You are on page 1of 22

TINDAKAN DALAM MENJAYAKAN IKAN HIASAN

Tajuk ikan hiasan diberikan kepada kami secara berkumpulan bagi memenuhi kehendak
pembelajaran kursus. Bertujuan untuk mewujudkan kompetensi guru dari segi daya pemikiran
yang kritis, kreatif dan kemahiran praktikal dalam melaksanakan kerja amali. Ikan hiasan adalah
salah satu daripada tajuk, KH peringkat sekolah rendah yang memerlukan kompetensi guru
bagi mempertejemahan kehendak objektif sukatan pelajaran dalam kerja amali.

Melalui kerja kursus ini, kami boleh memberi pendedahan kepada murid;
1. untuk mengenal pasti beberapa spesis ikan hiasan yang biasa dipelihara
2. tujuan memelihara ikan hiasan
3. bagaimana untuk menyediakan bekas akuarium
4. cara memelihara ikan hiasan
5. jenis-jenis tumbuhan akuatik dan tumbuhan tiruan
6. cara memilih aksesori dan menghias akuarium
7. cara memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium
8. mengenal pasti jenis makanan ikan hiasan
9. mengenal pasti symptom penyakit ikan dan pencegahan

1
PENGENALAN

Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam. Tujuan ikan hiasan adalah:
1. Mencantikkan kawasan – ikan hiasan boleh dijadikan daya penarik untuk sesuatu
tempat, bangunan dan mengindahkan ruang kediaman.
2. Menghayati keindahan alam akuatik – untuk menambahkan pengetahuan berkaitan
alam akuatik seperti jenis spesis ikan air tawar atau masin, jenis spesis akuatik dan lain-
lain; sambil menyemai perasaan sayangkan makhluk ciptaan tuhan.
3. Sebagai suatu hobi – bertujuan untuk mengisikan masa lapang dan menjana
pendapatan sambilan yang lumayan.
4. Memberikan ketenangan.

Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan, antaranya; Ikan emas, Kelisa, Tiger barb, Angel, Discus,
Ikan pelaga dan lain-lain. Sebelum meneruskan penyedian bekas dan pengurusan, kita
hendaklah mengenal pasti secara ringkas bahagian luar dan fungsi ikan. Antaranya mulut,
mata, sisik dan ekor.

Bahagian Fungsi
1 Mulut Makan.
2 Mata Melihat.
3 Sisik Sebagai pelindung daripada kecederaan dan penyakit.
4 Insang Untuk bernafas.
5 Sirip Membantu pergerakan ikan, membantu ikan bergerak lulur dan
sebagai kemudi pergerakan ikan di dalm air.
6 Sirip atas dan sirip Mengawal aras pergerakan ikan ke atas atau ke bawah di dalam air.
bawah
7 Sirip pektoral Mengawal arah ikan ke kiri atau ke kanan dan menghentikan
pergerakan ikan.
8 Sirip pelvik Mengawal kemantapan kedudukan ikan supaya tidak dibawa arus
air.
9 Ekor Mengawal pergerakan ikan ke hadapan.
1 Dubur Mengelurkan najis.
0
1 Garisan lateral Berfungsi seperti telinga ikan, amat peka untuk mengesan
1 pergerakan objek lain di dalam air.

2
Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang boleh dipelihara. Ikan tersebut boleh hidup di dalam
air tawar atau air masin. Ikan hiasan boleh dipelihara di dalam akuarium atau kolam. Malah ikan
hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama dan ciri-ciri istimewa.

Jenis kumpulan ikan hiasan.

Jenis Keterangan Contoh makanan Contoh ikan


kumpulan
1 Ikan karnivor  Ikan yang memakan  Cengkerik  Ikan Oscar
benda-benda hidup  Anak ikan kecil  Ikan kelisa
seperti ikan kecil  Katak atau
atau haiwan lain. berudu
 Dikenali sebagai  Ulat
ikan pemangsa.
 Biasa bersaiz besar,
menpunyai gigi yang
tajam dan rahang
yang kuat.

