You are on page 1of 3

Teori konflik dalam pendidikan moden

pengenalan
Perspektif konflik dalam pendidikan moden lebih memberi perhatian kepada masalahmasalah pendidikan dalam masyarakat moden. Namun terdapat persamaan diantara teori
konflik dengan fungsionalisme iaitu pendidikan adalah sebagai alat untuk mencapai tujuantujuan ekonomi masyarakat.
Teori Konflik
Teori konflik menjelaskan bahawa pendidikan berfungsi untuk memenuhi kehendak ekonomi
dan pendidikan juga dianggap sebagai superstruktur yang diguna oleh system kapitalis iaitu
pihak yang dominan ialah mereka yang berkedudukan tinggi. Contohnya orang yang
berkedudukan tinggi atau bangsawan akan menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah
swasta di mana kelulusan mereka telah pun terjamin. Berlainan dengan anak-anak dari
golongan yang miskin, mereka perlu berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang baik.
Dan dengan ini wujudnya persoalan-persoalan persaingan kelas sosial, ketidaksamaan dan
ketidakadialan dalam peluang pendidikan.
Contohnya di Malaysia, konflik juga berlaku apabila Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan. Ini dikuatkan lagi dengan
beberapa kajian daripada beberapa pensyarah dan institusi pendidikan di Malaysia dan luar
Negara.
Antara kajian-kajian yang mendatangkan konflik dalam PPSMI
Kajian bill templer dasar memihak kepada keluarga di bandar
Menurut satau kajian daripada Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang telah melawat di
fakulti pendidikan university Malaya memberikan pendapatnya dalam satu suratnya kepasa
akhbar bahawa dasar PPSMI ini sebenarnya berat sebelah kepada anak-anak keluarga
Bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan
miskin, baik di Bandar ataupun luar Bandar malahan boleh juga menjejaskan pemahaman
konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak
mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.
Kajian mior khairul azrin bin mior jamaluddin
Hasil kajian daripada mior khairul azrin bin mior jamaluddin, pensyarah di pusat pengajian
sains kemasyarakatan USM, pulau pinang, PPSMI ditentang kerana murid-murid dan
pelajar-pelajar di luar Bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata
sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan terutama dalam penguasaan bahasa inggeris.
Masyarakat luar Bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI
dilaksananjan kerana bimbang dengan masa depan anak-anak mereka.
Reaksi bidang pendidikan
Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar
hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian telah dibuat dan mendapati 500,000 orang
pelajar melayu akan keciciran dalam mata pelajaran tersebut kerana lemah menguasai

bahasa inggeris; bagi pelajar SJK(C) ini bukan sahaja akan menjejaskan pembelajaran
sains dan matematik, bahkan juga bahasa cina di kalangan murid-murid; persatuan
pendidikan tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya
berasal dari keluarga miskim turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan
menguasai bahasa inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat
india kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hiduo masyarakat
mereka.
Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang
turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah
rendah lebih sesuai dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang
diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:
'' berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan
selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya
kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda senagai bahasa
penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa
ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah''
penentangan awam
penentangan awam ini dilakukan oleh sebuah pergerakan bergelar gerakan mansuhkan
PPSMI (GMP) dan matlamat utamanya adalah untuk memastikan PPSMI dimansuhkan dan
sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda mereka, penentangan ini dilakukan sekitar
akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat
Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin datuk dr hassan ahmad, bekas ketua pengarah
dewan bahasa dan pustaka.
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat belibelah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokohtokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara datuk A samad said, penyair Dinsman
dan pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar,
aktivis teater khalid salleh, serta ahli-ahli politik tian chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan
kamaruzzaman mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan
Tamil Malaysia dan dong jiao zong.
Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besarbesaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.
Perarakan ini dinamakan perarakan keranda mac 2009 yang disertai oleh lebih 8,000 orng,
bermula pasa pukul 2 petang pada 7 mac 2009. perarakan ini juga disertai oleh sasterawan
negara datuk a. Samad said dan pengerusi GMP datuk dr hassab ahmad serta barisan
pemimpin politik seperti dato' seri haji abdul hadi awang.
Kajian permuafakatan badan ilmiah nasional (pembina)
Kajian konflik yang dilakukan oleh Bowles dan Gintis, yang menyatakan bahawa sekolah
menghukum kreativiti dan kesopanan dan mematahkan semangat dan inisiatif untuk
perkembangan diri. Ini dapat dikaitkan dengan kajian yang telah dilakukan oleh
permuafakatan badan ilmiah nasional (pembina) yang bertajuk tahap kompetensi guru

PPSMI serta implikasinya terhadap pembangunan modal insan murid mendapati dasar
PPSMI membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada
penguasaan bahasa inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama
mengurangkan minat untuk mempelajari subjek sains dan matematik. Kajian oleh
permuafakatan badan ilmuah nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan
melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada jun hingga disember 2008. antara universiti
terlibat termasuklah universiti putra malaysia, universiti teknologi malaysia, universiti
pendidikan sultan idris, universiti sains malaysia dan universiti teknologi mara.
Pembina juga menyatakan bahawa PPSMI menimbulkan kerugian berganda kepada murid,
terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana
lemah dalam tiga matapelajaran terbabit, bahasa inggeris, sains dan matematik. Pembina
juga menyatakan PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan
murid-murid untuk belajar sains dan matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Bahasa setempat lebih sesuai
Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang
turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah
rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan
yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan


selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting
supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai
bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan
penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan
bahasa di sekolah.

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to
as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling
through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to
begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school
as small as possible.)
Selain daripada itu, memorandum itu juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy
Lessons From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998.
Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa
perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating
Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growthyang mencatatkan
pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di
mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi
jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam
persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.

You might also like