You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GERIK

JALAN KUALA KENDERONG


33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN

Inovasi sains dan kejuruteraan

BUTTERFLY
INDICATOR

BIL
NAMA
1
MUHAMAD FAZREL
ARIF BIN NOR
AZUAN
2
MUHAMMAD YUSOFF
IKHWAN BIN MAZLEE

NO K/P
010111-080453

TING
2RK1

010621-080453

2RK1

MUHAMMAD AIMAN
NAJMI BIN NOH

010509-080525

2RK1

NAMA PESERTA

GURU PEMBIMBING
1. PN FAIEZAH BINTI SHAHROM

ABSTRAK
INOVASI Sains dan Kejuruteraan yang telah kami hasilkan adalah bagi membantu dan

menyelesaikan masalah ibubapa yang ingin menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak
mereka. Mereka perlu memngenal pasti makanan yang disediakan itu bersifat alkali atau asid dan
sesuai atau tidak untuk dimakan oleh anak-anak. Sebelum ini ibu bapa hanya menyediakan makanan
tanpa mengetahui samada makanan tersebut bersifat asid atau alkali.
Bagi membantu ibu bapa untuk mengesan dan menguji kehadiran asid dan alkali secara semulajadi,
kami telah mencipta sejenis larutan yang berfungsi sama seperti Indicator pH Solution. Larutan
yang kami cipta ini diberi nama Butterfly pH Solution.
Larutan Butterfly pH Indicator ini selamat digunakan kerana ianya tidak mengandungi bahan
kimia kerana hanya menggunakan bahan semulajadi dan dapat disediakan dengan mudah di rumah.
Dengan menggunakan Butterfly pH Indicator ibubapa dapat menguji samada makanan yang

disediakan atau digunakan adalah berasid atau beralkali dengan mudah. Dengan hanya menitiskan
beberapa titis larutan Butterfly pH Indicator ke dalam makanan atau minuman kita dapat
mengetahui samada ianya berasid atau beralkali.

Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat juga kami menyiapkan folio serta projek inovasi ini dari awal hingga akhir dengan jayanya.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Faiezah Binti Shahrom selaku
Guru Pembimbing kerana telah mengorbankan masa dan tenaga untuk memberi tunjuk ajar serta membimbing kami
sepanjang menyiapkan folio dan inovasi ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan
Pengetua SMK Gerik, En Mior Othman Bin Mior Mat Ramle kerana membenarkan dan memberi kerjasama dalam
menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua guru SMK Gerik terutama guru mata pelajaran Sains yang
banyak memberi kerjasama dan bantuan sepanjang tempoh kami menyiapkan projek inovasi ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi kerjasama dan sokongan kepada
kami dalam menyiapkan projek inovasi ini.
Akhir sekali, atas kerjasama pihak sekolah , pihak pentadbir , guru-guru , ibubapa , saudara dan rakan-rakan
dapat juga kami menyiapkan projek inovasi ini dengan jayanya. Sumbangan , kerjasama dan sokongan dari anda
semua amat kami hargai dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

METODOLOGI
KAEDAH KAJIAN YANG TELAH KAMI GUNAKAN DALAM MENYIAPKAN PROJEK INI
ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) kami melakukan pemerhatian sewaktu ujian makanan di makmal dengan
menggunakan ph indicator solution.
2) Kami mencari maklumat berkaitan ph indicator solution melalui laman web dan
mengunjungi pusat sumber SMK Gerik untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
3) Kami menggunakan kaedah cuba jaya yang mana kami telah mengambil beberapa
jenis tumbuhan herba yang terdapat di sekitar kawasan sekolah.
4) Setiap tumbuhan yang diambil telah dicuba satu per satu dan mendapati daun pokok
rerama merupakan bahan yang paling tepat untuk menggantikan ph indicator solution
5) Kami telah mengambil empat jenis tumbuhan herba untuk diuji. Tumbuh-tumbuhan
tersebut adalah :

Pokok Ati-Ati
(solenostemonscutellaroides)

Bunga Rerama
(Mariposa Christia Vespertillonis)

Rheo Discolour

eksperiman untuk menghasilkan


Butterfly Indicator

Tujuan : Untuk memudahkan ibubapa yang dirumah untuk menguji sama ada bahan yang
mereka masak itu bersifat asid atau alkali . Ianya juga dapat menentukan sama ada bahan
yang dimasak itu sesuai untuk dimakan atau tidak .

