesia dan 98%
dijumpai di tropika Amerika. Halia
hiasan (Calathea) pula kebanyakannya
boleh didapati di kawasan Asia tropika
termasuk Kepulauan Melayu, Nusantara
dan Benua Selatan India. Ketinggian
heliconia dan halia hiasan hampir sama
tetapi bentuk daunnya berbeza mengikut
jenis. Seperti heliconia, halia juga
mempunyai ciri-ciri bunga yang menarik
dan sesuai untuk kegunaan landskap
serta bunga hiasan.
Ciri-ciri menarik pada tanaman ini
seperti warna bunga, bentuk pokok
dan daun dapat memberi kesan
estetik kepada pemandangan secara
keseluruhan. Selain dapat menambahkan
kecantikan sesuatu kawasan, penanaman
heliconia dan halia hiasan dapat
mewujudkan kestabilan ekosistem flora
dan fauna serta mengawal hakisan
tanah.
Ciri-ciri bunga seperti menegak,
berjuntai dan berangkai memberi tarikan
utama untuk dijadikan sebagai bunga
keratan. Tidak hairanlah jambakan
bunga keratan heliconia dan halia
ini diperagakan di tempat-tempat
eksklusif seperti hotel, pintu masuk
majlis keramaian, kolam renang dan
sebagainya.

Potensi dan pasaran masa depan

Dari segi industri florikultur, Malaysia


merupakan salah sebuah negara
pengeksport utama florikultur di

40

Tanaman heliconia dan halia hiasan (Calathea) dapat menambah nilai ekologi dan alam sekitar
di sesuatu kawasan serta mengurangkan pencemaran

dunia. Dalam tahun 2007, Malaysia


berada pada kedudukan ke-20 antara
pengeksport utama florikultur. Nilai
eksport dari 2000 2007 melebihi
RM202 juta dan kadar ini terus
meningkat pada kadar 19.1% setahun.
Pengeluaran florikultur yang meliputi
bunga keratan temperat dan orkid,
bunga hiasan dan orkid tropika telah
meningkat daripada 9,726 tan (2001)
kepada 77,357 tan (2008) dengan kadar
pertumbuhan 49.8% setahun.

Cabaran pasaran pada masa depan


ialah saiz industri yang agak kecil
serta diusahakan secara kecil-kecilan.
Memandangkan industri ini berintensif
buruh dan modal, hanya pengusaha
yang mempunyai keupayaan modal,
jaringan pemasaran yang kukuh,
khususnya pasaran eksport dapat
menceburi pasaran ini. Selain itu,
cabaran lain yang dihadapi oleh industri
florikultur ialah pembangunan varieti
baru, bekalan tanaman yang tidak sekata

AGROMEDIA - Bil. 40

dan tidak menentu, serta peningkatan


kos baja dan bahan kimia yang tinggi
setiap tahun.
Antara kelebihan pokok heliconia dan
halia hiasan
mudah ditanam dan dijaga.
pusingan hayat kebanyakan spesies
melebihi 6 bulan (penanaman
semula dapat menjimatkan kos).
dapat diperluaskan dalam tanaman
dusun, ladang kelapa sawit (tabiat
kehidupan spesies memerlukan
teduhan serta boleh ditanam dalam
semua keadaan tanah kecuali tanah
yang bertakung).
corak pada spesies tertentu
boleh digunakan dalam industri
percetakan batik, kalendar, tuala,
langsir, cadar dan seramik.
berpotensi dijadikan sebagai bahan
antioksidan, vitamin dan antikanser.

Heliconia ditanam bagi mengawal hakisan tanah

Berfungsi untuk memberikan pemandangan


yang lebih baik

Penanaman sempadan direka untuk memisahkan di antara ruang seperti siar kaki

Heliconia psittacorum digunakan sebagai


pemisah jalan dan penunjuk arah

41

AGROMEDIA - Bil. 40

Beberapa kaedah penanaman


heliconia dan halia yang disyorkan
oleh Jabatan Landskap Negara ialah:

Penanaman sebagai tanaman


istimewa

Keunikan pada tumbuhan dari segi


bentuk, warna, skala dan sebagainya
menjadi daya penarik dalam pemilihan
tumbuhan berkenaan.

Penanaman meluas

Berfungsi menjadi latar belakang


sesuatu reka bentuk. Lazimnya, hanya
satu jenis spesies mendominasi ruang
yang ingin dibentuk.

Penanaman penampan
Tanaman yang memperagakan keunikan pada
tumbuhan dari segi bentuk, warna dan skala

Kepadatan daun Heliconia psittacorum dapat


mewujudkan elemen pemisah dan keseimbangan
pada kawasan tersebut

Sesuatu aktiviti, gangguan dan


pencemaran yang terdapat di sesuatu
kawasan dapat dilindungi dengan
kaedah ini. Pemilihan spesies adalah
berdasarkan skala, struktur dan
kepadatan daun tumbuhan berkenaan.

Penanaman pelbagai

Pelbagai jenis tanaman heliconia


dan halia hiasan ditanam bagi
menimbulkan kepelbagaian dalam
sesuatu ruang. Kepelbagaian ini
dicapai melalui skala, spesies, warna
dan struktur tumbuhan tersebut.

Penanaman sempadan
Gabungan beberapa jenis heliconia dan
spesies Calathea membentuk keunikan taman
dalam kawasan ini

Penanaman penampan berfungsi untuk menutupi


sesuatu aktiviti, gangguan dan pencemaran yang
terdapat di sesuatu kawasan

Bunga keratan heliconia digunakan sebagai gubahan

42

Satu kaedah untuk memisahkan


di antara ruang seperti siar kaki.
Pemilihan spesies dalam teknik
penanaman ini bergantung pada
kerimbunan serta kepadatan daun.
Keunikan yang terdapat pada
bunga juga sering digunakan dalam
mewujudkan jenis penanaman ini. a

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

AGROMEDIA - Bil. 40

Lensa

Kreatif

Usahawan

Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam Ulaman

Berjaya

Teknologi MARDI untuk IKS

Hobi

Foto: Mohd Faizuin Abd Hamid


Lokasi: Ibu Pejabat MARDI Serdang

43

AGROMEDIA - Bil. 40

Malaysia-Palestin
berkongsi ilmu pemakanan ruminan

Delegasi Palestin bergambar kenangan bersama TKSU MOA


Oleh:
Mardhati Mohammad
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Serdang
Norlida Mohamed Hamim dan
Siti Wahidah Abdul Ghafar
Pusat Perkhidmatan Teknikal
MARDI Serdang

44

ektor pertanian termasuk ternakan


merupakan salah satu sektor
penting yang menyumbang
kepada pembangunan semula dan
peningkatan ekonomi di Palestin. Hasil
pertanian negara Palestin pada 2007
dianggar bernilai USD1,114 juta; 36.3%
daripadanya ialah sektor ternakan.
Populasi ternakan terbesar di Palestin
didominasi oleh ruminan kecil (823,000
ekor kambing dan biri-biri) dan lembu
(34,000 ekor).
Walau bagaimanapun, perubahan
iklim global seperti kemarau panjang
dan banjir yang berulang-ulang telah
menjejaskan struktur tanah dan sistem
pengairan yang merupakan sokongan
utama kepada pengeluaran tanaman
dan ternakan. Pengeluaran hasil
pertanian juga telah menurun sejak Israel
menduduki Tebing Barat.
Jumlah kawasan ragutan yang tinggal
sehingga kini hanyalah 15% daripada
keluasan asal. Oleh itu, keperluan
untuk membeli dedak dan makanan
tambahan meningkat bagi memenuhi
keperluan nutrien ternakan. Sekali gus

meningkatkan kos pengeluaran ternakan.


Di samping itu, pelbagai masalah
lain yang dihadapi termasuklah masalah
ternakan kurang produktif, masalah
kesihatan ternakan, kekurangan pakar
veterinar serta peralatan dan infrastruktur
ladang yang lama, dan tidak mencukupi.
Bagi mengatasi kekangan ini dan
mengembalikan kegemilangan sektor
pertanian di Palestin, Kementerian
Pertanian Palestin telah merangka
satu pelan tindakan yang dinamakan
Agriculture Sector Strategy, A Shared
Vission 2011 2013. Matlamat
pelan ini berorientasikan penjanaan
hasil dengan objektif utama untuk
meningkatkan hasil produk pertanian
sebanyak 5% serta peningkatan nilai
keseluruhan sektor pertanian kepada
lebih USD1 billion bagi tempoh tersebut.
Ini akan dicapai dengan meningkatkan
nilai eksport pertanian kepada USD60
juta, menyediakan 50,000 pekerjaan
kepada rakyat, meningkatkan sistem
pengairan pertanian kepada 60 juta m3
serta menuntut kembali 50,000 dunum
tanah daripada Israel.

AGROMEDIA - Bil. 40

Bagi memastikan kejayaan pelan


strategi ini Kementerian Pertanian
Palestin telah menghantar pegawai dari
Kementerian Pertanian dan beberapa
agensi pertanian Palestin untuk
menjalani kursus singkat berkenaan
pemprosesan makanan ternakan selama
2 minggu di Malaysia. MARDI telah
mendapat mandat bagi menjayakan
kursus tersebut.
Program Latihan Pengeluaran
Makanan Ruminan kepada delegasi
Palestin ini telah dijayakan dengan
kerjasama MARDITECH Corporation
Sdn Bhd, Agensi Kerjasama
Antarabangsa Jepun (JICA) dan Program
Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)
pada 3 14 September 2012. Program
ini bertempat di Pusat Latihan Teknikal,
Ibu Pejabat MARDI, Serdang.
Delegasi Palestin ini juga telah
dibawa melawat Stesen MARDI
Muadzam Shah dan Stesen MARDI
Kluang. Demonstrasi pembuatan rumput
kering (hay) daripada rumput guinea,
penghasilan silaj rumput, pungutan
semen dan teknik menganalisis serta
penilaian kualiti semen telah diadakan.
Delegasi juga dibawa melawat Ladang
Advanced Reproductive Biotechnology
(ARB), di Kluang, Ladang Bo Den di
Bahau, Negeri Sembilan dan Kilang
GENKiMO di Semenyih.
Berdasarkan maklum balas yang
diterima, delegasi Palestin sangat
berpuas hati dengan layanan urus
setia dan kandungan program
yang disertai. Diharap perkongsian
maklumat ini sedikit sebanyak dapat
membantu meningkatkan produktiviti
dan membangunkan semula industri
ruminan di Palestin. a

Lawatan ke Muzium Pastura, Stesen MARDI


Muadzam Shah

Lawatan ke NAEC Kluang

Demonstrasi membuat silaj

Lawatan ke tapak pembuatan rumput kering

45

AGROMEDIA - Bil. 40

Bapa borek anak rintik; Ke mana tumpahnya kuah


kalau tidak ke nasi; Begitu acuan begitulah kuihnya.

