You are on page 1of 4

STBP 3012

BIOLOGI MOLEKUL

Semester 1 Sesi 2009/2010

Jadual Kuliah : Isnin 4.00 ptg – 5.00 ptg Tempat : DKG130

: Khamis 9.00 – 10.00 pagi Tempat : DKG129

Pensyarah : Dr. Farah Diba Abu Bakar (Penyelaras Kursus)


Prof. Madya Dr. Roohaida Othman

Penilaian : Peperiksaan pertengahan semester –: 30% - 40%

Peperiksaan akhir -: 60% -70%

Pengenalan :

Biologi molekul merupakan suatu bidang biologi yang telah berkembang dengan pantas
dan berjaya menyatupadukan sempadan antara bidang genetik, biokimia, biologi sel
dan biofizik. Bidang ini berputik lebih 20 tahun yang lepas dan telah banyak
menyumbangkan maklumat tentang proses-proses yang bertanggungjawab dalam
penyaraan, transmisi serta pengekspresan maklumat genetik pada tahap molekul.
Penggunaan teknologi DNA rekombinan serta teknologi eksperimen terkini pada
asasnya telah membentuk biologi molekul moden. Biologi molekul menerangkan
perhubungan diantara struktur dan fungsi molekul-molekul biologi seperti asid nukleik
dan protein serta bagaimana perhubungan ini menyumbang kepada operasi dan
pengawalan proses-proses sel.

Sinopsis Kursus :

Kursus ini membincangkan beberapa aspek terkini dan lanjutan dalam biologi molekul
prokariot dan eukariot. Antara aspek yang dibincangkan adalah organisasi DNA dan
genom, pembaikpulihan DNA, biologi molekul penyakit, biologi molekul
perkembangan, biologi molekul kitaran sel, terapi gen dan penghasilan organisma
transgen serta beberapa topik yang meliputi bidang genomik, bioteknologi perubatan
dan bioteknologi industri. Disamping peperiksaan pertengahan semester dan
peperiksaan akhir, pelajar akan diberi tugasan dan tutorial. Tugasan/tutorial ini
merupakan latihan bagi pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman.

1
Hasil Pembelajaran : Diakhir kursus, pelajar berupaya:

i. Membincangkan organisasi genom dan fungsi


histon serta nukleosom dalam eukariot.
ii. Mengulaskan asas molekul pembezaan sel eukariot
dan proses perkembangan sel
iii. Memahami asas molekul penyakit berjangkit,
kanser, kitaran sel dan mekanisme pembaikpulihan
DNA
iv. Membincangkan perkembangan terkini di dalam
bioteknologi dan aplikasi biologi molekul di dalam
perubatan, pertanian dan industri
v. Mengaplikasikan pengetahuan biologi molekul
dalam penyelesaian masalah

Kandungan Kuliah :

Bil. Tajuk Kuliah Jam


1. Pengenalan 1

2. Organisasi genom 3
 Struktur kromatin, nukleosom,
modifikasi histon
 Pemasangan dan penyahpasangan
nukleosom
 Perkaitan modifikasi histon, struktur
kromatin dan pengawalaturan gen
eukariot
(Tutorial/Tugasan)

3. Biologi molekul perkembangan 3

 Konsep molekul pembezaan sel


menggunakan Drosophila sebagai
model
 Kecerunan sitoplasma paksi anterior-
posterior dan paksi dorsal-ventral
(Drosophila)
 Pengawalaturan gen-gen
pensegmenan, pemilih dan kekutuban
segmen (Drosophila)
(Tutorial/tugasan)
4. Biologi molekul penyakit 3

2
 Malaria
 AIDS

5. Biologi molekul pembaikpulihan DNA 3

 Mekanisme pembaikpulihan DNA


 Gen pembaikpulih
 p53

6. Biologi molekul kitaran sel 3

 Mekanisme pengawalan
kitar sel prokariot dan eukariot
 Siklin/CDK
(Tutorial/tugasan)

7. Biologi molekul kanser 3

 Onkogen- ras, myc


 Perhubungan kitar sel-kanser
(Tutorial/tugasan)

8. Perkembangan terkini bioteknologi 2

 Genomik (penjujukan genom, struktur


genomik, metagenom dan bioD, aplikasi
genomik)
 Bioteknologi perubatan
(farmakogenomik, sel stem, biopetunjuk
dan diagnostik molekul)
 Pertanian (GMO & GMF, biofarming)
 Bioteknologi industri

JUMLAH JAM 21

Rujukan :

3
1. Primrose, S.B. 2003. Principles of Genome Analysis and Genomics. 3rd edition.
Blackwell Science, London.
2. Alberts B. et al. 2002. Molecular Biology of the Cell 5th Edition. Garland Publishing,
New York.
3. Lewin B. 2004. Genes VIII. Wiley & Sons, London.
4. Watson J.D. Recombinant DNA. 1995. Scientific American Books, New York.
5. Watson J.D., Baker, T.A., Bell, S.P., Gann, A., Levine, M. and Losick, R. 2008.
Molecular Biology of the gene. Sixth edition. Cold Spring Harbor Laboratory Press.
6. Klug W. S. and M.S. Cummings. 2000. Concepts of Genetics. 6th Edition. Prentice
Hall, New Jersey.

You might also like