Bahan : Daun Rerama, Air Suling , kunyit, cuka, asid hidroklorik, kicap, putih telur, soda
bikarbonat

Radas : Tabung Uji , Lesung Batu , Rak Tabung Uji . ( Tabung Uji boleh diganti dengan
mangkuk kecil atau cawan )

Prosedur
1. Semua bahan dan radas disediakan seperti yang telah dinyatakan di atas.
2. Sebanyak 6 gram daun rerama di ambil dan di tumbuk hingga lumat.
3. Ekstrak daun rerama yang telah lumat di masukkan ke dalam bikar dan
dicampurkan dengan 20ml air suling.

4. Hasil yang telah diekstrak tadi dituras untuk mendapatkan larutan Butterfly
Indicator.
5. Larutan Butterfly indicator dimasukkan ke dalam botol reagen dan siap untuk
dijadikan sebagai penunjuk dan diuji.
6. Sediakan bahan-bahan yang hendak diuji. Beberapa contoh bahan yang diuji
adalah:
i)
Asid hidroklorik
ii)
Kunyit
iii)
Cuka
iv)
Soda bikarbonat
v)
Putih telur
7. 5ml asid hidroklorik dimasukkan ke dalam 2 tabung uji yang berbeza.
8. Satu tabung uji dititiskan dengan 2 titis Butterfly Indicator dan satu tabung uji lagi
dititiskan dengan 2 titis pH Indicator Solution.
9. Campuran tersebut digoncang.
10. Perubahan direkodkan dan dibandingkan dengan skala pH untuk menentukan
bahan tersebut berasid atau beralkali.
11. Ulang langkah 7 hingga 10 untuk bahan-bahan lain.
12. Rekodkan semua keputusan yang diperolehi di dalam jadual yang disediakan.

LANGKAH-LANGKAH KERJA

Dapatkan daun rerama

Daun rerama ditimbang dengan

Neraca tiga Alur ( 6 gram)

Ekstrak daun rerama dimasukkan


ke dalam bikar

Sebanyak 20 ml air suling


dimasukkan ke dalam bikar dan
dikacau rata

Daun rerama yang telah


ditimbang dimasukkan ke dalam
lesung dan ditumbuk hingga
lumat

Hasil campuran ektrak daun


rerama dan air suling di turas

Sambungan.

Hasil turasan dimasukkan ke


dalam botol reagen.

Butterfly Indicator siap untuk


dijadikan penunjuk

UJIAN PERBANDINGAN KEASIDAN DAN KEALKALIAN MENGGUNAKAN INDICATOR


PH SOLUTIAN DENGAN BUTTERFLY SOLUTION

Gambar menunjukkan perbandingan bahan yang diuji menggunakan pH Indicator Solution dan Butterfly Indicator

Perbincangan
Hasil dari eksperiman yang telah dijalankan didapati Butterfly Indicator yang diperbuat dari ekstrak daun
rerama dapat berfungsi sama seperti menggunakan pH Indicator Solution yang terdapat di makmal. Dari tiga
kali eksperimen yang telah dijalankan didapati keputusan yang diperolehi adalah sama untuk setiap eksperimen. Ini
membuktikan bahawa Butterfly Indicator dapat digunakan sebagai larutan penunjuk di dalam ujian keasidan dan
kealkalian.
Keputusan dari eksperimen yang telah dijalankan dengan menggunakan Butterfly Indicator dan pH indicator
Solution adalah seperti di bawah. Hasil campuran bahan ujikaji dan Indicator dinilai dan dibandingkan dengan
menggunakan skala pH.