Oleh:
Dr. Ainu Husna M S Suhaimi dan
Dr. Musaddin Kamaruddin
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Serdang

ke

46

egitulah beberapa peribahasa


Melayu yang menggambarkan
ciri-ciri ibu dan bapa yang
diwarisi oleh anak dan keturunannya.
Ternakan juga mewarisi ciri-ciri yang
terdapat pada induk pejantan dan betina
atau kedua-duanya. Sebagai contoh,
baka lembu pedaging MARDI, Brakmas
yang dihasilkan melalui kacukan lembu
tempatan Kedah-Kelantan dan lembu
pejantan Brahman yang diimport,
mempunyai ciri lembu Kedah-Kelantan
yang rintang penyakit tetapi bersaiz lebih
besar seperti lembu Brahman.
Bagaimanakah keadaan ini berlaku?
Pastinya terdapat bahan yang diturunkan
daripada satu generasi ke generasi
seterusnya bagi membentuk ciri-ciri
tertentu ini. Bahan yang dimaksudkan
ini ialah bahan genetik yang terdiri
daripada asid deoksiribonukleik atau
DNA. DNA ialah molekul asas yang
mengandungi semua maklumat genetik
yang diperlukan oleh setiap organisma
untuk menjalani kehidupan harian.
Maklumat ini menentukan antara lain

AGROMEDIA - Bil. 40

saiz, kadar pertumbuhan, rupa bentuk,


warna, tahap kesuburan dan juga tahap
kesihatan organisma tersebut.
DNA terdiri daripada empat jenis
nukleotida iaitu adenina, sitosina,
guanina dan timina atau singkatannya A,
C, G dan T. Rantaian bahan genetik ini
terdiri daripada kombinasi empat jenis
DNA ini. Secara kolektif, maklumat
DNA yang lengkap dinamakan genom.
Setiap organisma kecuali pasangan
kembar seiras mempunyai rantaian
genom dengan susunan DNA yang unik.
Keunikan inilah yang menyebabkan
semua manusia serta spesies haiwan
dan tumbuhan berbeza.
Bagaimanakah pula maklumat DNA
yang sama boleh mempunyai fungsi
yang berlainan di bahagian badan yang
berlainan? Sebagai contoh, jika genom
di sel-sel mata adalah sama dengan
genom di sel-sel kaki, bagaimanakah
mata mempunyai kornea, mata putih
dan air mata manakala kaki mempunyai
jari, kuku dan bulu roma? Rahsianya
terdapat dalam satu proses yang dikenali
sebagai pengekspresan gen.
Proses pengekspresan gen telah
diprogramkan untuk bertindak seperti
suis yang memasang atau menutup
serta mengawal gen-gen ini supaya ia
hanya dipasang pada waktu dan tempat

yang diperlukan sahaja. Sebagai contoh,


gen yang berkenaan dengan air liur
akan di pasang hanya di dalam sel
mulut dan gen yang berkenaan dengan
folikel rambut hanya akan di pasang
di dalam sel rambut. Pengawalan
pengekspresan gen secara teratur inilah
yang membolehkan setiap bahagian
badan berfungsi dengan sempurna.
Genom yang terdapat di dalam
nukleus sel membentuk satu struktur
padat menyerupai huruf X yang
dikenali sebagai kromosom. Kromosom
wujud berpasangan (diploid) dalam
setiap sel somatik dan jenis haiwan
yang berlainan mempunyai bilangan
kromosom yang tertentu. Sebagai
contoh, setiap sel manusia, biri-biri,
kambing dan lembu masing-masing
mempunyai 23, 27, 30 dan 30 pasang
kromosom. Walau bagaimanapun,
kromosom dalam sel pembiakan iaitu
sperma dalam jantan dan oosit dalam
betina wujud secara haploid iaitu
tidak berpasangan. Setiap pasangan
kromosom bagi individu sesuatu spesies
mempunyai jujukan DNA yang hampir
serupa serta posisi gen-gen yang sama.
Sebagai contoh, gen insulin-like growth
factor (IGF-1) manusia terletak pada
kromosom 12 di posisi 23.2.
Ketika persenyawaan, percantuman
sperma dengan oosit berlaku,
kromosom daripada ibu dan bapa
mencari pasangan masing-masing.
Gabungan pasangan kromosom inilah
yang menyebabkan anak mewarisi
sebahagian ciri ibu dan sebahagian
lagi ciri bapa. Ini terjadi apabila anak
mendapat kromosom daripada ibu dan
juga bapa, ia juga akan mewarisi gen
yang terletak pada kromosom tersebut.
Gen ibu dan gen bapa kadangkala
mempunyai pengekspresan yang
berlainan. Oleh itu, apakah yang
menentukan ciri gen yang diturunkan
kepada anak? Bagi setiap gen di setiap
pasang kromosom, terdapat gen yang
dominan dan resesif. Hanya gen yang
dominan akan diekspreskan. Oleh itu ,
jika gen bapa yang dominan, gen itulah
yang akan diekspreskan. Kombinasi
kromosom dan pengekspresan
gen daripada bapa dan ibu yang
berlainanlah menyebabkan semua anak
adalah berlainan dan unik.
Dewasa ini, pengetahuan tentang
genom, gen dan genetik telah banyak
diketahui bagi manusia, beberapa
spesies ternakan dan tumbuhan.

Pembiakbakaan lembu Brakmas MARDI

Pejantan Brahman

Induk betina Kedah-Kelantan (KK)

Lembu Brakmas

DNA dan kromosom di dalam sel

Pengetahuan ini boleh dimanipulasi dan


diaplikasi untuk mendapatkan bakabaka ternakan yang lebih baik. Program
pembiakbakaan yang khusus dapat
dibangunkan untuk mendapat ternakan
yang mempunyai tahap penyesuaian
dan hasil yang tinggi serta bahan
yang berkualiti. Pastinya pemahaman
tentang bahan genetik dan bagaimana
ia berfungsi akan membolehkan bidang
pertanian terus dimajukan dengan
penghasilan produk yang meningkat
kualitinya dari generasi ke generasi. a

47

AGROMEDIA - Bil. 40

Superovulasi

pada ternakan ruminan


Superovulated Ovary

Oleh:
Mohamad Shuib Mohamad Mohtar
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Kluang

Dr. Musaddin Kamaruddin


Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik
MARDI Ibu Pejabat
Profesor Dr. Abd Wahid Haron
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

Struktur ovari lembu betina setelah rawatan


superovulasi 14 mg FSH

Hormon eCG jenama folligon

Hormon FSH
jenama Pluset

Hormon FSH jenama Foltropin

48

ndustri penternakan ruminan


negara masih belum membangun
sepenuhnya walaupun tinggal 7
tahun lagi untuk Malaysia mencapai
status negara maju. Ini dapat dilihat
berasaskan kadar pengeluaran daging
lembu, kambing dan biri-biri serta susu
negara masih di bawah aras kadar sara
diri. Oleh yang demikian, semua pihak
haruslah proaktif untuk bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam memastikan
sumber protein negara mencukupi selain
menyumbang dengan signifikan kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
MARDI menerusi Pusat Penyelidikan
Ternakan Strategik telah berjaya
memajukan program teknologi
pembiakan pengovulan berganda dan
pemindahan embrio yang dikenali
sebagai Multiple Ovulation and Embryo
Transfer (MOET). Dalam program ini,
beberapa prosedur telah dikenal pasti
termasuklah teknik superovulasi yang
melibatkan protokol penyeragaman
estrus ternakan bersama pemberian
suntikan Gonadotophin Releasing
Hormone (GnRH). Faedah daripada
teknik superovulasi ialah ovari akan
terangsang untuk menghasilkan lebih
daripada satu ovum ke salur fallopion
induk betina.
Ovari merupakan organ pembiakan
betina yang menghasilkan ovum.
Pengeluaran ovum dikawal dan
diimbangi oleh hormon pembiakan
dikenali sebagai progesteron, estrogen,
hormon rangsangan folikel/ Follicle
Stimulating Hormone (FSH) dan
Luteinizing hormone (LH). Daripada
keempat-empat hormon ini, FSH
ialah hormon khusus yang mengatur
pertumbuhan folikel. Folikel yang
telah matang kemudiannya pecah lalu
melepaskan ovum untuk disenyawakan.

