You are on page 1of 2

AQIDAH DAN TUNTUTANNYA.

1. Takrif akidah:
a) Lughah:Berasal dr perkataan (‫ )عقد‬yang bermaksud ikatan.
b) Istilah: Kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang
benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

2. Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdini daripada:

a) Unsur akal atau pemikiran.(logik serta tidak bertentangan dengan akal)


b) Unsur iradah atau daya pemikiran. (pengkajian,bukan semata2 taklid/ikut-ikutan)
c) Unsur wujdan atau perasaan. (fitrah merasai akan kewujudan tuhan)

3. Ciri-ciri akidah Islamiah:

a) Ma’rifatullah (mengenali Allah swt serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang mulia
serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan.)
b) Ma’rifaturrasul ( Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima
wahyu dan menyampaikan syariat Nya serta membimbing dan memimpin manusia kepada jln yg hak
iaitu agama Allah yg sebenar(Islam)
c) Ma’rifatulba’thi ( Mengenali serta mempercayai hari kebangkitan/hari akhirat)

4. Perbezaan akidah dan ideologi.

Takrif Ideologi: Kajian mengenai pemikiran/sistem kehidupan bg manusia yang bersumberkan selain dr
Al-Quran dan As-Sunnah.
Contoh ideologi: Sekularisme,komunisme,nasionalisme,sosialisme,liberalisme,dll.

AKIDAH IDEOLOGI
a Aqidah Islam datang daripada / bersumberkan Allah swt yg maha sempurna. Ideologi datang / terhasil
dari pemikiran manusia yg mempunyai kemampuan yg terbatas serta kelemahan2 yg pelbagai.
b Aqidah Islam sentiasa kekal serta tidak berubah bentuk mengikut peredaran zaman. Ideologi mudah
berubah dan bertukar-tukar mengikut hawa nafsu manusia.
c Aqidah Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.(ekonomi,politik,sosial,pendidikan dll.)
Ideologi tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan, akhlak dan
lain-lain).
5. Tauhid serta perinciannya:

Takrif tauhid:

a) Bahasa: Perkataan tauhid berasal daripada perkataan Arab (‫ )توحّد‬yang bererti mengesakan
b) Istilah: Beriktiqad dan mempercayai bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tunggal, tidak ada syirik dan
sekutu bagi Nya.

Dalil:Firman Allah swt:


“Katakanlah (wahai Muahammad) Tuhanku ialah Allah ynag Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan
sekelian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada
siapa yang setara denganNya”
[Surah Al-Ikhlas:1-4]

Pembahagian/perincian tauhid:

a) Tauhid Rububiyyah: Bererti mempercayai Allah sebagai “Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap
sesuatu. Tauhid Rububiyah diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada muslim ataupun kafir.Dalil
dr firman Allah swt:
Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “ Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”,
nescaya mereka menjawab : “Allah”.
[Surah Az-Zumar:38]

b) Tauhid Uluhiyyah: Tauhid Uluhiyyah juga dikenali sebagai tauhid ibadah. Tauhid Uluhiyyah ialah
mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t. sahaja yang berhak disembah dan tiada sekutu didalam
penyembahanNya.Firman Allah swt:
:“Hanya Engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami
memohon pertolongan.”
[Al-Fatihah 1:5]

c) Tauhid Asma’ was-sifat: Tauhid Asma’ was Sifat iaitu mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t.
bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan
kelemahan dan Allah s.w.t. mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesarannya.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang muslim sejati,menjadi keajipan bagi sesorg itu mengimani
ketiga2 jenis tauhid secara serentak.Adakalanya sesorg itu mengimani tauhid rububiah tetapi kufur pada
tauhid uluhiah dan tauhid asma’ wa sifat.Hal ini sama seperti keadaan kaum musyrikin di zaman
Rasulullah saw.(rujuk surah az-zumar:38).

You might also like