SKALA PH
NILAI 1 HINGGA 6 MENUNJUKKAN SIFAT ASID
NILAI 7 MENUNJUKKAN SIFAT NATURAL
NILAI 8 HINGGA 14 MENUNJUKKAN SIFAT ALKALI

JADUAL PERBANDINGAN UJIAN KEASIDAN DAN KEALKALIAN


EKSPERIMEN 1
TARIKH : 6 OGOS 2015

KUNYIT

Nilai pH
(pH Indicator
Solution)
7

Nilai pH
(Butterfly
Indicator)
7

PUTIH TELUR

10

ASID HIDROKLORIK

SODA BIKARBONAT

10

BI
L

BAHAN

1.

EKSPERIMEN 2
TARIKH : 10 OGOS 2015

KUNYIT

Nilai pH
(pH Indicator
Solution)
7

Nilai pH
(Butterfly
Indicator)
7

PUTIH TELUR

10

ASID HIDROKLORIK

SODA BIKARBONAT

10

CUKA

BI
L

BAHAN

1.

EKSPERIMEN 3
TARIKH : 12 OGOS 2015

KUNYIT

Nilai pH
(pH Indicator
Solution)
7

Nilai pH
(Butterfly
Indicator)
7

PUTIH TELUR

10

ASID HIDROKLORIK

SODA BIKARBONAT

10

CUKA

BI
L

BAHAN

1.

Dari pemerhatian untuk ketiga-tiga eksperimen yang telah dijalankan kami dapati bahawa Butterfly
Indicator dapat menunjukkan keasidan dan kealkalian sesuatu bahan dengan tepat sama seperti menggunakan pH
Indicator Solution. Terdapat sedikit ralat untuk beberapa jenis bahan, contohnya seperti nilai pH untuk putih telur
dan Soda bikarbonat tetapi ianya masih menunjukkan bahan tersebut bersifat alkali.
Butterfly Indicator sesuai digunakan di rumah kerana ianya tidak merbahaya kerana tidak mengandungi
bahan kimia. Penyediaan Butterfly Indicator amat mudah dengan hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja
dan penggunaannya juga senang. Ibubapa dapat memastikan makanan dan bahan lain yang digunakan di rumah
bersifat asid atau alkali dengan mudah.
Penyediaan Butterfly Indicator sangat mudah dan ianya dapat bertahan selama 2 minggu untuk setiap kali
penyediaan. Untuk penyediaaannya juga tidak melibatkan kos yang mahal malah ianya boleh dikatakan tidak
melibatkan kos langsung sekiranya di rumah anda mempunyai pokok daun rerama. Untuk melihat perbandingan
makanan atau bahan yang diuji itu berasid atau beralkali ibubapa boleh memuat turun skala pH di laman web
http://www.zagadkazdrowia.pl/wp-content/uploads/2014/03/rownowaga-kwasowo-zasadowa-zagadka-zdrowia.jpg
dan cetak skala pH tersebut untuk simpanan bagi tujuan ujian akan datang.
Butterfly Indicator merupakan satu inovasi kerana ianya merupakan satu penemuan baru dengan hanya
menggunakan bahan semulajadi dengan penyediaan yang amat mudah. Sebelum ini untuk menguji keasidan dan
kealkalian sesuatu bahan kita menggunakan pH Indicator Solution, Universal indicator Soluiton, kertas pH,
dan kertas litmus yang mana semua penunjuk ini melibatkan kos dan tidak semua kedai menjualnya. Tetapi dengan
penyediaan sendiri Butterfly Indicator ianya amat mudah dan tanpa melibatkan kos.

