You are on page 1of 6

KEFAHAMAN AYAT

TAJUK : MATA, TELINGA, AKAL & HATI : SUATU NIKMAT


SURAH AL A'RAF : AYAT 179

Maksudnya

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Terjemahan ayat Potongan ayat


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan
Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak
mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi;

mereka itulah orang-orang yang lalai

1.MUQADDIMAH
Ayat ini menjelaskan bahawa :
: Allah telah mengurniakan nikmat akal , hati & pancaindera spt mata dan telinga kepada manusia & jin.
Kebanyakan manusia tidak menggunakan hati, mata & telinga yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya
Allah menyifatkan manusia yang tidak menggunakan nikmat AKAL, HATI & PANCAINDERA ( untuk perkara
berfaedah spt . memikirkan kekuasaan Allah atau menggunakan pancaindera utk memenuhi nafsu syahwat
mereka -) lebih hina daripada binatang ternakan
2. EMPAT NIKMAT DAN FUNGSI KURNIAAN ALLAH SWT
Dalil al-Quran;

Maksudnya:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

PERDEBATAN ANTARA IMAM ABU HANIFAH DGN GOLONGAN ATHIES

Beliau sengaja datang lewat dalam majlis perdebatan ini.

Imam Abu Hanifah:


Saya datang dari seberang sungai Dajlah,. Tadi saya menunggu lama dipengkalan
tetapi tiada kapal yg dapat saya tumpang sehingga saya bercadang utk pulang ke
rumah. Tiba-tiba saya ternampak sepohon kayu di permukaan air sungai Dajlah.
Kayu itu terbelah menjadi kepingan papan yg tersusun rapi dan menjadi sebuah
kapal yg cantk. Saya menaiki kapal tersebut dan sampai disini

Orang Athies:
[Marah] Janganlah kamu mempermainkan kami! Adakah lojik
kayu dan papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal?

Imam Abu Hanifah:


Inilah jawapan dari persoalan yang kamu ingin perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini
tidak ada
penciptanya, adakah ini lojik mengikut pandangan anda

[Golongan Athies terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka


menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya mereka memeluk Islam di
hadapam Imam Abu Hanifah.

PERANAN PANCAINDERA DAN AKIBAT PENYALAHGUNAANNYA


PERANAN / FUNGSI CONTOH PENYALAHGUNAAN
NIKMAT ALLAH NIKMAT ALLAH
Akal  Berfikir rahsia & keunikan ciptaan Allah  Tidak mahu memikirkan kejadian alam
[Berfikir]  Memahami & mendalami ajaran Islam  Memesongkan maksud al Quran & hadis
 Tidak menuntut ilmu berfaedah
 Berfikir ingin melakukan kerosakan
dankemungkaran

Hati  Menginsafi kelemahan & kekurangan  Lupa/lalai mengingati Allah & bertindak
diri berbanding Allah mengikut perasaan
[Memahami]  Mengawal hati dari pujukan &  Menolak suatu kebenaran
rayuan syaitan  Tidak suka muhasabah diri
 Teguhkan keyakinan kpd akidah
yang benar

Mata  Melihat perkara yang diharamkan seperti


 Melihat & merenung kehebatan alam melihat gambar pornografik, maksiat & keji
[Melihat] seperti melihat aurat lelaki atau wanita
ciptaan Allah (utk membuktikan
kewujudan Allah)
 Mengawal pandangan dari melihat perkara
dilarang oleh Allah

Telinga  Mendengar perkara berfaedah  Mendengar perkara yang haram didengar


dan mungkar seperti umpatan dan fitnah
[Mendengar]

PENGAJARAN AYAT

a) Akal, penglihatan & pendengaran hendaklah digunakan dgn sebaiknya utk mencapai kesejahteraan di dunia & akhirat
b) Penyalahgunaan akal, hati, penglihatan & pendengaran boleh membawa kpd kesesatan & kehinaan dunia & akhirat
c) Allah menjanjikan neraka jahanam kepada orang yang tidak menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredai –Nya

AKIBAT PENYALAHGUNAAN NIKMAT AKAL, HATI & PANCAINDERA

Kpd Individu  Lalai megingati Allah:


kerana perhatian hanya utk memenuhi kehendak haawa nafsu
spt pangkat,kekayaan & hiburan
 Hidup dalam kesesatan –
 spt melakukan perbuatan syirik & Khurafat

 Tidak dapat membezakan di antara yang hak & batil:


spt Pergaulan bebas antara lelaki & perempuan

 Menghalalkan segala cara utk mencapai matlamat :


spt menindas gol lemah utk kepentinga diri sendiri

 Dimurkai Allah & dijanjikan neraka jahanam


 Bertindak mengikut hawa nafsu
 Susah menerima kebenaran
 Sanggup melakukan kezaliman

Kpd  Jenayah & Maksiat berleluasa dalam masyarakat


 Masyarakat porak peranda
Masyarakat  Berlaku kezaliman dalam masyarakat
Kpd Negara  Negara mundur
 Negara dipandang hina oleh masy & negara luar

PERBEZAAN PENGGUNAAN NIKMAT PANCAINDERA ANTARA ;

