You are on page 1of 12

1

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, teknologi maklumat berkembang pesat seiring dengan pembangunan negara.
Dunia teknologi maklumat atau ICT tidak dapat dipisahkan lagi di zaman moden ini yang
amat diperlukan sebagai medium pengantara untuk berkomunikasi, sosial, ekonomi dan
politik. Sehubungan itu, kewujudan teknologi maklumat ini telah melahirkan media
internet terutama sekali portal berita bebas dan blog. Walaubagaimanapun, blog menjadi
pilihan ramai dan kini dilihat sebagai media yang memainkan peranan yang penting di
alam siber ini. Blog merupakan cara yang efektif dan produktif bagi mengetengahkan
pemikiran secara cepat dan meluas.

Namun, sejauh mana kebenaran atau ketepatan sesuatu blog itu disampaikan
kepada pembaca? Adakah maklumat yang diberikan telus dan dapat(boleh) dipercayai?
Inilah persoalan yang ingin dikupas dalam kajian ini selaras dengan peningkatan blog di
Malaysia. Sekiranya maklumat yang ditulis di dalam blog tidak benar, maka hal ini boleh
mengundang penyebaran fitnah atau kemarahan pihak tertentu dan juga mewujudkan
kesan negatif lain. Sesungguhnya, kebenaran atau kepalsuan blog dikatakan dapat
mempengaruhi tindakan seseorang seterusnya memajukan atau memundurkan negara ini.

Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang tujuan kajian, skop
kajian, kaedah kajian dan hasil kajian. Hasil kajian akan dapat mengenalpasti kebenaran
sesuatu blog berdasarkan kepada daripada pelbagai(beberapa) sumber seperti(iaitu)
resensi perpustakaan dan juga penyelidikan perbandingan blog. Kebenaran sesuatu blog
dilihat daripada pelbagai aspek seperti etika, hak cipta dan bahasa. Penyelidik juga akan
mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaik dan juga bagi mengatasi masalah
yang berkaitan dengan blog.
2

2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji kebenaran penulisan blog dan juga
untuk membuat perbandingan antara jenis-jenis blog.

3.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini memberi fokus kepada penulisan blog di Malaysia dan membuat perbandingan
tiga jenis blog pilihan seperti blog berunsur ilmiah, hiburan dan politik. Faktor-faktor dan
kesan penulisan blog juga dikaji dalam kajian ini.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Kaedah ini
digunakan kerana maklumat tentang tajuk kertas kerja ini banyak didapati sama ada
dalam bentuk data primer atau sekunder. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada
buku dan sumber internet.

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Tidak dinafikan lagi blog kini menjadi satu fenomena terutamanya di Malaysia. Melalui
blog, pembaca dapat memberi maklum balas atau mengkritik blog tersebut. Penyimpan
log atau blogger mengemaskini blog mereka kerap kali dengan komentar, diskripsi
tentang sesuatu kejadian mahupun bahan-bahan lain seperti grafik atau video. Banyak
juga blog yang memberi komentar tentang berita atau sesuatu isu manakala yang lainnya
berfungsi sebagai diari peribadi. Kebolehan pembaca untuk meninggalkan komentar di
3

dalam format interaktif amat penting bagi kebanyakan blog (A. Kadir Jasin dan Mahathir
Mohammad, 2008).

Dalam kajian ini, kebenaran blog dikenal pasti (dengan kaedah penyelidikan iaitu
membuat perbandingan) membandingkan pelbagai(beberapa) jenis blog selain
penyelidikan (dan juga) menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Tiga jenis blog telah
dipilih oleh penyelidik untuk dinilai iaitu blog ‘chedet.co.cc’ , blog ‘budiey.com’ dan
blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’. Ketiga-tiga blog ini diklasifikasikan kepada pelbagai
genre blog seperti peribadi, hiburan, pendidikan dan juga politik. Selain itu, blog-blog ini
dibandingkan dari segi aspek etika dan bahasa. Etika memainkan peranan yang penting
dalam sesuatu penulisan di mana penulis mestilah menghasilkan tulisan yang jujur,
mengelakkan tulisan berbentuk perkauman, bercorak fitnah, bias dan melampau dengan
susila masyarakat majmuk. Etika ini mementingkan kebenaran dan menghormati hak
orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar ( Rozmel Abdul Latiff dan Maharam
Mamat).