3
2 Ikan herbivor  Ikan yang memakan  Tumbuhan  Ikan
tumbuhan yang akuatik lampan
terdapat di dalam air.  Tiger barb
 Tidak sesuai
dipelihara di dalam
akuarium yang
mempunyai
tumbuhan akautik.
3 Ikan omnivor  Ikan memakan  Plankton  Ikan
pelbagai jenis  Tumbuhan pelage
makanan.  Daging haiwan  Ikan

 Pellet cichlid
4 Ikan pemakan  Ikan yang memakan  Plankton  Ikan tetra
plankton makanan  Moikroorganism  Ikan tiger
mikroorganisma di a yang kecil barb
dalam air.

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan (ikan yang dipelihara oleh kumpulan).

Warna: Putih keperakan, kebiruan, berbelang hitam


Asal: Amerika Selatan
Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air
yang kecil.
Pembiakan: Bertelur

Ikan angel Saiz: 15cm panjang

Warna: Kegelapan, kebiruan, kemerahan


Asal: Indochina,
Makanan: Plankton, serangga
Pembiakan: Bertelur

Ikan sepat Saiz: 15cm panjang

Warna: Berjalur kegelapan, kebiruan, kemerahan

4
Asal: Afrika Selatan
Makanan: Pellet, udang kecil, bloodworms
Pembiakan: Bertelur

Ikan tetra Saiz: 8cm panjang

Warna: Bergaris kebiruan, kemerahan


Asal: Pengairan Sungai Amazon
Makanan: Pellet, makanan hidup seperti serangga
Pembiakan: Bertelur

Ikan dwarf Saiz: 6cm panjang

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan yang lain.

Warna: Keemasan, keputihan, kemerahan


Asal: Negara China
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur

Ikan emas Saiz: 12cm panjang

Warna: Biru kegelapan, kemerahan


Asal: Negara Thailand
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur

Ikan pelaga Saiz: 6cm panjang

Warna: Keemasan, keperakan


Asal: Amerika Selatan
Makanan: Semua haiwan yang kecil
Pembiakan: Bertelur

Ikan kelisa Saiz: 100cm panjang

Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam

5
Asal: Jepun
Makanan: Semua jenis makanan ikan
Pembiakan: Bertelur

Ikan koi Saiz: 25cm panjang

6
PENYEDIAAN BEKAS

AKUARIUM

Bekas atau akuarium ialah tempat untuk meletakkan ikan hiasan. Kebiasaan bekas yang sering
digunakan untuk meletakkan ikan hiasan ialah akuarium yang diperbuat daripada kaca
(terdapat juga dalam bentuk plastik dll). Bekas akuarium ini juga dijual dalam pelbagai saiz dan
bentuk di pasaran. Bekas yang kami gunakan adalah diperbuat dalam bentuk kaca dan dibuat
secara berkumpulan dengan menggunakan 5 plat kaca berukuran sedarhana dan gam silikon.

MEMILIH IKAN YANG HENDAK DIPELIHARA SEBAGAI IKAN HIASAN

Harus memilih ikan hiasan terlebuih dahulu sebelum meilih bekas atau akuarium. Ikan yang
hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri seperti; mudah dipelihara, boleh bercampur
dengan ikan yang lain, tahan terhadap serangan penyakit dan tahan terhadap perubahan mutu
dan suhu air. Spesis ikan kumpulan kami pilih sebagai ikan hiasan kami adalah ikan sepat, ikan
angel, ikan tetra dan ikan dwarf.

Warna: Putih keperakan, kebiruan, berbelang hitam


Asal: Amerika Selatan
Makanan: Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air
yang kecil.
Pembiakan: Bertelur

Ikan angel Saiz: 15cm panjang


Warna: Kegelapan, kebiruan, kemerahan

7
Asal: Indochina,
Makanan: Plankton, serangga
Pembiakan: Bertelur

Ikan sepat Saiz: 15cm panjang


Warna: Berjalur kegelapan, kebiruan, kemerahan
Asal: Afrika Selatan
Makanan: Pellet, udang kecil, bloodworms
Pembiakan: Bertelur

