You are on page 1of 15

BAB 1 Pemerintahan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun


1. Kebangkitan Meiji (1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segi
ekonomi.
2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:
(a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluan
penduduk yang semakin bertambah.
(b) Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan.
(c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun.
3. Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Kesemakmuran Bersama Asia Timur
Raya”.
4. Antara tindakan agresif yang dilancarkan Jepun ialah:
(a) 1931 — Jepun menawan Manchuria.
(b) 1937 — Jepun menyerang China.
(C) 1940 — Jepun menyerang Indochina.
5. Pada 7 Disember 1941, tentera Jepun telah menyebom Pearl Harbour.
1.2 Cara dan Strategi Serangan Jepun
1. Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui laut, udara, dan
darat.
2. British yang berpangkalan di Singapura tidak bersedia untuk menghadapi sebarang
serangan dan luar.
3. Serangan dilancarkan melalui arah pantal timur dan pantai barat tetah melemahkan
pertahanan British.
4. Jepun berjaya menenggelamkan dua buab kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of
Wales.
5. Serangan ke atas Sabah dan Sarawak dilancarkan melalui pangkalan tenteranya di Cam
Ranh, Vietnam.
1.3 DasarPemerintahan Jepun
1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercorak ketenteraan.
2. Kuasa tertinggi ialah Jeneral yang berpusat di Singapura.
3. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu unit pentadbiran
yang dikenali sebagai Borneo Utara.
4. Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia.
5. Jepun turut memparkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan sistem
ekonomi usahaniaga bebas.

Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Pemerintahan Jepun


1. Rakyat di Tanah Melayu mengalami penderitaan kerana dasar penjajahan British dan
Jepun.
2. Zaman pendudukan Jepun menyebabkan imej kuasa Barat mula merosot.
3. Jepun telah mengawal pergerakan rakyat dengan mengadakan kawalan terhadap media
massa.
4. Jepun turut membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pemimpinnya iaitu
Ibrahim Haji Yaacob hanya dibenarkan bergerak di dalam Pertubuhan Giyu Gan atau
Pembela Tanah Air (PETA).
5. Ibrahim Haji Yaacob telah menu buhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
(KRIS) untuk membina perpaduan dan menunjukkan rasa kecewa terhadap
pemerintahan Jepun.
1.5 Kesan Pemerintahan Jepun
1. Pendudukan Jepun telah menyedarkan penduduk tempatan bahawa kuasa penjajah
tidak akan memajukan Tanah Melayu.
2. Keadaan ini telah menyemarak kan lagi semangat kebangsaan dan keyakinan diri untuk
mentadbir negara.
3. Ahli KMM telah berpura-pura baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun.
4. Namun di sebaliknya KMM mengadakan hubungan dengan gerakan anti-Jepun dan
menubuhkan gerakan bawah tanah.
5. Pendudukan Jepun di negara kita dan negara jiran telah menyemarakkan lagi semangat
kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan.
BAB 2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun
1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945.
2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanah
Melayu.
3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera
British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu.
4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan
British.
2.2 Gagasan Malayan Union 1946
1. Antara tujuan pembentukan Malayan Union ialah:
(a) Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu.
(b) Membentuk pentadbiran yang cekap.
(c) Menyeragamkan pentadbir an di semua negeri.
(d) Mengukuhkan pertahanan British.
(e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah:
(a) Kedudukan dan hakistimewa orang Melayu akan terjejas.
(b) Sultan akan kehilangan kuasa.
(c) Syarat kewarganegaraan yang longgar.
(d) Cara MacMichael yang mengugut sultan untuk mendapatkan tandatangan.
(e) Orang Melayu bimbang kaum lain akan melebihi mereka.
2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
1. Pelaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan Melayu kerana mereka
mendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama.
2. Orang Melayu pula membuat tentangan terhadap Malayan Union kerana:
(a) Tidak suka dengan tindakan Sir Harold MacMichael mengugut Sultan-sultan Melayu.
(b) Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat
Negeri.
(c) Kuasa sultan akan beralih kepada Gabenor.
(d) Syarat kewarganegaraan yang Ionggar membolehkan bangsa lain mendapat hak politik
yang sama seperti orang Melayu.
(e) Orang Melayu bimbang bilangan kaum lain akan melebihi mereka.
(f) Sultan akan hilang kepen tingan politik kerana hanya berkuasa dalam adat istiadat
Melayu sahaja.
3. Penubuhan Malayan Union juga turut mendapat bantahan daripada pegawai British
yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, George Maxwell,
Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith.
4. Antara akhbar-akhbar Melayu yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu,
Majlis, dan Warta Negara.
2.4 Penubuhan UMNO 1946
1. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mel 1946, berikutan Kongres Melayu Se-Malaya
yang diadakan.
2. Matlamat utama UMNO ialah menggagalkan rancangan Malayan Union.
3. Presiden UMNO yang pertama ialah Data’ Onn bin Jaatar.
4. Untuk menentang Malayan Union, UMNO menggunakan semboyan “Hidup Melayu”.
5. Perpaduan kaum Melayu dalam UMNO telah membawa kejayaan.
6. Setelah Malayan Union dibubarkan, UMNO bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik
pada tahun 1948.
7. UMNO juga menjadi tulang belakang kepada pergerakan untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. Pada 25 Julal 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal
perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union.
2. Antara perkara penting yang diberi tumpuan adalah berkaitan dengan soal pentadbiran
dan soal kewarganegaraan.