Dalam teknik superovulasi, dua


jenis hormon GnRH boleh digunakan
sebagai agen perangsang pertumbuhan
folikel tidak matang di ovari iaitu equine
Chorionic Gonadotrophin (eCG) dan
FSH. Kedua-dua hormon ini mempunyai
kesan dan impak yang berlainan terhadap
kadar penghasilan ovum setiap ternakan.
Hormon eCG ialah hormon hasil ekstrak
daripada kelenjar pituitari anterior otak
kuda. Antara jenama produk ini yang
berada di pasaran ialah Folligon (Intervet)
dan Fostim 600 (Pfizer). Selain hormon
tersebut, jenama hormon perangsang yang
sedia ada di pasaran ialah Follstropin,
Super-OV dan Pluset daripada babi,
dan Ovagen daripada biri-biri. Walau
bagaimanapun, hanya Ovagen dibenarkan
untuk kegunaan ternakan sembelihan
tempatan susulan daripada keputusan
majlis Fatwa Kebangsaan pada mesyuarat
kali ke-39 (21 September 2005) yang
melarang penggunaan hormon FSH babi
terhadap ternakan sembelihan di negara
ini.
Melalui teknik superovulasi, ovari
biasanya menghasilkan 10 30 biji folikel
bagi ternakan kambing dan biri-biri. Selain
penghasilan folikel yang banyak, teknik
superovulasi ini juga menyumbang kepada
peningkatan yang ketara dalam program
pengutipan ovum (OPU) bagi ternakan
ruminan. Ovum yang dikutip melalui
program OPU seterusnya akan dibawa ke
makmal untuk persenyawaan tabung uji
(IVF).
Teknik superovulasi terbukti mampu
menyumbang kepada peningkatan jumlah
ternakan dengan syarat kerjasama antara
agensi kerajaan, swasta dan penternak
dapat digembleng. Dengan itu, matlamat
akhir untuk meningkatkan KDNK
negara melalui ternakan ruminan dapat
direalisasikan. a

AGROMEDIA - Bil. 40

Penjimatan
input
=RM1,963
semusim

Oleh:
Dr. Hairuddin Mohd. Amir
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi
MARDI Serdang

Maksimum harga
yang sanggup dibayar
racun selamat
=RM437

Bermanfaat
dalam
menjana
ekonomi

Faktor
signifikan:
Pengetahuan &
kesedaran IPM

Penjimatan dan faedah IPM


dalam pengurusan padi
Sumber: Hairuddin dll., (2012)

Mad Nasir Shamsudin


Universiti Putra malaysia

eknologi hijau merupakan antara elemen asas dalam


pembangunan pertanian untuk meminimumkan
kesan bahaya kepada manusia dan alam sekitar.
Penggunaan racun pertanian bagaimanapun boleh
menyebabkan kesan negatif. Kebimbangan terhadap kesan
negatif racun perosak ini telah mendorong pembangunan
pengurusan perosak bersepadu (IPM). Melalui IPM,
pergantungan terhadap penggunaan racun perosak dapat
dikurangkan.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (NAP3) dan juga
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) telah memberi
penekanan kepada amalan penggunaan teknologi hijau
dalam pertanian seperti pengurangan racun perosak,
pelengkap strategi kawalan rumpai, alternatif kawalan
biologi dan penilaian kesan ekonomi yang dapat
mengurangkan risiko kepada manusia dan alam sekitar.
Isu racun perosak (AKta Racun 1994)
Isu racun perosak kategori II dan III yang mempunyai kesan
toksik tinggi dan pendedahan kepada racun perosak ini
telah dikaitkan dengan kesan kesihatan terhadap beberapa
penyakit kronik seperti masalah pernafasan, non-Hodgkins
lymphoma, leukemia, gangguan cardiopulmonary, gejala
neurologi dan hematologi, dan radang kulit.
Penggunaan racun perosak meningkat daripada RM289
juta (1995) kepada RM364 juta (2010). Purata pertumbuhan
tahunan ini meningkat sebanyak 1.6% sejak 15 tahun yang
lalu. Racun perosak ini terdiri daripada 70% racun rumpai,
19% racun serangga, 7% racun kulat dan 5% rodentisid.

Penggunaan racun perosak untuk meningkatkan hasil tanaman


serta menguruskan perosak dan penyakit terus menjadi input
penting.
Peningkatan permintaan sumber makanan ditambah
dengan kepesatan pembangunan perindustrian, pertambahan
populasi penduduk dan perubahan cuaca telah menggalakkan
pengeluaran hasil pertanian secara panik di kalangan petani.
Peningkatan panik ini melibatkan pengeluaran berskala besar
dan pantas yang memerlukan penggunaan input terutama
racun serangga yang sering didebatkan kerana kesan sisa
toksik kepada manusia dan alam sekitar.
Segelintir petani telah mula sedar akan bahaya racun
serangga dan rumpai, yang boleh membawa pencemaran dan
kemudaratan sekiranya digunakan sewenang-wenangnya dan
tanpa mengikut garis panduan.
Penjimatan kos amalan IPM
Amalan IPM dapat menjimatkan RM580 RM1,963 semusim
dan ini dapat mengurangkan 25 35% daripada keseluruhan
kos input atau 50 60% daripada jumlah perbelanjaan ke atas
perbelanjaan racun serangga dalam satu musim.
Penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada petani
secara berterusan, berkesan melalui kemudahan teknologi
maklumat seperti media, taklimat, latihan, dan plot demo.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam menghasilkan
racun perosak yang rendah kesan sampingan amat diperlukan
pada masa hadapan kerana dapat membantu meningkatkan
penggunaan teknologi hijau dalam pertanian. a

49

AGROMEDIA - Bil. 40

Oleh:
Mohd Irwani Hafiz Sahid,
Rahimah Mohd Zaki dan Norman Isman
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
MARDI Serdang

i Malaysia, industri berasaskan buluh lebih tertumpu kepada


pengeluaran lidi sate, penyepit, pencungkil gigi, perabot dan kraf.
Namun begitu, penggunaan rebung yang dikenali sebagai pucuk
buluh juga berpotensi untuk dimajukan dan perlu diberi perhatian. Masyarakat
tempatan biasa menggunakan rebung sebagai bahan masakan seperti gulai
rebung, rebung goreng dan pajeri rebung. Pucuk rebung biasanya dibeli di
pasar tani, pasar malam atau kedai runcit.
Kajian mengenai pengetinan buluh terpilih pernah dijalankan oleh FRIM
dengan kerjasama MARDI sejak tahun 90-an.Terdapat juga penyelidikan
mengenai produk baru berasaskan rebung seperti kerepek rebung yang
dijalankan oleh universiti tempatan. Dari segi kandungan nilai pemakanan,
rebung mempunyai kalori yang rendah, protein yang tinggi serta kaya dengan
kalsium dan magnesium. Asid fenolik juga mempunyai ciri-ciri antioksidan
dan antiradang yang boleh berperanan dalam mengurangkan risiko pelbagai
penyakit kronik termasuk penyakit jantung.
Tidak semua jenis buluh boleh dimakan rebungnya kerana terdapat buluh
yang mengandungi kandungan sianogen (toksik) yang mempunyai rasa pahit.
Antara rebung yang boleh dimakan adalah daripada spesies buluh betong
(Dendrocalamus asper), buluh aur (Bambusa vulgaris), buluh duri (Bambusa
blumeana) dan buluh tumpat (Gigantochloa ligulata).
Buluh madu (Gigantochloa albociliata) ialah buluh yang berasal dari
negara China dan mula ditanam di Malaysia sejak tahun 2004. Perusahaan
rebung daripada buluh madu dikatakan sebagai industri yang berpotensi
kerana proses pengendaliannya yang mudah dan permintaannya yang tinggi.
Antara keistimewaan buluh madu ialah ia tidak mempunyai sifat miang seperti
buluh lain serta tempoh matangnya yang singkat. Saiz buluh dan rebungnya
adalah lebih kecil dan mempunyai rasa yang lazat. Industri buluh madu juga
telah dipelbagaikan melalui teknologi. Pemprosesan jeruk rebung madu juga
dikatakan mempunyai pasaran kerana mendapat sambutan. Prospek industri
rebung boleh berkembang dengan usaha yang berterusan dan kerjasama yang
baik dari semua pihak yang berkaitan.
Rebung untuk pasaran tempatan hanya bergantung pada sumber buluh
yang tumbuh liar di hutan atau kaki bukit dengan kadar penghasilan yang
rendah dan tidak ekonomik. Oleh itu, terdapat usaha secara komersial yang
telah dijalankan di Malaysia. Antaranya ialah Lanchang Edible Garden yang
telah menanam buluh madu di kawasan seluas 40 hektar untuk tujuan pasaran
dalam dan luar negara. a

50

Buluh madu

AGROMEDIA - Bil. 40

Rebung Lancang

Jeruk rebung

Rebung di dalam tin

Rebung di pasar
Rebung kering

51

AGROMEDIA - Bil. 40

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

Lensa
Kreatif

Usahawan

Kejayaan usahawan
Berjaya

halia Tambunan
Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

ejayaan Hendry Charles bermula


dengan usahanya menanam
Herba dan
Hobi
Ulam Ulaman halia seluas satu ekar di
Tambunan, Sabah pada 2005. Setahun
kemudian beliau telah mengikuti
kursus pemprosesan produk berasaskan
halia seperti sos, minuman dan halwa
di Stesen MARDI Kota Kinabalu.
Berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang
dipelajari, beliau memulakan aktiviti
pemprosesan secara kecil-kecilan di
rumahnya sendiri.
Melihat kepada minat, keazaman
dan sokongan berterusan yang diperoleh
Hendry Charles
dari MARDI, Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) melalui program
Pinjaman Usahawan Peladang (PUP)
telah memberikan pinjaman RM25,000
untuk membina bengkel memproses
dan membeli mesin serta peralatan asas
bagi membolehkan operasi berjalan
dengan lebih aktif. Sokongan turut
diberikan oleh Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan Negeri
Sabah (DIDR). Bermula dari saat itu,
beliau bertekad untuk berjaya lantas
memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada perusahaan pemprosesan produk
halia.
Syarikat beliau, Pemborong Mangkab
Enterprise (PME) mengeluarkan lima
produk berasaskan halia iaitu serbuk
campuran minuman halia bermadu,
sos cili halia, halwa halia, halia masam
masin dan serbuk halia. Yang paling
mendapat sambutan ialah serbuk
campuran minuman halia bermadu dan
Oleh:
sos cili halia. Kapasiti pengeluaran bagi
Mohd Nizam Mohd Nizat dan
kedua-dua produk ini adalah sekitar
Suwardi Afandi Ahmad
1,920 pek (300 g/pek) dan 2,160 botol
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
MARDI Serdang
(380 g/botol) sebulan.