Menggunakan pH Indicator Solution


-

Sukar untuk didapati


Harga yang mahal
Tidak dijual di kedai sebarangan
Tidak boleh dibuat sendiri

Menggunakan Butterfly PH Indicator


-

Mudah untuk dibuat


Tidak memerlukan modal
Boleh dibuat hanya di rumah
Bahan yang digunakan adalah selamat
Tiada bahan kimia yang terkandung di
dalamnya

KESIMPULAN
Dengan terhasilnya larutan Butterfly Indicator ianya dapat memudahkan ibu bapa di rumah untuk
mengesan sesuatu bahan itu berasid atau beralkali. Seperti mana kita tahu bahawa kandungan asid yang banyak di
dalam badan amat berbahaya. Untuk menyeimbangkan kandungan asid dan alkali di dalam badan kita perlu
memastikan bahawa makanan yang di ambil bersifat asid atau alkali supaya kita dapat mengawal kandungan asid di
dalam badan.
Ibu bapa dapat memastikan makanan yang disediakan di rumah sesuai atau tidak untuk anak-anak mereka dengan
menggunakan Butterfly Indicator. Sebelum ini pendedahan berkaitan ujian makanan hanya didedahkan
ianya dapat memudahkan sesiapa yang ingin menguji bahan makanan itu samada bersifat alkali ataupun asid.
Sebelum ini ibubapa dirumah tidak tahu akan makanan yang dimakan dalam kehidupan harian mereka itu bersifat
asid atau alkali. Jadi dengan adanya larutan Butterfly Indicator ianya memudahkan ibu bapa di rumah untuk
mengesan sifat makanan yang mereka ambil dalam kehidupan harian. Sebelum ini, pengujian sifat-sifat makanan ini
hanya didedahkan pada peringkat sekolah sahaja dan dilupakan apabila telah meninggalkan alam persekolahan.
Selain menguji sifat bahan makanan dan minuman , bahan lain juga boleh diuji dengan Butterfly PH Indicator
,contohnya : produk kecantikan , krim muka, losen, pelembap dan sabun mandian, pelembab bibir dan sebagainya.

Penyakit Yang Berpunca Daripada Asid

Kanser Sel
Sel dalam keadaan pH berasid menyebabkan perubahan tidak normal kepada
DNA tubuh dan boleh menghasilkan sel kanser.

Kencing manis/diabetis
Bahan toksik berasid yang berkumpul di pankreas akan melemahkan fungsi
pankreas menjadi lemah dan menghalan penghasilan insulin.

Darah Tinggi
Toksik berasid dalam badan yang melekat dan berkumpul di dinding kapilari
darah sehingga membuatkan saluran darah sempit dan tersumbat. Pengaliran
darah melalui kapilari yang sempit akan menyebabkan tekanan darah
meningkat.

Darah Rendah
Toksik berasid menyerap ion kalsium dalam jantung dan menyebabkan aktiviti
jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang


Pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan menjadikan fungsi
buah pinggang lemah dan mengakibatkan penyakit buah pinggang

Osteoporosis
Jika badan kurang alkali, tulang akan membekal kalsium dan
menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu
banyak tulang akan membekalkan kalsium sedikit demi sedikit untuk
menetralkan keadaan asid dalam badan. Proses ini lama kelaman akan
menyebabkan osteoporosis.

Gout
Toksik berasid yang terkumpul di sendi akan menyebabkan sendi bengkak dan
sakit.

Sembelit
Usus besar yang bersid mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding
usus besar kurang rembesan pelincir dan akan menyebabkan sembelit.

Kesimpulan
Dengan terhasilnya larutan Butterfly PH Indicator ianya dapat memudahkan
sesiapa yang ingin menguji bahan makanan itu samada bersifat alkali ataupun
asid. Sebelum ini ibubapa dirumah tidak tahu akan makanan yang dimakan
dalam kehidupan harian mereka itu bersifat asid atau alkali. Jadi dengan
adanya larutan Butterfly Indicator ianya memudahkan ibu bapa di rumah
untuk mengesan sifat makanan yang mereka ambil dalam kehidupan harian.
Sebelum ini, pengujian sifat-sifat makanan ini hanya didedahkan pada
peringkat sekolah sahaja dan dilupakan apabila telah meninggalkan alam
persekolahan. Selain menguji sifat bahan makanan dan minuman , bahan lain
juga boleh diuji dengan Butterfly PH Indicator ,contohnya : produk kecantikan

, krim muka, losen, pelembap dan sabun mandian, pelembab bibir dan
sebagainya.
ISI KANDUNGAN

Bil
1
2
3
4
5
6
7

Tajuk

Muka

You might also like