3. Antara ciri-ciri Persekutuan ialah:


(a) Terdiri daripada Negeri Negeri Melayu, Melaka, dan Puiau Pinang.
(b) Singapura kekal sebagal tanah jajahan British.
(c) Pemerintah tertinggi kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British.
(d) Menubuhkan sebuah Dewan Undangan Persekutuan yang mengandungi 75
anggota.
(e) Kuasa Sultan-sultan Melayu dikekalkan.
(f) Syarat kewarganegaraan diperketatkan.
(g) Kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada mereka yang dilahirkan di
Persekutuan Tanah Melayu atau telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun.
4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada Februari
1948.
5. Perlembagaan ini telah diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO.
BAB 3 ANCAMAN PENGGANAS KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT 1948
3.1 Kegiatan Awal Komunis
1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx.
2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Nasionalis Cina (Parti
Kuomintang / KMT).
3. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruh
Gina, dan penerbitan majalah Cina.
4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannya
bertentangan dengan ajaran Islam.
3.2 Parti Komunis Malaya (PKM)
1. Parti komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930.
2. Tujuan penubuhan PKM ialah:
(a) Menggulingkan kerajaan British.
(b) Menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia, ramai pekerja yang terpengaruh dengan
PKM.
4. PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.
5. PKM telah membentuk Barisan Bersatu untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang
berhaluan kin seperti AMCJA-PUTERA.
6. PKM menubuhkan Malayan Races Liberation Army (MRLA) untuk melakukan keganasan.
7. Kerajaan British mengisytiharkan darurat setelah tiga orang pengurus ladang British
dibunuh di Sungai Siput.
8. Pada bulan Julai 1948, PKM telah diharamkan.
3.3 Langkah Kerajaan Membanteras Ancaman Pengganas Komunis

Pengisytiharan Darurat
1. Undang-undang darurat memberikan kuasa kepada British menahan sesiapa yang
disyaki terlibat dengan komunis.
2. PKM pula menubuhkan Mim Yuen yang berperanansebagai pemberi maklumat dan
membekalkan makanan serta ubat ubatan kepada komunis.
3. Kegiatan Min Yuen sukardikawal kerana hanya bergerak pada waktu malam sahaja.
4. Undang-undang darurat gagal kerana komunis tidak bertempur secara berdepan.
Rancangan Briggs
1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada pertengahan tahun 1950.
2. Tujuannya ialah untuk melumpuhkan keglatan Min Yuen.
3. Antara program yang dijalankan ialah mewujudkan Kampung Baru dan melancarkan
Gerakan Kelaparan.
4. Semangat komunis lemah kerana terpaksa berpindah randah dan ramai anggota komunis
yang terkorban.
Perang Saraf
1. Kerajaan sedar bahawa halangan utama untuk menentang komunis ialah masalah
perkauman.
2. Antara usaha yang dilakukan oleh Sir Henry Gurney untuk mengatasi masalah tersebut
ialah:
(a) Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”.
(b) Menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.
3. Pesuruhjaya Tinggi yang baru iaitu Sir Gerald Templer telah melancarkan kempen
“Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”.
4. Kerajaan turut meminda syarat syarat kewarganegaraan dan menyeragamkan semua
jenis sekolah untuk mengeratkan hubungan antara kaum.
3.4 Rundingan Baling
1. Rundingan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 antara wakil kerajaan dan
komunis.
2. Rundingan ini gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai parti yang
sah.
3. PKM pula menolak syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajáan.
3.5 Kesan Zaman Daru rat
1. Undang-undang darurat yang dilaksanakan telah menggugat kehidupan rakyat di Tanah
Melayu.
2. Mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan.
3. Perkembangan ekonomi dan sosial turut terjejas kerana banyak wang diperuntukkan
untuk membanteras komunis.
4. Hubungan dan perpaduan antara penduduk sukar dipupuk.
5. Pergerakan komunis semakin lemah kerana ramai ahlinya yang menyerah diri dan
terkorban.
6. Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN


4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
1. Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses
mencapai kemerdekaan.
2. Antara masalah untuk mewujud kan perpaduan ialah:
(a) Masalah kerakyatan
(b) Masalah bahasa
(c) Masalah agama
(d) Masalah pendidikan
(e) Masalah sosial
Pendidikan ke Arah Perpaduan
1. Jawatankuasa Penasihat Pusat
(a) Ditubuhkan pada tahun 1948.
(b) Bertujuan untuk mengkaji pengenalan sistem pendidikan yang seragam di Tanah
Melayu.
2. Jawatankuasa Barnes
(a) Ditubuhkan pada tahun 1950.
(b) Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
3. Jawatankuasa Fenn-Wu
(a) Dibentuk untuk mengkaji penglibatan sekolah-sekolah Cina dalam sistem sekolah
kebangsaan.
4. Ordlnan Pelajaran 1952
(a) Digubal berdasarkan Laporan Barnes 1951.
(b) Kaum Cina dan India mengecam perlaksanaan ordinan ini.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
1. Ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan.
2. Dianggotai o!eh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti:
(a) Dato’ Onn bin Jaafar
(b) Tan Cheng Lock
(c) E.E.C. Thuraisingham
3. Jawatankuasa ini membuat beberapa cadangan:
(a) Orang Melayu diberi kemudahan menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.
(b) Orang bukan Melayu diberi hak politik.
4. Jawatankuasa juga mendesak kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan dalam
perlembagaan dan mengadakan pilihan raya.
5. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk
kaum bukan Melayu.
4.2 Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
1. Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.
2. Presidennya yang pertama ialah Dato’Onn bin Jaafar.
3. Tujuan penubuhannya:
(a) Menentang gagasan Mala yan Union.
(b) Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.
(c) Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
1. Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.
2. Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.
3. Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
4. Tujuan penubuhannya:
(a) Menyatukan orang Cina.
(b) Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.
(c) Membantu British menentang PKM.
Kongres India Malaya (MIC)
1. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.
2. Tujuan penubuhannya ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Parti Malaya Merdeka (IMP)
1. Ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.
2. Tujuan penubuhannya:
(a) Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.
(b) Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
3. IMP dibubarkan dan Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
1. Ditubuhkan pada 24 November 1951.
2. Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.
3. Tujuan penubuhannya:
(a) Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
(b) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.