52

Nilai jualan tahunan ialah RM10,000


pada 2007 dan meningkat kepada
RM40,000 pada 2008. Kini jualannya
hampir RM90,000 setahun. Encik
Hendry memasarkan produknya di
restoran dan kedai sekitar daerah
Tambunan. Beliau juga menerima
permintaan dari Brunei. Menyedari
betapa perlunya strategi pemasaran yang
baik, Hendry turut menggunakan wakil
jualan untuk membawa produk beliau
ke pasaran lebih jauh.
Bapa kepada empat orang anak
ini tidak menafikan yang kemajuan
tersebut turut disokong oleh aktiviti,
program promosi serta pameran
yang dilaksanakan oleh jabatan dan
agensi kerajaan seperti Pameran Halal
Antarabangsa (MIHAS), Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa Malaysia
(MAHA) dan Satu Daerah Satu Industri
(SDSI) yang pernah disertai oleh syarikat
beliau.
Syarikat yang telah didaftarkan
sebagai usahawan bimbingan MARDI
ini juga telah berjaya mencapai

AGROMEDIA - Bil. 40

beberapa pengiktirafan yang membanggakan. Antaranya ialah


pensijilan Skim Keselamatan Makanan 1 Malaysia (SK1M)
pada 2011, pensijilan Halal dari JAKIM pada Julai 2012, dan
pensijilan 1 Malaysia Best dari Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA). Selain itu, syarikat ini bersama-sama
kumpulan peladang dan pengusaha lain di daerah Tambunan
telah mendapat sijil pendaftaran Geographical Indications
(GI) dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada
2011. Bermakna, hanya mereka yang menjalankan aktiviti
perladangan dan perusahaan di daerah Tambunan sahaja
boleh menggunakan nama Halia Tambunan pada produk dan
pendaftaran ini sah untuk tempoh 10 tahun.
Pengiktirafan lain yang dicapai oleh Hendry ialah Anugerah
Peladang Jaya 2008 peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan
Tambunan, Anugerah Usahawan Siswazah Pertanian/IAT
Peringkat Negeri Sabah sempena HPPNS (Hari Peladang,

Penternak dan Nelayan Sabah) 2009 dan kemenangan


tempat ketiga bagi produk terbaik (sos cili halia) SDSI Negeri
Sabah pada tahun yang sama.
Bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus
maju dan berupaya melonjak ke tahap yang lebih tinggi,
Hendry berhasrat untuk membangunkan beberapa produk
baru, antaranya serbuk minuman campuran halia madu
sebagai minuman segera 3 dalam 1. Dalam hal ini, beliau
menegaskan bahawa bantuan dan bimbingan daripada
agensi seperti MARDI adalah sangat diperlukan. Mengakhiri
perbualan, Hendry mengucapkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat membantu beliau sehingga berjaya meraih kejayaan
seperti sekarang. a

PROFIL SYARIKAT
Usahawan
Syarikat
Alamat
Bilangan pekerja
Produk utama
Anggaran jualan tahunan
Perancangan masa depan

Bengkel pemprosesan halia

:
:
:
:
:

Hendry Charles
Pemborong Mangkab Enterprise (PME)
KM 77, Jalan Kota Kinabalu -Tambunan, Kg. Botung, Tambunan, Sabah
4
Serbuk campuran minuman halia bermadu, sos cili halia, halwa halia,
halia masam masin dan serbuk halia
: RM90,000
: Membangunkan produk serbuk minuman campuran halia madu sebagai
minuman segera 3 dalam 1

Mesin pembungkusan halia

Produk keluaran Syarikat PMB

53

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

AGROMEDIA - Bil. 40
Lensa
Kreatif

Usahawan

Perusahaan baja
Berjaya

menjana pendapatan
lumayan
Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

Oleh:
Abd Rahman Mohd Yasin, Bandar Baru Bangi
Farahiyah Ilyana Jamaludin
Herba dan dan Mohd Azri Azman, Pusat Penyelidikan Ternakan, MARDI Serdang
Ulam Ulaman

Hobi

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

egitulah gambaran yang boleh


diberikan kepada Nantha
Kumaran Saravananmuthu. Beliau
dilahirkan pada 12 September 1953
di Seremban dan dibesarkan di rumah
anak-anak yatim di Puchong. Perjalanan
hidup yang dialami telah mengajar
erti keperitan dalam kehidupan yang
membuatkan beliau tabah menghadapi
cabaran serta bekerja dengan
bersungguh-sungguh dalam apa jua
bidang yang diceburinya.
Nantha mula bekerja di MARDI
Serdang pada Disember 1971 sebagai
Buruh Kasar Sementara (BKS) dan
ditugaskan di Cawangan Tanaman
Ladang. Enam bulan kemudiannya,
beliau telah ditawarkan untuk menjadi
Pembantu Penyelidik Muda (Junior
Research Assistant) dan ditempatkan
di Bahagian Penyelidikan Ternakan.
Kebanyakan aktiviti dan kerja harian
tertumpu kepada aspek pemeliharaan
dan pemakanan ternakan meliputi
kambing, biri-biri, lembu dan khinzir.
Pengalaman yang berharga ini
dimanfaatkan sepenuhnya dan ditambah
pula dengan penambahan ilmu
daripada buku ilmiah yang dipinjam di
perpustakaan MARDI dan di Universiti
Pertanian Malaysia (UPM).
Pada 1975, beliau telah diberi
peluang untuk mempelajari teknik
penghadaman secara in vitro bagi bahan
makanan ternakan di makmal CSIRO, St
Lucia Queensland, Australia selama 2

54

minggu. Hasil daripada pengalaman dan


pembacaan serta bimbingan daripada
pegawai atasannya, beliau berjaya
mengubah suai teknik penghadaman
secara in vitro tersebut kepada yang
lebih baik. Beliau menggunakan medium
selulase dan pepsin bagi menggantikan
cecair rumen haiwan yang digunakan
dalam kaedah konvensional.
Pada waktu lapang, beliau sering
membantu penternak kecil di sekitar
kediamannya dalam teknik pemeliharaan
dan pemakanan ternakan yang baik.
Semua aktiviti ini dilakukan secara
sukarela kerana ingin melihat mereka
berjaya dan berpuas hati jika sumbangan
baktinya membuahkan hasil.
Detik permulaan bagi kejayaan
Nantha bermula pada Ogos 1980,
apabila beliau telah diminta oleh
seorang usahawan yang memiliki kilang
baja untuk bekerja secara sambilan
di kilangnya. Hasil perkongsian
pengalaman dan ilmu dalam
penghasilan baja yang melibatkan
mikronutrien, pelbagai jenis baja
untuk pelbagai tanaman telah berjaya
dihasilkan.
Akhirnya, pada umur 40 tahun (tahun
1993), beliau membuat keputusan untuk
bersara awal daripada MARDI dan
menjadi rakan kongsi kilang membuat
baja Advanced Fertilizer Manufacturer
Sdn. Bhd. di Jenjarom, Banting. Mulai
saat itu, tumpuan sepenuhnya diberikan
kepada kerjaya yang baru dan lebih

AGROMEDIA - Bil. 40

Nantha Kumaran

banyak baja formula baru dihasilkan


meliputi pelbagai tanaman.
Pada 2010, beliau mendirikan kilang
baru di atas tanah miliknya seluas 6 ekar
di Teluk Panglima Garang, Banting.
Kilang dilengkapi bangunan pengering
solar bersaiz 8,000 meter persegi. Pada
2012 pula, sebuah bangunan baru juga
telah dibina di lokasi berdekatan kilang
bajanya yang sedia ada dan telah dibeli
sepenuhnya oleh beliau pada tahun
yang sama.
Kini pada usia 60 tahun, beliau telah
memiliki kilang perusahaan bajanya
sendiri yang sudah beroperasi selama 2
tahun. Advanced Fertilizer Manufacturer
Sdn. Bhd. berupaya mengeluarkan
pelbagai jenis baja, khususnya untuk
kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga
baja untuk padi, pisang, nanas, sayursayuran dan bunga-bungaan. Pada
keseluruhannya hampir 60 jenis baja
dapat dihasilkan.

Advanced Fertilizer Manufacturer


Sdn. Bhd. dengan pekerja seramai 40
orang berupaya mengeluarkan 120,000
tan baja setahun. Keuntungan syarikat
ini mampu mencecah RM20 25 juta
setahun. Kira-kira 70% daripada
baja keluarannya telah dipasarkan
di Malaysia, manakala selebihnya
dieksport ke Indonesia, Filipina,
Vietnam, Myanmar dan Thailand.
Nantha boleh dikategorikan
antara pesara yang amat berjaya
dalam lapangan perniagaan selepas
meninggalkan MARDI. Antara prinsip
yang dipegang oleh beliau ialah
berbuat baik terhadap semua individu
terutama staf bawahan. Kata nasihat
yang diberikan kepada pegawai MARDI
supaya lebih berjaya dan menghasilkan
produk yang bermakna ialah,
Banyakkan membaca. a

Syarikat Advanced
Fertilizer Manufacturer
Sdn. Bhd. mengeluarkan
hampir 60 jenis baja
untuk kelapa sawit,
padi, pisang, nanas,
sayur-sayuran dan
bunga-bungaan. Dengan
pekerja seramai 40
orang, kilangnya
berupaya mengeluarkan
120,000 tan baja
setahun. Keuntungan
syarikat mampu
mencecah RM2025
juta setahun

Kilang Advance Fertilizer


Manufacturer Sdn. Bhd., Banting

55

AGROMEDIA - Bil. 40

Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam Ulaman

56

Usahawan

Berjaya

Teknologi MARDI untuk IKS

Hobi

AGROMEDIA - Bil. 40

GOLD
Medal

Minuman Tinggi Floretin-G (Antioksidan)