Selain itu, kebenaran blog dinilai dari segi bahasa. Sesuatu tulisan perlu dilihat
sama ada menggunakan bahasa standard atau bahasa bahasa rojak yang jelas
menunjukkan terdapatnya pencemaran bahasa. Bahasa yang digunakan juga mestilah
bahasa yang sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Daripada Resensi Perpustakaan

5.2.1 Definisi Blog

A. Kadir Jasin dan Mahathir Mohammad (2008) telah mentakrifkan blog sebagai terma
pendek kepada web blog, yang mana asalnya merupakan log atau rekod yang disimpan
individu dengan menggunakan jaringan dunia (worldwide web) berbanding diari atau
buku log. Blog biasanya adalah kombinasi teks, imej dan pautan kepada blog-blog lain,
laman web dan media-media lain yang berkaitan.
4

Blog juga ditakrifkan sebagai sebuah laman web yang sering dikemaskini terdiri
daripada entri bertarikh yang disusun dalam urutan kronologi bertentangan sehingga
posting(karya penulisan) terbaru muncul buat pertama kali. Definisi ini berasal daripada
seorang blogger bernama Jill Walker dan telah di adaptasi oleh Routledge Encyclopedia
of Narrative Theory (Bhatt 2005: 28).

Kebenaran pula ditakrifkan sebagai sesuatu yang benar, sesuatu yang sungguh-
sungguh ada atau betul. Manakala penulisan pula didefinisikan sebagai kegiatan menulis
atau mengarang. (Pusat Rujukan Persuratan Melayu).

Oleh itu, penyelidik mendefinisikan kebenaran penulisan blog ini adalah satu
kegiatan menulis atau mengarang sesuatu yang benar dan sungguh-sungguh ada serta
betul di dalam sebuah laman sesawang yang sering dikemaskini yang terdiri daripada
entri bertarikh yang disusun dalam urutan kronologi bertentangan sehingga posting(karya
penulisan) terbaru muncul buat pertama kali.

5.2.2 Faktor-faktor Penulisan Blog

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan blog di Malaysia ialah luahan


perasaan. Hal ini di lihat lebih menjurus kepada blog peribadi. Apabila penulis blog
mengalami sesuatu perasaan, mereka gemar untuk menyatakannya di dalam blog mereka.
Sebagai contohnya, apabila penulis melalui situasi yang buruk pada satu hari, mereka
akan meluahkan perasaan mereka.

Dalam pada itu, penulis blog juga gemar untuk meraih publisiti. Kebiasaannya,
penulis blog seolah-olah telah menjadikan blog mereka seperti diari peribadi mereka.
Manakan tidak, mereka kadang kala memaparkan kisah-kisah peribadi yang melampau
untuk tatapan umum. Fenomena ini di lihat telah melanggar norma-norma masyarakat
Malaysia sendiri kerana kelakuan mereka tidak ubah seperti membuka pekung di dada.

Antara lain, individu yang menulis blog juga, adalah orang yang kurang bersosial.
Mereka mempunyai moral diri yang rendah, kurang keyakinan diri dan tidak percaya
5

kepada rakan-rakan serta keluarga. Oleh yang demikian, mereka menjadikan blog seperti
sahabat karib mereka sendiri. Segala luahan rasa mereka dicurahkan ke dalam blog.

Selain itu, menjana pendapatan merupakan faktor lain penulisan blog di Malaysia.
Kini, banyak blog wujud atas sebab-sebab tersebut kerana penjualan barang-barang
melalui blog sangat menguntungkan. Antara blog yang menjual barang-barang ialah
aifaboutique.blogspot.com, gurlhandbags.blogspot.com dan the-pincushion.blogspot.com.
Kebanyakn barang-barang yang di jual terdiri daripada aksesori wanita dan pakaian.

