You are on page 1of 4

Berdasarkan kaji selidik ya ng telah kami jalankan di dalam kampus Universiti Malaya, kami

telah memperoleh beberapa output mengenai keprihatinan mahasiswa UM terhadap warga

OKU. Kami telah mendapat kerjasama daripada 100 responden untuk memberikan pendapat

mereka melalui borang kaji selidik yang kami sediakan. Berikut adalah graf-graf untuk

memaparkan hasil kajian yang kami peroleh.

PERATUSAN MAHASISWA YANG PERNAH TERLIBAT


SEBAGAI READER
90

80

70

60

50

40

30

20

10

0
BENAR TIDAK BENAR TIDAK PASTI

LELAKI PEREMPUAN

Graf di atas menunjukkan peratusan mahasiswa yang pernah terlibat sebagai reader.

Keputusan yang kami peroleh agak mengecewakan apabila hanya 5.21% sahaja daripada

keseluruhan responden yang pernah terlibat sebagai reader. Selain itu, sebanyak 17.7%

mahasiswa pula masih ragu-ragu dalam penglibatan mereka untuk membantu warga OKU.

Peratusan ini diwakili oleh 10.4% mahasiswa dan 7.3% mahasiswi. Selebihnya, iaitu

sebanyak 77.1% mahasiswa langsung tidak melibatkan diri program READER.


PERATUSAN MAHASISWA YANG TAHU TENTANG PERMIUM

TIDAK PASTI

LELAKI
TIDAK BENAR PEREMPUAN

BENAR

0 5 10 15 20 25 30 35 40

Graf seterusnya adalah berkenanaan peratusan mahasiswa yang tahu tentang PERMIUM.

Untuk pengetahun semua, PERMUIM adalah merupakan singkatan kepada Persatuan

Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya. Melalui responden-responden yang kami dapatkan,

sebanyak 34.38% daripada keseluruhan responden mengakui bahawa mereka mengetahui

tentang persatuan ini manakala selebihnya pula, iaitu hampir 2/3 masih tidak mengetahui dan

tidak pasti.
PERATUSAN MAHASISWA MENGETAHUI KOLEJ YANG MENEMPATKAN PELAJAR
OKU

TIDAK TAHU
32%

TAHU
68%

Seterusnya, kami menyelidik dari skop yang lebih umum iaitu dengan bertanyakan mengenai
kewujudan penempatan khas yang disediakan untuk warga mahasiswa OKU. Namun demikian,
masih terdapat sebahagian mahasiswa yang langsung tidak tahu akan kolej tertentu yang
menyediakan tempat tinggal untuk warga OKU.
Peratusan Reaksi Para Mahasiswa Apabila Ternampak OKU Dalam
Kesusahan
2%
2% 6%
Segera menghulurkan bantuan

Membantu sekiranya tiada orang yang


membantu

30% Menyuruh orang lain membantu

59% Bersimpati tapi malu membantu

Panik dan melarikan diri

Graf yang terakhir ini adalah mengenai reaksi para mahasiswa apabila terserempak dengan warga
OKU yang memerlukan bantuan. Keputusan yang kami peroleh agak memberangsangkan apabila
sebanyak 60% mahasiswa sanggup menghulurkan bantuan serta-merta diikuti pula dengan 30% yang
masih ingin membantu namun hanya sekiranya tiada orang lain yang berbuat demikian. Selebihnya
pula mewakili mahasiswa yang menyuruh orang lain membantu, sekadar bersimpati sahaja serta
mengelakkan diri daripada situasi tersebut.

You might also like