Daripada Sisa Limau Kasturi

Malaysian Innovative Product Award


The Best of the Best Invention for R&D Organization

Limau kasturi ialah sejenis limau yang


mempunyai kulit lekang yang berbau harum.
Walaupun limau ini banyak digunakan sebagai
minuman biasa yang diminum bersama teh ais,
sehingga kini tidak banyak kajian yang dilakukan
ke atas pembangunan minuman kesihatan
berasaskan sisa limau kasturi. Salah satu
komponen berkhasiat yang hadir pada sisa limau
kasturi ialah floretin-G. Floretin-G mempunyai
aktiviti antioksidan yang tinggi (3.4) jika diukur
menggunakan kaedah `Trolox Equivalent
Antioxidant Ratio (TEAR), dan nilai ini lebih
tinggi berbanding dengan epigalokatekin-galate
(ECGC) iaitu hanya 3.2. ECGC ialah sejenis
bahan antioksidan dalam teh hijau. Kuantiti
floretin-G dalam limau kasturi juga lebih tinggi
berbanding dengan ECGC dalam teh hijau.
Secara umumnya, floretin-G ini amat jarang
didapati pada spesies limau, tetapi ia boleh
didapati pada buah kumkuat, sejenis buah yang
mempunyai rupa bentuk menyamai limau.
Walau bagaimanapun, harga buah kumkuat
adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga
RM7 sebiji.
Minuman tinggi kandungan floretin-G
(MINUMAN KASTURI) telah dibangunkan
buat pertama kali di Pusat Penyelidikan
Teknologi Makanan, MARDI menggunakan
sisa limau kasturi. Bahagian limau kasturi yang
tinggi floretin-G telah digunakan. Kuantiti
floretin-G yang diekstrak dalam limau kasturi
juga meningkat jika dirawat menggunakan
teknologi fermentasi/enzim. Sumber serat pada
kuantiti tertentu juga telah digunakan dalam
MINUMAN KASTURI. Ini disebabkan kuantiti
serat yang digunakan akan memberi kesan
terhadap tahap floretin-G di dalam produk
yang dibangunkan. Bahan floretin-G dalam
MINUMAN KASTURI juga stabil pada suhu dan
tekanan tinggi. Kajian jangka hayat MINUMAN
KASTURI menunjukkan kandungan floretin-G
masih stabil walaupun telah disimpan selama 6
bulan. Kandungan floretin-G dalam MINUMAN
KASTURI juga lebih tinggi berbanding dengan
beberapa produk limau kasturi di pasaran. Ia
juga lebih tinggi berbanding dengan teh-O ais
limau yang kita selalu minum.

International Invention, Innovation and Exhibition 2013 (ITEX 2013)


Kuala Lumpur Convention Centre
10_12 May 2012

57

Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

AGROMEDIA - Bil. 40

Herba dan
Ulam Ulaman

Hobi

Bahan
aktif
tumbuhan
sumber
makanan
kesihatan

Produk bahan aktif flavonoid

Produk bahan aktif kumarin

Oleh:
Nicholas Daniel
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
MARDI Kuching

erba yang dahulunya digunakan


dalam masakan dan minuman untuk
memperoleh khasiatnya, kini dijadikan
produk makanan kesihatan berbentuk ekstrak
bahan aktif tertentu yang boleh dibeli dan
digunakan dengan mudah. Trend ini semakin
diikuti oleh pengusaha makanan kesihatan di
seluruh dunia kerana pengguna sekarang lebih
cenderung untuk memilih makanan tambahan
kesihatan yang dihasilkan daripada sumber
semula jadi. Negara China yang terkenal dengan
sumber makanan berasaskan herba, telah
menggunakan banyak teknologi moden untuk
membangunkan industri ini.
Antara bahan aktif yang banyak diekstrak
daripada tumbuhan bagi menghasilkan makanan
kesihatan ialah kuinon, flavonoid, alkaloid,
terpena, sterol, glikosida, tanin, kumarin dan
lignan. Hasil pengekstrakan boleh didapati
dalam bentuk serbuk atau dijadikan kapsul/pil.
Pengambilan produk makanan kesihatan seperti
ini dipercayai dapat mengekalkan kesihatan dan
mengawal serta mengubati penyakit. Kuinon
dapat bertindak sebagai antibakteria, mengubati
penyakit tuberkulosis (tibi), demam campak,
masalah aliran darah, masalah jantung dan
mengelakkan masalah ginjal. a

58

Sumber ekstrak pokok ginkgo

Pelbagai sumber tumbuhan yang telah dikeringkan untuk dijual dan diekstrak

AGROMEDIA - Bil. 40

Fungsi bahan aktif daripada sumber tumbuhan


Bahan aktif
Kuinon

Sumber
Rumput gelam
(Polygonum
cuspidatum)

Antibakteria, mengubati
penyakit tibi (tuberculosis),
demam campak, masalah aliran
darah, masalah jantung dan
mengelakkan masalah ginjal

Daun pokok renek


Eucomnia ulmoides,
teh (Camelia sinensis)
dan Chinese
wolfberry (Lycium
barbarum)

Mengubati masalah sistem


kardiovaskular

Alkaloid

Magnolia officinalis,
dan buah Ginkgo
(Ginkgo biloba)

Antibakteria, antikanser,
mengubati demam, batuk,
penyakit bengkak tangan dan kaki
(busung)

Terpena

Chinese wolfberry
(Lycium barbarum)

Mengubati demam, penyakit


tonsilitis, gastroenteritis,
impaludism dan kesan trauma

Akar ginseng (Panax


ginseng), pokok
akar kayu manis
(Glycyrrhiza uralensis)
Chinese wolfberry,
daun teh, buah
Ginkgo, cendawan
Ganoderma lucidum
dan Poria cocos

Mengubati ulser, masalah


kekejangan otot, mengubati
masalah lebihan mukus dalam
paru-paru, mengurangkan
masalah diuresis, meredakan
sakit sendi dan membersih darah

Daun teh (Camelia


sinensis) dan bunga
Potentilla discolor

Mengurangkan panas dan toksik


dalam badan, mengubati masalah
pendarahan (hemostasis), ciritbirit, bengkak paru-paru, tibi
(tuberculosis) dan hemoptisis
(batuk berdarah)

Akar bunga
Peucedanum
praeruptorum
dan Paucedanum
decursivum

Mengubati masalah lebihan


mukus dalam paru-paru,
kekejangan otot (spasmolysis),
masalah pernafasan,
mengelakkan masalah halangan
saluran kalsium (calcium channel
block) dalam badan

Daun pokok ranek


Eucomnia ulmoides,
daun pokok Magnolia
(Magnolia offcinalis),
dan buah beri
(Sahisandra chinensis)

Mengubati batuk teruk, masalah


spermatorrhea, masalah
kekerapan membuang air kecil
(micturation), cirit-birit dan
masalah kerap berpeluh waktu
malam

Produk bahan aktif kuinon

Flavonoid

Sumber ekstrak daun teh

Glikosida
(sakarida,
monosakarida,
polisakarida
monosakarida,
polisakarida)

Tanin

Kumarin
Produk bahan aktif tanin

Lignan

Serbuk bahan aktif tumbuhan setelah diekstrak

Fungsi

Sumber: 2010 International training workshop of botanical extracts,


Hunan Agricultural University, China.

59

AGROMEDIA - Bil. 40
Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam Ulaman

Teknologi MARDI untuk IKS

Hobi

Kaukei
herba berkhasiat
P

okok kaukei (Lycium chinense)


atau nama Inggerisnya Chinese
boxthorn ialah pokok herba yang
ditanam oleh penduduk tempatan di
Cameron Highlands kerana khasiatnya
yang tinggi. Pokok ini serta buahnya
yang diberi nama buah goji popular
dalam kalangan kaum Cina. Khasiat
pokok kaukei ini telah lama disedari
oleh masyarakat setempat dan juga
golongan vegetarian. Ia mengandungi
vitamin B, C dan beta-karotena yang
penting untuk kesihatan mata.
Pokok yang tergolong dalam keluarga
Solanaceae ini dipercayai berasal dari
negara China dan Jepun. Pokok ini
tumbuh renek dan mempunyai duri-duri
lurus yang tajam. Bunganya tumbuh
secara tunggal atau dalam jambakan
kecil yang berwarna merah ungu dan
bahagian tengahnya berwarna kuning.
Bunga ini hanya kembang pada
waktu pagi.

60

Pucuk dan daunnya digunakan


di dalam masakan sayur, sama ada
dibuat sup, masak lemak ataupun
sekadar digoreng. Daunnya hanya perlu
dimasak selama 3 4 minit sahaja bagi
mengekalkan khasiatnya. Buahnya pula,
sama ada segar atau dikeringkan, kerap
kali dijadikan ramuan dalam perubatan
herba. Walau bagaimanapun, buah
kaukei ini tidak digalakkan diamalkan
secara berlebihan kerana ia akan
mendatangkan mudarat kepada badan.
Bagi tujuan penghasilan secara
komersial, pokok ini ditanam di
Cameron Highlands dengan jarak
antara pokok ialah 10 cm dan dibaja
menggunakan baja tahi ayam sahaja.
Penjagaan pokok ini sangat ringkas. Ia
hanya memerlukan siraman minimum
sebanyak 2 kali sehari jika ditanam di
bawah struktur lindungan hujan dan
hanya sekali pembajaan dalam tempoh
2 bulan. Kawasan penanaman pula

Oleh:
Intan Nadhirah Masri, Noor Haslizawati
Abu Bakar dan Jamaluddin Ismail
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
MARDI Cameron Highlands
Aini Hayati Abd. Rahaman
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
MARDI Serdang

perlulah mempunyai sistem saliran


yang baik untuk mengelakkan kawasan
air bertakung.
Masa paling sesuai untuk pokok
dituai ialah apabila pokok ini mencapai
ketinggian sehingga 120 cm. Bahagian
yang dituai ialah batangnya iaitu kirakira 80 cm dari pucuk. Batang yang
dikerat boleh digunakan sebagai bahan
tanaman kerana pokok ini juga boleh
dibiakkan melalui keratan batang selain
biji benih dan root suckers. Batangnya
dipotong selepas 2 bulan ditanam.
Buahnya boleh dipetik setelah berwarna
merah jingga dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari selama lebih kurang 1
minggu.
Di pasar raya, sayur kaukei dikenali
sebagai kaukei choy. Harga sayur
kaukei adalah stabil jika dibandingkan
dengan sayuran jenis lain iaitu antara
RM8.00 8.50/kg. Keratan batang
(cuttings) pokok kaukei pula dijual

AGROMEDIA - Bil. 40

Akar pokok kaukei berumur kurang dari setahun

Pokok kaukei ditanam secara organik


di MARDI Cameron Highlands

Pokok kaukei di ladang komersial di kaki Gunung


Brinchang, Cameron Highlands

dengan harga RM0.50/batang.