Ikan tetra Saiz: 8cm panjang


Warna: Bergaris kebiruan, kemerahan
Asal: Pengairan Sungai Amazon
Makanan: Pellet, makanan hidup seperti serangga
Pembiakan: Bertelur

Ikan dwarf Saiz: 6cm panjang

PAM AKUARIUM

Pam akuarium terdapat berbagai jenis dan dijual di kedai akuarium (pam penapis, penapis, paip
plastic termasuk paip T dan beberapa tiub plastic untuk saluran penapisan dan media
penapisan. Digunakan untuk menapis udara dan air daripada kotoran di dalam akuarium. Pam
air berfungsi untuk mengitar pergerakan air yang terdapat di dalam akuarium dan udara yang
sentiasa bergerak akan mengekalkan suhu air. Penapis yang asas biasanya dibuat daripada
gentian kapas. Kotoran seperti habuk dan mendakan halus akan terlekat pada gentian kapas
tersebut.

8
PASIR DAN BATU

Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam akuarium ikan hiasan.
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan.

TUMBUHAN AKUATIK

Tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan juga merupakan aksesori yang boleh digunakan untuk
mencantikkan lagi pemandangan sesbuah akuarium. Sekiranya terdapat tumbuhan akuatik
yang sebenar ia dapat membantu untuk menyerap gas karbon dioksida, sumber utama oksigen,
menjadi sumber makanan bagi sesetengah ikan dan menjadi tempat ikan berlindung dan
bermain.

9
CARA MENYEDIAKAN DAN MENGHIASKAN AKUARIUM

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM IKAN HIASAN

1. Sediakan semua aksesori asas dan 2. Bersihkankan akuarium sebelum


aksesori tambahan akuarium. memasukkan aksesori ke dalamnya.

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan dan 4. Masukkan pasir dan batu ke dalam
kemudian, tuskan semua bahan akuarium dengan berhati-hati.
tersebut dengan penapis atau bekas
yang sesuai.

10
5. Masukkan pam penapis dan air ke 6. Titiskan larutan anti-klorin ke dalam
dalam akuarium. akuarium.

7. Letakkan tumbuhan akuatik atau 8. Hidupkan suis alat pam penapis.


tumbuhan tiruan ke dalam akuarium.

9. Akuarium yang sedia untuk


dimasukkan ikan hiasan (digalakkan
membiarkan akuarium tanpa ikan
hiasan sekurang-kurangnya dalam
tempoh 24 jam).

11
LANGKAH-LANGKAH MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

Setelah akuarium disediakan barulah ikan hiasan akan dimasukkan tetapi cara memasukkan
ikan hiasan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Biasanya ikan hiasan dibeli dari
kedai dan biasa dimasukkan ke dalam plastic yang diikat dan mempunyai oksigen. Terdapat
langkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam dan ia bertujuan untuk tidak
mengejutkan ikan yang boleh mengakibatkan stress dan kematian, membiasakan diri dengan
suhu dan persekitaran.

1. Rendamkan beg plastik yang 2. Bukakan ikatan beg plastik dan biarkan
mengandungi ikan hiasan ke dalam ikan hiasan keluar dengan sendirinya
akuarium selama 10 hingga 20 minit. bersama-sama air ke dalam akuarium.

3. Setelah semua ikan hiasan keluar dari


beg plastik, keluarkan beg plastik
tersebut.

12
PENGURUSAN

Ikan hiasan yang telah ditempatkan di dalam akuarium perlu diuruskan dari semasa ke semasa
sama ada secara mingguan atau dua minggu sekali. Kerja-kerja pengurusan akuarium adalah:
1. Memberi makanan kepada ikan.
2. Membersihkan akuarium, menukar air dan mencuci penapis.
3. Mengenal, mencegah dan merawat penyakit ikan.
4. Menjaga tumbuhan akuatik.

MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN

Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan. Antara
makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan
rumusan. Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara [enting harus diberi
perhatian semasa memberi makanan untuk ikan hiasan adalah;
1. Jangan memberikan makanan kepda ikan terlalu banyak kerana ia boleh mengotorkan
air di dalam akuarium.
2. Menetapkan masa memberikan makanan kepada ikan hiasan, iaitu waktu pagi, waktu
tengah hari dan petang.

