You are on page 1of 4

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma,
kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata
merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses


pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan
sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida
(pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :


 Pelepasan asap kenderaan
 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/
bateri kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit
Mikamas, 1996

Punca-punca Pencemaran Udara


← Punca Pencemaran Udara

1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada


fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan
akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi
mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.
Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian,
pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi
'memikul' beban pencemaran tersebut.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,


terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang
kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran
gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis
industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia
melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan
nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang
mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula
bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk
toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah
merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan
perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan
akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan
dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang
menghasilkan paras bunyi yang tinggi.  

KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti


kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar
bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa
kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber
tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam
sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan
impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan
berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan
sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan
meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

PENJANAAN KUASA 

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil
seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai
tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar
menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga
elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus
dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk


mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara
bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga
mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan
Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
adalah punca pencemaran udara.

PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula


banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang
jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang
udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang
mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

You might also like