You are on page 1of 9
Buletin Teknol. Tanaman, Bil. 2(2005): 67-75 Pengenalan penanaman organik: Pengurusan kesuburan tanah dan perosak (An introduction to organic farming: Management of soil fertility and pests) S.L. Tan* dan Z. Aini** Abstrak Industri perladangan orga ik telah meningkat disebabkan isu berkaitan keselamatan makanan dan juga masalah alam sekitar, Dalam artikel ini, hanya faktor yang penting dalam perladangan organik dibentangkan seperti pengurusan kesuburan tanah, penyakit dan perosak, serta bahan yang dibenarkan dalam perladangan organik seperti yang dicatat dalam Skim Organik Malaysia. Dalam perladangan organik, bahan kimia tidak dibenarkan. Oleh yang demilkian, kesuburan tanah dapat dikekalkan dengan menggunakan baja ternakan, kompos dan baja hijau, Dalam langkah mengurangkan serangan perosak dan penyakit, varieti yang bersesuaian, biopestisid daripada sumber semula jadi dan tanaman giliran digunakan, Harga produk organik berada dalam lingkungan 2-4 kali ganda daripada produk yang dikeluarkan secara konvensional. Walau bagaimanapun, proses pengeluaran produk organik harus diperakukan untuk menentukan bahawa produk tersebut tulen. Malaysia mempunyai piawaiannya yang tersendiri yang dikenali sebagai Skim Organik Malaysia (SOM), Pengenalan Kesedaran terhadap makanan organik kian meningkat di kalangan pengguna. Antara faktor yang mendorongnya ialah isu berkaitan kesihatan dan alam sekitar. Isu seperti alahan makanan misalnya, kewujudan bahan awet, pewarna buatan, hormon tumbesaran dan antibiotik telah membuat pengguna sensitif terhadap pemakanan, ‘Walau bagaimanapun, sistem penananam organik lebih mesra alam jika dibandingkan dengan sistem penanaman konvensional yang banyak bergantung kepada penggunaan bahan kimia sintetik seperti baja dagangan dan racun perosak. Sistem penanaman organik tidak menggunakan bahan kimia sintetik sebaliknya menggunakan sumber air serta mikroflora dan mikrofauna yang berfaedah supaya tidak mencemari alam sekitar. Oleh yang demikian, sistem penanaman organik amat penting bagi produk pertanian untuk makanan bayi ataupun herba yang ditanam untuk produk kesihatan serta rawatan perubatan. Sebelum seseorang petani mengamalkan sistem penanaman organik, dia harus memahami prinsip penanaman organik, bahan input yang dibenarkan, bagaimana menggantikan baja kimia dengan bahan organik supaya memberi nutrien yang sama, dan bagaimana perosak tanaman dikawal dan diurus tanpa racun kimia. Definisi Pada amnya ‘organik’ memberi makna tiada bahan kimia sintetik atau buatan yang Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur **Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur Nama penuh pengarang: Tan Swee Lian dan Aini Zakaria E-mel: sitan@mardi.my ‘Olnstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2005 67 dihasilkan daripada sumber gas semula jadi yang digunakan, Semua bahan input yang digunakan, termasuk nutrien, berasal daripada bahan semula jadi. Mengikut Codex Alimentarius iaitu badan piawaian antarabangsa, perladangan organik merupakan satu sistem pengurusan pengeluaran secara ekologi yang ‘mempromosikan dan mempertingkatkan kepelbagaian (biodiversity), kitaran biologi dan aktiviti biologi tanah. Kesuburan tanah diperoleh daripada penanaman