Faktor lain pula ialah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan status individu.
Golongan artis dan ahli politik merupakan antara penulis blog yang popular dalam
‘kumpulan’ ini. Hal ini kerana mereka selalu menjadikan blog sebagai medium bagi
mereka untuk membetulkan segala spekulasi negatif yang telah melanda diri mereka.
Malahan terdapat juga mereka yang menyebarkan fitnah atau cerita buruk kepada artis
atau ahli politik yang lain.

Selanjutnya, terdapat segelintir penulis blog yang menulis blog untuk


menyampaikan ilmu dan maklumat kepada pembaca. Sebagai contohnya, novelis terkenal
negara, iaitu Faisal Tehrani selalu membuat entri mengenai isu-isu semasa yang melanda
negara mahupun dunia. Hal ini di lihat sangat positif kerana sedikit sebanyak mampu
memberi peringatan dan pengajaran kepada para pembaca terutamanya pelajar-pelajar
sekolah.

5.2.3 Kesan-kesan Penulisan Blog

Semestinya penulisan blog mempunyai kesan terhadap penulis dan pembaca. Kesan
penulisan ini juga boleh dikategorikan kepada kesan positif dan negatif.

5.2.3.1 Kesan-kesan Positif Penulisan Blog

Kesan posif(salah ejaan) utama yang didapati ialah penulisan blog dapat melatih
kemahiran menulis seseorang. Ada sesetengah blog ditulis bagi tujuan khusus semata-
mata. Maka, dengan menekankan format dan penggunaan bahasa yang teratur, penulis
6

akan sentiasa menulis dalam format dan gaya bahasa yang baik. Kesan positif kedua yang
di dapati ialah blog sebagai tempat berkongsi maklumat dan pendapat(mulakan perenggan
yang baru). Sebagai contoh, blog yang ditulis penulis-penulis daripada negara lain dapat
memberikan maklumat tambahan kepada kita mengenai isu-isu semasa. Setiap penulis
blog semestinya mahu karya mereka dibaca. Maka, akan wujud persaingan sihat antara
penulis-penulis blog untuk menghasilkan blog yang berwarna-warni dan indah. Secara
tidak langsung, persaingan ini akan membantu penulis meningkatkan kebolehan dalam
kemahiran seni rangka digital.

Seterusnya, penulisan blog sebagai sumber pendapatan tambahan. Sepeti(salah


ejaaan) yang kita ketahui, kini terdapat ramai yang menggunakan blog sebagai “ kedai
maya” memandangkan jual beli atas talian amat popular dalam kalangan remaja yang
gilakan fesyen. Selain itu, blog juga boleh dijadikan tempat mendapatkan maklum balas
orang luar. Ramai penulis yang bertanya pendapat di blog jika terdapat sebarang
kemusykilan. Hal ini kerana, pembaca blog terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan
peringkat umur. Pendapat yang diterima biasanya akan merangkumi semua aspek dan
terpulang kepada penulis sendiri untuk memilih. Blog juga boleh dijadikan jurnal catatan
kehidupan. Hasil penulisan blog yang bersifat kekal sebenarnaya memberi banyak
kebaikkan (salah ejaan)kepada mereka yang menullis blog bagi tujuan catatan kehidupan
harian.

Di samping itu, penulis juga boleh berkongsi pengalaman harian yang telah dilalui
dengan pembaca. Kesan positif lain ialah blog sebagai medium menyampaikan maklumat
dan tugasan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajarnya. Ini kerana, hampir kesemua
pelajar mempunyai komputer riba sendiri dan boleh merujuk maklumat- maklumat
(dekatkan jarak) penting daripada pensyarah dimana-mana sahaja.

