You are on page 1of 7

1.

Antara berikut yang manakah benar tentang simpan kira?


A.
Simpan kira adalah proses merekodkan urus niaga dalam dua atau lebih akaun yang
berbeza
B.
Simpan kira adalah proses menganalisis dan mentafsirkan urus niaga perniagaan dan
laporan perakaunan
C.
Simpan kira adalah proses merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik
berasaskan sistem catatan bergu
D.
Simpan kira adalah proses mengumpulkan maklumat perakaunan yang berkaitan dengan
kedudukan kewangan perniagaan untuk laporan kewangan

2.

Berikut adalah bentuk organisasi perniagaan di Malaysia, kecuali


A.
keempunyaan tunggal
B.
kelab dan persatuan
C.
perkongsian
D.
syarikat berhad

3.

Faedah diterima terakru dan iklan prabayar diambil kira oleh kerani akaun untuk menentukan
keuntungan untuk sesuatu tempoh perakaunan.
Pernyataan di atas merujuk kepada...
A.
pemadanan
B.
entiti berasingan
C.
materialiti
D.
ketekalan

4.

Mengikut kitaran perakaunan, apakah yang harus dibuat selepas perekodan di Buku Catatan
Pertama?
A.
Pengeposan ke lejar
B.
Penyediaan Imbangan Duga
C.
Penyediaan Penyata Kewangan
D.
Catatan Penutup

5.

Antara butiran berikut, yang manakah liabiliti sesuatu perniagaan?


A.
Bangunan
B.
Pemiutang
C.
Penghutang
D.
Tunai di tangan

6.

Antara berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset?


I
Pemiutang, Modal
II
Penghutang, Stok
III
Tunai, Bank
IV
Overdraf bank, Perabot
A.
B.
C.
D.

7.

I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV

Penyata Kewangan terdiri daripada berikut, kecuali .....


A.
Akaun Perdagangan
B.
Akaun Untung Rugi
C.
Imbangan Duga
D.
Kunci Kira-Kira

8.

Kedai Perabot Seelan membeli perabot bernilai RM1 500 secara tunai.
Akaun Didebit
Akaun Dikredit
A.
Bank
Perabot
B.
Perabot
Tunai
C.
Belian
Tunai
D.
Bank
Belian

9.

Peniaga Ali melaburkan RM 16 000 untuk memulakan perniagaan. Antara berikut yang manakah
memberi kesan yang tepat .

10.

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

A.

Berkurang
RM 16 000

Bertambah
RM 16 000

B.

Bertambah
RM 16 000

Bertambah
RM 16 000

C.

Berkurang
RM 16 000

Bertambah
RM 1 6 000

D.

Bertambah
RM 16 000

Berkurang
RM 16 000

Apakah tujuan diskaun tunai diberikan?


A.
Menarik lebih ramai pembeli
B.
Mengelakkan hutang lapuk
C.
Menggalakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak
D.
Menggalakkan pembeli membayar segera

Soalan 11 adalah berdasarkan dokumen di bawah.


ASAL

I 012
PERNIAGAAN CEMERLANG
12, Jalan Cermat
85000 Segamat
Johor
Tel: 07-5000234
RESIT RASMI
Tarikh: 3 Sept 2007

Diterima

Perniagaan Khamis

Ringgit

Dua ribu sahaja

Bayaran

Menjelaskan sebahagian
invois

RM2 000
Tunai/No. Cek: MB00326
..

11.

Berdasarkan dokumen di atas, apakah catatan bergu bagi merekod

urusniaga tersebut?
A
B
C
D

Debit
Akaun Bank
Akaun Bank
Perniagaan Cemerlang
Perniagaan Khamis

Kredit
Perniagaan Cemerlang
Perniagaan Khamis
Akaun Bank
Akaun Bank

12.

Nyatakan Buku Catatan Pertama yang akan digunakan oleh Wendy apabila invois barang niaga
diterima olehnya.
A Jurnal Belian
B Jurnal Jualan
C Buku Tunai
D Jurnal Am

13.

Perniagaan Teraju Perintis membekalkan kamus yang berharga RM 12 sebuah. Diskaun niaga
yang ditawarkan ialah 10 % bagi belian sebanyak 40 hingga 80 buah dan 15 % bagi belian yang
melebihi 80 buah. Berapakah jumlah diskaun niaga jika pelanggan membeli 180 buah kamus?
A.
RM 96
B.
RM 144
C.
RM 216
D.
RM 324

14.

Buku Catatan Pertama yang merupakan Jurnal Khas ialah ......


A Jurnal Belian
B Jurnal Am
C Buku Tunai
D Buku Tunai Runcit

15.
Ambilan barang bernilai RM225 untuk kegunan pejabat.
Apakah Buku Catatan Pertama yang akan digunakan untuk merekod urus niaga di atas?
A Buku Tunai Runcit
B Buku Tunai
C Jurnal Am
D Jurnal Khas
16.

Cek tak layan disebabkan oleh .


I
Cek mati
II
Pindahan kredit
III
Cek terkoyak
IV
Kekurangan tunai dalam Akaun Semasa
A
B
C
D

17.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

Encik Johan adalah pemilik Johan Komputer Enterprise. Dokumen 1 adalah salah satu

daripada dokumen yang digunakan dalam perniagaannya.