kekacang, tanaman bergilir dan penggunaan kumuhan Jadang serta ternakan. Serangan perosak dan rumpai pula dikurangkan dengan penggunaan varieti atau kultivar yang sesuai, tanaman bergilir, mengurus tanah secara mekanikal (misalnya, membajak) dan beberapa langkah lain, Mengikut Piawaian Malaysia, istilah organik merujuk kepada sistem pertanian atau produk yang dihasilkan mengikut piawaian dan telah diberi pensijilan daripada pensijil yang diiktirafkan. Contohnya, sistem pertanian organik berdasarkan amalan yang mengurangkan penggunaan input luar (iaitu input yang dibeli dan bukan berasal daripada ladang sendiri), mengelakkan penggunaan baja dan racun perosak sintetik, serta mengurangkan pencemaran pada udara, tanah dan air. Dalam definisi i penggunaan GMO atau organisma yang diubahsuai secara genetik melalui bioteknologi tidak juga dibenarkan. ‘Ada juga kumpulan petani yang lebih tegas dalam interpretasi organik sehingga mereka tidak menggunakan baja semula jadi seperti fosfat batu (rock phosphate) walaupun dibenarkan dalam Piawaian Malaysia. Walau bagaimanapun, Piawaian Malaysia berpandu kepada piawaian yang terdapat di beberapa negara. Pengurusan kesuburan tanah Bahan dan amalan yang dibenarkan Mengikut piawaian Malaysia, kawasan atau ladang yang mengamalkan penanaman organik tidak dibenarkan bertukar-tukar sistem penanamannya. Sistem penanaman 68 tidak boleh ditukar daripada organik kepada konvensional, kemudian balik kepada organik. Justeru, tempoh peralihan ladang daripada sistem konvensional kepada organik ialah satu tahun sebelum produk dari ladang tersebut boleh diterima sebagai produk organik. Kesuburan tanah boleh dibaiki atau dikekalkan dengan kaedah yang berikut: 1. Menanam spesies kekacang, baja hijau (green manure) atau tanaman yang ‘mempunyai sistem akar yang dalam, secara bergilir pada setiap tahun. 2. Menggunakan bahan organik seperti sisa tanaman dan tahi ternakan, 3. Menggunakan baja semula jadi seperti serbuk batu, Christmas Island rock phosphate. 4, Menggunakan kompos yang dihasilkan daripada aktiviti mikroorganisma semula jadi. Bahan-bahan yang dibenarkan sebagai baja atau perapi tanah dalam penanaman organik disenaraikan dalam Jadval J. Mungkin terdapat pertanyaan mengapa bahan mineral yang merupakan bahan tak organik dibenarkan penggunaannya dalam penanaman organik. Bahan-bahan ini merupakan zat galian yang berada dalam keadaan semula jadi, dan strukturnya tidak bertukar melalui sebarang proses seperti pemanasan atau digabungkan dengan bahan Jain, Ada kalanya penggunaan bahan yang tersenarai adalah terhad oleh sebab-sebab tertentu, Contohnya, penggunaan baja semula jadi seperti muriat potasy (kalium Klorida) terhad sebab dalam pertanian konvensional, penggunaan yang berlebihan akan membawa masalah pengumpulan ‘garam pada tapak penanaman, Bahan gantian Nutrien utama yang amat penting untuk pertumbuhan pokok ialah unsur nitrogen, kalium dan fosforus. Nutrien sekunder seperti magnesium dan kalsium, serta mikronutrien seperti kuprum, zink dan ferum, pula memainkan peranan tertentu dalam Jadual I, Bahan yang boleh digunakan sebagai baja atau perapi tanah Bahan daripada tumbuhan dan binatang + Tahi ternakan, najis cair dan air kencing © Tabi kelawar + Tahi cacing + Mil