5.2.3.2 Kesan-kesan Negatif Penulisan Blog


7

Penulisan blog juga menyumbang kepada banyak kesan negatif terhadap penulis dan
pembaca. Kesan negatif pertama yang didapati ialah blog sebagai medium penyebaran
fitnah dan maklumat palsu. Memang ada sesetengah maklumat yan (salah ejaan)sentiasa
dipalsukan oleh penulis atas tujuan meraih publisiti. Kesan biasa yang didapti(salah
ejaan) ialah berlakunya pencemaran bahasa dalam penulisan blog. Hal ini kerap berlaku
kerana penulis cenderung untuk menulis dalam bahasa pasar untuk memberikan
keselesaan bacaan pembaca. Ada segelintir blog yang diwujudkan semata-mata
mengandungi maklumat lucah dan gambar-gambar porno. Malah, ada juga penulis-
penulis blog yang mempromosikan gambar-gambar lucah mereka untuk mendapatkan
pendapatan sampingan.

Kesan negatif lain penulisan blog ialah blog sebagai tempat penyebaran SPAM
atau maklumat yang tidak berguna. Penulisan blog seperti ini bukan sekadar membuang
masa pembaca malah sebagai salah satu cara penyebaran virus. Kadang-kala, terdapat
salah faham yang berlaku antara penulis dan pembaca blog. Ini mungkin berlaku kerana
penggunaan dan fahaman bahasa yang berbeza antara penulis dan pembaca. Kesan
sebegini juga boleh menyebabkan perpecahan dan salah faham antara kaum disamping
menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Selain itu, terdapat juga kes kecurian identiti sama ada dalam kalangan penulis
atau pembaca blog. Kemungkinan ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan identiti orang lain untuk menyebarkan fitnah dan meletakkan kesalahan
pada orang lain. Kesan negatif penulisan blog yang terakhir ialah blog sebagai medium
untuk memburukkan reputasi ahli politik mahupun artis(perenggan baru). Blog seperti ini
telah banyak dibina dan semestinya harus diingat bahawa penulisan yang melampau akan
memberi impak terhadap penulis sendiri.

5.2.4 Cara-cara Mengatasi Penyalahgunaan Blog

Setiap permasalahan yang berlaku mempunyai cara penyelesaiannya. Hal ini termasuklah
di dalam isu kebenaran blog ini. Bagi memastikan blog tidak disalahgunaakan(salah
ejaan) oleh masyarakat, maka beberapa tindakan boleh dijalankan. Kerajaan memainkan
8

peranan besar didalam memikul tanggungjawab ini. Apa yang boleh dilakukan ialah
dengan memantau kewujudan blog-blog yang mampu menggugat keamanan negara.

Kerajaan seharusnya menggiatkan penyiasatan mengenai blog-blog tersebut dan


mengambil tindakan yang keras kepada penulis-penulis blog berkenaan. Langkah yang
drastik boleh diambil sekiranya blog itu terus menjalankan kerjanya di mana kerajaan
patut mengharamkan blog tersebut dan selanjutnya menghalang daripada ditembusi di
ruang internet negara. Selain daripada itu, kerajaan boleh melancarkan kempen-kempen
kesedaran di samping bengkel-bengkel penulisan blog. Langkah ini dapat membantu
dengan menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat sekiranya mereka ingin
membuat. Masyarakat hanya mengetahui cara untuk mewujudkan blog sendiri tanpa
mengetahui risiko dan masalah yang ditanggung sekiranya mereka melanggar etika dalam
membuat blog tersebut.

Masyarakat juga turut memainkan peranan dalam membanteras penyalahgunaan


blog. Masyarakat seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka telah
melayari atau mengesyaki blog-blog yang berpotensi untuk menyebarkan fitnah dan
selanjutnya menguggat(salah ejaan) keamanan negara. Selain daripada pihak berkuasa,
masyarakat boleh melaporkan masalah ini terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia, (tidak perlu tanda koma)Malaysia.