JAYA DIRI COMPUTER SDN. BHD.
857 Jalan Murni
83600 Batu Pahat
Johor

ASAL

Tarikh: 3 Jun 2007


No: 0001

INVOIS
Kepada:
JOHAN KOMPUTER ENTERPRISE
12 Jalan Bunga Ros
83600 Semerah, Batu Pahat
HARGA
SEUNIT
(RM)
KUANTITI
10 unit
10 unit
10 buah
100 unit

BUTIR
Acer DX 686
Laser Jet Printer 8100
Meja Komputer
Disket

JUMLAH
(RM)

1,500
200
70
10

15 000
2 000
700
1 000
18 700

Jumlah Kasar
Tolak Diskaun niaga 10%
Jumlah Bersih
(Ringgit: Enam belas ribu lapan ratus tiga puluh sahaja)

1 870
16 830

Syarat: 10% 10 hari.5% 30 hari


Serahan: Angkutan dibayar
K&KDK

Penerima

..
Pengurus

DOKUMEN 1
Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh Jaya Diri Computer Sdn Bhd sekiranya
cek diterima pada 10 Jun 2007.
A.
B.
18.

RM14 305.50
RM15 147.00

C.
D.
Akaun Jualan
3 Mac 2007

RM15 988.50
RM16 830.00

Bank

4 000

Pilih urusniaga yang menerangkan catatan dalam Akaun Jualan di atas.


A.
Jual barang secara tunai
B.
Jual barangniaga secara kredit
C.
Jual asset bukan semasa dengan tunai
D.
Jual barangniaga dan asset bukan semasa secara tunai
19.

Akaun Perorangan terdiri daripada akaun

I
II
III
IV
A
B
C
D

Akaun Nyata
Akaun Ambilan
Akaun Penghutang
Akaun Pemiutang
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

20.

Penutupan akaun hasil dan akaun belanja dilakukan pada


A awal tempoh perakaunan
B akhir tempoh perakaunan
C pertengahan tempoh perakaunan
D bila-bila masa sahaja

21.

Antara yang berikut, yang manakah tidak direkod dalam Akaun Kawalan Penghutang?
A
Hutang lapuk
B
Catatan kontra
C
Jualan tunai
D
Pulangan masuk

22.

Data 1 menunjukkan maklumat suatu perniagaan runcit pada bulan Januari.


Baki 1 Januari penghutang
Baki 31 Januari penghutang
Bayaran oleh penghutang (termasuk RM200 hutang lapuk pulih)
Pulangan Jualan

RM 2 380
RM 3 160
RM 12 450
RM 720

Hitungkan jumlah jualan kredit bagi bulan itu


A RM 12 190
B RM 13 550
C RM 13 750
D RM 13 950
23.

Setiap butir dalam Imbangan Duga hanya dicatatkan sekali sahaja, sama ada dalam Penyata
Pendapatan atau
A Jurnal Am
B Buku Tunai
C Kunci Kira-Kira
D Lejar

24.

Antara berikut, yang manakah definisi yang paling sesuai bagi Imbangan Duga?
A Merupakan satu senarai baki-baki
B Menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan
C Satu akaun khas untuk merekodkan semua baki-baki dalam buku
D Merupakan satu senarai baki yang disusn mengikut baki debit atau baki kredit

25.

Antara kesilapan berikut, yang manakah akan menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang?
A Kesilapan catatan asal
B Kesilapan ketinggalan sesuatu urus niaga
C Kesilapan catatan di sebalah yang salah
D Kesilapan-kesilapan yang saling berimbangan

26.

Butir ini dicatat di luar Imbangan Duga kerana hanya dinilai selepas Imbangan Duga disediakan.
Pernyataan ini merujuk kepada
A stok awal
B stok akhir
C rugi atas jualan aset
D untung atas pelupusan aset

Soalan 27 dan 28 berdasarkan maklumat di bawah.


Syarikat Azman membeli sebuah mesin berharga RM22 000 untuk kegunaan perniagan
pada 1 April 2006. Nilai buku mesin ini pada 31 Mac 2008 ialah RM18 500. Pada 2 April
2008, mesin itu dijual pada harga RM17 100. Sebuah mesin baru yang berharga RM29
000 dibeli. Syarikat Azman membayar harga penuh mesin baru itu dengan cek.
27.

Berapakah kerugian Syarikat Azman atas penjualan mesin lama itu?


A RM1 400
B RM3 500
C RM4 900
D RM11 900

28.

Berapakah susut nilai terkumpul bagi mesin yang dilupuskan ?


A RM1 400
B RM3 500
C RM4 900
D RM11 900

29.

Antara berikut, manakah tajuk penyata pendapatan yang betul.


A Penyata pendapatan pada 31 Mac 2007
B Penyata pendapatan sehingga 31 Mac 2007
C Penyata akaun pendapatan bagi tahun 31 Mac 2007
D Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2007

30.

Antara berikut, yang manakah tidak diambil kira semasa mengira modal kerja perniagaan?
A Pinjaman
B Tunai
C Stok
D Overdraf bank

31.

Berikut ialah petikan Lembaran kerja bagi tahun berakhir 31 Disember 2005
Butir

Imbangan
Duga

Pelarasan

Imbangan Duga
Terselaras

Dt

Dt

Dt

R
Apakah butiran R?
A Stok awal
B Stok akhir
C Rugi bersih
D Untung bersih

Kt

Kt

Kt

Ak Perdagangan
Dan Ak Untung Rugi

Dt
2 100

Kt

Kunci Kira-Kira

Aset

Liabiliti
2 100

Jawapan:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

C
B
A
A
B
C
C
B
B
D
C
A
D
A
C
C
B
A
D
B
A
C
C
D
C
B
A
B
D
A
D

You might also like