Perkara Manusia Binatang


Manusia berfikir dan dapat memahami Hanya dpt melihat dan mendengar tetapi tidak
berfikir, membuat kajian dan mengambil iktibar
Akal
Tugas Beriman dan menjadi khalifah di muka - tidak ditugaskan beriman dan menjadi khalifah
bumi ini [ada akal] di muka bumi ini [tiada akal]
-mereka hidup berpandukan tabie semata-mata
Ilmu -Ada ilmu yang diperolehi dan potensi yang -makan tidur, bermain-main dan beranak pinak
dimiliki, manusia dapat melakukan dan tidak berpakaian
perubahan demi perubahan

CIRI-CIRI AHLI SYURGA DAN AHLI NERAKA

PERKARA AHLI SYURGA AHLI NERAKA


Rukun Islam Melaksanakan dgn sempurna Mengabaikannya
Syariat Islamiah Menjadikannya sebagai panduan hidup Tidak menerima peringatan dan tidak takut kepada
azab
Azab Allah Mengambil peringatan dan takut tentang Tidak mengambil peringatan da n tidak takut
dosa tentang dosa
Kekuasaan Allah Yakin terhadap kebesaran dgn merenung Tidak mengambil iktibar dari keunikan alam
keunikan alam
Ingat Allah Sentiasa mengingati Allah swt dan menyebut Lalai mengingati Allah swt dan lebih
namanya mengagungkan makhluk
Tamadun Menggunakan kemahiran utk membina Menggunakan kepandaian dan kemhairan
tamadun yg hebat berasaskan iman dan melakukan kerosakan
taqwa

SOALAN LATIHAN:
1. Jelaskan peranan / fungsi nikmat-nikmat berikut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
a) Akal
b) Mata
c) Kesihatan
d) Harta kekayaan
2. Mengapakah Allah menyifatkan manusia lebih hina daripada binatang ternakan berdasarkan ayat 179 Surah Al- A'raf.
3. Huraikan 3 akibat kepada diri seseorang jika tidak menggunakan nikat akal, hati & pancaindera dengan sebaik-
baiknya
4. Nyatakan 2 pengajaran yang boleh diambil dari ayat :179 Surah Al-A'raf

5. Terjemahkan ayat yang bergaris di bawah;

5.1

5.2
5.3

5.4

5.5

5.6

Isi Tempat kosong

1.Nyatakan sifat ahli neraka sebagaimana yang disebutkan dalam ayat diatas.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………

2.Jelaskan kepentingan pancaindera kepada manusia.


…………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………...

3. Jelaskan keistimewaan manusia berbanding makhluk lain.


………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………..

4. Bagaimanakah anda menggunakan akal untuk memajukan diri?.


………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

5. Jelaskan peranan / fungsi nikmat-nikmat berikut sebagai tanda


kesyukuran kepada Allah

a) Akal

- Berfikir rahsia & keunikan ciptaan Allah


- Memahami & mendalami ajaran Islam
b) Mata
- Melihat & merenung kehebatan alam ciptaan Allah (utk
membuktikan kewujudan Allah)
- Mengawal pandangan dari melihat perkara dilarang oleh Allah

c)Kesihatan
- Menjauhi makanan & minuman yg haram & yang boleh memudaratkan diri
- Mempertingkatkan ibadat & pekerjaan berfaedah ketika badan sihat
-
d)Harta kekayaan
- Mengeluarkan zakat
- Menberi bantuan kpd gol yang memerlukan & untuk tujuan kegiatan dakwah Islam

6.Mengapakah Allah menyifatkan manusia lebih hina daripada binatang ternakan


berdasarkan ayat 179 Surah Al- A'raf.

1. Kerana manusia dikurniakan akal tetapi tidak mahu berfikir tentang kebaikan
2. Manusia telah diberi petunjuk wahyu dengan mengutuskan rasul-rasul tetapi tidak mahu mentaati ajaran nya

7.Huraikan 3 akibat kepada diri seseorang jika tidak menggunakan nimat akal, hati & pancaindera dengan sebaik-baiknya

1.Lalai megingati Allah – kerana perhatian hanya utk


memenuhi kehendak haawa nafsu spt pangkat,kekayaan
& hiburan
2. Hidup dalam kesesatan –spt melakukan perbuatan syirik
&khurafat
3. Tidak dapat membezakan di antara yang hak & batil-
spt Pergaulan bebas antara lelaki & perempuan

4.Menghalalkan segala cara utk mencapai matlamat –


spt menindas gol lemah utk kepentinga diri sendiri

5.Dimurkai Allah & dijanjikan neraka jahanam

8.Nyatakan 2 pengajaran yang boleh diambil dari ayat :179 Surah Al-A'raf

i. Akal, penglihatan & pendengaran hendaklah digunakan dgn Sebaiknya utk mencapai kesejahteraan
di dunia & akhirat
ii. Penyalahgunaan akal, hati, penglihatan & pendengaran boleh membawa kpd kesesatan & kehinaan
dunia & akhirat
iii. Allah menjanjikan neraka jahanam kepada orang yang tidak
menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredai –Nya.

You might also like