5.3 Dapatan Kajian Daripada Perbandingan Blog

5.3.1 Genre Blog

Berdasarkan jenis blog yang telah penyelidik pilih untuk dijalankan kajian, genre blog
tersebut ialah peribadi, hiburan, pendidikan dan juga politik. Seperti yang diketahui, blog
‘chedet.co.cc’ iaitu blog yang ditulis secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
sendiri merupakan blog yang bergenre politik. Namun begitu, disebalik isu-isu politik
yang disampaikan di dalam blog itu, beliau juga turun meluahkan beberapa permasalahan
9

dan juga kritikan terutamanya kepada kerajaan yang dipimpin sekarang. Hal ini boleh
disifatkan bahawa blog tersebut juga merupakan blog yang bergenre peribadi.

Manakala, blog ‘budiey.com’ pula, boleh diperhatikan isi yang terkandung di


dalam blog ini dengan jelas menunjukkan bahawa blog tersebut merupakan genre hiburan
dan peribadi (susun semula ayat supaya lebih difahami). Blog tersebut mengandungi
perkembangan industri hiburan tanah air meliputi industri perfileman dan juga industi
muzik. Malah, blog tersebut juga turut membantu untuk mengiklankan produk-produk
yang terdapat di pasaran.

Blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ lebih menonjolkan isu-isu pendidikan. Hal ini


dapat dilihat di dalam kandungan blog tersebut yang banyak memberi tunjuk ajar dalam
penulisan di samping memberi ulasan buku-buku serta novel yang berada di pasaran.
Malah, blog ini juga banyak membincangkan isu semasa yang berlaku di dalam dan luar
negara termasuklah isu yang terbaru iaitu mengenai isu Palestin.

5.3.2 Bahasa

Penyelidik menggunakan kaedah pembacaan dan penelitian untuk menilai bahasa yang
digunakan di dalam ketiga-tiga blog ini. Apa yang dapat dilihat ialah, kebanyakan
daripada bahasa blog ini menggunakan konsep dwibahasa dengan meluasnya iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Blog ‘chedet’ dan ‘tehranifaisal.blogspot.com’
menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Malah, bahasa yang digunakan adalah formal
iaitu tidak mengandungi sebarang perkataan singkatan, bahasa pasar dan juga bahasa
emotikon. Walaubagaimanapun, hal ini lain pula yang dinilai di dalam blog ‘budiey.com’.
Bersesuaian dengan blog tersebut yang berkonsepkan hiburan, bahasa yang digunakan
juga adalah lebih tidak formal. Hal ini termasuklah dengan menggunakan bahasa pasar,
bahasa rojak, dan juga bahasa emotikon.

5.3.3 Etika

Etika di dalam penulisan juga adalah satu aspek yang dinilai di dalam kajian ini.
Perbandingan yang dijalankan jelas menunjukkan perbezaan etika di dalam isi kandungan
10

ketiga-tiga blog tersebut. Di dalam blog ‘chedet’, penulis blog banyak menyentuh isu-isu
yang sensitif melibatkan kaum, politik dan ada juga tindakan kerajaan. Memandangkan
beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, maka beliau banyak
mempersoalkan tindakan kerajaan di dalam hal-hal yang melibatkan pemerintahan
negara. Hal ini boleh dikatakan bahawa blog beliau mampu menyebarkan fitnah kepada
masyarakat. Masyarakat tidak mampu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran isu yang
dibangkitkan itu. Maka, blog tersebut dikelaskan sebagai blog yang tidak beretika.

Blog hiburan ‘budiey.com’ juga boleh dikelaskan sebagai blog yang tidak beretika
memandangkan penulis blog tersebut menyebarkan cerita-cerita penghibur tanah air yang
ada kalanya melibatkan hal peribadi mereka. Hal ini mampu mencetuskan fitnah dan
merosakkan reputasi artis berkenaan. Sebaliknya, blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ pula
dilihat lebih beretika di dalam kandungan isi blog tersebut. Hal ini kerana, blog tersebut
yang lebih menyentuh mengenai isu pendidikan dan hal ehwal semasa.