darah, daging dan tulang + Mil kuku dan tanduk, mil bulu burung, ikan dan produk ikan, bulu binatang dan produk tenusu ‘* Produk sampingan hasil daripada pemprosesan makanan, kelapa, koko, kelapa sawit (termasuk buangan cairan daripada kilang minyak sawit), makanan ternakan, minyak daripada bijian, dan tekstil + Sisa tanaman dan sayuran, sungkupan, baja hijau, jerami dan sebagainya + Bahan sediaan dan ekstrak tumbuhan yang tidak dirawat secara kimia + Kayu, kulit kayu, habuk gergaji, tatal kayu, abu kayu, arang daripadz kayu yang tidak dirawat + Rumpai laut dan produknya + Gambut + Kompos yang dibuat daripada bahan yang disenaraikan datam jadual ini, sisa daripada kultur cendawan, humus daripada cacing dan serangga + Kompos bandar Bahan mineral Sanga berbes (basic slag) Perapi berkapur atau magnesium. Kapur, gipsum, napal, kapur bit gula, kalsium klorida Batu magnesium, kieserit and garam Epsom (magnesium sulfat) Kalium mineral (seperti sulfat potasy, muriat potasy, kainit, silvanit, patentkali) Fosfat semula jadi Magnesium fosfat melakur (FMP) Batu hancur, mil batu (seperti silikon, basalt dan mil granit) Gipsum semuls jadi (kalsium sulfat) ‘Tanah liat (seperti bentonit, perlit, vermikulit, zeolit) Natrium klorida Unsur-unsur suri Sulfur ‘Tanah atas (tidak dicemari dengan pestisid atau baja kimia) Bahan mikrobiologi + Keluaran sampingan daripada pemprosesan terbiodegradasi yang berasal daripada mikrob ‘+ Bahan sediaan mikrobiologi berdasarkan organisma yang semula jadi ‘Sumber: Anon. (2003) Cara memilih dan mengira keperluan pertumbuhan pokok. Memandangkan baja kimia sintetik tidak dibenarkan penggunaannya dalam penanaman organik, bahan semula jadi yang disenaraikan dalam Jadual 1 boleh menjadi penggantinya, Bahan organik yang mempunyai kandungan nutrien yang tinggi disenaraikan dalam Jadual 2, manakala nutrien yang terdapat dalam beberapa sisa industri pertanian di Malaysia diberi dalam Jadual 3. bahan organik untuk menggantikan baja kimia Contoh: Keperluan nutrien bagi jagung manis Kadar pembajaan (sehektar) yang disyorkan untuk tanah mineral ialah: 120 kg N, 60 kg P,O,, 60 kg KO. Penting diingat bahawa kadar bahan organik yang digunakan tidak boleh melebihi keperluan nitrogen (N) sesuatu tanaman. 69 Jadual 2. Bahan organik yang kaya dengan nutrien+ Bahan N P.O, Tahi kelawar 10.0 20-40 0-20 Tahi ayam (kering) 32 52 18 Mil darah 130-140 2.0 1.0 Tulang yang dikisar 10 11.0-15.0 0 Ikan yang dikisar 10.0 60 - Bulu burung yang dikisar 12.0 0 0 Fosfat batu 0 140-160 0 ‘Abu kayu* 0 10-20 30-70 ‘Sumber: Rowell dan Hadad (2005) *McLaurin dan Reeves (2000) + Maklumat ini sebagai panduan sahaja kerana kandungannya terdiri daripada nilai purata dan kandungan nutrien akan berubah bergantung pada sumber bahan tersebut Jadual 3. Kandungan nutrien dalam beberapa sisa industri pertanian di Malaysia aoa Nutrien (@) dalam beratkering 0 N P K Ca Mg___Nisbah C:N Habuk kelapa* 039° 006° «176 «0.13 OL, 170 ‘Sekam padi* 040 0.05 0.38 = 0070.04 102.0 Jerami padi* 053° 027 170 0.50 © 048 67.0 Batang nanas* 118 0.08 2.26 0.09 0.10 37.0 Batang jagung* 113° 044 175037) 0.18 43.0 Pelepah kelapa sawit* 070 0.07 0970534 610 ‘Tandan kosong kelapa sawit** 0.60 0.06192 0.13. OL 83.00% ‘Tahi ayam** 172 182 218 9.234 0.86 