Makanan hidup Makanan kering


 Plankton  Makanan kering adalah makanan yang
 Cacing telah diawet
 Ulat roti
 Jejentik nyamuk Jenis ikan – ikan pearl gourani, ikan harlequin

 Udang dan anak ikan rasbora, ikan bala shark, ikan silver marble
molly
 Serangga dan sebagainya

Jenis ikan – ikan tiger barb, ikan discus, ikan


guppy, ikan black tetra

Makanan basah Makanan rumusan


 Kerang  Makanan ikan yang telah diproses dari
 Hati lembu yang dicincang kecil atau kilang membuat makanan haiwan

13
halus  Contoh; pellet, emping stick dan
 Sayur-sayuran seperti salad dan sebagainya.
bayam
Jenis ikan – ikan sunrise platy, ikan angel,
Jenis ikan – ikan tiger barb, ikan discus, ikan ikan tiger barb, ikan brown cordydoras
guppy, ikan black tetra

Contoh-contoh makanan ikan hiasan.

Ulat roti Emping Plankton

Pellet Bloodworm

CARA MENJAGA AKUARIUM

PENJAGAAN HARIAN PENJAGAAN MINGGUAN


 Beri ikan makan sekali atau dua kali  Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian
sehari – makanan adalah mencukupi daripada isipadu tangki perlu diganti
apabila dapat dihabiskan oleh ikan setiap minggu atau sekurang-
dalam masa 1 hingga 2 minit. kurangnya 2 minggu.

 Asingkan dan berikan rawatan kepada  Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh

14
ikan yang mempunyai tanda-tanda terlalu tinggi.
sakit/tidak normal. Contoh; sisik
kembang atau tanggal, berubah warna
dan sebagainya.

 Ikan yang mati perlu dibuang.  Bersihkan bahagian hadapan tangki.

 Pastikan semua peralatan  Cuci kapas penapis dengan bersih.


pengudaraan, [enapis dan lampu
berfungsi dengan baik.

 Ukur kualiti air sperti bilai pH,  Tambahkan air dalam tangki sehingga
ammonia, oksigen dan karbon paras asal.
dioksida.

 Perlu diingatkan supaya tidak member


makan berlebihna kerana ini akan
membahayakan ikan.

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit. Antara penyakit yang boleh dijangkiti
ikan hiasan ialah;
1. Penyakit bintik putih – disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya akibat suhu yang
terlalu sejuk. Boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue dan campuran
sedikit garan biasa.
2. Penyakit kulat – kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip,
mulut, dan bahagian badan yang terdapat luka. Boleh dirawat dengan menggunakan larutan
methylene blue.
3. Penyakit bakteria – ikan berubah warna menjadi pudar, sisik mengembang atau perut
buncit. Ini disebabkan mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress. Boleh dirawat menggunakan antibiotic yang boleh dibeli dari pembekal
ubat tempatan.

15
Simptom awal yang boleh dikenal pasti bagi menunjukkan ikan hiasan yang tidak sihat
berpandukan;
1. Murung dan pasif.
2. Bentuk badan yang kurus dan pergerakan yang tidak stabil.
3. Warna badan yang pudar dan pucat.
4. Sirip-sirip ikan yang rosak.
5. Terdapat kesan luka pada sisik ikan.
6. Terdapat tanda penyakit pada bahagian luar ikan.