Potensi pokok kaukei sebagai pokok untuk mengawal hakisan tanah boleh dilihat
pada sifat akarnya yang mampu mencengkam tanah. Selain itu, akarnya juga boleh
menjadi seakan-akan akar kayu jika dibiarkan lama di kawasan tanaman (lebih
2 tahun) dan mampu memegang tanah dengan lebih baik berbanding dengan
tanaman lain.
Di Stesen MARDI Cameron Highlands, pokok kaukei ini telah ditanam secara
organik untuk melihat tahap ketahanannya terhadap penyakit dan juga serangan
serangga perosak. Setelah 7 bulan ditanam dan melalui pemerhatian, didapati
pokok ini tidak menghadapi sebarang penyakit ataupun diserang perosak. a
Khasiat Ubatan

Buah

Buah, ranting dan akar

Buah bersama kulit kayu

Kulit

Daun

Direbus dan airnya


diminum untuk merawat
lelaki lemah tenaga
batin, sakit belakang,
pening kepala,
kelemahan umum,
demam panas dan
diabetes.

Direbus bersama dan diminum


sebagai tonik dan penawar
pelbagai penyakit kronik
serta ubat untuk memperbaiki
pengedaran darah.

Direbus dan diminum untuk


menguatkan mata dan
membaiki
fungsi ginjal.

Direbus dan airnya


diminum untuk merawat
lelaki lemah tenaga
batin, sakit belakang,
pening kepala,
kelemahan umum,
demam panas, sakit
kerongkong, reumatisme,
pneumonia, masalah
darah, gigi, ginjal, tulang
dan
paru-paru.

Dibuat teh atau sup


herba yang diminum
sebagai tonik untuk
menguatkan badan,
ubat ruam, masalah
penglihatan dan diabetes.
Teh herba daun kaukei
digunakan sebagai
pencuci mulut untuk
meredakan sakit gigi dan
gusi.

Sumber: Sayuran: Khasiat Makanan & Ubatan/Ong Hean Chooi (2003)


1.
2.
3.
4.

Sayur kaukei digoreng biasa


Sayur kaukei dibuat masak lemak
Sayur kaukei sedia untuk dimasak
Boxthorn soup (Sumber gambar: http://www.
thehungrycow.com/2010/07/dinner-of-3birthdays.html)
5. Braised zucchini beserta scallop dan goji berry
dihidangkan di majlis resepsi perkahwinan
4

61

AGROMEDIA - Bil. 40

Tumbuhan mahkota dewa

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

Lensa
Oleh:
Kreatif
Nurul Ain Abu Bakar
Pusat Penyelidikan Sumber Strategik
MARDI Serdang

Mahkota
Dewa
Usahawan

Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam-Ulaman

Buah mahkota dewa

62

Berjaya

Teknologi MARDI untuk IKS

ahkota dewa (Phaleria


Macrocarpa) yang dikenali
Hobi
sebagai tumbuhan ubatan
tergolong dalam keluarga Thymelaeceae
dan berasal dari Irian Jaya, Indonesia.
Tumbuhan ini telah dibawa masuk
ke Malaysia dan dapat mengadaptasi
suhu dan cuaca di Malaysia dengan
baik. Khasiat mahkota dewa telah lama
ditemui oleh penduduk di Indonesia
dalam mengubati penyakit seperti
tekanan darah tinggi, diabetes, kanser,
rheumatisme, alergik, penyakit ginjal
dan sebagainya.
Khasiat tumbuhan adalah pada daun,
batang dan juga buah mahkota dewa.
Buahnya bulat dan berwarna merah
ini kelihatan menarik untuk dimakan
tetapi harus berwaspada kerana ia
mempunyai kesan racun jika diambil
secara terus. Buah segar jika dimakan
akan menyebabkan bibir seseorang

itu menjadi bengkak dan pecah, berasa


loya, pening dan dalam sesetengah kes
mengalami kekejangan.
Tumbuhan ini ditanam sebagai pokok
peneduh dan berbuah sepanjang tahun.
Pokoknya dapat mencapai ketinggian
sehingga 5 m. Daun mahkota dewa
berbentuk tirus dan berwarna hijau gelap
apabila sudah tua. Panjang daunnya ialah
710 cm dan lebarnya 35 cm.
Buahnya berwarna hijau dan bertukar
merah apabila matang. Buah yang
diproses sebagai ubat perlulah dipotong
dan dikeringkan terlebih dahulu. Kesan
racun pada buah akan berkurangan
apabila buah dikeringkan. Setelah itu ia
boleh direbus untuk diminum. Dos yang
digunakan bergantung pada keadaan dan
penyakit yang dialami oleh pesakit.
Kajian membuktikan tumbuhan ini
mempunyai pelbagai sebatian bioaktif
yang mampu mengubati penyakit.

AGROMEDIA - Bil. 40

Antaranya ialah tannin, terpenoids,


flavanoid, alkaloids, saponin dan
sebagainya.
Ekstrak flavanoid daripada buah
mahkota dewa berupaya bertindak
sebagai antikanser berdasarkan
kemampuannya dalam mengurangkan
aktiviti tirosin kinase yang membantu
dalam pembahagian sel. Selain itu,
kajian juga menunjukkan kesan
antihistamin, membantu kontraksi
rahim dan mempunyai kesan
imunostimulan sebagai perangsang
sistem pertahanan badan. Hasil ujian
klinikal juga menunjukkan bahawa
mahkota dewa ini dapat mengubati
tumor dan penyakit kulit.
Khasiat mahkota dewa telah
dikomersialkan dengan penghasilan
produk daripada ekstrak tumbuhan
ini. Siapa sangka tumbuhan ini yang
dahulunya merupakan tumbuhan
hiasan yang ditanam di sekitar
perkarangan rumah kini telah
dibuktikan sebagai tumbuhan yang
berpotensi dalam mengubati pelbagai
penyakit. a

Buah perlu dipotong dan dikeringkan dahulu sebelum direbus untuk dijadikan ubat

63

AGROMEDIA - Bil. 40

Usahawan

Berjaya

Sambal
tuna berherba
Teknologi
Pertanian

Teknologi MARDI untuk IKS

(Disunting daripada Buletin Teknologi MARDI Bil. 2/2012)

Oleh:
Rokiah Mohamad
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan
MARDI Kuala Terengganu
Che Rohani Awang
Pusat Promosi dan Pembangunan
Teknologi
MARDI Serdang
Norhazniza Aziz
Pusat Penyelidikan Bioteknologi
MARDI Serdang

Bahan mentah
Herba dan
Ulam Ulaman

Hobi

Sambal tuna berherba tempatan

ambal tuna berherba tempatan


merupakan produk baharu yang
berpotensi untuk dikomersialkan.
Penggunaan ikan tuna daripada spesies
aya kurik (Euthynnus affinis) yang juga
dikenali sebagai ikan tongkol bertujuan
untuk meningkatkan lagi nilai tambah
ikan tersebut kerana ia kurang digemari
ramai disebabkan jaringan isi yang
keras dan kasar. Di samping itu, ia akan
dapat menambah pendapatan para
nelayan.
Permintaan terhadap produk
konvenien dan mudah untuk
disediakan semakin tinggi pada masa
kini. Sambal tuna berherba tempatan di
dalam tin dan sejuk beku sedia untuk
dimakan dan amat sesuai dimakan
bersama nasi atau roti. Produk ini kaya
dengan protein, mengandungi asid
lemak omega-3 serta bebas daripada
sebarang asid lemak trans. Selain itu,
penggunaan pelbagai jenis herba
tempatan dapat meningkatkan lagi rasa
dan khasiatnya. Kaedah pengawetan
produk seperti pengetinan dan
penyejukbekuan dapat menjamin mutu
produk serta memanjangkan jangka
hayat produk. a

64

Pengetinan sambal tuna berherba tempatan


Ikan tuna
Bersihkan kepala dan isi perut

Bahan mentah
Isi ikan tuna

Sukatan
5 kg

Sambal
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh
Cili api
Serbuk lada hitam
Asam gelugur
Gula
Belacan
Garam
Minyak masak
Air

1.35 kg
100 g
650 g
200 g
48 g
40 g
160 g
24 g
150 g
500 g
4 kg

Herba tempatan
Bunga kantan
Daun kunyit
Daun kaduk
Daun limau purut
Serai dikisar
Halia dikisar
Lengkuas dikisar

120 g
100 g
60 g
12 g
185 g
40 g
48 g

Pemprosesan sambal tuna berherba


tempatan sejuk beku

Basuh dengan air bersih


Kukus (20 minit)
Buang tulang

Ikan tuna
Bersihkan kepala dan isi perut
Basuh dengan air bersih

Kisar isi
Penyediaan
sambal

Kukus (20 minit)

Isi ke dalam tin


bersama herba tempatan

Buang tulang

Wapkan

Kisar isi

Pateri tin

Isi ikan tuna

Retort
Sejukkan
Label
Sambal tuna berherba tempatan di dalam tin

Penyediaan
sambal

Masak sehingga
pekat

Herba
tempatan

Bungkus
Sejuk beku pantas sehingga suhu di
bahagian tengah produk mencapai 18 C
Simpan sejuk beku 18 C
Sambal tuna berherba tempatan sejuk beku

Cadangan ikon-ikon Agromedia mulai Bil.40

AGROMEDIA - Bil. 40

Lensa
Kreatif

Usahawan

Teknologi
Pertanian

Herba dan
Ulam Ulaman

Berjaya

Teknologi MARDI untuk IKS

Hobi

Foto: Mohd Faizuin Abd Hamid


Lokasi: Ibu Pejabat MARDI Serdang

65

Teknologi MARDI untuk IKS

AGROMEDIA - Bil. 40

Herba dan
Ulam Ulaman

Hobi

Koleksi Tanaman Unik Siri 40

sebagai pokok hiasan


hd Irwani Hafiz Sahid Pusat Penyelidikan
I Kuching | Mo
Teknologi
Pin MARD
Makana
n
u
H
a
n, MAR
Dr. Chu
:
DI Ser
h
e
l
O
da

Kepelbagaian buah cili

66

ng

epatah Melayu ada mengatakan


Siapa makan cili, dia terasa
pedas. Ini menunjukkan
bagaimana cili sering dikaitkan dengan
rasa pedas dalam kehidupan harian
kita. Oleh sebab rasanya yang pedas,
cili mempunyai pengaruh hebat sebagai
sayuran rempah yang penting dalam
masakan. Selain dijadikan ramuan
dalam masakan, sebilangan spesies dan
varieti cili juga merupakan tumbuhan
hiasan yang unik dan menarik. Dengan
buah masak ranum yang berwarna
terang, pokok cili amat sesuai ditanam
secara tunggal di dalam pasu atau
di atas tanah bersama pokok hiasan lain
di taman.