12.42 ‘Tahi lembu** 205 0.76 = (0.82129 0.AB. 30.25 Sabut koko*#** 1.00 0.05 1.08 0120.05 - Sumber: *Aini dll. (2002) ** Vimala et al. (1997) 6 ini (1992) wees Aini (1994) + Tahi ayam daripada industri ayam penelur dengan kandungan Ca tinggi disebabkan pemakanan yang mengandungi Ca yang tinggi serta kulit telur yang dikitarkan ke dalam tahi Sekiranya kadar nitrogen terlalu tinggi untuk mengisi keperluan fosforus (P) dan kalium (K), akar dan daun akan melecur. Katakan tahi ayam kering dipilih sebagai sumber N kerana mudah diperoleh. Kandungan N di dalam tahi ayam ialah 3.2% (rujuk Jadual 2); ini bermakna dalam 100 kg tahi ayam, jumlah N yang terdapat ialah 3.2 kg. Untuk mendapatkan 120 kg N: 3.2 kg N dalam 100 kg tahi ayam 120 kg N dalam 100 x 120/3.2 = 3,750 kg atau 3.75 tan 70 Di samping itu, P,O, dan K,O dalam 3.75 tan tahi ayam berjumlah: 3,750 x 5.2% P.O, = 195 kg P,O, (© 60 kg P.O.) 3,750 x 1.8% K,O = 67.5 kg K,O (~60 kg K,O) Walau bagaimanapun, nitrogen yang terdapat di dalam tahi ayam tidak dibebaskan sepenuhnya ke dalam tanah, Didapati hanya 30% nitrogen, 60-70% P dan 75% K berada dalam keadaan yang mudah dibebaskan. Dengan ini, hanya 30% N dalam 3,750 kg tahi ayam berada dalam keadaan yang boleh diserap oleh jagung. Oleh itu, 3,750 x 100/30 = 12,500 kg/ha tahi ayam diperlukan untuk membekalkan 120 kg N dalam keadaan yang boleh diserap oleh jagung. Oleh yang demikian, keperluan sebenarnya ialah 12.5 t/ha agar jagung tadi mendapat sumber nutrien yang sepenuhnya, Pengurusan rumpai, perosak dan penyakit Bahan dan amalan yang dibenarkan Untuk mengurus perosak seperti serangga, penyakit dan rumpai, kaedah yang dibenarkan ialah: 1. Penggunaan spesies dan varieti yang suai atau serasi (compatible) untuk stem penanaman bergilir Contoh: Sistem penanaman bergilir dapat mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Misalnya, menanam ubi keledek bergilir dengan jagung manis dapat mengurangkan serangan kumbang belalai (Cylas formicarius) pada ubi keledek dan pengorek tongkol jagung. Penanaman berselang dengan tanaman yang serasi juga dapat mengurangkan perosak dan penyakit 2. Pemuliharaan habitat yang sesuai untuk menggalakkan penambahan populasi musuh semula jadi bagi mengawal serangga perosak (seperti tidak menebang pokok-pokok asal untuk mengekalkan tempat kediaman bagi pemangsa dan parasit perosak). 3. Penggunaan biopestisid atau racun serangga yang diperbuat daripada bahan semula jadi (Iihat Jadual 4). Contoh: Penggunaan ekstrak daripada akar tuba ialah satu cara tradisional yang digunakan untuk mengawal perosak. Begitu juga dengan semburan larutan sabun dan minyak mineral yang pernah digunakan di kebun rumah. 4, Penggunaan alat mekanikal seperti perangkap (Gambar I dan 2), sekatan, cahaya dan bunyi, 5. Membasmi kuman dengan wap (Cuma untuk keadaan yang kritikal sahaja. Tidak digalakkan kerana akan membunuh mikroorganisma yang manfaat juga). 6, Mengawal rumpai secara mekanikal dengan menggunakan cangkul, sungkupan plastik (Gambar 3), rotortiller (Gambar 4) dan sebagainya. Merumput dengan menggunakan api. 8. Menggunakan sungkupan dan memotong rumpai. Contohnya: Sungkupan yang ‘memantulkan cahaya sangat berkesan dalam mengurangkan serangga seperti afid dan kutu trip yang membawa virus. Oleh yang demikian, ia dapat ‘mengurangkan jangkitan penyakit virus pada tanaman cili, Semua jenis sungkupan (termasuk yang menggunakan sisa tanaman) merupakan cara alternatif untuk mengawal rumpai. 