4.3 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri


Pengenalan Sistem AhIi
1. Diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney pada bulan April 1951.
2. Sebagai satu langkah mewujudkan perpaduan.
3. Beberapa orang ahil tidak rasmi dilantik sebagai menteri seperti;
(a) Dato’ Onn bin Jaafar
(b) Datuk Mahmud bin Mat
(c) Tengku Yaácob
(d) Dr. Lee Tiang Keng
(e) E.E.C. Thuraisingham
4. Sistem ini adalah seperti Sistem Jemaah Menterl sekarang.
Undang-undang Baru Kerakyatan
1. Pada tahun 1950, hanya sebilangan kecil orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.
2. Pada tahun 1952, pindaan undang-undang Persekutuan Tanah Melayu membolehkan
lebib ramai kaum bukan Melayu menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Pembentukan Parti Perlkatan
I. Pakatan UMNO-MCA ditubuhkan pada tahun 1952 untuk menghadapi pillhan raya Majils
Bandaran Kuala Lumpur 1952.
2. Perikatan UMNO-MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan.
3. Pada tahun 1955, MIC menyertai Parti Perikatan.
4. Dal m pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi
yang dipertandingkan.
BAB 5 DETIK-DETIK PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957
Nota Ekspres
5.1 Rombongan Merdeka 1956
1. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan dan wakil Raja-raja Melayu berlepas
ke London untuk membuat rundingan mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
2. Rundingan kemerdekaan yang berlangsung selama tiga minggu mencapai kejayaan
apabila Perjanjian London dimeterai pada 8 Februari 1956.
3. Antara syarat-syarat Perjanjian London ialah:
(a) Tanah Melayu diberi kemer dekaan pada 31 Ogos 1957.
(b) Parti Perikatan tidak boleh mengambil alih perniagaan British di Tanah Melayu.
(c) British bebas menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.
(d) Tanah Melayu mengamal kan sistem ekonomi bebas.
(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu dikekalkan.
5.2 Rundingan Antara Kaum dan Pen yediaan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957
1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Jun 1956 untuk merangka perlembagaan baru
bagi Persekutuan Tanah Melayu.
2. Anggota Suruhanjaya Reid terdin daripada:
(a) Lord Reid (b) Sir Ivor Jennings (c) Sir William Mckell (d) B. Malik (e) Abdul Hamid
3. Laporan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 untuk
perbincangan
umum.
4. Antara cadangan-cadangan yang terdapat dalam Suruhan jaya Reid ialah:
(a) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh seorang raja.
(b) Raja-raja Melayu kekal sebagai ketua negeri.
(c) Sistem kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikekalkan.
(d) Sistem kerajaan demokrasi berparlimen diamalkan.
(e) Pilihan raya diadakan pada setiap lima tahun.
(f) Ahli Parlimen dipilih melalui pilihan raya.
(g) Parlimen PersekutuanTanah Melayu mempunyai Dewan Nega ra.
(h) Hak keistimewaan orang Melayu dijamin oleh perlembagaan.
5.Parti Perikatan telah mengkaji cadangan tersebut dan membuat beberapa pindaan.
6.Antara beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang dipinda ialah:
(a) Agama Islam diakui sebagai agama rasmi dan kaum lain bebas menganuti agama
masing-masing.
(b) Bahasa Cina dan Tamil boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah.
(c) Hak keistimewaan orang Melayu dipertimbangkan semula dan semasa ke
semasa atas arahan Yang di Pertuan Agong.
7.Pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid diterima oleh semua pihak.
8.Keadaan mi membuktikan wujud nya sikap tolak ansur di kalangan penduduk yang
berbilang kaum.
5.3 Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957
1. Tepat pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, seorangpemuda UMNO telah
menurunkan bendera penjajah British di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
2. Bendera tersebut digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
3. Pada keesokan harinya, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan Hari Kemerdekaan
Tanah Meiayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

BAB 6 Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah


Nota Ekspres
1. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak dan tahun 1841 hingga 1946.
2. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke mengambil keputusan urituk
menyerahkan Sarawak kepada British.
3. Antara faktor-faktor yang menyebabkan Charles Vyner Brooke menyerahkan
Sarawak kepada British ialah:
(a Desakan daripada pihak British.
(b) Beliau sudah tua dan uzur serta tidak mempunyai anak lelaki untuk
menggantikannya.
(c) Anthony Brooke tidak layak untuk menggantikannya.
(d) Kekurangan sumber kewangan untuk memulihkan keadaan ekonomi dan sosial
Sarawak.
(e) Beliau berpendapat bahawa masa depan Sarawak lebih cerah di bawah British.
4. Penyerahan Sarawak kepada British mendapat tentangan daripada penduduk
tempatan kerana:
(a) Penyerahan tersebut ber tentangan dengan Perlem bagaan 1941 yang men janjikan
pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
(b) Vyner Brooke tidak berunding dengan ketua-ketua bumiputera terlebih dahulu.
(c) Melengahkan kemerdekaan Sarawak.
5. Namun, British tetap mengisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British pada 1
Julai 1946.
6.2 Gerakan Antipenyerahan
1. Antara persatuan dan pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak
kepada British ialah:
(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
(b) Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
(c) Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
(d) Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) Sibu
2. Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
3. Tunjuk perasaan diadakan pada 1 Julai setiap tahun sempena ulang tahun penyerahan
Sarawak kepada British.
4. British mengeluarkan Surat Pekeliling No. 9 yang memberi amaran kepada kakitangan
kerajaan agar tidak terlibat dalam pergerakan antipenyerahan.
5. Akibatnya 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan.
6. Rukun Tiga Belas ditubuhkan untuk menghapuskan golongan yang menyokong
penyerahan secara kekerasan.
7. Akhirnya, gerakan antipenyerahan dapat dihapuskan oleh British.
6.3 Longkah-Iangkah ke Arah Berkerajczan Sendiri di Sarawak
1. Perlembagaan 1941 menjadi asas kepada British untuk mentadbir Sarawak.
2. Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi ditubuhkan.
3. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dibahagikan kepada
beberapa daerah.
4. MajlisTempatan ditubuhkan pada tahun 1947.
5. Pada tahun 1956, pilihan raya Majlis Daerah yang pertama diadakan di Kuching.
6. Hampir semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya menjelang penghujung
tahun 1959.
7. Sarawak mengalami perkembangan politik yang pesat selepas Perang Dunia Kedua
tamat.
8. Antara parti-parti politik yang ditubuhkan di Sarawak ialah:
(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)
(b) Parti Negara Sarawak (PANAS)
(c) Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
(d) Sarawak National Party (SNAP)
(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
(f) Parti Perikatan Sarawak
(g) Parti Persatuan Cina Sara wak (PCS)
6.4 Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British
1. Sejak tahun 1881, Sabah telah dikuasai oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak syarikat mengambil keputusan untuk
menyerahkan Sabah kepada British kerana Sabah mengalami kerosakan yang teruk.
3. Faktor-faktor British menjajah Sabah:
(a) Mencari jajahan takluk baru untuk menggantikan jajahannya yang dibebaskan.
(b) Desakan daripada peda gang dan pelabur British.
(c) British ingin melindungi kepentingan Singapura sebagai pusat perdagangan dan
pertahanan di Timur.
(d) Mengukuhkan kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara.
(e) Sabah menjadi pembekal bahan mentah dan tempat untuk memasarkan barangan
Britain.
4. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Pentadbiran Tentera
Australia.
5. Pada 10 Jun 1945, Pentadbiran Tentera British diwujudkan untuk memulihkan
keamanan.
6. Sabah dlserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.
7. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk Sabah
kerana:
(a) Mereka tidak berpengalaman dalam pentadbiran.
(b) Mereka tidak mendapat pendidikan.
(c) Mereka tidak memahami tujuan penyerahan.
8. Namun, pada peringkat awal penjajahan, terdapat kegiatan politik di Sabah.
9. Mereka menubuhkan:

(a) Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)


(b) Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ)
(c) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan
(d) Barisan Pemuda (BARIP) Jessefton
10. Untuk melemahkan pergerakan pertubuhan tersebut, pihak British telah menaikkan
pangkat bagi mereka yang terlibat atau menukarkan pemimpinnya.
6.5 Langkah-langkah ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah
1. Corak pentadbiran di Sabah tidak banyak berubah apabila kerajaan British mengambil
alih kuasa daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Pada bulan Oktober 1950, British telah memperuntukkan penubuhan Majils Undangan dan
Majlis Eksekutif.
3. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada kaum bumi putera mendapat asas
latihan menjadi pemimpin.
4. Pada tahun 1952, Majlis Tempatan diperkenaikan.
5. Pada akhir tahun 1962, pilihan raya diadakan secara tidak langsung dalam Majlis
Undangan.
6. Antara parti-parti politik yang muncul di Sabah ialah:
(a) Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
(b) Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
(C) Pasok Momogun
(d) Persatuan Cina Sabah (PCS)
(e) Parti Perikatan Sabah
BAB 7 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
7.1 Idea Pembentukan Malaysia
1. Idea penggabungan negeri-negeri di Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, dan Brunei di
bawah satu pentadbiran telah disuarakan oleh British sejak tahun 1887 lagi.
2. Namun, cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.
3. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk
menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei.
4. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih
menjadi tanah jajahan British seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan
British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan.
7.2 Matlamat Pembentukan
Malaysia
1. Pembentukan gagasan Malaysia adalah bertujuan untuk menyekat ancaman komunis di
Asia Tenggara.
2. Penggabungan negeri-negeri itu akan memesatkan lagi perkembangan ekonomi secara
keseluruhannya.
3. Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan
Tanah Melayu untuk mengimbangi komposisi kaum.
4. Beliau bimbang kemasukan Singapura sahaja akan menyebabkan bilangan kaum bukan
bumiputera akan melebihi kaum bumiputera.
5. Penggabungan dalam Persekutuan Malaysia merupakan satu penyelesaian untuk
menamatkan pemerintahan British di Singapura, Sabah, dan Sarawak.
7.3 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia
Reaksi Negeri-negeri yang terlibat dalam cadangan Persekutuan Malaysia
1. Di Tanah Melayu secara keseluruhannya rakyat menyokong pembentukan gagasan
Malaysia.
2. Parti PETIR di Singapura juga menyambut baik gagasan tersebut demi kepentingan
keselamatan.
3. Terdapat juga pihak yang menentang iaitu Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh.
4. Pada peringkat awal, penduduk Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia kerana
bimbang akan dikuasai oleh pemimpin Tanah Melayu.
5. Antara pertubuhan yang menentang gagasan Malaysia ialah:
(a) Parti Bersatu Rakyat Sara wak (SUPP)
(b) Parti Rakyat Brunei
(c) United National Kadazan Organization (UNKO)
(d) Sarawak National Party (SNAP)
(e) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
6. Namun setelah diberi penerangan, ramai penduduk telah menyokong gagasan
Malaysia.
7. Sultan Brunei pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia.
8. Namun setelah berlakunya pemberontakan oleh A.M. Azahari, baginda mengambil
keputusan untuk tidak menyertai Persekutuan Malaysia.
Reaksi dan Negara-negara Jiran
1. Indonesia telah menentang Persekutuan Malaysia yang dianggap sebagai negara
neokolonialis untuk mengukuhkan kedudukan Britain di Asia Ten ggara.
2. Indonesia turut melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.
3. Filipina juga menentang penubuhan gagasan Malaysia.
4. Penentangan diketuai oleh Presiden Macapagal yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah
sebahagian daripada Filipina.
Reaksi Negara Barat
1. Amerika Syarikat dan Britain menyokong pembentukan gagasan Malaysia untuk
menyelamatkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis dan memelihara
kepentingan ekonomi masing-masing di rantau ini.
2. British pula menyokong kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana
kedua-dua wilayah tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada penjajah British.
BAB 8 Perjanjian dan Perisytiharan Malaysia
8.1 Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