AGROMEDIA - Bil. 40

Capsicum annuum

Spesies cili berbunga putih yang paling lazim


digunakan dalam masakan. Mempunyai ribuan
varieti hasil pendebungaan silang. Nama annuum
yang bermakna tahunan sebenarnya kurang
tepat kerana sebilangan spesies cili ini merupakan
tumbuhan saka. Varieti penting merangkumi
jenis pedas dan sederhana seperti Ancho, Bell
Pepper, Cayenne, Cherry Bomb, Jalapeno, Numex,
Paprika, Pimiento, Pequin, Thai Hot dan banyak
lagi.

Capsicum baccatum

Baccatum bermakna macam beri. Spesies ini


terdiri daripada varieti Amerika Selatan yang
dikenali sebagai Aji dan merangkumi kultivar
tidak pedas hingga ke sangat panas. Pokok sekitar
150 meter tinggi dengan daun hijau gelap yang
lebar. Mudah dibezakan daripada spesies cili lain
kerana mengeluarkan bunga putih bercorak hijau.

Capsicum chinense

Nama chinense bermakna dari China juga


kurang tepat kerana spesies ini berasal dari
Lembah Amazon dan kini banyak ditanam di
seluruh Caribbean, Amerika Tengah dan Selatan
selain kawasan tropika. Sering dirujuk sebagai
Habanero. Spesies tropika ini menyukai kawasan
lembapan tinggi. Pertumbuhan agak perlahan dan
mempunyai musim pertumbuhan yang panjang.
Pokok setinggi 30 150 cm dengan daun hijau
yang berkedut. Bunga mempunyai kelopak putih
kehijauan dan kadangkala ungu.

ASAL USUL

Cili ialah tumbuhan renek yang


tergolong dalam famili Solanaceae
dengan tomato dan terung sebagai
kerabat dekatnya. Nama cili berasal
daripada bahasa Nahuatl melalui
terbitan perkataan bahasa Sepanyol
chile. Nama botani Capsicum pula
berasal daripada bahasa Yunani kapto
yang bererti menggigit. Ia merangkumi
kira-kira 30 spesies dan melebihi 3,000
jenis varieti.
Cili dipercayai berasal dari Amerika
Tengah dan Selatan seawal 7,000
sebelum Masihi. Kini ia ditanam
secara meluas terutamanya di kawasan
beriklim tropika. Selain nama tempatan
cili (berasaskan bahasa Inggeris chilli),
cabai dan lada, terdapat lebih daripada
200 nama yang biasa digunakan untuk
sayuran buah ini. Antaranya termasuk
chilli, capsicum, pepper, aji,
paprika, cayenne, halapenos dan
chitlepin.
Pokok cili tumbuh menegak dengan
batang bercabang. Daunnya ovat lebar
dengan saiz berbeza-beza bergantung
pada varieti. Bunga cili berkelopak lima
dan terbentuk daripada ketiak daun.
Buah cili beraneka bentuk dan warna.
Warna buah merangkumi merah, jingga,
kuning, putih, hijau, ungu yang tumbuh
berasingan atau secara campuran pada
pokok yang sama.

SPESIES UTAMA

Lima spesies utama cili merangkumi C.


annuum, C. baccatum, C. chinense, C.
frutescens dan C. pubescens. Walaupun
dalam spesies yang sama, buah cili
mungkin memperlihatkan perbezaan
yang amat ketara dari segi bentuk,
warna dan saiz. Ini sering membawa
kepada kekeliruan dalam sistem
pengelasan dan penamaan.

Capsicum frutescens

Spesies cili dengan nama frutescens yang


bermaksud semak ini boleh tumbuh sehingga
120 cm dengan rimbunan daun lebat dan
bercabang banyak. Bunga berwarna putih
kehijauan. Buah selalunya kecil, runcing dan
tumbuh tegak mengarah ke atas. Spesies ini
berasal dari Amazon, Brazil dan Mexico yang
kini juga diperkenalkan ke Asia Timur atas nama
cili burung dan cili padi. Varieti Tabasco telah
digunakan dalam pembuatan sos sejak tahun
1848. Sepokok boleh menghasilkan lebih 100
buah. Sesuai dijadikan tanaman pasu.

Capsicum pubescens

Istilah pubescens bermakna berbulu merangkumi


cili seperti Rocoto dan Manzano. Spesies ini
berasal dari Bolivia dan kini turut ditanam di
Mexico dan Amerika Tengah. Tumbuhan bertabiat
padat dan boleh membesar sehingga 90 cm. Maka
ia juga digelar Tree Chilli. Bunga berkelopak
ungu dan buah biasanya bulat. Biji berwarna
hitam. Spesies cili ini terpencil daripada spesies
lain kerana tidak dapat membentuk kacukan
silang. Juga jarang ditanam kerana tidak berbunga
sehingga hari pendek 12 jam siang hari, dan jika
suhu melebihi 27 C.

67

AGROMEDIA - Bil. 40

KEGUNAAN

Cili ialah rempah masakan yang penting. Buahnya mengandungi kapsaisin (nama
kimia: metil vanilil nonenamida), sejenis bahan yang boleh menghasilkan sensasi
panas yang kuat di dalam mulut manusia dan kebanyakan haiwan mamalia.
Jumlah kapsaisin dalam buah cili berubah-ubah bergantung pada genetik dan
persekitaran. Kapsaisin juga digunakan untuk tujuan perubatan misalnya sebagai
agen perangsang pengaliran darah dan penahan sakit. Bidang pertahanan juga
menggunakannya sebagai agen pemedih mata.
Selain buah, daun cili boleh juga dilayur dan ditampal pada kulit untuk
merawat bisul dan luka. Air rebusan akarnya pula diminum untuk mengawal
tekanan darah tinggi.
PALING BESAR
Menurut Buku Rekod Dunia Guinness,
C. annuum Numex Big Jim ialah varieti
cili yang menghasilkan buah terbesar.
Varieti cili dari New Mexico ini dengan
ketinggian pokok sekitar 90 cm berupaya
menghasilkan buah besar hampir 20 cm
panjang dan 6 cm lebar. Bagaimanapun,
darjah kepedasannya agak rendah.

Capsicum annuum Black Pearl, varieti


pemenang anugerah. Mengeluarkan buah ungu
hitam yang akan bertukar menjadi warna merah
setelah masak

Pokok cili Numex Big Jim


(Sumber: www.hemerocallia.com)

Capsicum baccatum Bishop Cap

Capsicum frutescens Bolivian Rainbow


dengan buah kecil yang berwarna-warni

(Sumber: www.readytogrow.co.uk)

Capsicum pubescens Rocoto.


(Sumber: delange.org/Rocoto_Pepper/
Rocoto_Pepper.htm)

68

Capsicum chinense Habanero dengan buah

berwarna coklat

AGROMEDIA - Bil. 40

PALING PANJANG
C. annuum Joes Long Cayenne sering
dirujuk sebagai cili terpanjang. Pokok
cili ini berdaun lebat dan tumbuh
sekitar 1 m, menghasilkan buah cili
tirus mencapai 30 cm panjang. Buah
masak berwarna merah terang dengan
kepedasan yang baik. Ditanam secara
komersial untuk dijadikan cili kering.

PALING PEDAS
Bhut Jolokia, Naga Jolokia
atau Ghost Chilli ialah varieti
cili yang mencatat Buku
Rekod Dunia Guinness
sebagai cili paling pedas
di dunia. Kandungan
capsaicinnya mejangkaui
1,000,000 skala Scoville!
Varieti cili dengan buah
berkulit kerut ini berasal
dari daerah Assam di
timur laut India. Kajian
DNA menunjukkan
varieti ini merupakan
hasil kacukan antara
spesies C.chinense dan
C. frutescens.

Pokok cili Joes long Cayenne

Cili Bhut Jolokia (Gambar ihsan Bio Peperita)

PALING LUCU
Peter Pepper atau C. annuum var.
annuum Peter ialah varieti cili
yang terkenal dengan buahnya yang
berbentuk aneh dengan hujung yang
mengherot menghasilkan bentuk yang
lucu dan lazimnya dianggap nakal dan
lucah. Varieti cili yang unik ini belum
dikenal pasti asal usulnya. Ditanam di
bahagian timur Texas dan Louisiana,
dan Mexico untuk rasa pedas yang
amat kuat.

Biji cili Peter Pepper yang boleh


dibeli di nurseri bunga-bungaan
(Sumber: www.peterpepper.net/
store/seeds.html)

Sos maut yang diperbuat daripada cili


Bhut Jolokia

Peter Piper picked a peck


of pickled peppers,
a peck of pickled peppers
Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a
peck of pickled peppers,
wheres the peck of
pickled peppers Peter
Piper picked?

(Sumber: www.bountifulgardens.org)

Pokok cili Bhut Jolokia


dikomersial sebagai
cenderamata unik
(Sumber: www.coolstuffexpress.com/
ghost-chili-pepper-in-a-can.html)

69

AGROMEDIA - Bil. 40

(Sumber: www.westdean.org.uk/garden/news%20
and%20events/chillifiesta.aspx)

West Dean Chilli Fiesta merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh West
Dean Gardens di West Sussex, UK. Pesta bertemakan taman dan makanan ini
telah diadakan sejak 1995 dan telah menarik peminat setia cili dari seluruh
pelusok dunia. Pelbagai spesies dan varieti cili dipaparkan di samping
demonstrasi masakan berasaskan cili.

