You are on page 1of 6

Baju Melayu Cekak Musang .

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak
empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi
berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari
lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar.
Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada
bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta
perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti
‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah
kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau
panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun
mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Cheong Sam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini
jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian
fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang
labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju
labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada
tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada
mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga
menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

Sam Foo
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai
oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini
biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang
sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Sari
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai
pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan
kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju
yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau
dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan
corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada
juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan
mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi
kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang
menarik dan sesuai dengan si pemakai.

Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

You might also like