1. Mesyuarat ini diadakan antara pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dengan Singapura.


2. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penubuhan Malaysia.
3. Dalam persidangan itu, Jawatan kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
ditubuhkan.
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
1. Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
2. Tujuannya ialah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk
mengemukakan pandangan mereka berkaitan dengan gagasan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold
1. Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penubuhan Malaysia.
2. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
1. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji peruntukan perlembagaan berkaitan dengan
kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.
2. Pemimpin Parti Perikatan Sabah mengemukakan 20 Perkara Sabah untuk
dipertimbangkan oleh JAK.
8.2 Cabaran dari Negara Indonesia dan Filipina
1. Indonesia dan Filipina menen tang penubuhan gagasan Malaysia.
2. Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah penentangan ialah:
(a) Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan Subandrio.
(b) Membentuk pakatan serantau iaitu MAPHILINDO.
3. Indonesia dan Filipina akan menyokong Malaysia jika penduduk di Sabah dan Sarawak
bersetuju bergabung dalam Persekutuan Malaysia.
4. Oleh itu, Suruhanjaya PBB di bentuk untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah
dan Sarawak mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia.
Konfrontasi Indonesia
1. Indonesia melancarkan konfrontasi kerana terpengaruh dengan Parti Komunis
Indonesia.
2. Selepas penubuhan Malaysia, konfrontasi diperhebatkan.
3. Antara Iangkah yang diambil untuk menghadapi konfrontasi ialah:
(a) Menghantar bantahan rasmi ke PBB.
(b) Askar Wataniah diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan.
(c) Menghantar perwakilan ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk menangkis
propaganda Indonesia yang memburukkan Persekutuan Malaysia.
4. Konfrontasi terhadap Malaysia berkurangan selepas gerakan GESTAPO di Indonesia.
8.3 Perisytiharan Malaysia
1. Laporan PBB tidak dapat dikeluarkan pada tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia
kerana terdapat kerumitan semasa menjalankan tinjauan. Tarikh penubuhan Malaysia
yang ditetapkan pada 31 Ogos 1963 ditunda sehingga Laporan PBB dapat disiapkan
pada 14 Sep tember 1963.
3. Laporan PBB membuktikan lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Malaysia.
4. Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.
5. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957.
6. Laporan tentang 20 Perkara Sabah turut menjadi asas Perjanjian Malaysia.
7. Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat peruntukan bagi negeri Sabah dan Sarawak
seperti:
(a) Dibenarkan menguasai hal ehwal dalam negeri masing-masing.
(b) Kaum bumiputera mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di
Tanah Melayu.
(c) Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi.
8.4 Perpisahan Singapura
1. Semasa pilihan raya Parlimen 1964, Parti PETIR telah bertanding untuk menentang Parti
Perikatan.
2. Pemimpin PETIR telah mem bangkitkan sentimen perkauman semasa kempen pilihan
raya.
3. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada
Persekutuan Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.
4. Singapura dipisahkan secara rasmi dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

You might also like