PENJAGAAN

Masyarakat Cina menyukai warna buah cili yang merah menyala kerana ia
melambangkan semangat kemeriahan. Barang hiasan berasaskan cili sering digunakan
di premis perniagaan dan semasa hari perayaan

70

Secara umum, pokok cili menyukai medium


pertumbuhan yang kaya, bersaliran baik
dengan lembapan sekata. Cili boleh ditanam
di kawasan terbuka di bawah naungan
cahaya. Cili bukan tumbuhan buah bermusim
tetapi pembajaan adalah penting dan akan
menentukan penghasilan buah. Pucuk baru
dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan
cabang yang lebih lebat.
Sebilangan varieti cili hanya berbuah
sekali dalam kitar hidupnya. Maka untuk
tujuan hiasan, ia lazimnya dibuang selepas
musim buah atau apabila keadaannya tidak
lagi menarik. Biji dikutip daripada buah
untuk ditanam semula.
Pokok cili boleh dibiak dengan biji benih.
Biji direndam atau dilembapkan semalaman
sebelum disemai. Kawasan teduh berjaring
diperlukan untuk dua minggu pertama.
Penyiraman dua kali sehari. a

AGROMEDIA - Bil. 40

AGROMEDIA
ISSN: 1511 - 094X

FOKUS

Bil. 38

RM
senaskhah

2/2012

INDUSTRI HERBA

AGROMEDIA

Senario

Industri Herba Di Mal

aysia

ISSN: 1511 - 094X

FOKUS

MARDI Pulihara Sumber


Genetik Tumbuhan Ubat
an

Bil. 39

3/2012

INDUSTRI

BIJI BENIH

Inkubator

Teknologi Minyak Pati

MARDI hasilkan

benih baka dan benih


asas padi Malaysia

Penternakan

Yacon: Ubi ajaib mula

Itik Penelur Menguntungk

an

SEMENANJUNG MALAYSIA

RM7.00 SABAH/SARAWAK

RM8.00 BRUNEI BR$9.00

bertapak di Malaysia

SINGAPURA S$9.00

Drying beads A new


technology for seed drying

Bil. 38

Bil. 40

Biji benih cili MC 11


MARDI di Angkasa

Kumbang jalur merah perosak tersembunyi

SEMENANJUNG MALAYSIA RM7.00 SABAH/SARAWAK

RM8.00 BRUNEI BR$9.00 SINGAPURA S$9.00

Bil. 39

ISSN 1511-094X
Majalah Agromedia merupakan majalah dwibahasa yang diterbitkan tiga kali setahun dan pertama kali dikeluarkan pada
Disember 1997. Setiap keluaran mengandungi rencana khas dan umum dengan beberapa kolum tetap seperti teknologi
pertanian, aktiviti pertanian, hobi, panduan usahawan, herba dan ulam-ulaman, tanaman hiasan dan petua. Majalah ini
mempunyai tema/fokus tertentu pada setiap keluaran.

BORANG PESANAN /

Langganan setahun RM36.00

ORDER FORM

3 keluaran
3 kali penghantaran

Nama:
Name

RM19.50
RM16.50

Agromedia Bil.

Alamat:

1 keluaran
Kos penghantaran

Address

RM7.00
RM5.50/naskhah

Jumlah RM

Poskod:

Postcode

Disertakan bersama ini

Bandar:

Town

RM

I enclose herewith

Negeri:

melalui Kiriman wang/Draf bank atas nama


DANA PENERBITAN MARDI.

State

Tel:

in the form of Money order/Bank draft made payable to


DANA PENERBITAN MARDI.

E-mel:

Cek persendirian tidak diterima.


Personal cheques will not be accepted.

E-mail

Hantarkan kepada Please send to:


Unit Promosi dan Jualan, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, P. Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654 E-mel: booksale@mardi.gov.my

71

Mekanisasi Pengeluaran Makanan

Hanya
RM8.00
senaskhah
MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

Perusahaan
Memproses Baulu Cermai

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

Perusahaan Memproses
Karipap Segera

Perusahaan Memproses
Keropok Lekor Secara Moden

menunggu yang baru


bar code
bar

SAMSUDIN AHMAD &


RASHILAH MUHAMMAD
Penerbitan dan Percetakan MARDI

Penerbit MARDI

ISBN 978-967-936-577-1
23 halaman

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

ISBN 978-967-936-599-3
25 halaman

ISBN 978-967-936-598-6
23 halaman

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

MEKANISASI PENGELUARAN MAKANAN

Perusahaan
Memproses
Kuih Ros

SAMSUDIN AHMAD, MOHD. ZAINAL ISMAIL,


RASHILAH MUHAMMAD, CHE ROHANI AWANG,
ROKIAH MOHAMAD, AB. AZIZ IBRAHIM &
MOHD. TAUFIK ABDULLAH

SAMSUDIN AHMAD, MOHD. ZAINAL ISMAIL,


RASHILAH MUHAMMAD & RAZALI JALALUDIN

Penerbit MARDI

Perusahaan
Pengeluaran Telur Masin
Secara Mekanikal

Perusahaan Pengeluaran
Lemang, Lopes dan Lepat
Menggunakan Silinder
Acuan dan Ketuhar Pemanas

Mekanisasi
Pengeluaran
Snek Rempeyek

menunggu yang baru


bar code
bar

SAMSUDIN AHMAD,
RASHILAH MUHAMMAD,
& SHAFIE ALWI

RDI

SAMSUDIN AHMAD &


RASHILAH MUHAMMAD

SAMSUDIN AHMAD,
RASHILAH MUHAMMAD,
& SHAFIE ALWI

SAMSUDIN AHMAD,
AB. AZIZ IBRAHIM &
RASHILAH MUHAMMAD

Penerbitan dan Percetakan MARDI

Penerbit MARDI

ISBN 978-967-936-551-1
23 halaman

ISBN 978-967-936-600-6
21 halaman

ISBN 978-967-936-562-7
25 halaman

ISBN 978-967-936-552-8
24 halaman

Sila hantarkan

BORANG PESANAN /

Please send me

ORDER FORM

Manual

Nama:

naskhah buku

copy/copies of

Name

Alamat:
Address

Disertakan bersama ini


I enclose herewith

Poskod:

Postcode

RM

melalui Kiriman wang/Draf bank atas nama


DANA PENERBITAN MARDI.

Bandar:

Town

Negeri:

in the form of Money order/Bank draft made payable to


DANA PENERBITAN MARDI.

State

Tel:

E-mel:

E-mail

Cek persendirian tidak diterima.


Personal cheques will not be accepted.
Sila tambah RM6.50 bagi setiap naskhah.
Please add RM6.50 for every copy.

Hantarkan kepada Please send to:

72

Unit Promosi dan Jualan, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, P. Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654 E-mel: booksale@mardi.gov.my

Manual Teknologi MARDI Terkini


RM8.00

ISBN 978-967-936-595-5
22 halaman

RM8.00

ISBN 978-967-936-609-9
20 halaman

RM8.00

ISBN 978-967-936-607-5
19 halaman

AGROMEDIA - Bil. 40

RM8.00

ISBN 978-967-936-608-2
19 halaman

RM8.00

ISBN 978-967-936-603-7
22 halaman

RM10.00

ISBN 978-967-936-605-1
29 halaman

ISBN 978-967-936-601-3
14 halaman

BORANG PESANAN /

Sila hantarkan

Nama:

Manual

Please send me

ORDER FORM

RM8.00

naskhah buku

copy/copies of

Name

Alamat:
Address

Disertakan bersama ini


I enclose herewith

Poskod:

Postcode

Bandar:

RM

melalui Kiriman wang/Draf bank atas nama


DANA PENERBITAN MARDI.

Town

Negeri:

in the form of Money order/Bank draft made payable to


DANA PENERBITAN MARDI.

State

Tel:

E-mel:

E-mail

Cek persendirian tidak diterima.


Personal cheques will not be accepted.
Sila tambah RM6.50 bagi setiap naskhah.
Please add RM6.50 for every copy.

Hantarkan kepada Please send to:


Unit Promosi dan Jualan, Pusat Perkhidmatan Teknikal, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, P. Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654 E-mel: booksale@mardi.gov.my

Dapatkan
Panduan Pelaburan dan
AGROMEDIA - Bil. 40

Hanya

RM23.00

Kos Pengeluaran Ternakan

Buku ini diterbitkan bagi menyediakan maklumat


berkaitan pelaburan dan kos pengeluaran
ternakan ayam, biri-biri, kambing, kerbau, lembu,
puyuh dan juga rusa.
Beberapa kaedah pengiraan yang penting seperti
pengiraan untung rugi perusahaan ternakan dan
pengiraan kos pengeluaran ternakan ruminan
sistem fidlot ada dinyatakan di dalam buku ini. Di
samping maklumat kewangan termasuk indikator
pelaburan, buku ini juga memuatkan maklumat
teknikal asas dalam pemeliharaan dan penjagaan
ternakan seperti pengurusan dan rawatan
beberapa jenis penyakit yang lazim bagi ternakan
tertentu.

ISBN 978-967-936-602-0
Muka surat: 159 halaman
Tahun terbit: 2012

Cek persendirian tidak diterima.


Personal cheques will not be accepted.
Sila tambah RM6.50 bagi setiap naskhah.
Please add RM6.50 for every copy.

Hantarkan kepada Please send to:


Unit Promosi dan Jualan
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
P. Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
Tel: 03-8943 7128 Faks: 03-8943 1654
E-mel: booksale@mardi.gov.my

BORANG PESANAN /
ORDER FORM

Sila hantarkan

Please send me

Nama:

naskhah buku

copy/copies of

Panduan Pelaburan dan


Kos Pengeluaran Ternakan

Name

Alamat:
Address

Disertakan bersama ini


Poskod:

Postcode

Negeri:

State

Tel:
E-mel:

74

E-mail

Bandar:

Town

I enclose herewith

RM

melalui Kiriman wang/Draf bank atas nama


DANA PENERBITAN MARDI.
in the form of Money order/Bank draft made payable to
DANA PENERBITAN MARDI.

You might also like