You are on page 1of 19

Penghargaan

Saya, Muhammad Haziq Haneef bin Pakuruzi dari kelas 3 Amanah ,mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Pengetua yang telah memberi kebenaran kepada saya

menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru sejarah

saya,En Hanif,yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini

selesai.Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, Pakuruzi bin Mat

Yusoff dan Nik Maheran Nik Mustafa yang telah memberi dorongan dan semangat

sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya

Zharif,Anuar,Zulfadhli,Aqim,dan banyak lagi kerana menolong saya dari segala aspek

dan tunjuk ajar sekiranya saya membuat apa-apa kesilapan ketika menjalankan kajian ini.

3
Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

• Mengetahui secara mendalam tentang permainan wau

• Asal usul permainan wau

• Jenis-jenis wau

• Cara permainan wau

• Pertandingan wau

• Cara membuat wau

• Proses permainan wau

4
Kaedah kajian

KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 3 kaedah iaitu :

1. Pemerhatian

2. Sumber

3. Soal selidik

4. Menemubual

5. Pandang Dengar

Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberi cadangan untuk meningkatkan

taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara serta dapat

melihat reka bentuk permainan yang dikaji. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat

memperoleh banyak bahan melalui Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan sebagainya. Di

samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang

Permainan Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara

individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah

membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan

permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Selain

itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara

permainan congkak. Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan

perumahan serta rakan-rakan mengenai permainanWau. Dan akhir sekali,saya

menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang

disiarkan di TV3.

5
Dapatan Kajian

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa

lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar

kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai

ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,

wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,

wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak

bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang

dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih

mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan

ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan

lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan

kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk

rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan

6
yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan

dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.

Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan

bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau

mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti

alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat

Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh

masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang

telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang

dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan

layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan

perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

7
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih

popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di

padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum

termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti

di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.

Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar

negara

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal

dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini

dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja

Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak

pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

8
Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu

yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang

dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam

yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga.

Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali

dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya

yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi

jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi

kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini

antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan

yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini

ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti

gendang dan seruling

9
Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat

Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung

dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang

diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil

berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang

kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit

2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat

In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga

(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single

string for flying)

Ini malam sama-sama

(Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria

(Together, we all have a good time)


10
Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh

serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang

di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan

evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari

negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai

petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang

menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut

sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu

menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak

gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

11
Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada

kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,

kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk

menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin

menebang dan menyimpan buluh tersebut.

12
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak

aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah,

mu make hok sini”.

13
Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi

rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh

daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan

kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

14
Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan

seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada

bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah

benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah

dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan

di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk

memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan

digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,

tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan

dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap,

satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan

buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-

tengah kepingan buluh.


15
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian

tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut

seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh

yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.

Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala

wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada

kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

16
Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang

pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut

lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

17
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan

wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas

bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu

gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk

elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas

berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan

dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.


18
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri

daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi

yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua

sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau

dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang

nilon.

19
Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini

haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah

negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi

terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan

dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat

diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

20
Rumusan
Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat

bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional

melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas

kajian dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai

rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang

mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu

yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat

bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

21

You might also like