Yang berikut adalah cara pencegahan bagi beberapa simptom yang biasa dijangkiti oleh ikan
hiasan;

Penyakit Simptom Punca Rawatan


Sirip berfungus Sirip loyak dan hujung Air di dalam akuarium Ubat fungus
berjeli kotor

Sirip berdarah Jalur merah pada sirip Gyrodactylus parasite Ubat parasit

Fungus mulut Kapas putih menyaluti Bakteria Ubat parasit


mulut

Bintik putih (white Bintik seperti gula Parasit protozoa Ubat parasit
spot) pada badan dan sirip

Columnaris Kapas putih Bacteria – flexobacter Ubat fungus


bercambah dari sirip
atau badan

Fin rot Sirip rosak dan Fungus saprolegnia Ubat fungus


kembang

Flavor bacteria Ikan berenang tanpa Bakteria dalaman Ubat parasit


tujuan dan
menggelupur

16
17
REFLEKSI

18
REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur saya kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaannya dan rahmatnya dapatlah saya
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu – Kemahiran Hidup, bertajuk ikan hiasan.
Banyak perkara yang saya pelajari sehingga siapnya tugasan ini khususnya dari terbinanya
akuarium dan mempelihara ikan hiasan kumpulan kami. Kumpulan kami terdiri daripada 3 orang
iaitu saya sendiri, Muhammad Nur Salhan Bin Salam, Nazrie Bin Hizazi dan Zainuddin Bin
Salim. Ketiga-tiga kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan kemahiran hipup - ikan hiasan
ini dari pembinaan akuarium, pembelian ikan hiasan dan aksesori, dan, penjagaan ikan hiasan
sehingga kini. Saya juga berterima kasih ditujukan kepada pensyarah kami, En.Tay Teck Pin
atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau untuk menjadikan kami berilmu dalam kursus
kemahiran hidup.

Sebelum
Semasa kami menerima tugasan kemahiran hidup – ikan hiasan, kami guru pelatih agak
janggal dengan tajuk diberikan. Ini disebabkan pemeliharaan ikan hiasan adalah pengalaman
yang baru untuk kami semua. Kami diberikan penjelasan secara teori oleh pensyarah kami,
En.Tay Teck Pin dan kami di arahkan untuk membentuk 1 kumpulan (3 orang). Pada masa
yang sama, pensyarah menyuruh ketua kelas untuk mengutip bayaran rm10 setiap seorang
untuk pembelian plat-plat kaca akuarium untuk membina akuarium dan gam silikon. Masa yang
di ambil agak lewat disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh guru pelatih pada masa
itu biarpun kutipan kerja kursus hanyalah rm10 sahaja. Saya meminta bantuan keluarga untuk
mendapatkan jumlah wang belanja pada minggu yang sama dan bila menerima sahaja terus
saya membayar kepada ketua kelas pada hari berikutnya. Ini disebabkan saya tidak suka
bertangguhan dan berhutang.

Semasa
Tugasan ikan hiasan dapat dijalankan dengan lancarnya selepas kutipan rm10 setiap orang
berjaya dikutip. Masih jelas pada tarikh 23.7.2010, pembinaan akuarium di mulakan dan saya
sendiri masih ingat di mana ketua kelas dan pensyarah meminta untuk membeli gam silikon.
Biarpun permulaan tugasan ini agak lewat sudah tetapi kami teruskan juga tanpa risau
walaupun pada minggu hadapan merupakan minggu Bina Insan Guru yang berlangsung di
PULAKO Santubong Kuching bertarikh 26.7.2010.

19
Pada minggu berikutnya, tamat sahaja BIG kami teruskan kelas seperti biasa dan minggu itu
kami ke bengkel untuk melihat hasil akuarium kami. Bersyukur dan gembira kerana akuarium
kami tiada kebocoran hanya sedikit comot disebabkan gam silikon yang kering. Di sini kami
mula bertiga berbincang untuk aktiviti seterusnya bagi menghidupkan akuarium kami. Masalah
utama dan sama timbul iaitu dari segi kewangan. Disebabkan kekangan masa saya
menggunakan wang simpanan peribadi dan akan buat kutipan bayaran bila elaun masuk kelak.
Saya membeli perhiasan batu-batu, pasir berwarna dan tumbuhan tiruan di Discount Store
MJC. Saya juga membeli pam penapis, garam anti-bakteria, gambar hiasan dan antiklorin di
Sky Aquarium MJC.

