You are on page 1of 2

 

Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan
Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Bangunan Kellie's Castle atau Kellas House
telah dibina pada tahun 1910 dan Istana Kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang
kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai
Kellas.

Istana Kellie terletak di sebuah ladang getah milik Smith yang dinamakan sebagai
Ladang Getah Kinta Kellas, sempena ladang di kampung asal Smith di Scotland iaitu Easter
Kellas.

Apa yang menarik, bangunan tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekabentuk
berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari India.
Malah, Smith juga mengupah ramai buruh India untuk membina istana impian cintanya itu.

Bangunan itu juga mempunyai mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan
terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di
tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya,
Mumtaz Mahal, Istana Kellie juga dibina atas tujuan yang sama. Mahligai itu merupakan
lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes yang turut berasal dari Scotland dan dibawa ke
Malaysia pada tahun 1903.

Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang
bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal.
William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih
kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah
melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya
adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk


memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang
dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di
Scotland.
Bagaimanapun istana yang mula dibina pada tahun 1915 itu tidak sempat siap dan
diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit
pneumonia semasa melawat Portugal pada tahun 1926.

Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayangnya itu kemudian
mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana
tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.

Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian
yang kesampaian bagi Smith dan mahligai itu kini menjadi daya tarikan pelancong
terutamanya bagi mereka yang sedang dilamun cinta.

Legenda inilah yang menjadikan Istana Kellie sebagai tarikan kepada pelancong yang
saban hari melawat mahligai impian cinta Kellie itu untuk mengabadikan kenangan cinta
mereka.

Istana itu juga pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem Anna and the
King pada tahun 1999.

You might also like