6.0 CADANGAN

Sesungguhnya sejauh mana kebenaran blog itu bergantung kepada pembaca blog. Oleh
itu, sebagai pembaca yang diberikan nikmat akal fikiran dan juga sememangnya
berintelektual tinggi haruslah tahu menilai segala kebaikan dan keburukan yang
disampaikan di dalam blog. Janganlah menerima bulat-bulat segala maklumat yang ditulis
oleh penulis blog kerana penulis blog ini juga merupakan seorang insan biasa yang tidak
lepas daripada melakukan kesilapan.

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Blog adalah satu medium penulisan yang semakin popular dalam kalangan rakyat
Malaysia kini. Sesungguhnya web log ini boleh membawa banyak kebaikan dan tidak
lupa juga keburukan yang sehingga boleh menjatuhkan seseorang. Namun, sejauh mana
11

kebenaran penulisan blog di Malaysia ini bergantung kepada pembaca untuk menilainya.
Penyelidik mendapati kebenaran penulisan blog banyak bergantung kepada sejauh mana
penulis blog atau blogger menulis dengan beretika dalam penghasilan sesuatu penulisan
di dalam blog. Memandangkan penulis yang beretika amatlah mementingkan kebenaran
dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar dan segala
yang disampaikan dalam bentuk penulisan itu tidak menyalahi undang-undang. Penulis
beretika juga tidak akan menulis sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah serta
merosakkan nama baik seseorang.

Justeru, melalui kajian yang telah dijalankan ke atas ketiga-tiga blog ini, setelah
diteliti genre, bahasa dan etika bagi blog tersebut, penyelidik mendapati kebenaran
penulisan blog hanyalah ada pada blog ‘tehranifaisal.blogspot.com’ di mana ianya
menepati ciri-ciri blog yang baik dan juga berkesan kepada pembaca. Hasil penulisan di
dalam blog tersebut hanyalah berbentuk diari harian dan juga ilmiah semata-mata. Namun
begitu, terserah kepada pembaca untuk menilai sejauh mana penulisan blog di Malaysia
ini kerana setiap individu mempunyai pendapat serta hak tersendiri untuk membuat
penilaian.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya adalah ditegaskan sekali lagi bahawa sejauh mana penulisan blog di
Malaysia ini bergantung kepada pembaca blog yang menilainya. Walaupun pembaca blog
sedar bahawasanya ada penulis blog yang melanggar etika dan undang-undang tetapi
kenyataannya adalah untuk membendung gejala penulisan blog yang tidak beretika ini
bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga boleh diselesaikan dalam masa yang
singkat.

Namun begitu, apa yang perlu ditekankan di sini adalah apa yang masyarakat
boleh sumbangkan bagi mengelakkan perkara negatif ini dari terus berterusan? Adakah
perlu membuat laporan polis setiap kali menemui blog yang menulis tentang perkara yang
12

sensitif? Adakah dengan membalas dengan menggunakan medium yang sama? Atau pun
hanya membaca dan ketawa sinis? Masalah ini haruslah dibendung oleh semua lapisan
masyarakat agar aktiviti penulisan blog ini tidak lagi dipandang sebagai satu medium
penyebaran fitnah tetapi sebagai platform penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat.
( mengulang semula apa yang telah dibincangkan seperti tujuan, skop, dan sebagainya)

9.0 RUJUKAN

A. Kadir Jasin. & Mahathir Mohamad. 2008. Blog Merentas Halangan. Kuala lumpur:
Berita Publishing Sdn. Bhd.

http://chedet.co.cc/chedetblog/

http://tehranifaisal.blogspot.com/

http://www.budiey.com/

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/

Rozmel Abdul Latiff. & Maharam Mamat.

Tan, Jun-E. & Zawawi Ibrahim. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia: A
New Civil Society in the Making. Petaling Jaya: Strategic Information and
Research Development Centre.

You might also like