You are on page 1of 6

Hari Raya Aidilfitri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Hari Raya Aidilfitri
Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,
Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr

Juga Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran


dinamakan (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh),
Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan


muslim di negara Muslim

Jenis Perayaan agama

Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan,


bulan puasa

Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September

Tarikh 2010 10 September

Tarikh 2011 31 Ogos

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat


taulan, memasang lampu pelita, balik
kampung

Amalan Solat

Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam


dengan lain, yang disambut 70 hari kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh
umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan
yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Zakat fitrah dan takbir


 2 Simbol
 3 Persiapan
 4 Amalan lazim
 5 Pakaian
 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 7 Perayaan lain
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat
Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit
solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar
zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih
banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara
terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol
Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur
haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-
rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik
Kampung.

Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka
dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang
Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai
saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya
saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian
Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol
meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau
masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada
malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa
dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka


Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan
menyebabkan jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon
Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad
Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh
berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.

Perayaan lain
Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali
dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut
kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah
terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena
"DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi
dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya"
serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali
oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud "
Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Rujukan
1. ↑ Tempoh solat Hari Raya Aidilfitri
2. ↑ Tiga perspektif berbeza malam tujuh likur
3. ↑ SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG
SOHIH
4. ↑ SOAL MALAIKAT MUNKAR NAKIR, DAN AZAB/NIKMAT KUBUR.

 Penafian

You might also like