Pada kelas berikutnya, kami bertiga meneruskan tugasan ikan hiasan kami, bila diperhatikan
seperti kumpulan kami sahaja yang mulakan menghias dan menghidupkan akuarium ikan
hiasan. Saya masih ingat menelefon abah mengenai langkah-langkah penyedia bekas dan
memberitahu dimulakan dengan pembersihan bekas dan meletakkan batu dan pasir. Nazree
dan Zainuddin banyak membantu khususnya mencari bahan guna semula, menghiasai bekas
akuarium dan mengisi air ke dalam akuarium. Ramai guru pelatih tidak sedari di mana banyak
bahan guna semula di sekeliling seperti batu-batu halus, kerang-cenkerang yang kecil dan
jaringan. Kami mengunakan sumber yang ada untuk menghiasi akuarium dan Nazree dan
Zainuddin berkerjasama pergi ke paritan untuk mencari tumbuhan akuatik. Kerjasama ini
memendekkan masa di mana akuarium kami telah siap dan pam penapis sudah berfungsi
menapis air di dalam akuarium. Sekarang kami bertiga berbincang semula ikan apa yang nak di
masukkan-Nazree inginkan ikan berwarna kebiruan dan Zainuddin meminta apa jenis dan
spesis asalkan tugasan ini siap. Kami buntu semula disebabkan masalah kewangan lagi.

20
Rasanya terlalu lama selepas bersama Nazree dan Zainuddin menghiasi akuarium, ini
disebabkan saya dan Nazree terpilih ke Kem Alam Sekitar di Siar, Lundu dan saya keracunan
makanan selepas baliknya dari kem tersebut. Dan, pada tarikh 19.8.2010, ikan hiasan
kumpulan kami telah masuk ke dalam akuarium. Ikan hiasan dibeli di 2 tempat berlainan iaitu di
Satok dan GFA Batu Tiga. Ikan yang saya belikan adalah ikan sepat, ikan tetra, ikan angel dan
ikan dwarf. Pembelian ikan hiasan adalah hasil bersama kumpulan juga di mana akan membuat
kutipan bayaran selepas elaun masuk. Masih ingat di mana kami mengapungkan plastik ikan
hiasan di dalam akuarium untuk memastikan ikan hiasan tidak stress dan menyesuaikan diri
dengan suhu dan sekeliling. Dalam 15-20 minit, kami melepaskan ikan hiasan kami ke dalam
akuarium dan saya secara peribadinya gembira melihat ikan hiasan tersebut berenang dan
bermain-main. Secara keseluruhannya kami bertiga berpuas hati dengan usahasama ini
sehingga siapnya akuarium ikan hiasan kami.

Selepas
Ikan hiasan kami telah siap tetapi kami bertiga akan mengusahakan semula apabila elaun kami
masuk kelak. Ini kerana akuarium kami dijadikan rujukan kepada kumpulan guru pelatih yang
lain. Kumpulan-kumpulan yang lain menjadikan akuarium kami seperti tanda aras untuk

21
merancang dan menghiasi bekas akuarium mereka kepada lebih cantik dan baik. Pada masa
yang sama, kami kekangan masa disebabkan PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan
kami bertiga membahagikan tugas untuk memastikan pengurusan ikan hiasan kami terurus
khususnya pemberian makanan, kebajikan dan kesihatan ikan hiasan dan penambahan air
akuarium.

Semoga ilmu yang dipelajari sepanjang tugasan ini dapat dipratikkan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) apabila saya ditempatkan di sekolah kelak. Tugasan ini banyak memberi
input yang berguna bagi saya kerana ikan hiasan ini boleh dijadikan hobi masa lapang,
memberi ketenangan dan memberi pendapatan sambilan kepada saya di masa hadapan.
Malah, tugasan ini banyak memberi moral dan pengajaran khususnya dari segi kerjasama,
tolak-ansur dan kesabaran dalam berkumpulan. Akhir kata, harapan saya selepas ini adalah
saya perlu lebih banyak membaca dan menimba pengetahuan terkini, terus memperbaiki
kesilapan saya, dan saya perlu belajar dari kesilapan.

Sekian, terima kasih …

MUHAMMAD NUR SALHAN BIN SALAM


201006015
KPLI AMBILAN JUN 2010
BAHASA INGGERIS 2

22

You might also like