9. Memelihara ternakan untuk meragut rumpai. 10. Menanam pokok yang mempunyai ciri penangkis, perangkap, dan penarik seperti serai wangi dan herba yang lain (Gambar 5). Contoh: Selasih boleh digunakan sebagai tanaman penangkis lalat buah (Bactrocera latifrons), dan bunga tahi ayam dapat mengawal cacing nematod. ~ Perkara tambahan yang perlu diambil kira Tahi ternakan yang digunakan perlu diproses atau dikompos untuk mengelak bau busuk dan masalah lalat. Buat masa ini tahi ternakan boleh diperoleh dari tempat lain sekiranya pengeluaran tahi ternakan dalam ladang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, peladang digalakkan memelihara ternakan sendiri supaya tahi ternakan juga dapat dihasilkan secara organik. Peladang digalak mengeluarkan benih sendiri untuk mempraktikkan penanaman organik sepenuhnya. Dengan berbuat demikian, lama-kelamaan tanaman akan menjadi lebih rintang terhadap perosak dan penyakit. Benih seperti kabis bulat, kubis bunga dan sayuran jenis suhu sederhana n Jadual 4. Bahan untuk kawalan perosak dan penyakit Bahan daripada tumbuhan atau binatang Bahan sediaan daripada alga Bahan sediaan dan minyak daripada binatang, Lilin lebah Nematisid kitin (semula jadi) Keladak kopi Mil gluten jagung (untuk kawalan rumpai) Bahan tenusu (seperti susu, kasein) Gelatin Lesitin Asid semula jadi (seperti cuka) Nim diekstrak daripada Azadirachta indica Minyak tumbuban Bahan sediaan daripada tumbuhan kecuali tembakau Penghalau (repellent) berdasarkan tumbuhan Propolis Pirethrin yang dickstrak daripada Chrysanthemum cinerariaefolium Kuasia diekstrak daripada Quassia amara Rotenon diekstrak daripada Derris elliptica (tuba), Lonchocarpus spp., Thephrosia spp. Riania diekstrak daripada Ryania speciosa Sabadila Teh tembakau (nikotin tulen tidak dibenarkan) Rumpai laut, mil dan ekstraknya Produk fermentasi daripada Aspergillus Ekstrak daripada cendawan Shiitake Ekstrak daripada Chlorella Bahan mineral Sebatian tak organik (campuran Bordeaux, kuprum oksiklorida, kuprum hidroksida) Campuran Burgundy Garam kuprum Sulfur Serbuk mineral (serbuk batu, silikat) Tanah berasal daripada mikroorganisma diatom Silikat, tanah liat (bentonit) atrium silikat Natrium bikarbonat Kalium permanganat Minyak parafin Mikroorganisma Bahan sediaan daripada fungus Bahan sediaan daripada bakteria (seperti Bacillus thuringiensis) Bahan sediaan daripada virus (seperti virus granulosis atau GV) in-tain Bahan sediaan daripada herba dan biodinamik Gas karbon dioksida dan nitrogen Ei alkohol Bahan sediaan homeopati dan Ayurvedik Garam laut dan air bergaram Sabun kalium (sabun lembut) Li (samb.) 2 Jadual 4. (samb.) * Pelepasan parasit, pemangsa dan serangga yang dimandulkan Perangkap, penghalang dan penghalau * Cara fizikal (seperti perangkap kromatik, perangkal mekanikal) + Sungkupan, jaring + Feromon (hanya dalam perangkap dan dispenser) + _Umpan yang mengandungi metaldehid diguna dalam perangkap Sumber: Anon. (2003) Feromon, methyl eugenol atau cue-lire cisembur pada kertas atau kapas dan Lang pada

You might also like