You are on page 1of 2

BIRO PENGADUAN AWAM

PEJABAT NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN


JABATAN PERDANA MENTERI
TINGKAT 3, BANGUNAN BANK RAKYAT,
JALAN HANG TUAH,
No. Tel: 06 - 288 1900
75300 MELAKA. No. Fax: 06 - 288 1901
Web: www.pcb.gov.my
Surat Tanpa Setem:
Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri,
Peti Surat 9000, KUALA LUMPUR

Ruj. Kami: CWG/MN/024/2010.06/JKM/62802(4)


Tarikh: 10/06/2010
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
No.36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1
Bangunan Kota Cemerlang
Lebuh Ayer Keroh
75450, Ayer Keroh, Melaka No. Faks : 06-2319221

Tuan,

KES 62802: KECEWA DENGAN SIKAP PEGAWAI JKM

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung aduan yang diterima daripada
Encik Saat Bin Sulaiman mengenai perkara diatas.

2. Penggadu tidak berpuashati kerana permintaannya agar JKM Negeri Melaka menghantar
seramai 30 orang peserta bagi menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh pengadu secara
percuma tidak dipenuhi oleh JKM Negeri Melaka. Bengkel berkenaan telah diadakan pada
30/05/2010 mulai jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang di Auditorium Rumah Media Melaka,
Ayer Keroh, Melaka. Pada hari tersebut pengadu mengadakan bengkel buat peserta dari
seluruh Negara dengan bayaran RM100.00 seorang dan pengadu telah menyediakan 100
kerusi secara percuma untuk golongan miskin agar mereka berpeluang mendapat kemahiran
secara percuma. Walau bagaimana pun tiada seorang pun peserta di bawah pihak JKM hadir
dan pengadu beranggapan bahawa pegawai JKM tidak peka dan gagal menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan amat dikesali serta sikap ini mencerminkan ketidaktelusan
dan kurang peka dengan bantuan yang ditawarkan oleh pihak swasta. Sebagai negara yang
mahu menjadi maju pada 2020,setiap pegawai kerajaan menurut pengadu perlu peka dengan
segala sumbangan pihak syarikat swasta untuk membantu kerajaan membasmi kemiskinan
walaupun datangnya dari sebuah syarikat kecil dan bukan manusia ternama dan glamour.
Pengadu juga berasa terhina dan kecewa atas sikap tidak peduli dan tidak mengendahkan
surat jemputan yang dihantar melalui emel kepada pengarah JKM malah ada yang
mengatakan surat yang dikirim melalui emel tidak diterima. Pengadu berharap isu ini diambil
berat dan tidak berulang demi kemajuan negara dan usaha membasmi kemiskinan
mencapai kejayaan. Pihak kerajaan dan swasta perlu berganding bahu untuk membasmi
kemiskinan.Kerajaan dan pihak swasta ibarat isi dan kuku di mana saling memerlukan dan
perlu ada tanggungjawab bersama.

3. Sehubungan itu, sukacita dipohon kerjasama tuan untuk mengambil tindakan terhadap
aduan ini. Selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2009,
kerjasama tuan juga dipohon untuk mengemukakan status tindakan yang diambil terus
kepada pengadu dan disalinkan kepada Biro Pengaduan Awam dalam tempoh 5 hari

Bila menjawab sebutkan rujukan kami


bekerja iaitu sebelum atau pada 17 Jun 2010.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MAHPOF BIN MAHMOOD)


Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Negeri Melaka

Emel : mahpof@pcb.gov.my

s.k.

Encik Saat Bin Sulaiman


AG 8662
Kompleks PKNM
Jalan Pasar
78300, Alor Gajah
MELAKA

Bila menjawab sebutkan rujukan kami

You might also like